Kalau melihat kepada tajuknya tentu ramai yang rasa sedikit kasar, tetapi itulah hakikatnya. Novel ini telah dinukilkan oleh seorang pedagang yang dalam pelayaran dari Semarang ke Palembang. Disebabkan dagangannya kurang menjadi, jadi dia menghabiskan masanya dengan menulis novel ini.
Tak usah rasa curiga dengan tajuk tersebut kerana novel ini telah berusia 240 tahun dan pada masa itu haiwan babi memangnya disebut babi dan bukannya khinzir seperti mana sekarang ini. Perkataan khinzir adalah pinjaman dari bahasa Arab.
Masa mula-mula saya ditunjukkan oleh anak saudara saya Ammar di kedai buku, saya sendiri pun sedikit terperanjat tetapi setelah membacanya ianya hanya sekadar sebuah cerita yang mengesahkan kehidupan yang dilalui oleh seorang anak raja yang terkena sumpahan gundik-gundik ayahandanya.
Walaupun novel ini telah berusia 240 tahun dan ianya bolehlah dikatakan dihasilkan di Indonesia sekarang ini, tetapi bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Indonesia. Daripada sejarah yang saya baca, saya bersependapat dengan ramai satjana sejarah bahawa bahasa Melayu sememangnya digunakan secara meluas di Nusantara ini pada zaman itu.
Hasil karya ini telah membuktikan bahawa bahasa ini telah menunjukkan kebolehan bahasa Melayu terutamanya apabila kita rajin membaca banyak lagi hasil tulisan sanjana dulu-dulu dan perkembangan bahasa ini seakan terhenti setelah kemasukan penjajah-penjajah.
Menjadi tanggungjawab semua rumput Melayu di Nusantara ini untuk menaikkan dan memertabatkan semula bahasa Melayu supaya ianya setanding dengan bahasa-bahasa yang lain.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts
19 December 2015
10 May 2015
Novel : Cinta Dua Zaman - Azri Misti
Saya mencuba membaca sebuah lagi novel Melayu yang ditulis oleh Azri Misti. Jodol novel ini adalah Cinta Dua Zaman. Saya selesai membacanya pada 2 Mei 2015 kira-kira jam 1.45 tengah hari, di Taman Saga Ampang. Saya memberikan 4 dari 5 bintang kepada novel ini. Nampaknya ramai penulis Melayu yang dah pandai menulis, dah mempunyai idea yang menarik dan membuka minda serta berimaginasi laju dan di luar kebiasaan dunia.
Novel ini mengesahkan 7 orang anak muda yang terhumban di zaman di belakang mereka, nun jauh di abad ke 15. Lokasi mereka dihumbankan adalah di zaman kesultanan Melayu Melaka. Namun kisah banyak berlaku di Langkasuka dan Pulau Merah. Di mana kedua-dua lokasi ini jangan tanya saya. Ikut bacaan saya Langkasuka adalah sebuah kerajaan Melayu dulu kala. Manakala Pulau Merah saya tidak pernah mendengarnya.
Tahniah kepada penulisnya. Tapai saya suka jika penulis ini banyak kali menyebut perkataan Tanah Melayu ... anda tahu kenapa? cari sendiri sebabnya.
06 May 2015
Novel : Ungu Karmila - RAM
25 April 2015 jam 9.05 malam di Ampang saya menoktahkan bacaan kisah novel ini. Apa agaknya cerita novel ini, hanya melihat pada kulit novel? Rupanya novel ini mengesahkan tentang sejenis bunga yang baharu dicipta oleh Arif dan dinamakan sebagai Ungu Karmila. Cerita yang menyeramkan ini bermula apabila Arif terjumpa dengan sejenis spesisi bunga berwarna ungu yang menarik perhatiannya. Sebagai seorang ahli dalam kajian tumbuh-tumbuhan dia mengkacukkan bunga tersebut dengan bunga ros di dalam rumah kacanya. Rupanya hasil bunga ini yang . . . ..
