Showing posts with label Neutered. Show all posts
Showing posts with label Neutered. Show all posts

03 February 2016

Ms Lulu dan Acik Berpantang

Ms Lulu selepas di'neutered'kan. Vet Jasin melaksanakan tugas neutered kucing betina di atas perut sebelah kiri. Jadi apabila kucing duduk di atas perut tidak terkena dengan bekas jahitan pembedahan tersebut.

Namun bekas pembedahannya agak panjang juga. Acik baru sedar dari bius dan masih lagi tidak sedar sepenuhnya.

Kedua-duanya dalam keadaan sihat dan kini dah baik pun. Bekas benang jahitan dah tercabut pun. Tinggal 2 ekor lagi yang belum disunatkan. 

02 July 2015

Bujang Selamat Dioperasi

Alhanmdulillah semalam (1 Julai 2015) Bujang selamat dioperasi kerana neutered. Semoga selepas dari ini dia lebih tenang, tidak marah-marah dan tidak bergaduh dengan kucing-kucing saya yang lain.

Mula dari bertolak, Bujang bising-bising di dalam kereta dan masih mengeow apabila tiba di Vet jain, mungkin dia dapat rasakan dia diapa-apakan.

Rupanya proses di Vet jasin cepat siap dan daya bawa balik Bujang ke rumah dalam keadaan dia masih pengsan lagi. Makanya mudahlah saya memindahkan Bujang dari dalam Carrier ke dalam sangkar supaya Buajng tidak lasak apabila sedar kelak.

Bujang sedar dalam jam 12.15 tenagah hari dan mula menjilat tempat luka, saya terpaksa pakaikan e-kolar supaya dia tidak boleh menjilat luka tersebut. Menjelas petang Bujang dah ok, dah boleh minum dan makan. Dan pagi tadi saya mendapat semula Bujang saya yang nakal dan manja. Alhandulillah semuanya ok je.

26 January 2015

Jiji Last Bersunat

Anak bujang saya yang bungsu yang bersunat pada 8 januari 2015. Jiji adalah kucing terakhir yang bersunat selepas mak, abang dan adik-adiknya. Kelewatan Jiji bersunat disebabkan oleh dia selsema yang berpanjangan. Selepas dipantau dengan rapi alhamdulillah selsema Jiji hilang.

Kesian tengok muka si bulus kita bila dia masih dalam pengaruh bius. Mereka cuba melawan bius tetap masih tidak berdaya dan kelakuan mereka membuatkan kita kasihan sangat pada mereka. Saya akan sentiasa mengurung mereka dalam kandang kerana mereka akan cuba bergerak walaupun terpaksa mengensut. Jiji sedar sepenuhnya hampir maghrib dan cuba untuk minum tetapi muntah semula. Walau bagaimanapun dia sihat sepenuhnya keesokkan harinya.

29 November 2014

Neutered Zizi dan Mimi

Mungkin anak-anak saya ini (Mimi dan Zizi) tertanya-tanya kenapa mereka dibawa ke Vet lagi. Nak kata demam tak demam, tapi kenapa mereka ada di sini? Tak pelah apa yang mummy nak buat ni adalah untuk kebaikan bersama, supaya hidup Mimi dan Zizi lebih aman dan terjaga. Peristewa bermakna untuk 2 anak saya ni berlaku pada 6 November 2014.

Tak de apa yang Mimi dan Zizi nak risaukan, tak mungkin kami nak buang kamu berdua sebab kamu sangat kami sayang. Emak saya dan carrier membawa budak-budak ini sedang menunggu nombor kami dipanggil.

Mimi dan Zizi kucing jantan jadi operasi ke atas mereka tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang 10 minit setiap ekor. Lebih kurang jam 10.30 pagi semua prosedur selesai dan saya dah boleh bawa balik mereka berdua. Tiba di rumah lebih kurang jam 11.00 pagi dan masa ni Zizi dah sedar sedikit.

Tiba di rumah saya masukkan mereka berdua dalam sick-bay mereka (kandang) dan kelihatan Zizi dan mula angkat kepala dan mula berpusing-pusing. Sedangkan adiknya masih lagi pengsan.

Tapi akhirnya dia pun tertidur semula dan bangun jam 4 petang. Terkangkang Mimi tidur agaknya mereka sedang bermimpi yang indah-indah .....

12 November 2014

Pemandulan Kucing

Ramai yang bertanya, boleh ke kita kasikan (neutered) haiwan kesayangan kita seperti kucing dan anjing. Setahu saya fatwa telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bahawa hukum mengkasi haiwan adalah harus atas sebab-sebab tertentu untuk menjaga maslahah ummah.

