Showing posts with label Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan. Show all posts

30 March 2015

Selamat Sampai KL

Puan raja dan Puan Yusmah nampak sangat gembira semasa kami baru memulakan perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur setelah tamat Retreat kami di Mahkota Hotel.

kami sempat singgah di R&R Air Keroh untuk membeli sedikit minuman dan kudapan. Puan Yus belanja kami cendol. Amboi Puan Raja sedangnya menyedut cendol!!!

Tenang mendoakan keselamatan kami semasa dalam perjalanan.

24 December 2014

Alhamdulillah Kami Selamat Sampai Di KL

Berterima kasih kepada Farihan kerana telah membawa kami semua balik ke Kuala Lumpur dengan selamat. 

Pegawai-pegawai yang bersama saya balik ke KL selepas kami tamat retreat Jabatan yang diadakan di Impiana Hotel Ipoh Perak. Dari kanan Puan Hasreen, Puan Jayagowri dan Puan Yusmah.

Dan saya.

Perjalanan Pulang Yang Selamat

Setelah selesai retreat kami di Ipoh pada 30 November 2014 yang lalu, saya bersama 3 lagi pegawai wanita JPWPKL bertolak balik dalam 1 kenderaan yang dipandu oleh Farihan. Sepanjang peljalanan slhamdulillah tiada halangan kecuali beberapa kesesakan kecil yang disebabkan oleh pembinaan atau selengaraan jalan.

Matahari cantik dan permandangan yang indah ... untung saya dapat duduk di hadapan.

Pembinaan dan pembesaran jalan yang sedang dilakukan tidak menghalang lalu lintas hanya kenderaan-kenderaan perlu memperlahankan sedikit kenderaan masing-masing kerana laluan dikecilkan.

Akhirnya t dia kubah Istana Negara dah nampak maknanya kami dah nak tiba di pejabat. Terima kasih pada Farihan.

19 October 2012

Alhamdulillah Saya Selamat Tiba Di Kuala Lumpur

Saya bertolak dari Hotel Tower Regency & Apartment Ipoh ke Kuala Lumpur lebih kurang jam 12 lebih, disebabkan saya tak berapa perasan laluan ke highway untuk ke KL saya mengekori kereta seorang teman yang juga balik ke haluan yang sama. Malangnya selepas bulatan Iskandar saya terpisah dengan teman tadi, dan apa lagi maka sesatlah saya. Alhamdulillah saya sesat tak lama kerana selepas itu Allah menunjukkan jalan untuk ke highway tetapi rasanya jauh sikitlah laluannya.

Saya sempat singgah sebentar di R&R untuk ke toilet dan berehat serta minum air.

Tiba di Bukit Beruntung hujan turun dengan lebatnya dan saya memperlahankan kenderaan. Alhamdulillah saya tiba di rumah lebih kurang jam 3.16 petang.

Selamat Tiba Di Ipoh


 Alhamdulillah saya selamat tiba di Ipoh pada 17 Oktober 2012 kira-kira jam 5 petang selepas tersesat lebih kurang 1.30 jam. Nasib baik Ipoh tidak hujan, kalau tidak tentu makin sukar saya mencari Hotel Tower Regency & Appartment. Saya ke Ipoh untuk menghadiri Kursus Perancangan Stratejik anjuran JPWPKL

 Saya bertolak dari pejabat kira-kira jam 1.15 petang semata-mata untuk mengelakkan hujan yang kerap berlaku di petang hari. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh berjalan lancar dan saya memandu dengan selesa dan mengikut kelajuan yang dibenarkan.

Saya berhenti sekejap untuk ambil petrol dan ke toilet di beberapa R&R. Walaupun week days tetapi ramai juga rakyat Malaysia yang membuat perjalanan, jadi saya tidaklah kesunyian di lebohraya.

08 February 2012

Amir Dan Cendolnya

Pada 6 Februari 2012 saya dan adik saya bertolak ke tempat bertugas masing-masing lebih kurang jam 4.00 petang. Ain balik ke Tampin dan saya menuju ke KL.

Kami bertolak bersama-sama. Dalam perjalanan, Ain singgah di gerai menjual cendol dalam kampong kami. Saya dah mengagak Amir akan meminta mamanya untuk berhenti membeli cendol . Kelihatan Amir sedang menunggu cendolnya siap.

Amir tak sabar menunggu tiba di rumah - menyedut cendolnya.

Jom bergerak semula, nanti lambat pulak tiba.

05 February 2012

Perjalanan Pulang Ke Felda

Aku bertolak balik ke kampong halaman ku pada 4 Februari 2012, lebih kurang jam 4.10 petang dari rumah. Aku terpaksa balik lewat kerana adikku Ain menghadiri mesyuarat petang itu dan dijangka akan berada di kampong lewat petang.