Jom baca dan selami sendiri halusinasi semua insan yang terlibat dengan Villa Sunyi. Ianya hanya ada di villa tersebut dan juga di 'taman' rahsia Tok Batin. Villa ini telah menelan banyak nyawa semenjak ianya dalam pembinaan. Bolehkah halusinasi kekawal oleh otak manusia sedangkan otaknya telah diresapi dengan kimia dan hasutan syaitan,
30 April 2015
Novel : Sunan Nanggroe Sang Kembara - RAM
RAM juga menukilkan kisah LS yang dikisahkan dari kecil sehingga dewasa. Novel ini lebih menumpukan kepada kisah cinta Sunan sehinggalah dia berkahwin dengan Ratna Sang Ratu. Namun begitu melalui novel ini juga kisah-kisah yang tidak dijelaskan di dalam kelima-lima siri novel Sunan dijelaskan satu persatu dan diakhir novel ini pembaca seakan-akan mengenali secara mendalam akan siapakah LS itu.
Apabila saya akhiri novel ini pada 22 April 2015, jam 7.40 petang di rumah saya di Ampang, saya sangat berharap agar RAM akan memerah otak untuk menyambung sedikit lagi kisah LS. Kisah tersebut mungkin boleh di mulakan dengan pengembaraan LS dan keluarga menuju ke Negara Kayangan Bumi.
25 April 2015
Novel : Sunan Musafir - RAM
Alhamdulillah saya selesai membaca novel ini pada 19 April 2015 bersamaan hari Ahad jam lebih kurang 6.20 petang di rumah saya di Ampang. Makanya berakhirlah kesemua siri novel yang berlanjutan daripada siri Bagaikan Puteri. Novel kedua adalahCinta Sang Ratu diikuti dengan novel Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan Sutera Bidadari.
Dalam novel ini ceritanya adalah cerita dalam cerita yang disampaikan oleh Saifudin aka Laksamana Sunan (LS) dan gelaran terakhir beliau adalah Kiai Kelana. Rupanya LS mempunyai seorang anak teruna dengan Ratna. Ratna rupanya belum lagi meninggal dunia, sebaliknya dia juga adalah Sang Dewi yang diselubungi oleh sumpah ibunda asuhannya Maharani melalui Gimbaran. Akhirnya mereka dapat hidup dengan bahagia di tanah tumpah darah Ratna yang merupakan Buanda Kayangan Putih yang diambil oleh Maharani semasa menyerang Negara Kayangan Bumi.
Penceritaan oleh RAM diakhirkan dengan pameran yang diadakan oleh Abid Kamal yang juga dihadiri oleh Dani, Haryani dan keluarga mereka. Bagus pengakhirannya di mana kebenaran menang sebaliknya batil dan kemungkaran lenyap juga.
Apa kata anda cari kesemua novel ini dan baca !!! Saya juga telah habis membaca novel berjodol Sunan Nanggroe Sang Kembara, yang mengesahkan kehidupan LS dari lahir dan cinta dalam hidupnya... jumpa nanti ....
14 April 2015
Novel : Sutera Bidadari - RAM
Baru sekejap tadi saya menamatkan novel yang bertajuk Sutera Bidadari, karya Saudara RAM. Ini merupakan novel kelima dalam siri cheritera Bagaikan Puteri. Kali ini RAM seakan-akan membayangkan akan kematian Laksamana Sunan (LS), tetapi sehingga ke hujung novelnya tiada kata-kata RAM yang menerangkan saat roh LS bercerai dengan jasadnya. Adakah LS telah diambil oleh Penciptanya semasa mereka masih lagi di negara Drakula atau dalam perjalanan ke Lisbon. Tetapi cara doa oleh Saifulallah begitu merentap jiwa saya. Novel kali ini benar-benar menduga pembacanya. Jika ikut hati memangnya kita tak sanggup untuk meniti baris-baris perkataan yang menceritakan kematian LS.
Pendapat saya RAM tidak boleh menamatkan siri ini begitu saja. RAM perlu menjelaskan kepada kami siapa Sang Dewi? bagaimana LS boleh mengatakan bahawa Sang Dewi itu adalah Sang Ratna Ratu, armarhum isterinya, bagaimanpun Ratna boleh hudup semula? Bukankah Ratna adalah anak yang dipungut oleh Ananta atau Maharani Pulau Utara, kenapa pula Sang Dewi boleh menjadi mangsa sumpahan Maharani? ataukah Ratna mempunyai kembar iaitu Sang Dewi? saya juga tertanya-tanya apakah bangsa Polip itu?
