Showing posts with label Al Jassasah. Show all posts
Showing posts with label Al Jassasah. Show all posts

27 April 2012

KISAH MENGENAI DAJJAL

Bayi malang ini sudah tentunya bukan dajjal 
Saya pernah membaca beberapa artikel tentang tanda besar akhir zaman antaranya tentang kemunculan dajjal, keluarnya ya'jud ma'jud, turunnya Nabi Isa a.s dan lahirnya Imam Mahdi ditambah dengan kelahiran seorang bayi bermata satu di Israel beberapa tahun yang lepas menjadikan saya dan dunia menjadi gempar. 


Ramai yang membuat ramalan bahawa inilah dajjal yang dijanjikan Allah melalui beberapa hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan dajjal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua orang dan melimpasi batas agama. Apatah lagi kini dunia hampir berada di hujung jalan. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kerap kita lihat malahan sudah ditunjukkan keseluruhannya. Kini hanya menunggu keluarnya tanda-tanda kiamat yang besar.

Bagi masyarakat di nusantara, Dajjal sinonim dengan makhluk yang memiliki mata satu yang tumbuh di dahi. Daripada gambaran ini maka lahirlah cerita-cerita rakyat, malangnya gambaran seperti itu tersasar dari penerangan yang telah ditinggalkan oleh Rasulallah saw. Dalam post saya lebih awal, ada saya nyatakan sifat-sifat dajjal dan perbincangan mengenai keturunannya. Sila cari dan baca dulu.

Dajjal Disebut Dalam Hadis
Al-Quran tidak ada menceritakan tentang perihal dajjal, walau bagaimanapun kisah dajjal banyak disebut di dalam hadis Nabi yang sahih yang diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang ternama. Cerita kemunculan dajjal adalah merupakan salah satu tanda besar hari kiamat. Namun begitu terdapat banyak juga hadis yang palsu mengenai dajjal akibat dari salah faham masyarakat.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajjal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajjal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, berbadan gempal dan matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajjal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajjal yang matanya rosak dan bersifat pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang dikurniakan Allah keistimewaan kepadanya. Dajjal dipercayai telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad saw lagi. Dia digelar al-Masihi ad-dajjal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

"Di dahinya tertulis dalam tulisan Arab perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam yang mengucap syahadah sama ada dia pandai membaca atau tidak.  Apa yang pasti dajjal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dan dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajjal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”

Apa Keistimewaan Dajjal

Allah memberikan dajjal beberapa keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika di akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis-hadis sahih. Di antara keistimewaannya adalah:


Inikah Tasik Tabariah?
1.   Menghidupkan orang mati; 

2.   Syurga dan Neraka. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajjal berikan sebagai syurga (air) sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka (api) sebenarnya adalah syurga.

3.   Dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi, di sana dajjal akan menurunkan hujan sekiranya penduduknya mengaku beriman kepada dajjal. Daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran, kekeringan, kemarau dan kesusahan.
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud,“Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?” Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

4.   Dajjal boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi di dalam masa 40 hari dengan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan lagi, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajjal. Malah Nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajjal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajjal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajjal. Kemudian dajjal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajjal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajjal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah lelaki tersebut diselamatkan oleh Allah.

Bila dajjal Dilahirkan

Menurut Fadlan, dajjal telah ada di muka bumi ini sejak zaman Nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dahri yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antaraTamim dan al-Jassasah. (Kawan-kawan, memandangkan artikel ini saya ambil dari Majalah - maka cerita ini dipaparkan buat kali ke 3 dalam blog saya)

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajjal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajjal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajjal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajjal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajjal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajjal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajjal, sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

Di Mana Dajjal Tinggal?

