Selamat menyambut hari raya aidilfitri pada 28 Julai 2014. Bagi yang beraya di kampong berhati-hati ketika memandum saya doakan selamat dan perjalanan.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Kad Raya. Show all posts
Showing posts with label Kad Raya. Show all posts
27 July 2014
15 October 2013
Selamat Menyambut Aidil Adha 1434 Hijrah/ Masihi 2013
Saya mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha atau popular di negara saya mengelarkan hari ini sebagai Hari Raya Korban atau hari Raya Haji kepada emak, adik-adik saya dan semua sanak saudara serta kenalan dan tidak lupa juga kepada muslimin mulimat di seluruh dunia.
Semalam 9 Zulhijjah saudara semuslim kita sama-sama berkumpul di Padang Arafah kerana berwukuf dan hari ini mereka telah dan sedang menuju ke Mina selepas bermabit (bermalam) di Muzalifah. Terkenang-kenang semasa di sana lama dulu dan rindu pada Arafah dan Mina setiap kali tibanya musim haji. Entah bila agaknya saya dapat ke sana lagi... entah ada umur entah tidak, tetapi semasa di sana saya juga mendoakan agar saya dijemput lagi berkali-kali oleh Allah swt untuk melaksanakan ibadat ini.
Akhir kata, maaf zahir dan batin, mohon dihalalkan apa yang dimakan dan diminum.
21 August 2012
Kad Raya Aidilfitri Pejabat Tadbir Awam HATTM 2011
Inilah Kad Raya Pejabat Tadbir Awam Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, iaitu pejabat saya sebelum ini. Dan foto-foto yang dipaparkan adalah ahli keluarga kami. Kami tak ramai tetapi tanggungjawab berat juga kerana bertanggungjawab menguruskan hal ehwal semua staf awam di hospital ini yang berjumlah 264 orang.
Kepada semua hali keluarga Pejabat Tadbir Awam HAT TM dan seluruh warga HAT TM khasnya, saya mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
20 August 2012
Kad Raya Anak Saudara - Adriana Ridwah
Ringkas sangat ucapan daripada Ridwah - hanya
"Wa tak tinggal puasa pun tahunini, Mak Long macam mana? Dah beli baju raya ke?"
Love
Adriana Gaara
18 August 2012
Kad Raya Anak Saudara - Kak Long
Ini satu lagi kad raya yang kena hujan dari anak saudara saya Adila atau Kak Long. Kak Long tulis ucapan seperti berikut:
"Kak Long ucapkan elamat Hari Raya Aidilfitri, Kak Long minta maaf zahir dan batin dengan Mak Long. Duit raya banyak-banyak tau... ha.. ha... ha..."
17 August 2012
Kiriman Kad Raya Dari Anak Saudara
![]() |
| Foto kenangan sebahagian anak-anak saudaraku bersama dengan Datuk dan Nenek mereka yang kini telah tiada lagi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah |
Tahun ini saya hanya menerima kad raya dari Ammar, Adlina, Amir Zman, Amir Ain, Amir Zmee dan Wawa.
Kad Raya Anak Saudara - Kak Ngah
Sayangnya kad ini terkena hujan, tetapi masih boleh diselamatkan walaupun tulisannya ada yang dah kembang. Apa yang ditulis oleh Kak Ngah:
"Assalamualaikum, Kak Ngah ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Kak Ngah ingin memohon maaf di sempena bulan baik ini"
Kak Ngah.
Terima kasih atas kad kiriman Kak Ngah, sayangnya kad ini terkena air hujan sebab post box Mak Long kecil dan bila hujan dengan angin yang kuat, air hujan akan masuk ke dalam post box. Tetapi nasib baik tulisannya dapat dibaca dan itu yang penting.
16 August 2012
Kad Raya Anak Saudara - Amir Azman 2009
Yang ini adalah kad raya yang dihantar oleh Amir Azman pada raya Aidil Fitri tahun 2009. Di bawah adalah ucapan yang ditulis oleh Amir:
"Salam Mak Long, semoga berada dalam keadaan sihat selalu. Amir nak ucapkan Selamat Hari Raya idil Fitri Maaf Zahir Batin. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki."
15 August 2012
Kad Raya Anak Saudara - Adriana 2010
Kad raya dari Adriana Azmee. Jelas kad ini buatannya dan masa ini dia baru je pandai menulis. Bolehlah tahan bagi seorang kanak-kanak. Jom lihat apa catatannya:
" Selamat hari Raya mak Long Dini dan kepada anak datin. Saya minta maaf maklong Dini"
14 August 2012
Kad Raya Anak Saudara - Adlina 2010
kad raya buatan sendiri oleh Adlina yang ditujukan khas untuk saya. Kad raya ini dihantar pada Aidil Fitri tahun 2010. Sayangnya kad raya ini telah terkena hujan. Apa pesanan Adlina kali ini.
"Selamat Hari raya Mak Long,
Nie Adlina razan, Mak Long puasa penuh? Kakak setakat ni penuh lagi. Dah buat kuih raya? dah buat baju? Apa yang paling penting Mak Long sihat? Mak Long balik bile? Emmm... sorry tau kita orang semua buat kad raya last minute, sebab akak banyak kerja. kakak buat folio. Okeyy tu je kot. Bye bye bye jumpa Mak Long kat Jasin.