RAM! tolong leraikan kekusutan ini, kami perlu lebih mengetahui akan kisah akhirnya... tak kiralah sedih atau gembira.
Apapun terima kasih kepada RAM kerana nukilan-nukilannya ini. Saya dah mula membelik-belik Novel Sunan. Tak tau bila nak mulakannya...
08 April 2015
Novel: Cinta Sufi - RAM
Cinta Sufi adalah novel ke4 dalam siri novel Bagaikan Puteri. Novel ini adalah hasil nukilan Saudara Ramlee Awang Murshid (RAM). Saya selesai membaca novel ini pada 1 April 2015, jam 5.00 petang di rumah saya di Ampang.
Laksamana Sunan rupanya dikembalikan semula ke dalam sebuah gua di kampungnya tidak jauh dari tanah perkuburan yang telah bersemadinya ibundanya Sulimah. Pergembaraan Sunan ke abad ke21 yang ditakdirkan menunaikan misi penting melawan taughut dan pengikutnya Manggala di Indonesia. Sekembalinya dia ke abad ke15, Sunan sudah kehilangan kudratnya, dia tidak berdaya namun iman dan taqwa menyelamatkan dia.
Sunan ditawan dan dijadikan hamba sahaya Catalina, seorang balu berbangsa Portugis yang belayar menuju iman dan taqwa yang akhirnya menjadikan Catalina seorang muslimah. Banyak sungguh cabaran, dugaan dan ujian yang dihadapi oleh mereka. Ianya umpama kehidupan di pentas yang dicipta Allah, semua ciptaNya bukan sia-sia, semuanya ada sebab dan hikmah. Banyak pengajaran yang saya dapat yang jika dikiaskan itulah ertinya kehidupan . . dunia ini umpama laluan yang berliku untuk ke tempat (syurga) yang dijanjikan oleh Penciptanya, namun bukan semudah itu untuk meraihnya.
Dalam novel ini juga RAM menerapkan jalan cerita suspen dalam 2 dimensi waktu yang menarik. Kalau ingin mengetahuinya apa kata cari novel ini dan selami sendiri.
Novel berikutnya dalam siri Bagaikan Puteri adalah Sutera Bidadari . . agak-agaknya apa yang dialami oleh Sunan kelak?
29 March 2015
Novel: Hijab Sang Pencinta - RAM
Novel ini adalah novel ke 3 dalam Siri Novel Bagaikan Puteri yang dinukilkan oleh RAM. Saya selesai membacanya pada 28 Mac 2015 yang lalu. Melaluinya maka terjawablah tandatanya saya tentang bagaimana Manggala dicipta oleh Taughut yang bertunjangkan kepada kehendak Iblis yang dilaknati oleh Allah Taalah. Rupanya ada manusia yang sanggup menukarkan syurga kekal abadi untuk syurga dunia yang palsu dan neraka yang kekal abadi.
Kali ini, saya dibawa oleh RAM bersama-sama dengan pengembaraan Laksamana Sunan ke abad ke21 yang meninggalkan abad 15 jauh dibelakangnya. Namun cita-cita Haryani untuk menjadi suri Sunan tidak kecapaian apabila Sunan ditembak mati di majlis pernikahannya oleh Hamid. Kasihan Haryani kerana hasratnya tidak kesampaian.
Dengan 'kematian' Sunan di abad ke 21, ada kemungkinankah dia tidak akan kembali lagi ke abad itu untuk bertemu Haryani?
Saya sekali lagi mencari masa untuk memulakan novel ke4 - Cinta Sufi. Apa berlaku ya - Sunan dah pun kembali ke abad ke 15 dan kini berada di kampung halamanya di Punggor.
23 March 2015
Novel: Cinta Sang Ratu - RAM
Saya selesai membaca novel ini pada 22 Mac 2015 jam 2.30 pagi. Novel ini adalah kesinambungan dari Novel Bagaikan Puteri. Selesai ini ada lagi kesinambungan cerita Laksamana Sunan yang saya tak tahu bila nak mula. Bila dah mula susah pula nak buat kerja lain kerana hati teringatkan Laksamana Sunan, apa cabaran dan dugaan yang dia hadapi, dan yang paling utama siapakah wanita yang akan berada di sisinya nati.
