Showing posts with label Ikrar. Show all posts
Showing posts with label Ikrar. Show all posts

12 July 2012

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam

Rasa di antara kita yang mungkin terlupa bahawa perkhidmatan awam mempunyai ikrar mengenai integriti, atau mungkin juga kita kurang memaklumi akan wujudnya ikrar ini atau juga mungkin kita jarang-jarang mengikrarkannya. 

Sejak adanya ikrar itu adakah salah laku yang melibatkan integriti makin kurang atau tiada perubahan? saya mempersoalkan perkara ini kerana masih ada lagi salah laku integriti berlaku dan baru-baru ini ianya terjadi di pejabat saya.

Lebih terharu pejabat saya adalah berhadapan dengan IIM, iaitu Institut Integriti Malaysia.... ada kemungkinankah pegawai terlibat tidak perasan akan IIM itu atau susuk bangunan IIM itu tidak mengerunkan. Di bawah ini saya paparkan Ikrar Integriti tersebut. Sama-sama kita renunginya......
Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut:

Pertama: Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;

Kedua: Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga: Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
Keempat: Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
Kelima: Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
Keenam: Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.Blog Widget by LinkWithin

15 November 2011

Ikrar Perkhidmatan Awam

Kami,
yang telah dilantik
berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia
membuat Ikrar di sini
bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia
kami patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan
semasa menjalankan tugas-tugas ke arah ini.

Kami,
berazam meninggikan mutu perkhidmatan
bekerja dengan penuh tanggungjawab
berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat
dan pembangunan negara
bekerjasama dalam membenteras kelemahan
dan musuh-musuh negara
berpegang teguh kepada ajaran agama

Itulah kata-kata dalam ikrar yang selalu kita ucapkan semasa dalam perhimpunan bulanan. Tetapi adakah kita betul-betul menghayati dan cuba melaksanakan seperti apa yang kita janjikan atau kita hanya sekadar seperti burung kakak tua yang mengikut sahaja kata-kata tersebut.

Fikir-fikirkan.