Showing posts with label Hukuman. Show all posts
Showing posts with label Hukuman. Show all posts

04 April 2013

Kun Faya Kun: Unta Menjadi Hakim

Gambar hiasan
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya mengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

30 October 2011

Hukuman Dalam Perkhidmatan Awam

Saya sangat tertarik dengan ucapan YBhg Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) semasa Majlis Penutup Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada 6 Oktober 2011 di Kuantan, Pahang.

Antara petikan ucapannya yang menarik hati saya adalah mengenai tindakan hukuman yang sepatutnya diambil tindakan oleh pelaksana perkhidmatan awam,katanya "Pengurusan modal insan yang efektif tidak tertumpu kepada aspek reward semata-mata. Aspek punishment perlu juga ditekankan, khususnya bagi anggota-anggota yang melakukan kesalahan serta menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada. Pada masa yang sama, ia akan juga memberi pengajaran serta iktibar kepada anggota lain agar tidak melakukan lesalahan yang boleh menjejaskan integriti serta kredibiliti perkhidmatn kita". Katanya lagi "Dalam hubungan yang sama perlu diwujudkan exit policy yang jelas bagi anggota-anggota yang bermasalah, yang tidak berdisiplin, mahupun mereka yang tidak menunjukkan prestasi perkhidmatan yang sepatutnya. Mungkin aspek ini perlu dikaji untuk dimantapkan lagi pelaksanaanya, mahupun mendapatkan kaedah yang terbaik bagi 'melepaskan' anggota-anggota yang bermasalah dari terus berkhidmat di dalam perkhidmatan awam. Namun demikian, sebarang tindakan yang diambil hendaklah telus dan adil bagi mengelakkan sebarang penganiayaan"

Saya sejak dulu lagi mempersoalkan peraturan sedia ada seperti Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlakuan & Tatatertib), 1993 yang rasanya dah cukup jelas untuk menangani isu/ masalah perlakuan dan tatatertib,namun ianya kurang dipraktikkan mungkin kerana menjaga nama baik organisasi. Terdapat organisasi yang beranggapan sekiranya ada warganya yang diambil tindakan tatatertib ianya seakan-akan memberi bayangan bahawa organisasi tersebut tidak cemerlang. Pada saya ini adalah anggapan yang salah kerana tiada siapa yang dapat menentukan sikap dan perlakuan seseorang sama ada dia sentiasa baik atau sebaliknya.

Terdapat juga Ketua Jabatan yang tidak sampaihati untuk mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang jelas telah melakukan kesalahan. Alasan yang biasa saya dengar ialah tak sampai hati, takut berdosa, takut pada 'kabel' seseorang dan ingin memberi peluang, maka banyak kalilah peluang diberi dan makin menjadi-jadilah mereka-mereka yang terlibat.

Yang sebenarnya, sebagai Ketua Jabatan yang bertanggungjawab tindakan perlu diteruskan walaupun nanti Ketua Jabatan tersebut akan menjadi tidak popular. Masih ramai lagi kakitangan yang lain memahami tindakan tersebut dan Ketua Jabatan akan lebih dihormati sekiranya beliau berani atau sanggup bertindak. Ingatlah semua Ketua Jabatan tanggungjawab tuan/ puan adalah berat kerana ianya adalah amanah Kerajaan, Negara dan lebih lagi amanah Allah Rasbuljalil.