Selamat Menjalankan Ibadat Puasa dan
Selamat hari Raya
Sincere"
Kreatifkan kawan-kawan anak-anak saudara saya, dan Adlina merupakan satu-satunya anak saudara saya yang mempunyai idea dan pandai menulis jika dibandingkan dengan yang lain-lain.
13 August 2012
Kad Raya Anak Saudara - Adlina 2009
Yang ini adalah kad raya yang dihantar oleh anak saudaraku Adlina Razan Azmee. Catatannya:
"Assalamualaikum Mak long,
Mak long wat pe... Mak long tolong doakan supaya Adlina dapat 5A dalam UPSR boleh A--. Anyway jaga diri baik-baik supaya kita dapat raya sama-sama... bye. Ampunkan kita orang drpd ujung kepala ke ujung kaki".
Ikhlas,
Adlina Razan Azmee
Terima kasih Adina.. Mak Long sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Adina....
12 August 2012
Kad Raya Anak Saudara - Amirul 2009
Yang ini satu lagi kad raya yang dihantarkan oleh Amirul Azmee, kad raya ini adalah Aidil Fitri pada tahun 2009. Apa yang dicatat oleh Amirul (abang):
"Selamat Hari raya Mak Long, Abang kat MRSM nie, boring la.... Berat Mak Long dah turun sikit ke? Tahun nie abang raya kat umah we. Hari Isnin nie abang ada exam selaras 4. -- nie saja setakat nie. Bye"
Apalah abang dalam kad raya tanya berat badan mak long, macam bagi isyarat masaraya tidak boleh makan lebih.....
* Rumah we itu adalah rumah ibu bapa saya di Jasin.
11 August 2012
Kad Raya Anak Saudara - Amir Zman 2008
Kad ini adalah daripada anak saudara saya yang bernama Amir Azman. mengikut kepada kad raya ini bertarikh 2.9.2008 dan ucapan yang ditulis olehnya adalah:
"Assalamualaikum mak long, ini amir ni. Amir nak ucapkan Selamat hari raya adidilfitri maaf zahir batin. Semoga mak long dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amir juga nak ucapkan selamat hari puasa... Ikhlas daripada: Amiruddin."
Ameen. Terima kasihlah sayang..... berapa umur Amir masa ini???
10 August 2012
Kad Raya Anak Saudara - Adila (Kak Long)
Kad raya ini adalah daripada Nur Adila Azman (Kak Long), tidak pula dituliskan raya pada tahun bila ni. Kalau tidak silap kad ini saya terima lewat sebab ada 2 kad dari adik-adik dia yang tidak saya simpan mungkin dah musnah kot.
Melihat tulisan dia rasanya, dia masih lagi di sekolah rendah atau menengah rendah. Kebanyakan anak-anak saudar saya tidak pandai untuk melahirkan rasa hati mereka kecuali Adlina. Jadi kebanyakan kad-kad mereka kosong sahaja.
Mak Long sayang pada Kak Long.
09 August 2012
Kad Raya Anak Saudara - Amirul 2001
Yang ini adalah Kad Raya dari Amirul Azmee. Tak berapa jelas tulisan Amirul - tapi agak kreatif sebab dia buat sendiri kat ini, kad ini memenangi kad yang paling kreatif
Masa Amirul mereka kad ini, umur dia lebih kurang 4 atau 5 tahun kot. Kini dia dalam tingkat 4 di MRSM dan tentu sibuk dengan pelajaran atau sahabat-sahabatnya dan hilang daya kreatif dia. Biasalah budak-budak cepat hilang tumpuan. * kelakarnya ketupat warna kuning
Terima kasih abang..... Mak Long pun sayang abang.
08 August 2012
Koleksi Kad Raya Anak Saudara - Ammar
Kad ini dari Ammar Adnan dan saya dah tidak ingat pulak pada tahun bila dia hantarkan kad ini.
Sebagai menghargai usaha mereka saya memang ada menyimpan beberapa kad raya yang dihantarkan oleh anak-anak saudara saya terutamanya yang saya terima sebelum saya balik ke kampong untuk beraya. Biasanya kalau selepas hari raya kebanyakan kad-kad mereka sama ada hilang atau rosak kerana hujan, kad-kad yang dah rosak saya terpaksa buang. Itu yang menjadikan beberapa kad mereka yang tidak saya simpan.... Terima kasih Ammar... Mak Long sayang pada Ammar..
04 November 2011
Kad Raya Yang Kreatif
Saya nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang kreativiti anak saudara saya. Boleh dikatakan pada setiap hari raya mereka akan menghantar kad-kad raya kepada saya.
Yang terujanya adalah apabila mereka mereka bentuk sendiri kad ucapan hari raya tersebut siap dengan ucapannya sekali.
Beberapa kad yang dipaparkan untuk tatapan bersama
Subscribe to:
Posts (Atom)













.jpg)