Tentu kita tertanya-tanya di manakah pulau yang dijumpai oleh Tamim. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw menerusi sabdanya yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa dajjal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Namun begitu terdapat satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajjal keluar dan selepas itu akan disertai oleh pengikutnya yang terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajjal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

 Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

 Menurut Fadlan, "ketika keluarnya dajjal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajjal. Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar di Selatan Syria sudah semakin berkurangan". Adakah itu bermakna dajjal sudah semakin hampir dengan tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan lagi, Rasulullah saw telah memberikan beberapa tips kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajjal, iaitu:

1.   Menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi; dan

2.  Membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”.


Dajjal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajjal dan tenteranya. Apabila dajjal melihat Nabi Isa a.s, dajjal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa a.s dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

Sumber: Al-Islam keluaran November 2010

24 April 2012

KISAH RASULULLAH BERBICARA TENTANG DAJJAL

Diriwayatkan dari sahabat Rasulallah saw, pada suatu pagi Rasullullah saw berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami (sahabat-sahabat) merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Pada petang hari, kami yang mendengar cerita Rasullullah saw telah pergi ke rumah baginda, sebaliknya baginda telah mengetahui soalan yang bermain dalam fikiran kami. Maka Rasullullah saw bertanya; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik ya Rasulallah", dan kami bertanya kepada baginda mengapa apabila baginda berbicara, kadang kala suara baginda tinggi dan kadang kala rendah?. Maka jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhuatirkan aku, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela dan menyelamatkan kamu daripadanya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengganti aku menjadi pembela dan penyelamat ke atas setiap orang muslim".

Rasulallah menjelaskan bahawa dajjal adalah seorang pemuda berambut kerinting dan matanya buta sebelah kanan. Rasulallah mengatakan ia serupa dengan ‘Abdul ‘Uzza bin Qathan. Dari Ibnu ‘Umar r.a. katanya Rasulullah SAW berbicara mengenai Dajjal di hadapan orang banyak. Sabda beliau, ”Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak buta matanya sebelah. Ketahuilah, sesungguhnya Al Masih Dajjal yang buta mata kanannya seperti sebuah anggur mengembung”. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat yang sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah oleh kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah saw: "Selama 40 hari, satu hari pertama sama seperti setahun, satu hari kedua seperti sebulan, satu hari seterusnya seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Baginda Rasulallah menceritakan bahawa:

Dari Hudzaifah r.a., dari Nabi SAW sabdanya,”Dajjal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Karena itu waspadalah kamu agar tidak celaka”. Apabila dajjal mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih banyak kerana cukup makan.

Kemudian dajjal mendatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi kaum itu menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Keesokan hari negeri tersebut menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seorang pemuda remaja lalu dibelahnya pemuda itu dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, maka tubuh pemuda itu datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosakkan, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat dengan menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, dan berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila baginda menundukkan kepala baginda, maka hujan akan turun, dan apabila baginda mengangkat kepala baginda, berjatuhanlah daripadanya biji-biji perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa a.s menghampiri kaum yang dipelihara oleh Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka akan kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj. Lalu Allah Ta’ala membangkitkan Ya'juj Ma'juj, bangsa ini turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, dan mereka berkata; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala lembu lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti dijangkiti haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"

Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang dengan memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk menampung kehidupan penduduk sekampung, susu sesekor lembu pula cukup untuk satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga termasuk saudara terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memyusupi ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggallah orang-orang jahat mereka bercampur baur seperti kaldai, maka terjadilah hari kiamat.

Walallahualam ..............

Peringatan dari Rasulallah SAW: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda,”Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara:

(1) Sebelum matahari terbit dari Barat,

(2) Keluar asap atau kabut,

(3) Keluar Dajjal,

(4) Keluar Dabbah (binatang melata),

(5) Peristiwa yang menimpa dirimu sendiri (maut),

(6) Peristiwa yang menimpa orang banyak (kiamat)”.

23 April 2012

DAJJAL, SIAPAKAH DIA?

