Showing posts with label Team Building. Show all posts
Showing posts with label Team Building. Show all posts

18 July 2014

Kursus Team Building - Modul Air

Acara air merupakan salah 1 acara yang di kursus ini. Acara diadakan di kolam renang kem ini yang bersaiz kolam renang olimpik besar dan dalam.

Ada beberapa acara yang dilakukan dan hampir semua agak mengelikan hati... saya tidak terlibat dengan acara ini tetapi sungguh terhibur apabila melihat beberapa orang pegawai bersungguh-sungguh untuk menang. Tinggi betul semangat mereka untuk memastikan kumpulan masing-masing mengatasi kumpulan lain.

Yang paling tak disangka mantan Pengarah Pendidikan kami yang juga mantan Pengarah Pendidikan Selangor juga tidak ketinggalan turun menyertai acara ini. Beliau sungguh sporting dan tidak ada protokol apabila acara melibatkan peserta.

Saya bersama staf saya Hairani yang juga seorang urusetia kepada Kursus ini hanya mampu menonton sahaja. Teringin menyertai tapi saya takut air, takut tenggelam.

Cif Sazali juga salah seorang urusetia dan dalam kumpulannya dia menjadi anchor, nampak sangat letih.

06 July 2014

Kursus Team Building - Senaman Pagi

Aktiviti yang sangat saya suka... senaman pagi yang ringan-ringan sahaja. Kali ini senaman pagi ini saya ikuti bersama semasa saya bertugas sebagai urusetia di Kursus Team Building yang diadakan di Kem Tekali pada bulan Jun yang lalu.

Bagusnya jurulatih ini dia lakukkan kedua-dua kaedah iaitu secara high impact dan low impact. Saya sudah akan melakukan senaman pagi ini secara low impact memandangkan buku lali saya sendiri sudah cedera dan mungkin akan terseliuh pada bila-bila masa. 

Sebelah saya adalah Pun Nik Shamihah Ketua Sektor Pendidikan Islam. Ramai lagi pegawai-pegawai kanan yang juga mengikuti senaman pagi ini termasuklah mantan Pengarah Pendidikan KL iaitu Tuan Abdullah bin Mad Yunus.

Antara pegawai-pegawai yang tidak melepaskan peluang.

1, 2, 3, 4, dan 4 lagi.... camtulah. Jangan malas angkat tangan dan gerakkan kaki....

Kelihatan Puan Laila Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan begitu bersemangat sekali.

26 June 2014

Kursus Team Building - Ice Breaking

Antara peserta termasuk YBhg Tuan Pengarah kami, Encik Abdullah bin Mad Yunus yang duduk di bahagian belakang sekali.

Apa yang mereka dengar tu ?????

Rakan saya Puan Jayagowri, Puan Norainon, Puan Azrin dan Afizah serta Puan Besrah sedang khusuk mendengar apa yang dikongsi oleh penceramah.

Senyumlah kepada semua dan senyum juga kepada orang yang anda tidak nampak di sebelah tu. Saya senyum tapi pada siapa ??????

Ice-breaking ni sangat menyeronokkan dan benar-benar dapat mengeratkan silaturahim antara kami. Di samping itu aktiviti ini membuatkan kami semua menggalakkan otak bekerja lebih kuat.

22 June 2014

Kursus Team Building - Pendaftaran

Setelah lebih sebulan rancangan kursus ini diusahakan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan saya dengan dianggotai oleh beberapa pegawai dari pelbagai sektor sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK), akhirnya pada 13 hingga 15 Jun 2014 kursus ini berjaya direalisasikan.

Saya telah dilantik sebagai Bendahari Kursus di sampaing mengetui Jawatankuasa Cenderahati dan Hadiah. Saya telah melantik seramai 3 orang staf UPT untuk mengembeling tenaga menjayakan amanah yang diberi. Dengan kredibiliti ketiga-tiga ahli JK ini kami mampu untuk memberikan khidmat dengan baik. Alhamdulillah dan terima kasih saya kepada ketiga-tiga pegawai saya iaitu Encik Mohamad Sazali bin Mat Said, Puan Hairani bin Abdul Samat dan Encik Faizal bin Putih Ali. Tanpa mereka belum tentu saya berjaya.

Di meja pendaftaran Hairani sebuk melayan pegawai yang melapurkan diri. Foto teratas kelihatan Tn Hj Latiff, Ketua Sektor (KS) Psikologi dan Kaunseling memantau keadaan. Foto kedua kelihatan Uztaz Zul sedang mendaftar masuk manakala foto di atas kelihatan En Shukri dan En Yusuf dilayan oleh Hairani.

Yang ini adalah Puan Halimah Ketua Sektor Pengurusan Akademik dan sebelahnya adalah Puan Laila Ketua Sektor Pengurusan Peperiksaan. Walaupun ramai KS yang tidak dapat hadir kerana halangan dan kekangan sesuatu urusan tapi yang ada telah memberikan suntikan lebih gigih kepada Ahli JK Kursus. 

Saya dan Hairani sempat berposing walaupun dalam keadaan penat dan kelaparan. 

Cara keseluruhannya kursus ini amat berjaya mencapai objektifnya di samping memberikan ruang kepada semua peserta dan AJK kembali ke zaman muda-muda mereka.... Seronok sangat.. seperti kata Tuan Pengarah dalam ucapan penutupnya beronok-ronok = terseronoklah sangat.

19 June 2014

Pusat Kokurikulum Negeri Selangor - Kem Tekali

Saya tak sangka terdapat sebuah Pusat Kokurikulum (Pusat Koku) yang sangat lengkap di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Jika dibandingkan dengan Pusat Koku kami jauh panggang dari api. Pusat Koku yang saya maksudkan adalah Pusat Koku JPN Selangor.

Kedudukannya saja sudah menepati keperluan kokurikulum. Kemudahan yang disediakan sangat lengkap dari tempat penginapan dan kemudahan latihan dan beriadah yang lain. Aktiviti boleh dilaksanakan sama ada siang atau pun malam hari. Terus terang saya secara persendiri merasa amat cemburu dengan kemudahan yang JPN Selangor peroleh, tapi apa nak dikatakan mungkin banyak kekangan yang membuat JPWPKL hanya mewarisi bangunan lama dan kurang kemudahan.

Semoga pihak berwajib dapat melihat dan berikan sedikit keutamaan kepada JPWPKL dalam banyak segi. Nama sahaja berlokasi di Pusat Bandar Kuala Lumpur tetapi kedaifan JPWPKL hanya warga mereka sahaja yang merasainya.
Kepada kawan-kawan di Malaysia, terutamanya agensi Kerajaan mungkin boleh menggunakan Pusat Koku ini untuk kemudahan latihan, kursus dan sebagainya.
JPWPKL baru-baru ini telah menggunakan Pusat Koku ini untuk menjalankan Kursus Team Building untuk Pegawai kanan kami. Pengalaman yang dirasakan oleh seua peserta sangat menyeronokan apabila mereka semua dapat mengembalikan pengalaman masa muda dan zaman kanak-kanak.
Akhir kata terima kasih khasnya kepada Pusat Koku Selangor dan amnya kepada JPN Selangor. Ada kemungkinan kami akan memerlukan pertolongan yang sama nanti.....