Showing posts with label Underwater World. Show all posts
Showing posts with label Underwater World. Show all posts

18 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 15 - Kehidupan Laut Yang Unik - Penguin

Seronok betul melihatkan sekumpulan burung penguin... penguin ini kecil saiznya, tetapi lagaknya mengelikan hati, kerana kelakuan mereka yang suka berebut-rebut dan mereka bergerak dalam satu kumpulan. Kalau 1 terjun yang lain akan ikut... kalau 1 menuju ke barat yang lain akan ikut juga.

Kami bernasib baik, kerana sama kami melawat, sering kali terkena dengan waktu makan atau waktu pertunjukan mereka.... Seorang petugas yang memberi makan seekor penguin yang tidak aktif, tetapi sering kali diganggu oleh penguin yang lain... kelakar betul bila mereka mencuri ikan yang sepatutnya dimakan oleh penguin yang tidak aktif tersebut.

Agaknya apa yang mereka fikirkan melihat manusia berpusu-pusu melihat mereka. Melihat haiwan-haiwan ini membuatkan kita insaf betapa kerdilnya kita dengan pengetahuan yang sangat kurang... rupanya banyak betul kejadian Allah yang tidak pernah kita fikir kejadian mereka. Subhanallah....

Yang ini adalah penguin berjambul... pada saya penguin ini lebih garang dari penguin yang awal tadi... saya perhatikan penguin ini suka betul menimbulkan pergaduhan dan apabila dia marah maka terkembanglah jambulnya... atau saja nak tunjuk jambul kot???

Tu... penguin jaguh... sedang tayang body kat kami.

Jom berkongsi video dengan kami. 









Percutian Langkawi 2012 Part 14 - Kehidupan Laut Yang Unik - Box Fish

Ini sejenis ikan laut, yang menyerupai ikan buntal rasanya... yang sebenarnya saya sendiri pun tidak pernah melihat ikan buntal tetapi mengikut kata orang ikan buntal rupanya seperti juga ikan biasa tetapi apabila mempertahankan diri dia membuatkan badannya bulat.

Rasanya ikan ini sejenis dengan ikan buntal kot.... ikan ini serupa dengan kotak... jadi nama dia ikan kotaklah (box fish) ikan ini tidak besar sangat dan dia comel sekali terutamanya apabila dia bergerak. 

Kan rupa dia macam kotak... betul kan? Kalau nak tengok dia bergerak... tengoklah video di bawah ini, tetapi kena tolong perlahankan suaranya kerana terlalu bising. Selamat menonton



17 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 13 - Kehidupan Laut Yang Unik

Saya tidak tahu nama kehidupan dan ikan-ikan ini, walau bagaimanapun mereka nampak cantik di dalam akurium masng-masing.

Yang ini belut







Yang ini jelly fish yang terbalik

Yang ni pink sea cucumber




16 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 12 - Kehidupan Laut Yang Unik - Sea Horse & Sea Dragon

Kawan-kawan tahu tak apa benda haiwan ini? Ini adalah sejenis kuda laut tetapi kuda laut jenis berperut buncit, memang itu jenisnya bukannya kuda laut bunting tahu!!!!, satu lagi jenis kuda laut adalah seperti di bawah, yang slim.

Kedua-dua jenis kuda laut ini rupanya mempunyai habitat yang ringkas iaitu cukup dengan mempunyai rumpat laut, semasa saya melihatnya kuda-kuda laut ini kebanyakannya suka berselindung di sebalik rumpai-rumpai tersebut. Sukar betul untuk mengambil gambar mereka.... terpaksa tunggu lama.....

Yang ini pula digelarkan Sea Dragon, saiz sebenarnya lebih kurang sejengkal lebih dan nampak haiwan ini sangat fragile, bimbang kalau dipegang takut dia boleh patah. Seperti juga kuda laut... haiwan ini juga tidak banyak buat pergerakan. Mungkin dia dah biasa dengan orang ramai. 

Pergerakannya sangat lembab (slow) dan biasanya dia statik dan sukar untuk melihat dia bergerak aktif.

Ada rupa dragon ke????



Percutian Langkawi 2012 Part 11 - Kehidupan Laut Yang Unik - Jelly Fish


Ini adalah salah satu kehidupan laut yang unik dan pelik kejadian dan kehidupan seharian mereka. jelly fish yang dijadikan Allah tanpa tulang, tetapi dikurniakan oleh Allah kepada jenisnya bisa yang sangat bahaya. Pergerakannya yang lemah gemalai menjadikan saya leka dan terhiburnya apabila melihat jelly fish menari-nari dalam bekas biru, dan menjadikan jelly fish ini nampak berwarna biru juga.