Allah menjadikan alam dengan isi kandungannya dengan penuh rahsia, namun begitu rahsia-rahsia yang dijadikan Allah sebenarnya adalah ilmu pengetahuan kepada manusia terutamanya mereka yang ingin berfikir. Dunia ini dijadikan oleh Allah semata-mata untuk menguji manusia dan jin dalam menuju ke alam yang lebih hakiki. Bagi mengakhiri dunia, Allah telah memberi amaran kepada makhluknya berkenaan akan tibanya hari kiamat. Tarikh tepat kejadian hari kiamat tidak dapat ditentukan oleh sesiapa kerana ia termasuk dalam ilmu al-ghaib yang tersembunyi daripada manusia. Tiada siapa diberi pengetahuan/ mampu mengusahakan ilmu ini oleh Allah, sekalipun dia seorang nabi atau rasul utusan Allah.

Namun begitu tiada siapa pula yang sanggup menafikan bahawa kiamat tidak akan berlaku malahan ramai yang mengakui bahawa hari akhir zaman itu hampir tiba menemui waktunya. Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan: "Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi." (Hadis riwayat Bukhari dalam kitab al-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950).

Allah maha adil, walaupun tiada makhluknya tahu bilakah datangnya hari akhir itu namun Allah menghantarkan tanda-tanda besar dan kecil kiamat. Tanda-tanda kecil telah berlaku di hadapan mata kita dan boleh dikatakan berlaku pada setiap hari. Manakala tanda-tanda besar ialah:
a. terbitnya matahari waktu pagi dari arah barat;

b. munculnya Dajjal;

c. kemunculan Imam Mahdi dan turun Nabi Isa a.s.;

d. keluar haiwan ganjil dari perut bumi;

e. munculnya Ya'juj dan Ma'juj.

Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal perlu diteliti dengan waras dan berilmu oleh semua muslim kerana sekarang ini terlalu ramai individu yang mengaku sebagai Iman Mahdi. Bukan setakat itu sahaja bahkan kini terdapat juga individu yang didakwa sebagai Dajjal, mungkin hanya kerana tabiatnya yang suka berdusta dan menipu. Rasulallah telah meninggalkan sifat-sifat dajjal yang jelas dan itu sahaja yang sepatutnya menjadi panduan kita.

Memang banyak hadis yang membicarakan akan kemunculan Dajjal. Ada hadis yang disifatkan sebagai sahih dan ada pula yang ragu-ragu/ tidak sahih, tetapi secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa amaran akan kemunculan dajjal bukan sesuatu yang dongeng atau tidak berasas. Kewujudan riwayat berhubung Dajjal daripada pelbagai sumber menunjukkan ia adalah suatu hakikat dan perlu perhatian dan ilmu.

Hadis yang paling sahih tentang kemunculan Dajjal ialah hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. selalu memohon doa agar Allah melindunginya daripada fitnah Dajjal. Doa dalam bahasa Arab itu membawa maksud: "Ya Allah! Aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahanam, aku mohon berlindung kepadamu dari azab kubur, aku mohon berlindung kepadamu dari ujian hidup dan mati dan aku mohon berlindung kepadamu dari fitnah Dajjal". Berpandukan riwayat ini, Ibn Hazm al-Zahiri memutuskan, doa di atas wajib dibaca selepas membaca tasyahhud akhir. Mengikutnya barang siapa yang tidak membaca, maka tidak sah solatnya (al-Muhalla 3/277). Ini bermakna, sesiapa yang tidak membaca doa ini dalam tasyahhudnya, nescaya batal solatnya, itu pandangan Ibn Hazm al-Zahiri.

Begitu juga dengan Tawwus Ibn Kaisan, seorang ulama terkemuka, akan menyuruh anaknya mengulangi solat apabila didapati anaknya tidak membaca doa itu. Justeru pentingnya doa ini agar Allah melindungi kita daripada fitnah Dajjal, maka seorang ulama besar, Abdul Rahman al-Muharibi menyarankan agar guru-guru kelas tadika mengajar doa itu kepada murid-murid mereka. Al-Safarini juga menyatakan, orang berilmu perlu mengajar doa ini kepada anak-anak, isteri dan keluarganya, bahkan kaum lelaki juga hendaklah membaca, kerana akhir-akhir ini ramai Dajjal yang suka menipu dan menyebarkan fitnah.

