Showing posts with label Ms Lulu. Show all posts
Showing posts with label Ms Lulu. Show all posts

09 April 2016

Port Baru Miz Lulu

Letak saja balding cat yang dah dicuci bersih, Ms Lulu terus melompat masuk. Dasar baldi cat tu muat-muat untuk badan Lulu yang comel tu. Bila saya jenguk dia, terkebil-kebil mata dia dan seakan dia berkata "Lulu nak duduk kat sini la mommy" Tak sampai hati nak suruh dia keluar, jadi saya biarkan dia.

Lepas 10 minit saya jenguk lagi, Ms Lulu masih lagi selesa di dalam baldi tu. .  wah kacau kalau dia betul=betul jadikan port baru dia.

03 February 2016

Ms Lulu dan Acik Berpantang

Ms Lulu selepas di'neutered'kan. Vet Jasin melaksanakan tugas neutered kucing betina di atas perut sebelah kiri. Jadi apabila kucing duduk di atas perut tidak terkena dengan bekas jahitan pembedahan tersebut.

Namun bekas pembedahannya agak panjang juga. Acik baru sedar dari bius dan masih lagi tidak sedar sepenuhnya.

Kedua-duanya dalam keadaan sihat dan kini dah baik pun. Bekas benang jahitan dah tercabut pun. Tinggal 2 ekor lagi yang belum disunatkan. 

12 December 2015

Ms Lulu

Ms Lulu anak dara sedang membesar, tetapi antara kucing yang pendiam dan tak suka berkawan. Saya risau dengan sikap dia yang menyendiri. Rupa Ms Lulu memang comel, saiz dia tak besar dan bulu dia sangat lembut. Rupa Lulu lebih menyerupai arnab dari seekor kucing.

Nasib baik dia jinak dengan saya dan tak kisah bila saya dukung dia. Lulu akan berbunyi apabila dia nampak saya dan mula golek-golekkan badan dia bila saya mendekat. Mungkinkah dia takur dengan kucing-kucing lain yang bersaiz besar?

04 August 2015

Ms Lulu Lepas Lari

Ms Lulu, kucing yang saya bawa dari Taman Saga ke kampong. Tak sampai hati untuk tinggalkan dia di sana kerana bimbang keselamatan dan makan minumnya.

Ms Lulu saya jangkakan seekor kucing liar tapi agak mesra dengan mak dan saya, jadi senang kami tangkap dan masukkan ke dalam carrier untuk bawa dalam perjalanan. Semasa di KL Ms Lulu selalu minta makan di rumah.

Selepas sebulan setengah saya berpindah baru saya bawa dia ke sini. Kucing yang bebas memang tidak betah untuk dikurung dalam rumah, jadi setiap masa dia mencari laluan yang boleh meloloskan diri dia untuk keluar. Banyak kali dia keluar dan akhirnya saya tangkap dan masukkan ke dalam rumah semula.

Satu hari emak bagi tau tau Ms Lulu dah jumpa jalan keluar, saya terpaksa balik dari pejabat untuk cari dia dan berjumpa, kerana Ms Lulu tidak pergi jauh. Malangnya dia makin sukar untuk ditangkap. Inilah laluan yang dijumpai oleh Ms Lulu, kerana saiz badan dia yang kecil hanya dia yang boleh keluar kucing lain agak sukar kerana badan yang gemok dan besar. Apa nak buat dia sukakan kebebasan namun dia selalu ada di depan rumah untuk makan dan minum. Saya dan mak sediakan makanan dia di luar seperti di KL. Mungkin itu yang dia suka.