Showing posts with label Cuaca. Show all posts
Showing posts with label Cuaca. Show all posts

22 February 2015

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.

Sumber: Utusan Online

26 January 2014

Musim Sejuk di Malaysia?


Apabila beberapa kawasan di Malaysia mengalami cuaca sejuk yang berlainan dengan cuaca kebiasaan negara ini. Walaupun pihak berkuasa memaklumkan bahawa fenomena ini adalah biasa tetapi apa yang dirasakan oleh rakyat negara ini bukan perkara biasa berlaku.

Jabatan Metrologi Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar pada 23 Januari 2014 bahawa  dalam bulan bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang agak rendah berbanding bulan-bulan lain di negara ini. Tetapi jika kita imbas semula pada tahun lepas-lepas, rasanya cuaca pada bulan-bulan itu memang sedikit rendah, tetapi tidak serendah suhu seperti yang dialami kini.

Menurut Jabatan itu lagi, suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk.

Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.


Berdasarkan kepada keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan.

Berita mengenai kejadian salji di Indonesia adalah tidak benar. Adalah agak mustahil untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun.

Itu pandangan Jabatan yang berdasarkan kepada sains dan geoloji tetapi bagi Allah swt semuanya mungkin berlaku. Kita berada di akhir zaman di mana Allah swt menunjukkan kekuasaanNya melalui kejadian alam. Kenapa kejadian alam berlaku dan berubah dari kebiasaannya? Ini disebabkan oleh paksi bumi yang telah berubah... dan kita tunggu pula apabila matahari terbit dari tempat tidurnya.

Walallahualam, hanya Allah swt yang maha mengetahui. .  sebelum terlambat bertaubatlah.

25 March 2012

Bacaan Cuaca Di Langit

Dalam bulan ini keadaan cuaca dunia agak tidak dijangka, ada kala tersangat panas dan adakalanya hujan yang sangat lebat sehinggakan terjadinya banjir. Suatu pagi saya perhatikan di langit terdapat 3 alat kajian cuaca yang mencerap keadaan cuaca di KL dan Malaysia. Cuaca yang tidak menentu ini mungkin disebabkan oleh ribut dan letupan yang berlaku di matahari baru-baru ini. Dengan-dengar ribut dan letupan yang sama akan berlaku awal bulan depan, makanya - nanti takut jadi lagi hujan lebat dan banjir serta cuaca yang tidak menentu.

Saya tak pernah melihat alat tersebut hanya melihat garisan yang terjadi di langit. Ada kalanya kita akan melihat garisan menjadi kembang kerana tiupan angin - macam tu kot cara mereka membacanya. Kalau nak tahu bolehlah bertanyakan kepada pakar kaji cuaca.
Walallahualam, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.