Kini kita tertanya-tanya, siapakah Dajjal itu?

Dalam post saya yang terdahulu, saya ada menulis bahawa dajjal adalah dari keturunan manusia, tetapi pendapat ini tidak dipersetujui oleh semua kerana ada yang berpendapat mungkin ia adalah dari keturunan jin atau syaitan. Di sini terdapat beberapa riwayat dan pendapat antaranya:

Dajjal ialah syaitan dari keturunan iblis. Ia kini dipenjarakan di sebuah pulau di negeri Yemen. Tidak diketahui siapakah memenjarakannya, mungkin Nabi Sulaiman atau lain-lain nabi pada suatu ketika dahulu. Diriwayatkan, mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu mata pada setiap tahun. Apabila tiba waktu kemunculannya, semua mata rantai itu akan terungkai dan tidak dapat disambung lagi.

Sumber-sumber lain pula menyatakan, Dajjal adalah anak kacukan yang dilahirkan daripada ibunya jin dan bapanya manusia.

Tidak dapat dipastikan secara sahih apakah keturunan dajjal itu, mungkinkah benar sahawa dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhir zaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkan mungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti, ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalangan manusia. Pendapat ini diperkukuhkan juga dengan suatu peristiwa yang berlaku kepada Tamim Ibn Aus al-Dahri yang menceritakan tentang peristiwa al-Masih al-Dajjal seperti yang pernah saya postkan lebih awal di bawah tajuk Al Jassasah. Tak menjadi salah kalau kita ulang semua cerita Tamim. Tamim menceritakan pengalamannya kepada Rasulallah.

Mengikut Tamim ketika dia menaiki sebuah kapal bersama 30 orang penumpang lelaki dari suku Lakham dan Juzam, tiba-tiba mereka dipukul ribut, lalu hanyut dan memaksa mereka mendarat di sebuah pulau pada waktu matahari hampir terbenam. Mereka menemui suatu lembaga berbulu tebal sehingga tidak dapat dibezakan antara hadapan dan belakangnya. Mereka bertanya kepada lembaga itu: Siapa kamu? Jawabnya: saya ialah al-Jassasah. Dalam keadaan kebingungan dengan jawapan itu, lalu mereka bertanya lagi: Siapa al-Jassasah itu? Jawabnya: Jika kamu semua ingin tahu ceritanya, pergilah berjumpa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kecil di pulau ini. Lalu Tamim dan kumpulannya dengan segera menemui lelaki itu, mereka dapati ia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung ke lehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki ini ialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau di Yemen.


Bermuda Island (bukan di Yemen?)- ada kemungkinankah
ini pulau yang  mengurung lelaki itu??
Dengan kemajuan teknologi elektronik termasuk kecanggihan google-map saya berpendapat, setakat ini masih belum kedengaran lagi sesiapa yang menjumpai penjara tersebut. Walaupun kebanyakan pulau-pulau yang ada di dunia hari ini telahpun diterokai manusia dan dijadikan pusat-pusat peranginan. Tetapi Sang Pencipta lebih mengetahui dari makluk ciptaannya, tetapi sekiranya diizinkan Allah untuk dijumpai oleh manusia, kewujudan lelaki yang dipenjara itu, nescaya pasti ada orang yang akan menemuinya juga - insyallah.

