Showing posts with label Permandangan. Show all posts
Showing posts with label Permandangan. Show all posts

25 June 2013

Suatu Hari Di Awal Pagi di Jabatanku

Gambar ini saya ambil pada awal bulan Jun 2013, iaitu semasa saya baru-baru bertukar pejabat di Blok A Duta 1, JPWPKL. Pagi ini cuaca sangat hening dan damai sekali. Selepas memanjat tangga-tangga pejabat sehingga ke tingkat 3, saya mengambil angin untuk menghilangkan lelah, maklumlah baru memanjat tangga kerana sebelum ini saya menggunakan lif walaupun untuk ke tingkat 1 lebih tinggi atau lebih rendah... manjanya badan.

Cuba tengok langitnya.... cantikkan biru dan kelihatan disebalik pokok kayu 2 menara Masjid Wilayah dan sebuah tiang lampu limpah Stadium Hoki Jalan Duta. Memang seronok apabila dapat menikmati keindahan alam di awal pagi. Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya diberikan pengalaman baru dan sempat menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.

Nun di kejauhan tu terdapat 3 buah blok bangunan Kerajaan yang berdiri megah, walaupun usia bangunan itu telah agak tua, namun ianya masih lagi digunakan. Itulah dia Kompleks Kerajaan Jalan Duta, dulu kompleks ini menjadi kemegahan perjawat awam kerana di sinilah semua pejabat-pejabat utama Kerajaan Malaysia berada, tetapi kini kebanyakan pejabat-pejabat tersebut telah pun berpindah ke Kompleks Kerajaan Putrajaya.

29 January 2013

Bagai Roh Melayang

Cantik sungguh permandangan yang ditayangkan ini, jika kita fokus betul-betul, kita dapat rasakan bagai kita yang melayang melawati di setiap lokasi tersebut. Mungkin kita boleh bayangkan bagai roh kita yang melayang ringan bagai ditiup angin. Agaknya beginikah perjalanan/ pergerakan roh kita.

21 January 2013

Dari Jendela KLIH

Pada hari Jumaat minggu lepas, iaitu pada 18 Januari 2013, saya beserta rakan-rakan dari JPWPKL yang dilantik sebagai Jawatankuasa 5S Jabatan kami telah menghadiri kursus di Kuala Lumpur Internasional Hotel (KLIH). Saya sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk merakamkan warna KL dari hotel ini.
Permandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang saya ambil daripada Tingkat 2 KLIH yang letaknya di Jalan Raja Abdul Aziz tidak jauh daripada Chow Kit. Nun jauh di sana kelihatan bangunan pencakar langit yang membuktikan akan kepesatan KL membangun. Tetapi di bawah tu kelihatan lagi gerai-gerai kecil kebanyakannya kepunyaan orang Melayu.

Dulu kawasan ini kalau tidak silap saya adalah kawasan perkampungan orang Melayu - mereka mewarisinya turun temurun, tetapi dengan kepesatan pembangunan - mereka terpaksa berkorban dengan melepaskan pegangan yang sangat bernilai ini, dan kini telah berkembang dengan beberapa bangunan tinggi.

Tetapi berapa agaknya bangunan kepunyaan orang Melayu.

20 December 2012

Indahnya Permandangan Negeri Perak

Gambar diambil semasa kami selesai membawa anak-anak ke Lake Town resort dalam perjalanan balik ke Apartmen kami terlihat kepulan awan yang banyak menutupi puncak bukit. Cantiknya pemandangan tersebut.

Awan beransur berkurangan apabila hari makin petang

Awan makin berkurangan dan memperlihatkan semula bukit tersebut.

Cantik gaya Ammar mengambil gambar ini. gambar terbahagi kepada 3 lapisan iaitu rumput, bangunan dan pokok-pokok serta langit dan awan.

Lokasi gambar yang sama seperti di atas, tinggal lagi dizoomkan dekat. Waktu ini hampir petang - kelihatan warna langit keperang-perangan.

15 December 2012

Percutian 2012 Bukit Merah (Permandangan Tasek) - Part 10

Pemandangan di sini semuanya cantik, keindahannya mungkin kerana faktor semulajadi seperti tasik, kaki langit dan awan. Kalau tidak percaya jom tengok gambar-gambar yang bawah.

Gambar ini kelihatan seperti lukisan. Ini adalah resort (dipanggil sebagai kampung air) atas air yang di sediakan di taman teman ini, kedudukannya jauh dari hiruk pikuk taman.

Di sekeliling resort di tanam dengan pokok bunga teratai, cantik bila ianya terapung-apung di atas air. Ini adalah bahagian hadapan resort mengadap Ecopark.

Jambatan yang menghubungi daratan dengan kampung air.

Kami semua dari daratan melihat ke arah kampung air. Lihat sahaja langit di belakang resort sudah hitam tandanya hujan nak turun....

Dari sini memandang sehingga seberang tasik kelihatan sebuah rumah... cantik kan gambar ini air dan langit mempunyai warna yang hampir sama dan seakan-akan dipisahkan oleh sebarisan daratan yang berwarna hijau.....

Wow... agaknya itu yang terkeluar dari mulut saya melihatkan keindahan ciptaan Allah ini.


30 July 2012

Dari Jendela GCH Melaka

Bangunan baru siap dibina pada tahun lepas, Bangunan Jaya 99 (bangunan yang seakan berkembar) di situlah saya bertugas selama 5 hari mulai 23 Julai hingga 27 Julai 2012.

Bangunan Ibu Pejabat Risda betul-betul di hadapan bilik saya di HGC tingkat 7.

Masih terdapat lagi perkampungan di dalam Bandar Melaka, ini salah satu buktinya.

Kelihatan asap dari celah-celah pokok, teringat saya semasa di kampong di mana setiap petang kami menyapu samaah dan membakarnya....

20 May 2012

Peliknya!!!

Bangunan bulan sabit

Terusan di atas terusan atau sungai

Rumah dengan mata mengintai

Pokok bengkok

Restauran di pulau sempit

Laluan macam cermin - berkilat

Tasik di puncak gunung