Dalam novel ini Sang Ratu, iaitu Ratu Sulaman telah meninggalkan Laksamana Sunan. Dia meninggal atas tangan bonda dia Maharani pemerintah Pulau Utara. Dalam novel ini RAm menceritakan 2 dimensi zaman yang selari. Dan kali ini Dani yang bertemu dengan Sunan dan diselamatkan Sunan. Saya tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Manggala awal yang dibawa lari oleh Rajikin. Mungkinkah cerita itu diuraikan dalam novel seterusnya.
Mencari dan mungkin mencuri masa untuk menatap Hijab Sang Pencinta ....
Tahniah RAM, tuan telah membuka hati saya untuk membaca novel Melayu, walaupun kini hanya novel RAM sahaja yang saya beli selain dari novel Inggeris.
19 June 2013
Siapakah Engkau - Bagaikan Puteri
Setelah menghampiri muka surat ke 571 dalam Novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid (RAM) saya terasa benar-benar ingin mengetahuai siapakan dia Saifudin bin Jalis atau lebih dikenali di Aceh sebagai Laksamana Sunan (LS). LS hidup di abad ke 15, dia merupakan seorang perantau yang dapat meletakkan dirinya setanding dengan ulama di Aceh dan pahlawan lagenda Melaka Datuk Laksamana Hang Tuah.
RAM telah menghidupkan LS dengan begitu baik sekali dan saya menjangkakan ramai wanita akan jatuh hati kepada LS. Memang tidak dapat dinafikan saya sendiri tertarik dengan keperibadian LS sebagai pemuda Melayu yang berkeperibadian tinggi, berilmu, alim dan tulus itu. Ada kemungkinankah terdapatnya pemuda-pemuda Melayu seperti itu di zaman moden ini?
Andainya benar tuan hamba pernah ujud di muka bumi ciptaan Allah ini, di mana agaknya tuan hamba boleh hamba jejaki? Bolehkah hamba menerokai alam tuan hamba seperti yang dilakukan oleh Haryati?
Penerokaan di alam yang berselisih atau alam yang selari sukar untuk diterima oleh sains zaman kini. Tetapi tidak ada perkara yang mustahil jika Allah swt mengkehendakinya. Terlalu amat mudah bagi Allah untuk melakukan sesuatau yang tiada kepada ada. Kun fa ya kun... jadi maka jadilah ia.
Malang sungguh bagi saya kerana rupanya saya belum lagi memiliki sambungan novel ini yang berjudul Cinta Sang Ratu, walau bagaimanapun saya telah pun membeli novel akhir dalam trelogi ini yang berjodol Hijap Sang Pencinta. Tak sabar-sabar mengintai peluang untuk keluar sekejap dari pejabat untuk ke kedai buku.... tetapi entah bila agaknya....
RAM telah menghidupkan LS dengan begitu baik sekali dan saya menjangkakan ramai wanita akan jatuh hati kepada LS. Memang tidak dapat dinafikan saya sendiri tertarik dengan keperibadian LS sebagai pemuda Melayu yang berkeperibadian tinggi, berilmu, alim dan tulus itu. Ada kemungkinankah terdapatnya pemuda-pemuda Melayu seperti itu di zaman moden ini?
Andainya benar tuan hamba pernah ujud di muka bumi ciptaan Allah ini, di mana agaknya tuan hamba boleh hamba jejaki? Bolehkah hamba menerokai alam tuan hamba seperti yang dilakukan oleh Haryati?
Penerokaan di alam yang berselisih atau alam yang selari sukar untuk diterima oleh sains zaman kini. Tetapi tidak ada perkara yang mustahil jika Allah swt mengkehendakinya. Terlalu amat mudah bagi Allah untuk melakukan sesuatau yang tiada kepada ada. Kun fa ya kun... jadi maka jadilah ia.
Malang sungguh bagi saya kerana rupanya saya belum lagi memiliki sambungan novel ini yang berjudul Cinta Sang Ratu, walau bagaimanapun saya telah pun membeli novel akhir dalam trelogi ini yang berjodol Hijap Sang Pencinta. Tak sabar-sabar mengintai peluang untuk keluar sekejap dari pejabat untuk ke kedai buku.... tetapi entah bila agaknya....
Subscribe to:
Posts (Atom)