Ada pula riwayat menyatakan Dajjal itu ialah Saf Ibn Sayyad. Beliau dilahirkan di Madinah pada zaman awal Islam, ibu dan bapanya keturunan Yahudi. Dia juga memiliki sifat-sifat yang disebut dalam hadis iaitu sebelah matanya buta, pendusta dan tertulis perkataan kafir di antara dua matanya. Hadis riwayat Muslim menyatakan, pada suatu hari Rasulullah saw bersama-sama Umar Ibn al-Khattab berjalan-jalan di pinggir Madinah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak remaja sedang bermain dengan kanak-kanak dalam sebuah bangunan kepunyaan Bani Maghalah. Kedatangan Rasulullah saw tidak disedari oleh budak itu hingga baginda menepuk belakangnya dan bertanya: Setujukah kamu mempercayai aku ialah Rasulullah. Jawabnya: "Aku setuju menyaksi bahawa kamu rasul orang ummi (buta huruf)", ia kemudian bertanya Rasulallah saw: Kamu pula bagaimana?: Setujukah mempercayai aku sebagai Rasulullah? Lalu nabi menolak pertanyaannya sambil bersabda: Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ramai yang menyatakan Ibn Sayyad yang ditemui nabi itu ialah Dajjal besar. Antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, Abdullah Ibn Umar, Ibn Mas'ud dan lain-lain. Jika benar Saf Ibn Sayyad itu Dajjal agung yang bakal muncul pada akhir zaman atau sebelum kiamat, maka ada kemungkinankah dia juga dari keturunan jin kerana Ibn Sayyad dilahirkan pada zaman awal Islam dan akan muncul pada akhir zaman. Kebiasaan umur manusia tidak ada yang panjang melaikan dengan izin Allah, makhluk jin dan syaitan adalah makluk yang diberi oleh Allah usia yang panjang dan tidak pada manusia, tetapi bagaimana punla dengan ibu dan bapanya yang berbangsa yahudi?????.

Dengan amaran yang diberikan oleh Rasulallah, kita tidak sepatutnya mempertikaikan akan kesahihan berita ini, apa yang penting kuatkan keimanan kerana dengan cara itu sahaja muslim sebenar akan terselamat dari fitnah dajjal.

Walallahualam.



21 April 2012

Sifat Dajjal

Gambar hiasan - Macam ni ke rupa dajjal?
Kita mesti tertanya-tanya siapakah dajjal itu? adakah dajjal ini dari keturunan manusia, haiwan atau syaitan?. Seorang sahabat baik saya Nur Hijjah bertanya kepada saya siapakah dajjal ini. Banyak buku yang saya baca, menjelaskan bahawa dajjal itu adalah dari keturunan Adam, dalam erti kata yang lain dia adalah manusia. Oleh yang demikian dajjal memang wujudnya dan telah ada pada zaman Nabi –shallallaahu ‘alaihi wa sallam lagi.

Apakah sifat-sifat dajjal?

1.   Disebabkan dajjal dari keturunan manusia, maka sudah tentu dajjal boleh berkata-kata, mendengar, dan memahami. 

2.   Seorang lelaki, masih muda berbadan besar. Berkulit merah, berambut kerinting, keningnya lebar.

3.   Mata sebelah kananya buta dan mata tersebut tidak kelihatan seakan-akan sebiji anggur yang tersembul, manakala di atas mata kiri tumbuh daging keras. Antara dua matanya tertulis 'kafir' dalam bahasa dan tulisan Arab.

4.   Dajjal tidak berapa tinggi (pendek). Jarak antara kedua betis dajjal berjauhan.

5.   Mandul dan tidak mempunyai anak.
 
Berhati-hatilah kerana rasanya kita dah hampir ke hujung zaman dan dajjal boleh muncul di kalangan kita pada bila-bila masa, jangan terlalu lalai dengan dunia kerana akan menyebabkan kita tidak perasan akan ketibaan dajjal dan fitnahnya.

Siapakah al Jassasah?

Gambar hiasan - Inikah pulau itu?
Kawan-kawan sama ada sedar atau tidak, kita berada di akhir zaman, banyak sungguh tanda-tanda akhir zaman yang telah ditunjukkan oleh Allah. Semua tanda-tanda itu sepatutnya menjadikan kita berada di dalam barisan yang betul dan benar. Antara yang akan diturunkan oleh Allah adalah Dajjal. Jom luangkan sedikit masa dan bacalah artikel di bawah ini untuk mendapatkan sedikit ilmu tentang perkara tersebut.


