
Saya melihat ketua sebagai seorang yang perlu dihormati, dipercayai dan dijadikan sahabat serta mentor. Apa akan jadi sekiranya terdapat kakitangan bawahan sudah hilang hormat dan taat setianya kepada ketua. Jawapannya ialah akan kucar kacirlah organisasi itu.
Ramai yang kurang faham kenapa seseorang ketua itu perlu dihormati, dan saya jangkakan ramai yang melihat menghormati ketua hanya sebagai satu tingkah laku sosial sahaja, silap semata-mata kerana menghormati dan taat setia kepada ketua merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Banyak yang saya lihat staf bawahan cuba mengujudkan kelompok untuk mensabotaj ketua sama ada terangan atau sebaliknya - ramai yang tidak sedar bahawa sikap ini dapat dilihat oleh ke luar kelompok itu dengan sangat jelas. Benar saya tahu soalan yang ada dalam minda anda... iaitu macam mana kalau ketua itu sendiri tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya, bersikap kuku besi dan kurang ilmu. Jawapannya mudah, dalam organisasi tiada orang pun yang akan one man show, jadi begitu juga dengan menegur bos, pegawai kanan bos atau orang kepercayaannya perlu memainkan peranan untuk menyedarkan bos ini. Cara menentangnya bukan cara penyelesaian malahan adalah cara yang memburukkan keadaan.

Kebanyakan sistem organisasi di negara ini berteraskan kepada sistem
chain-of-command bermakna, organisasi dibentuk atas beberapa peringkat hairaki. Setiap peringkat akan diketuai oleh seorang ketua. Tujuan ketua ini adalah bagi menentukan perjalanan bahagian/ jabatan/ unit bagi mencapai objektif organisasi secara holistik. Manakala fungsi sistem ini adalah bagi pemantauan dan mentoring. Ketua dan staf di bawah seliaannya memainkan fungsi masing-masing yang telah didifinasi dan dibentuk oleh pihak pengurusan atasan. Jika seseorang ketua atau salah seorang kakitangan di bawah seliaannya gagal, maka akan gagal lah organisasi tersebut. Kegagalan ini biasanya akan dikaji dan jika perlu tindakan hukuman atau ganjaran akan diberikan. Yang sebenarnya ini jugalah yang sedang diimplimentasikan oleh Kerajaan Malaysia.
Oleh yang demikian, ketua perlu memahami segala tindakan yang perlu dilaksanakan olehnya, dalam erti kata yang lain ketua perlua ada banyak ilmu antara yang penting ialah ilmu psikologi, ilmu dalam pentadbiran, pengendalian mesyuarat dan pengendalian krisis. Ketua tidak patut mengujudkan suasana permusuhan, perlu mempunyai perasaan menyayangi staf bawahannya, membela staf, menasihati dan yang utama bukan memarahi, ingin zaman telah berubah dan pengendalian sumber manusia juga berubah.
Tanggungjawab ketua yang sebenarnya bukan sahaja pada menilai stafnya pada setiap akhir tahun, tetapi membimbing pada awal dan sepanjang tahun. Yang sebenarnya apa yang ditunjukkan/ kegagalan unit di bawahnya/ stafnya melambangkan kegagalan ketua itu sendiri. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan tetapi menjadikan kesibukan sebagai titian untuk mengeratkan perpaduan dengan cara mengagihkan tanggungjawab dengan bijak.