Perhatikan sekarang berapa ramai yang suka memelihara kucing, dan sudah tentu anda tidak dapat mengawal haiwan tersebut untuk membiak apabila tiba masanya. Akibatnya maka bertaburan tanpa terkawal bilangan haiwan tersebut, sebagai jalan mudah ramai manusia hanya membuang anak-anak kucing kecil yang tidak berdaya sebaliknya menyimpan ibunya. 

Bagi saya sikap tersebut lebih zalim dan tidak keperikemanusiaan kerana memisahkan anak-anak sehingga anak-anak kucing ini mati. Terdapat ramai juga yang menyuarakan bahawa seseorang itu berdosa jika menyekat kemahuan fitrah haiwan ini, tetapi dengan mengkasi haiwan ini kita bukan membunuh atau menyebabkan mereka sakit atau tidak sihat tetapi dengan kaedah mengkasi kita memastikan haiwan peliharaan kita lebih sihat dan menghalang kita dari terus berdosa dengan membuang, menyeksa, mencederakan anak-anak/ kucing-kucing.

Mari kita sama-sama fikirkan dan ambil tindakan sewajarnya.

11 November 2014

Neautered Itam Mike Black dan Kiki d/o Oky

Pada 30 Oktober 2014, saya mendapat panggilan dari Hospital Haiwan Kerajaan di Cheras untuk mempercepatkan jadual pembedahan casitation Itam dan Kiki. Sepatutnya pembedahan mereka adalah pada 6 November 2014 tetapi dicepatkan. 

Tanpa berfikir saya terima je sebab saya berhasrat untuk menyempurnakan neutered kepada 3 lagi kucing saya iaitu Zizi, Mimi dan Jiji. Maka pada tarikh yang ditetapkan saya bawa mereka ke Veterinar tersebut pada awal pagi. Masih belum ramai jadi tidak lama sangat menunggu.

Seperti yang selalu saya katakan mengenai si Kiki sicomel saya yang tidak suka dikurung, akan mendatangkan masalah jika terlalu lama mengunggu. Jadi saya sangat berharap masa menunggu kami tidak lama, jika tidak susahlah saya dibuatnya nanti. Tempoh masa pembedahan tidak lama, lebih kurang 10 minit untuk Itam dan 30 minit untuk Kiki. 

Foto di atas: Melihat mereka terbaring timbul rasa belas dan kasihan saya kepada mereka.

Lebih kurang jam 11 pagi kami dah sampai ke rumah dan saya masukkan mereka ke dalam sick-bay mereka. Lama juga mereka pengsan dan lebih kurang jam 5.00 petang baru mereka bangun dan minta keluar dari kandang. Agaknya mereka sangat lapar jadi mereka menghulurkan tangan masing-masing minta makan.

Takut mereka muntah jadi saya tangguhkan sehingga selepas magrib baru sediakan minuman dan makanan untuk mereka. Makanan yang saya berikan apa yang dibekalkan oleh Veterinar tersebut. Saya doakan agar mereka cepat sembuh dan bolehlah berlasak seperti biasa.

11 October 2014

Nini Dah hampir Sembuh

Alhamdulillah, luka pembedahan Nini di perut dia dah hampir sembuh. Nini pun dah mula lasak, berlari, melompat dan bergurau dengan adik-adik dan ibunya. Tapi Nini selalu kesejukan terutamanya apabila tidur di dalam bilik hawa dingin.

Perut Nini yang dioperasi dicukur dan itu yang menyebabkan dia kesejukan. Nini kerap tidur atas tilam dan jarang saya lihat dia tidur di atas lantai simen, mungkin kerana sejuk.

Itu dia nyenyaknya dia tidur di atas katil, tetapi d atas tilam dia. Semoga Allah memelihara Nini dan semua kucing-kucing saya suoaya sihat sejahtera sentiasa. Ameen . . .

09 October 2014

Operasi OHE Nini - Saat Menunggu

Ini adalah anak dara saya yang paling bungsu. Sekarang ni kami sedang menunggu nombor giliran dipanggil di Bilik No. 7. Ini adalah bilik pembedahan, dan kali ini giliran Nini telah tiba. Sepatutnya kakaknya Kiki yang patut menjalanan operasi ini tetapi kerana kakaknya tidak sehat, Kiki telah miss beberapa giliran untuk vaksin.

Untuk menjalani OHE semua haiwan dan kucing mesti telah diberikan vaksin yang penuh. Namun pada 3 Oktober 2014, Kiki akan menjalani vaksin ketiganya dan setelah itu jadual Kiki ditentukan.


Budak nakal tetapi manja ni tak suka pintu carrier dia ditutup. Tiap kali tertutup dia akan bising dan mengganggu ketenteraman haiwan lain yang juga sedang berdebar-bedar (saya agak je).

Manja kat mummy dan meletakkan kepala dia atas tangan saya... masa ni rasa sangat kasihan pada Nini, tetapi terpaksa takut populasi kucing bertambah. Cukuplah 10 ekor sekarang ni.