Di dalam sebuah hadiths yang diriwayatkan dari Fathimah binti Qais berkata, "Aku mendengar suara seruan dari muadzin Rasulullah saw untuk melaksanakan shalat maka aku pun berangkat ke masjid dan shalat bersama Rasulullah saw. Aku shalat di saf para wanita di belakang kaum laki-laki. Ketika shalat sudah selesai, Rasulullah saw duduk di atas mimbar sambil tersenyum beliau bersabda, ”Demi Allah sesungguhnya aku mengumpulkan kalian bukanlah untuk suatu khabar gembira atau khabar buruk akan tetapi aku mengumpulkan kalian karena Tamim ad Dahri yang dahulunya seorang laki-laki ynag beragama Nasrani tetapi kini telah memeluk islam dan membaiatku.


Rasulallah saw berkata "Ia telah berkata kepadaku dengan suatu perkataan yang pernah aku katakan kepada kalian tentang al Masihaddajjal. Ia mengisahkan perjalanannya kepadaku bahawa ia berlayar dengan sebuah kapal laut bersama 30 orang laki-laki dari kabilah Lakham dan Judzam. Kemudian mereka terombang-ambing oleh ombak (badai) selama satu bulan, sehingga mereka terdampar di sebuah pulau di tengah laut di daerah tempat terbenamnya matahari (sebelah Barat), Lalu mereka duduk (istirahat) di suatu tempat yang terletak sangat dekat dengan kapal. Setelah itu mereka masuk ke dalam pulau tersebut lalu mereka bertemu dengan seekor binatang yang berbulu lebat sehingga mereka tidak dapat memperkirakan mana ekornya dan mana kepalanya karena tertutup oleh bulunya yang terlalu banyak.


Mereka berkata, ”Celaka, dari jenis apakah kamu ini.” Binatang tersebut menjawab, ”Saya adalah al jassasah". Mereka bertanya, ”Apakah al jassasah itu? (tanpa menjawab) binatang itu berkata, ”Wahai orang-orang pergilah kalian kepada seorang laki-laki yang berada di biara itu. Sesungguhnya ia sangat ingin mendengarkan berita-berita dari kalian!”


Tamim ad Dahri berkata, ”Ketika ia telah menjelaskan kepada kami tentang laki-laki itu, kami pun terkejut karena kami mengira bahawa ia adalah setan. Lalu kami segera berangkat sehingga kami memasuki biara tersebut, di sana terdapat seorang manusia yang paling besar (yang pernah kami lihat) dalam keadaan terikat sangat kuat. Kedua tangannya terikat ke pundaknya (bahu) serta antara dua lutut dan kedua mata kakinya terbelenggu dengan besi.


Kami berkata, ”Celaka, siapakah kamu ini?’ ia menjawab, ”Takdir telah menentukan bahwa kalian akan menyampaikan khabar-khabar kepadaku, maka khabarkanlah kepadaku siapakah kalian ini?’ Mereka menjawab,”Kami adalah orang-orang Arab yang berlayar dengan sebuah kapal, tiba-tiba kami menghadapi sebuah laut yang bergoncang lalu kami terombang-ambing di tengah laut selama satu bulan dan terdamparlah kami di pulau ini. Lalu kami duduk di tempat yang terdekat dengan kapal kemudian kami masuk pulau ini maka kami bertemu dengan seekor binatang yang sangat banyak bulunya yang tidak dapat diperkirakan mana ekor dan mana kepalanya karena banyak bulunya. Maka kami berkata, ’Celaka, apakah kamu ini?’ ia menjawab, ”Aku adalah al jassasah.’ (Tanpa menjawab) ia berkata, ”Pergilah kalian kepada seorang laki-laki yang berada di biara itu. Sesungguhnya ia sangat ingin mendengarkan berita-berita yang kalian bawa! Lalu kami segera menuju tempat kamu ini dan kami terkejut bercampur takut karena mengira bahwa kamu ini adalah setan.”


