Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

09 April 2015

PETUA AMALAN CARI MANGSA LEMAS

Di bawah ini adalah panduan atau tips untuk mencari mangsa lemas. Ianya menjadi atau tidak saya kurang pasti kerana tidak pernah mencubanya. Apa kata anda cuba..

1. Ambik 7 Biji Batu, Duduk Di Tempat Mula-Mula Mangsa Yang Lemas Itu Terjun
2. Batu Pertama Baca Surah Al-Fatihah 7 kali. Kemudian Lontar
3. Batu Kedua Selawat 7 Kali. Kemudian Lontar
4. Batu Ketiga Surah Al-A’raf Ayat 3 (7 Kali) . Kemudian Lontar
5. Batu Keempat Surah Al Ikhlas 7 Kali. Kemudian Lontar
6. Batu Kelima Surah Al-Falaq 7 Kali. Kemudian Lontar
7. Batu Keenam Surah An-Nas 7 kali. Kemudian Lontar
8. Batu Ketujuh Surah Kursi 7 Kali. Kemudian Lontar

Setiap Kali Nak Melempar Batu Tersebut, Baca "Bismilahiallahuakbar". Dengan Izin Allah, Batu Itu Akan Menepis Dan Memukul Segala Gangguan Dan Benda Yang Menyembunyikan Mayat Mangsa Lemas Tersebut Dan Insyallah Kita Akan Jumpa Mangsa Lemas Lemas Tersebut.

Sumber: fb

18 May 2013

Petua: Elak Cicak Berak Merata Tempat

Basuh bersih-bersih kulit telur yang kosong dan keringkan di bawah sinaran matahari selama 3 hari hingga kulit telur tu betul-betul kering.

Bila telah kering, pecah-pecahkan kulit telur tersebut  dalam sebesar duit 1sen. Kemudian lekatkan kulit tadi rapat-rapat di atas sekeping kadbod dengan gam. Letak kad tadi di mana-mana tempat yang selalu didatangi cicak. Biasa hasilnya insyaallah cicak-cicak kurang meninggalkan najisnya seperti sebelum ini atau tak sekerap dan sebanyak macam dulu.

Cicak sebenarnya alergik dengan mineral kulit telur. Apabila terlihat banyak kulit telur dalam rumah dia lari ke tempat lain

Petua: Bunuh Cicak

Cara Terbaik Menghapuskan Cicak Di Rumah ,adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba.. Antaranya

Makanan Cicak ialah serangga.

Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.

Jaga Kebersihan Rumah

Kalau nak hapuskan cicak, jaga kebersihan rumah supaya serangga dapat dikurangkan. Rumah yang bersih dan kemas tidak digemari serangga.

Cicak Tidak Suka Campuran Air Dan Lada Merah

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. Tapi ingat.. jauhi dari kanak-kanak.. bahaya..

Cicak tak suka dengan kulit telur ayam

Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung.

Cicak takut dengan kucing

Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Siapa yang bela pernah bela kucing tu mesti pernah nampak kucingnya menangkap cicak.. sampai mati kering cicak tu di buatnya.. tapi bagi cicak yang cerdik, ada juga yang meninggalkan ekornya sebelum melarikan dirinya ke tempat selamat. Jadi kucing tu hanya bermain dengan ekor cicak tersebut yang telah diputuskan..

19 January 2013

Petua Tidur Rasullah saw

Cara tidur yang sangat bahaya... kalau jatuh apa akan jadi?
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1.  Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2.  Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3.  Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

     Subhanallah 33 x, 
     Alhamdulillah 33 x, 
     Allahuakbar 33 x.

4.  Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5.  Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6.  Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.  Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8.  Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/ Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."