Mulanya perjalanan agak lancar sehingga melepasi Bangi, dan kemudian daripada itu kelancaran jalan raya mula terganggu. Tiba di Petronas Lebuhraya dekat Seremban kereta dah bersusun-susun dan aku sendiri terpaksa menunggu lebih 15 minit untuk mengambil minyak di Petrol Kiosk tersebut.

Tiba di Melaka, rupanya kesesakan jalan raya makin menjadi-jadi. Bermula di Plaza Tol sehingga ke trafic light di simpang ke A Farmosa. Sepatutnya Plaza Tol dah ada laluan untuk smart-tag.

Alhamdulillah aku tiba di rumah kampong hampir magrib - tanpa buang masa aku menunaikan dulu solat asar yang masih berhutang. Ain dan anak bungsunya Amir dah ada di rumah.

21 January 2012

Perjalanan Pulang Ke Kampong

Alhamdulillah, perjalanan pulang saya ke kampong pada 21hb Januari 2012 sempana Cuti Tahun Baru Cina sangat lancar. Saya bertolak daripada Ampang pada jam 2.00 petang, setelah mendapat maklumat daripada mak bahawa mereka mungkin tiba di rumah kampong lambat sedikit, kerana Amir Ain menghadiri kelas tambahan UPSR. Dalam perjalanan kesesakan berlaku di beberapa tempat sahaja, itupun tidak mengambil masa yang lama, pertama kesesakan di Nilai, Seremban dan di Plaza Tol Simpang Empat. Saya tiba di kampong kira-kira jam 4.00 petang

Namun begitu jumlah kereta pada hari itu banyak juga dengan kenderaan besar seperti bas express dan lori. Macam biasa masih ramai lagi pemandu negara kita yang tidak sabar dan memotong sebelah kiri jalan (jalan kecemasan). Nasib baik tiada kemalangan yang berlaku tadi, kalau tidak mereka tentunya akan menyusahkan pemandu lain apalagi mereka yang terlibat dalam kemalangan.

Sikap kurang sabar akan mengundangkan kematian. Anda mampu mengubahnya.......

08 November 2011

Alhamdulillah Selamat!!!

Seribu syukur ke hadrat Ilahi kerana saya selamat sampai ke rumah di Ampang, Kuala Lumpur. Awal pagi saya dan mak keluar rumah di kampong untuk ke Klinik Komuniti Selandar kerana appoinment berjadual mak dengan doktor. Sebelum ke Klinik, kami singgah sekejap ke Pusara Ayah untuk mengucapkan selamat tinggal sekejap dan mensedekahkan bacaan yasin dan doa.

Pemeriksaan mak siap awal dan jam 9.30 pagi kami dah bertolak ke rumah Ain di Tampin. Tiba di rumah AIn, anaknya Amir ada di rumah tetapi Ain sedang mengajar. Selepas makan dan berehat saya bertolak balik ke KL. Hujan lebat sehingga Seremban dan kereta juga banyak di jalanraya.

Alhamdulillah Allah dah selamatkan perjalanan saya. Terima Kasih Allah dan kepada mak yang mendoakan keselamatan saya.

01 January 2011

Alhamdulillah Selamat Sampai

Lebih kurang jam 12.15 tengahari aku sampai di rumah adik aku, Ain di Tampin. Ain dah siap masak, aku yang memang belum makan breakfast apa lagi makan dengan sesedap rasanya. Ain masak lemak cili padi, itu yang terangkat.

Selepas makan, aku dan emak bertolak balik ke rumah kami di Felda Bukit Senggeh, dalam Daerah Jasin, Melaka. Kami di rumah lebih kurang jam 2.30 petang.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan keselamatan saya tadi.

Doakan saya selamat dalam perjalanan

Selamat Tahun Baru 2011 - secara tak langsung dah tua setahun lagi ha...ha..ha. Tapi aku tetap bersyukur kerana Allah memberikan aku peluang untuk hidup sehingga keusia ini. Tapi aku juga kena sadar betapa aku perlu mula berubah untuk lebih giat mengumpulkan bekalan ku nanti.

Oklah tak boleh nak cerita panjang... Sebab sekejap lagi aku nak bertolak balik ke kampong aku. Emak dah tunggu kat rumah adikku Ain di Tampin. Rancangan aku nak bertolak jam 10.00 pagi ni... ada 1 jam untuk siap sedia.....

Kereta dah service tapi rumah tak sempat kemas.... itulah problemnya bila dah mengadap komputer yang lain lupa dan malas nak buat.


Apapun tolong doakan agar aku selamat dalam perjalanan. Nanti kita sambung lagi masa aku ada kat kampong. Teruja nak melawat pusara ayahku....... Rindu sangat pada dia...... Nanti akan ada foto baru pusaranya.... TUNGGUUUUUUUUUUUUU.

OK big kiss....... muah... muah...