Ia (laki-laki besar yang terikat itu) berkata: ”Beritakanlah kepada saya tentang pohon-pohon kurma yang ada di daerah Baisan?” Kami berkata, ”Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?” Ia berkata, ”Saya menanyakan apakah pohon-pohon kurma itu berbuah?’ Kami menjawab, ’Ya.’ Ia berkata, ’Adapun pohon-pohon kurma itu maka ia (sebentar lagi) hampir saja tidak akan berbuah lagi.’


Kemudian ia berkata lagi,”Beritakanlah kepadaku tentang tasik Tiberia.’ Mereka berkata, ”Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya? Ia bertanya, ”Apakah ia tetap berair?’ kami menjawab, ’Ya.’ Ia berkata, ’adapun airnya, maka ia (sebentar lagi) hampir saja akan habis.’


Kemudian ia berkata lagi, ’Beritakanlah kepada saya tentang mata air Zugar.’ Mereka menjawab, ’Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?’ Ia bertanya, ”Apakah di sana masih ada air dan penduduk di sana masih bertani dengan menggunakan air dari mata air Zugar itu?’ Kami menjawab, ’benar', ia berair banyak dan penduduknya bertani dari mata air itu.’ 


Lalu ia berkata lagi, ’Beritakanlah kepadaku tentang nabi yang ummi, apa sajakah yang sudah ia perbuat?’ Mereka menjawab, ’Dia telah keluar dari Mekah menuju Madinah.’ Lalu ia bertanya, ’Apakah ia diperangi oleh orang-orang Arab?’ kami menjawab, ’Ya.’ Ia bertanya, ’Apakah yang ia lakukan terhadap mereka?’ Maka kami memberitahukan kepadanya bahwa ia (Nabi) itu telah menundukkan orang-orang Arab yang bersama dengannya dan mereka menaatinya.’ Lalu ia berkata, ’Apakah itu semua telah terjadi?’ kami menjawab, ’Ya.’ Lelaki itu berkata, ’Sesungguhnya adalah lebih baik bagi mereka untuk menaatinya dan sungguh aku akan mengatakan kepada kalian tentang diriku. 


Aku adalah al masihuddajal dan sesungguhnya aku hampir saja diizinkan untuk keluar. Maka aku akan keluar dan berjalan di muka bumi dan tidak ada satu pun kampung (negeri) kecuali aku memasukinya dalam waktu 40 malam selain Mekah dan Thaibah, kedua negeri itu terlarang bagiku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu dari negeri itu maka aku dihadang oleh malaikat yang ditangannya ada pedang berkilau dan sangat tajam untuk menghambat aku dari kedua negeri tersebut. Dan di setiap celahnya terdapat malaikat yang menjaganya.


Fathimah (perawi hadits) berkata, ”Rasulullah saw bersabda sambil menghentakkan tongkatnya di atas mimbar, ”Inilah Thaibah, inilah Thaibah, inilah Thaibah (maksudnya kota Madinah). Bukankah aku sudah menyampaikan kepada kalian tentang hal itu?’ Orang-orang (para sahabat) menjawab, 'Benar.’ Beliau saw berkata, ’Saya tertarik dengan apa-apa yang dikatakan oleh Tamim ad Dahri, kerana ia bersesuaian dengan apa-apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian tentang Madinah dan Mekkah. Bukankah ia (tempat dajal) terletak di laut Syam atau laut Yaman? Di mana Rasulullah saw mengsyaratkan tangannya ke arah timur. Ia (Fathimah) berkata, ”Hal ini saya hafalkan dari Rasulullah saw.” (HR. Muslim)