Kalau kawan-kawan ada peluang carilah peluang untuk melihat pelbagai jenis kehidupan kejadian Allah yang maha besar.

Di bawah adalah video pendek pergerakan jelly fish - tolong perlahankan suara kerana terganggu oleh kanak-kanak yang ramai dan agak bising.


14 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 10 - Burung Yang Cantik

Masih lagi cerita di Underwater World. Kalau kawan-kawan nak tahu, sebenarnya burung dalam foto di atas ni ada dipelihara di Underwater World Langkawi. Burung kuning ini serupa macam burung cenderawasih yang mengikut lagenda hidup di kayangan atau di atas awan, mengikut legenda itu lagi burung cenderawasih ni tidak boleh hidup di bumi, burung ini akan jatuh ke bumi jika ia mati sahaja. Sayang sekali gambar ini gegar sedikit...

Kalau ikut lagenda tu, jadi burung ini bukanlah burung cenderawasih kot, sebab burung ini boleh hidup dan bergerak.di atas bumi.

Kalau ini bukan burung cenderawasih burung apa ye????

Yang ini pula adalah burung nuri atau burung dara, rupanya seperti burung kakak tua tetapi saiz dia lebih kecil.

Ain dengan burung nuri.

Burung nuri sendirian tanpa teman....

Lagi foto burung nuri... saya suka mengambil foto yang cantik-cantik dan burung merupakan salah satu objek yang saya suka...

Lepas ini cerita ikan/ kehidupan laut yang pelik-pelik pulak.... tunggu!!!!!!!!!

13 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 9 - Ikan

Ikan termahal di dunia, besar ini boleh mencapai harga ribuan ringgit

Ikan Arowana Silver... tengok hidup-hidup, memang cantik - pergerakannya yang lemah gemalai... buat kita yang melihat pun terpesona.

Ini pun arowana silver, tetapi selepas di hasilkan dalam kamera saya, serupa ikan arowana emas pulak... namapk sempurna ikan ini...

Ini pun yang sebenarnya ikan arowana, tetapi ekornya meruncing dan tidak mempunyai ekor kembang, bukan ikan cacat sebaliknya memang jenisnya begitu.

Tahukah kawan-kawan apa nama ikan ini, nampak serupa dengan shark... tetapi saiznya jauh lebih kecil, dan ikan ini mempunyai calit putih di setiap hujung sirip ikan ini oleh itu ianya dinamakan white tip shark.

Saya dan emak saya, tengok belakang tu ada seekor ikan serupa iakan selar kuning yang sangat besar.

Shima dengan ikan-ikan giant

Sting ray ini agak besar, bila dia lalu di atas kita macam terlindung cahaya oleh badannya. Semua ikan di dalam akurium ini besar-besar belakang....

Shima asyik memerhatikan seekor sting ray kelabu di belakangnya

Yang ini sting ray bintik-bintik... saya beri nama sendiri, tolong jangan gunakan untuk akademik... 

Selepas ini ada lagi catatan percutian saya... nak tahu tunggulah



12 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 8 - The Underwater World

Kami ke Underwater World tengahari pada 4hb Jun.... rupanya panjang juga perjalanan di dalam galeri ini, kami ambil masa lebih 3jam untuk menghabiskan untuk melihat apa yang disedakan di dalamnya. Gambar beramai-ramai di luar galeri Underwater World Langkawi.

Saya dan Shimah beratur untuk membeli tiket. Boleh tahan juga ramainya orang yang mengunjungi galeri ini.

Mak dan Ainee juga tidak ketinggalan, sementara menunggu tiket diperolehi mereka bergaya di foyer galeri.

Kali ini kami di kutup utara... sejuknya... Saya bersama 2 anak saudara yang kanan saya Ammar dan di sebelah kiri saya namanya Amir...

Ammar dan ibunya sedang menikmati makanan ringan, sementara saya dan mak menonton pertunjukan ular. Hebat betul mereka yang terlibat dalam pertunjukan tersebut, bukan calang-calang ular... hampir semua ular-ular yang masih lagi mempunyai bisa... eeeeeee

Berfoto lagi ......

Ammar di luar bangunan Underwater World selepas menjelajahi galeri tersebut
Kali ini kami pulak bergaya

Tu dia siap angkat kaki lagi....

Selepas ini saya akan berkongsi foto haiwan-haiwan yang unik dengan telatah masing-masing... tungguuuuuuu