Showing posts with label Pet Grass. Show all posts
Showing posts with label Pet Grass. Show all posts

20 January 2015

Hairball?

APA ITU HAIRBALL?

Hairball terjadi apabila kucing menjilat bulu mereka, bulu-bulu yang tertanggal akan tersangkut pada lidahnya yang seperti sikat halus. Bulu yang tertelan tidak boleh dicerna atau dihadamkan seterusnya menjadi gumpalan dikenali sebagai "hairball". Jika tidak dikeluarkan ianya boleh mengakibatkan usus dan kolon tersumbat, kucing kurus, hilang selera makan, tidak aktif dan lain-lain.

CARA MENGELUARKAN HAIRBALL.

Secara semulajadi kucing akan memilih rumput sebagai ejen untuk memuntahkan hairball bersama-sama rumput yang dimakan. Berhati-hati dengan rumput diluar rumah kerana mungkin telah diracun atau mempunyai racun/ fungus/ kulat yang boleh menjangkiti kucing anda.

Kucing-kucing yang dibela didalam rumah akan makan sesuatu yang bukan makanan rujinya seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, serai, salad kerana terdesak untuk mengeluarkan hairball. Barangan ini boleh menyebabkan kucing anda tercekik atau merosakankan usus dan kolon menjadi lebih teruk.

MEMILIH RUMPUT ORGANIC

Pet Grass ni sejenis tumbuhan organik menyerupai rumput yang boleh / selamat dimakan oleh haiwan peliharaan kita seperti kucing, anjing, arnab,hamster, guinea pig, parrot, iguana, reptilia & lain-lain.

Ia lebih kepada membantu sistem pencernaan kesayangan kita supaya bertambah baik. Mengandungi Vitamin A, B, C, E dan K. Kalsium, Klorofil, Zat besi, Lecithin, Magnesium, Pantothenic Asid, Fosforus, Potassium, Amino Asid, Trace Elements and Protein sehingga 30%.

MENANAM RUMPUT ORGANIC

Boleh ditanam di pangsapuri dan tempat-tempat yang sempit tanpa memerlukan ruang yang banyak. Tidak perlu bersusah payah untuk membeli tanah, bekas dan juga masa. Ianya lengkap dengan biji benih, media tanaman organik, bekas penanaman, dan cara-cara penanaman. Hanya perlu sediakan air dan sedikit pencahayaan. Pet Grass cuma memerlukan SEMINGGU untuk tumbuh untuk haiwan peliharaan anda boleh menikmatinya.

16 October 2013

Akhirnya Oky Sudi Jua

Selepas 5 hari semaian, barulah pet-grass ni tumbuh dengan cantik. Saya ingatkan Oky tidak suka pada rumput ini rupanya dia mencium dan akhirnya makan juga. Sejak dari bertunas Oky macam tak sudi je dengan rumput ini. Rupanya kucing memang suka pada rumput ini untuk membersihkan perut mereka dari bulu-bulu yang terperangkap.

Rumput ini agak liat, jadi Oky terpaksa mengunyah dan menarik-narik rumput tersebut. Rumput ini dapat membantu kucing untuk menyingkirkan bulu yang tertelan. Kucing adalah haiwan yang bersih dan ia akan selalu membersihkan bulunya dan bulu anak-anaknya, kerana Allah menjadikan lidah kucing seperti sikat, jadi terdapat bulu-bulu yang tertelan masuk ke dalam perut. Jika bulu-bulu ini tidak dikeluarkan ianya boleh menyebabkan sakit perut kepada haiwan tersebut. Selain dari pet-grass saya juga memberi Oky sejenis paste khusus untuk menhancurkan bulu dalam perutnya.

Sayangnya rumput ini tidak tahan lama, usianya hanya lebih kurang seminggu sahaja dan saya terpaksa membelinya lagi untuk persediaan Oky selanjutnya.