Di dalam riwayat Ahmad disebutkan bahwa Rasulullah saw pernah mengakhirkan shalat isya pada suatu malam kemudian beliau saw keluar dan bersabda, ”Aku terhalangi oleh kisah yang diceritakan oleh Tamim ad Dahri tentang seorang laki-laki di sebuah pulau di tengah laut. Dan ketika ada seorang wanita yang terurai rambutnya lalu ada yang bertanya, ”Siapakah kamu?’ wanita itu menjawab,”Aku adalah al jassasah. Dan pergilah ke biara itu.’ Maka aku (Tamim ad Dari) pun pergi menemui seorang laki-laki yang terurai rambutnya dan terbelenggu oleh besi melompat-lompat antara langit dan bumi.’ Aku pun bertanya, ’Siapakah kamu?’ dia menjawab, ’Aku adalah dajjal. Apakah telah diutus seorang nabi yang ummi?’ Aku menjawab, ’benar.’ Dia berkata, ’Apakah mereka mentaatinya atau maksiat terhadapnya?’ aku menjawab, ’bahkan mereka menaatinya.’ Dia berkata, ’hal itu lebih baik bagi mereka.”


Di dalam menjelaskan tentang al jassasah ini, al ‘Alamah Abu Thayib Abadi mengatakan bahwa mereka (rombongan Tamim) bertemu dengan seekor binatang melata yang berambut sangat lebat lalu binatang itu ditanya, ”Siapakah kamu?’ dia menjawab, ”Aku adalah al jassasah.” Ada yang mengatakan bahwa untuk menggabungkan antara dua riwayat tersebut yaitu bahawa dajjal memiliki dua al jassasah. Yang pertama adalah seekor binatang sedangkan yang kedua adalah seorang wanita. Ada kemungkinan juga bahwa al jassasah adalah setan yang kadang menyerupai seekor binatang melata dan kadang menyerupai seorang wanita. Dan setan memiliki kemampuan untuk merubah bentuk dalam bentuk apa saja yang dia inginkan.
Atau ada kemungkinan bahwa ia adalah seorang wanita, karena wanita juga dinamakan dengan binatang melata sebagai bentuk kiasan sebagaimana firman Allah swt :
وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا


Artinya,”Dan tidak ada suatu binatang melata (makhluk Allah yang bernyawa) pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya.” (QS. Huud : 6) – (Aunul Ma’bud juz XI hal 334 – 335)



Prilaku Tajassus Dalam Keseharian


Tentang al jassasah ini, Imam Nawawi mengatakan bahawa dinamakan al jassasah kerana binatang itu ditugaskan untuk tajasssus atau memata-matai dan menyelidiki untuk mencari berbagai berita yang akan diberikan kepada dajjal. (Shahih Muslim bi Syarhin Nawawi juz XVII hal 104)


Ibnu Manzhur mengatakan bahwa al jassasah berada di suatu pulau di tengah laut memata-matai sambil mencari berita yang akan diberikan kepada dajjal sebagaimana disebutkan di dalam hadiths Tamim ad Dahri, yang mengatakan, ”Saya adalah al jassasah” iaitu binatang yang dilihat di suatu pulau di tengah laut. Dan dinamakan dengan nama itu kerana binatang itu mencari berbagai berita untuk diberikan kepada dajjal. (Lisanul Arab juz VI hal 38)


Penuturan Imam Nawawi dan Ibnu Manzhur di atas adalah menurut erti bahasanya yang bererti memata-matai, mengintip atau menyelidiki. Sehingga orang yang senantiasa berusaha mencari-cari berita atau informasi disebut dengan al jaasuus. Al Jaasuus juga dipakai untuk orang yang senantiasa mencari-cari aib atau cacat orang lain, sebagaimana disebutkan di dalam hadiths yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi bahwa Rasulullah saw bersabda, ”Janganlah kalian saling memata-matai…” Dan mereka semua tidaklah bisa disebut dengan al jassasah kerana dalil-dalil yang menceritakan tentang al jassasah tidaklah diperuntukkan bagi mereka, sebagaimana penjelasan di atas meskipun secara lahiriyahnya ada kesamaan perilaku antara keduanya iaitu sama-sama mencari berita.


Wallahu A’lam


Sumber: http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/