Showing posts with label Zizi. Show all posts
Showing posts with label Zizi. Show all posts

25 July 2016

Rewang Si Meow

Macam ni mereka bila saya pindahkan kibbles mereka ke dalam botol-botol dari plastik makanan yang besar. Mereka ramai-ramai berlonggok dan sama-sama menyebuk macam nak tolong.

Adik, Hero dan Tuah mengadap bekas makanan yang kosong tunggu untuk diisi.

Botol-botol yang dah sedia untuk diisi dengan makanan kering mereka.

Si Baby aka Abang memerhatikan mommy yang sibuk alihkan biskut., sementara tu Hero dan Zizi dah cuba biskut.

Mimi pula ambil tempat selepas Zizi dan Hero masih lagi makan

Keletah di meow saya yang ada kalanya rasa macam menyebuk dan ada kalanya macam menghiburkan.

Last Si Adik yang makan dan mungkin habiskan biskut yang ada.

06 April 2016

Rehat Selepas Lunch

Disuatu waktu, masa tu adalah tengahari dan mereka dijamukan dengan makanan yang istemewa sedikit sempena menyambut ulang tahun hari lahir Mimi, Zizi, Jiji, Kiki dan Nini yang ke2 pada 12 Mac 2016 yang lalu.

Mereka sangat sukakan udang yang digoreng dengan sedikit minyak, tapi tak boleh kerap sangat sebabnya takut mereka dapat penyakit gout pulak.

Selepas semua dah kenyang maka bertaburan mencari tempat tidur menunggu dinner pulak.

15 July 2015

Budak 4 Beradik

Dah sebulan saya dan kucing-kucing saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka. Rasanya semua kucing-kucing saya dah boleh menyesuaikan diri mereka dengan keadaan rumah yang baru. Namun saya lihat budak 7 beradik ini, anak-anak Oky masih takut-takut, mereka kerap ada bersama seakan-akan memerlukan sokongan antara mereka.

Setiap kali ada yang menjerit si Adik (abang mereka) akan berlari mencari punca suara adiknya. Macam hero nak selamatkan mangsa, dia akan berada dekat dengan adiknya seakan menyelamatkan mereka. Tengoklah berlonggok Mimi, Zizi dan Kiki di hadapan abangnya Si Adik.

Saya risau dengan sikap Si Adik, sebab dia akan menyerang atau mengusik 4 ekor lagi kucing yang saya pungut terutamanya Acik dan Miss Lulu, tanpa usul periksa (ya tak ya juga sebab dia haiwan yang tiada fikiran, tapi dia ada perasaan untuk selamatkan adik dia). Itu sebabnya adik-adik dia rasa selamat bersama Si Baby (Abang) dan Si Adik dari ibu mereka Oky.

06 April 2015

Adik Beradik Tidur Berdakapan

Kiki dan Jiji tidur berdakapan di atas kotak, daripada kecik hingga sekarang hubungan mereka masih baik antara mereka. Ada kalanya mereka membersihkan diri masing-masing di samping ibu mereka Oky juga kerap membersihkan mereka.

Adik dan Zizi kerap dilihat tidur bersama, Adik adalah abang kedua Zizi. Jarak umur mereka adalah 6 bulan. Adik sangat kasihkan kesemua adik-adiknya.

Pada hari yang lain, Baby (abang) juga kerap dihimpit oleh adik-adiknya untuk tidur bersama.

18 February 2015

Gaya Tidur Mereka

Oky sebelum tidur akan berangan dulu.

Baby akan tidur nyenyak di atas katil di sebalik selimut.

Adik suka tidur tinggi di tepi jendela.

Itam MB juga suka tidur atas tilam

Mimi gemar tidur atas meja tulis saya berhampiran tempat kerja saya di komputer.

Kiki tidur atas kerusi

Zizi juga suka tidur dalam bilik saya atas beg.

Nini suka tidur atas kotak besar yang di alas dengan tilam nipis.

Jiji manja dan suka tidur bersama dengan adik-adiknya yang lain.

Acik suka tidur di semua tempat.

07 December 2014

Ziziku Yang Makin Sihat

Ini Zizi, buah hati saya, dia memangnya sangat sihat walaupun umur dia baru 9 bulan. Berat Zizi dah hampir 5kg sekarang ni. Saya suka betul melihat gaya dia berjalan, terhegeh-hegeh kerana perut dia yang besar. Tu tengok perut dia yang putih dan lembut.

Ada kalanya dia tidur terbongkang dan masa tu saya akan cium perut dia. Allah swt jadikan haiwan ini untuk disayangi dan dikasihi, jadi anggota badannya Allah jadikan bersih dan berbau wangi. Mungkin ada yang tak suka kucing warna hitam, tapi saya tak pernah bezakan kucing-kucing saya dengan apa-apa pun, bagi saya mereka semuanya menjadi kesayangan saya.

Comelkan dia, tak senyum dan muka dia penuh dengan suspen melihat saya ambil foto dia. Zizi antara kucing saya yang suka berada di mana saya berada. Kadang-kala penuh bilik saya dengan mereka hingga nak berjalankan susah. Maklumlah 9 ekor kucing yang dah besar.