14 August 2014

Selepas Sejam Baby dan Adik Dioperasi

BAby dan Adik selepas sejam menjalani operasi OHE di Hospital Veteriner Cheras. Pada hari itu iaitu 7 Ogos 2014 banyak haiwan yang dijadualkan menjalani operasi yang sama.

Rupanya bukan saya sahaja yang membawa 2 ekor kucing untuk OHE dan ada yang membawa 3 ekor haiwan. Maklumlah pada hari ini rupanya ramai foktor pelatih dari UPM yang datang untuk menjalani praktikal mereka agaknya.

Kelihatan Baby dan Adik dengan nombor giliran 5009 di dahi mereka. Mereka berdua masih lagi pengsan akibat dari ubat bius. Kali ini saya memegang dan memujuk mereka berdua semasa mahu disuntik bius. Tipsnya dalam tempoh selepas disuntik tuan punya haiwan tidak digalakkan bersuara kerana ianya menjadikan sebab haiwan tersebut lambat pengsan.

Tiba di rumah saya masukkan mereka berdua ke dalam sangkar bagi mengawal mereka dari berjalan. Tetapi mereka lambat sedar lebih kurang jam 5 petang. Disebabkan mereka terkurung di dalam kandang makanya mereka tidak bergerak lasak.

Kesian saya lihat mereka berbaring kerana pada hari-hari biasa mereka sangat lasak dan sentiasa berlari dan berkejaran. Harap mereka faham apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikkan mereka juga.

Sekarang ni telah hampir 6 hari mereka menjalani operasi tersebut dan mereka telah pulih seperti sedia kala, lasak dan bermain dengan adik-adik seperti biasa. Nafsu makan bertambah. 

13 August 2014

Baby dan Adik Menempuh Kehidupan Baru

 Akhirnya jadual untuk pembedahan Baby dan Adik tiba juga. 7 Ogos 2014 merupakan hari yang banyak haiwan dijadualkan pembedahan OHE atau neutered kerana ramai doktor pelatih dari UPM turun di Veterina ini.

Adik dan Baby memalingkan mukanya, tetapi hari ini mereka sangat tenag dan tidak langsung mengeow. Sopan sungguh dan mereka berdua sentiasa ada pelawat yang melihat dan bercakap dengan mereka. Tapi mereka yang sangat pemalu.

Buah hati kesayangan saya. Tenangnya dia menunggu nombor dipanggil.

Tapi saya pun tak duduk jauh dari mereka. Saya sanggup bersila di lantai asalkan dapat bercakap dengan mereka berdua sebelum kedua-duanya masuk ke theater.

Sabar yang sayang. Untuk kebaikan tindakan ini terpaksa dilakukan.

14 July 2014

Oky Berpantang

Inilah kandang baru Oky... mahalnya kandang haiwan sekarang ni. Kandang Oky ni berharga RM200.00. Tetapi demi kesihatan dan kebaikkan Oky saya terpaksa beli juga.

Meletakkan Oky dalam kandang ini secara tidak langsung menyekat dia dari berlari, memanjat dan yang paling utama menghalang anak-anaknya dari menyusu pada Oky.

Ikut kata pihak hospital Oky perlu berpantang selama 10 hari bagi memastikan lukanya sembuh. Memang kasihan melihat dia terkurung tapi demi kebaikkan dia biarlah. Lagipun bukannya lama sangat hanya 10 hari saja.

Selepas sediakan semua keperluan seperti litter box, tempat tidur dan air minuman saya masukkan Oky ke dalam kandang barunya. Masa ni Oky perlu disuapkan makan. Alhamdulillah dia hanya diam sahaja dan tidak banyak kerenah. Cepat baik ya sayang...

05 July 2014

Oky DiOperasi

Oky selepas beberapa minit dioperasi. Oky menjalani prosedur OHE, iaitu nuteredkan dia... kesian juga melihatkan Oky dibius dan tidak sederkan diri, No giliran masih lagi terlekat di dahinya.

Elok tidurnya Oky mungkin ubat bius masih bersisa dalam tubuhnya. Bekas operasinya tidak besar dan saya jangkakan mungkin Oky tidak perlu berpantang lama.

E-collar dipasang ke leher Oky bagi mencegah dia dari menjilat lukanya dan menahan dia dari bergerak aktif. 

Bimbang dia memanjat dan terjun katil saya letakkan dia di atas simen je....  Baru-baru operasi Oky kerap muntah-muntah, habis ecollar pink dia yang cantik tu terkena muntah. Haiwan pun sama dengan manusia akan keluarkan banyak angin dalam perut akibat operasi... 

Bagi menghalang dia bergerak saya letakkan Oky dalam carrier haiwan. Tetapi kasihan kerana carrier tu menghalang permandangan Oky. Kandang Oky sedang digunakan oleh Itam, jadi saya terpaksa mencari kandang baru untuk Oky.