Showing posts with label Imam Ghazali. Show all posts
Showing posts with label Imam Ghazali. Show all posts

06 August 2014

BOIKOT : Kenapa Kita MESTI Boikot - Ustaz Zaharan Mohamed

Allah taala berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Hud ayat 113:

(وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ)
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, yang menyebabkan kamu akan disentuh api neraka ".

Di dalam Kitab-kitab tafsir, contohnya tafsir Ibn Kathir, ayat: "Janganlah kamu cenderung" mengandungi maksud rela dengan perbuatan mereka. Ini adalah pandangan Ali bin Abi Tolhah.

Dalam riwayat oleh Abul Aliyah pula maksudnya ialah janganlah kamu rela dengan perbuatan mereka. Ibnu Jarir berkata dari Ibn Abbas maksudnya ialah jangan kamu tertarik pada golongan yang zalim.

Rumusannya dari riwayat-riwayat ini ialah kita dilarang menyokong mereka kerana dengan sokongan kita terhadap mereka, perbuatan itu akan meyebabkan mereka terus berbuat zalim pada orang lain. Justeru amalan ' Embargo ' atau dengan istilah lainnya memboikot barangan Yahudi dan sekutunya merupakan 'mafhum muwafaqah' yang dapat diambil dari maksud Nas Al-Quran di atas.

Orang -orang Yahudi dari zaman dahulu lagi sememangnya terkenal dengan bangsa yang zalim dan melampaui batas. Ia banyak diceritakan di dalam al-Quran dan realitinya dapat dilihat dengan jelas di pentas dunia dahulu dan sekarang ini.

Di dalam surah Al-Isra` ayat 4:

(وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا)

" Dan Kami menyatakan kepada Bani Israal di dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi(Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang melampau ".

Di dalam tafsir yang sama dinyatakan kerosakan pertama yang dilakukan ialah menentang hukum Taurat, membunuh para nabi yang ramai sehingga dalam kitab tafsir Al Khazin pakar tafsir mengemukakan riwayat bahawa mereka pernah membunuh 300 orang nabi dalam satu hari.

Manakala kerosakan kedua ialah membunuh Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan percubaan membunuh Nabi Isa. Realiti kezaliman bangsa Yahudi pula dapat dilihat menerusi pencerobohan mereka ke atas negara umat Islam Palestin.Rumah mereka dibom , yang menentang ditangkap dan lebih kejam dibunuh.

Anak-anak yang tidak berdosa kehilangan bapa dan keluarga dan adakalanya nyawa dek kerakusan mereka menceroboh tanah milik umat Islam. Selain itu,bangsa Yahudi juga bertanggungjawab merancang kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniah yang merupakan Khilafah Islamiyah yang terakhir.

Sejarah pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Syatilla, manipulasi pasaran ekonomi dunia, melanggar perjanjian damai dan banyak lagi kezaliman yang menjadi bukti kerakusan golongan Yahudi sepertimana yang tertulis dalam Al-Quran.

Selaku umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sepatutnya mempunyai sensitiviti atau kesedaran yag tinggi apabila melihat saudara seagamanya ditindas.

Hayatilah hadis Nabi Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam yang bermaksud :

"Barangsiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kekuatan), jika ia tidak mampu maka cegahlah dengan lisan (lidah) dan jika tidak mampu juga maka cegahlah dengan hatinya (membencinya). Ketahuilah bahawa ia adalah selemah-lemah iman". (Sohih Muslim:hadis 78)

Memboikot barangan Yahudi tersenarai di antara usaha yang disifatkan sebagai "maka hendaklah dia mencegah dengan tangan" dan membantu melemahkan kuasa ekonomi Yahudi.

Walaupun nampak mudah namun ianya merupakan satu sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Ia bertepatan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi yang menyatakan :

"1 rial (ringgit) untuk produk Amerika Syarikat (Yahudi), sama dengan 1 peluru untuk tubuh saudaramu di Palestin". Beliau menggesa umat Islam di merata dunia agar tidak membeli barangan Yahudi dan sekutunya.

Seterusnya mari kita meneliti firman Allah taala dalam surah al-Jaathiyah ayat ke 19:

( ۚ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۖ وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُتَّقِينَ)

" Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lainnya. Dan Allah taala itu menjadi pembantu kepada orang-orang yang bertaqwa".

Sekiranya kita tidak memboikot dan berterusan membeli barangan buatan Yahudi dan sekutunya, bukankah kita tergolong di kalangan orang yang zalim seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah taala di atas ?

Tidakkah kita mengetahui setiap pelaburan kita membeli barangan buatan mereka itu mengundang 1001 bencana kepada umat Islam itu sendiri ?

Bukankah kita pernah mendengar gerakan-gerakan yang dirancang puak kuffar yang didalangi Yahudi seperti Freemason , Kristianisasi, Orientalisme, Zionisme , liberisme, pluralisme dan pelbagai lagi sumber ekonominya berpunca dari barangan yang kita beli ?

Jika sudah tahu, mengapa ingn terus membeli ?

Marilah kita amati kalam Imam al-Ghazali di dalam tulisan beliau "Ayyuhal Walad" yang bermaksud: "Beramallah semahumu, sesungguhnya kamu akan diganjari mengikut apa yang kamu kerjakan"

Jika baik amalan yang kita kerjakan maka kebaikanlah yang akan kita perolehi dan sekiranya kerosakan yang kita kerjakan maka nantikanlah saatnya. Sesungguhnya kehancuran akan menanti di sana...

Diambil dari wassup dengan beberapa perubahan telah dibuat...

والله اعلم بالصواب

Foto di bawah adalah gerakan boikot produk yahudi yang diadakan di seluruh dunia, Jika nonmuslim pun bersungguh2 lakukan, maka kita lebih2 lagi kena semarakkan usaha yg penting ini...

Ayuh kenali produk2 yahudi dan terus tinggalkanmya, cari alternatif lain yang banyak dikeluarkan orang Islam.

19 May 2012

Tipu Daya Syaitan Terhadap Manusia

Saya suka nak berkongsi dengan artikel di bawah mengenai tipu daya syaitan khusus kepada kita manusia yang beragama Islam.

Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:

1.   Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’

2.   Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan: ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.’; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Kematianku bukan berada di tanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.’

3.   Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: ‘Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.’; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.’

4.   Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: ‘Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).’

5.   Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: ‘Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.’; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: ‘Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.’

6.   Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: ‘Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain.’; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: ‘Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.’

7.   Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: ‘Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.’;

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: ‘Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar; Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.’

Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung. 

Sumber: iLuvislam.com

01 February 2011

Pesanan Imam Al- Ghazali

Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.