29 November 2014

Neutered Zizi dan Mimi

Mungkin anak-anak saya ini (Mimi dan Zizi) tertanya-tanya kenapa mereka dibawa ke Vet lagi. Nak kata demam tak demam, tapi kenapa mereka ada di sini? Tak pelah apa yang mummy nak buat ni adalah untuk kebaikan bersama, supaya hidup Mimi dan Zizi lebih aman dan terjaga. Peristewa bermakna untuk 2 anak saya ni berlaku pada 6 November 2014.

Tak de apa yang Mimi dan Zizi nak risaukan, tak mungkin kami nak buang kamu berdua sebab kamu sangat kami sayang. Emak saya dan carrier membawa budak-budak ini sedang menunggu nombor kami dipanggil.

Mimi dan Zizi kucing jantan jadi operasi ke atas mereka tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang 10 minit setiap ekor. Lebih kurang jam 10.30 pagi semua prosedur selesai dan saya dah boleh bawa balik mereka berdua. Tiba di rumah lebih kurang jam 11.00 pagi dan masa ni Zizi dah sedar sedikit.

Tiba di rumah saya masukkan mereka berdua dalam sick-bay mereka (kandang) dan kelihatan Zizi dan mula angkat kepala dan mula berpusing-pusing. Sedangkan adiknya masih lagi pengsan.

Tapi akhirnya dia pun tertidur semula dan bangun jam 4 petang. Terkangkang Mimi tidur agaknya mereka sedang bermimpi yang indah-indah .....

21 November 2014

Bibik Pembantu Dapurku

Adui mak macam tahu-tahu je saya menyimpan makanan mereka di rak berhampiran. Adik dan Zizi dan sedia bertenggek di atas kabinet dapur menunggu untuk diberi makan. Kenapa pulak mereka tak sabar, memandangkan mereka baru je makan.

Adik makin nakal dan mengajar adik-adiknya yang bukan-bukan. Sepatutnya Adik dah jadi abang ajarlah adik-adik yang lain bersopan-santun. susah mummy dibuat oleh mereka apabila mereka mencari dan sepahkan semua barangan di rak tersebut. Apa nak kata hanya boleh bersabar saja.

10 November 2014

Ziziku Berjari 7

Kucing berjari lebih dari 5 bukan sesuatu yang ganjil. Boleh dikatakan kesemua kucing-kucing saya melainkan Itam Mike Black berjari lebih. Apabila mereka membesar tangan dan kaki mereka nampak lebih besar dan apabila sepak kucing lain lebih kuat.

Zizi antara yang mempunyai jari yang lebih banyak iaitu 7 yang lain hanya 6 jari sahaja. Harap-harap jangan ada yang beranggapan kucing berjari lebih sebagai cacat dan bernasib malang .. kerana saya memungut Oky ibu Zizi dari belakang rumah adik saya.

Adakah dia dibuang kerana mempunyai jari lebih?????

04 August 2014

Zizi Yang Macho

Saya ada 3 ekor anak kucing yang berwarna hitam. 2 ekor anak Oky iaitu Zizi dan Jiji manakala seekor lagi adalah Itam anak kucing yang saya pungut yang dibuang orang sekitar rumah saya.

Dalam banyak-banyak anak kucing, Zizilah yang paling besar saiznya. Kuku tangan Zizi juga lebih banyak sama seperti ibunya Oky yang mempunyai jari tangan 7 setiap tangan dan 6 jari bagi setiap kaki. Zizi dan Jiji tak berapa suka apabila dipegang orang dia akan meronta untuk dilepaskan.

13 July 2014

Ist Vaccine Buat Zizi, Jiji dan Itam

Inilah rupa anak kucing yang saya baru adopt. Kucing ini saya percayai dibuang orang, masa tu umur dia kecil lagi. Kasihan melihat dia tak tentu arah saya dan mak saya ambil dia. Sebulan dia di luar rumah saya rasa hidung dia dah dihinggap kurap. Selepas vaksin pertama saya bawa dia masuk ke rumah.

Ini adalah Jiji dan Zizi. Mereka berdua juga saya vaksinkan bersama dengan SI Itam SI Pungut. Kedua-dua budak ni sangat baik tak bersuara pun mereka leka dengan tidur dan keriuhan di hospital langsung tidak mengganggu mereka... elok je duduk diam dalam carrier mereka.

Aman dan selesa je .... Vaksin kedua budak hitam bertiga ni pada 22 Julai 2014 ni. Masa tu rasanya nak bawa Mimi, Kiki dan Nini untuk vaksin pertama mereka.

Ini juga anak kucing yang dibuang orang.. dan terpaksa dipungut oleh seseorang kerana kasihankan kerana dia terlalu kecil... Tuan mereka bawa ke hospital kerana abang dia demam. Comel sangat dan suka jalan-jalan tanpa hiraukan orang.

29 June 2014

Sun Bathing

Musim panas yang melanda Malaysia, bukan sahaja dirasai oleh kita malahan juga dirasai oleh haiwan seperti kucing. Kucing-kucing saya  mengelupur juga kerana haba panas terutamanya apabila menjelang tengahari.

Emak biasanya leboh suka rumah terbuka dan angin memasuki rumah, tetapi bagi saya pula saya lebih suka buka alat hawa dingin kerana ketidak selesaan. Biasanya masa saya di pejabat emak jarang buka alat hawa dingin sebelah siang, tetapi setiap malam mesti dibuka kerana pintu dan tingkap rumah ditutup.

Bagi menyamankan badan dan diri mereka masing-masing, maka bergelempanglah mereka di veranda kecil rumah saya yang sudah saya pasang jaring kecil.