Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

08 January 2013

Wanita, Rama-rama Dan Cinta Lelaki.

Ingatan ini untuk diriku dan anda seorang wanita dan juga bagi lelaki yang ada wanita di kelilingnya. Jangan disakiti wanita ini dan jangan sekali disakiti diri sendiri. Yang dah berlaku .... insaflah dan jangan diulangi lagi.

Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yang mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 ‘sampai hati’ sesama sendiri.

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yang bernama wanita, mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki.

Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh. Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi.

Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa-apa yang hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda ke atas dirimu. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai ‘alat’. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada di kelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. Wahai Wanita, Harga Diri Anda, Anda Yang Menentukan…

Inginlah bahawa wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.

12 July 2012

TruLove - My Parents


Sudah 3 tahun setengah ayah yang kami dikasihi kembali ke pangkuan Allah SWT. Selama itu jugalah emak saya kehilangan sahabat baiknya. Boleh dikatakan mereka tidak pernah berpisah selepas mereka berkahwin pada tahun 1957, dan kewafatan ayah saya pada hujung tahun 2008 adalah pemisah buat mereka. Apa lagi apabila ayah pergi secara tiba-tiba sahaja kerana ayah hanya sakit genap sebulan sebelum menemui Penciptanya. Kini hidup emak macam tak bermakna, tak banyak yang emak nak lakukan kini hanya melayan umur yang masih ada di badan.

Saya sangat kasihan melihatkan emak melalui hidupnya sendirian kerana kami masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Saya pernah berhasrat untuk berhenti kerja dan tinggal bersama dengan emak di kampong, tetapi emak tidak setuju dengan cadangan saya.... dan kini sudah 3 tahun lebih saya menunggu jawapan daripada JPA bagi pertukaran saya ke mana-mana Kementerian dan Jabatan Kerajaan di negara itu. Mungkin belum ada rezeki dan/ atau Allah mempunyai rancangan terbaik untuk keluarga kami.

Bagi saya semua foto ayah sangat berharga....

20 March 2012

Putus Cinta !!!!!!! Alamak !!!!!!

Putus cinta? adalah perkara biasa dalam hidup manusia, yang sebenarnya hampir semua orang akan mengalami putus cinta. Dan di sinilah kita diuji Allah sama ada kita dapat membezakan cinta kepada Allah yang sepatutnya cinta 100% suci dengan cinta manusia yang sering kali beradunkan perasaan dengan telunjuk syaitan. Putus cinta hanya bunga-bunga kehidupan dunia, walau bagaimana segar dan indahnya bunga-bunga itu, apabila tiba masanya ianya akan layu dan kering juga, tetapi tidak cinta kita kepada Allah di mana ianya akan terus segar.

03 March 2012

Demi Cinta

Apa yang kawan-kawan faham dengan gambar di sebelah ini, sepasang kekasih? mereka sedang memegang hati masing-masing yang diikat di hujung tali. Pasangan kekasih ini seperti berada di tepi tebing yang curam dan tinggi di sebuah gunung. Dua kuntum bunga mawar terkapai-kapai di kaki pemuda. Apa maksudnya???

Rasanya ramai yang meneka pasangan ini cuba untuk membunuh diri dengan terjun ke bawah jurang yang dalam membawa bersama mereka hati yang luka kerana hasrat untuk hidup bersama tidak kesampaian. Ada halangan dalam hubungn mereka, keluarga masing-masing tidak merestui hubungan mereka, atau mungkin isteri si lelaki telah mengetahui hubungan mereka dan menyekat hubungan ini di teruskan; atau mereka adalah pasangan yang terlarang?????

Tapi apa pun andaian kita, kalau hasrat mereka untuk membunuh diri, mereka adalah manusia yang paling bodoh di dunia ini, kerana hidup ini bukan untuk cinta semasa insan semata-mata, kerana cinta yang kekal abadi adalah cintakan penciptanya iaitu Allah Taalah dan Rasullalah SAW.

Oleh itu sahabat-sahabatku, ajarlah kepada anak-anak kita bahawa cinta dunia tidak membawa erti melainkan ianya dipandukan dengan akidah, supaya cinta itu tidak membawa mereka ke jurang dalam seperti di atas. Ajarkan mereka untuk mencintai Allah dan Rasullah SAW.

Sama-samalah kita mendidik generasi kita untuk bahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.


05 December 2011

Falsafah Cinta


Kelmarin saya terjumpa 2 kata-kata mengenai CINTA di dalam fb melalui wall sahabat-sahabat. Yang sebenarnya saya jarang sekali untuk membincangkan tajuk mengenai cinta kerana saya bukan ahlinya. Walau bagaimanapun kata-kata di atas dan di bawah ini menjemput saya untuk memberikan komen. Ada betul dan ada pandangan lain (bukan tak betul).

Pada saya dalam mencari pasangan hidup, seseorang itu perlu memerhatikan beberapa perkara pada diri sendiri dan juga pada diri pasangan tersebut. Sejarah sebelum seseorang itu dikenali dan dicinta pada saya adalah perlu kerana ia menjadikan panduan semasa membuat keputusan nanti. Oleh itu perhatikan betul-betul siapa dia yang dicintai itu sebelumnya, kita perlu tahu siapa dia, apa dia, bagaimana dia dan kenapa dia. Kerana semua orang yang bercinta selalu mengharapkan agar cinta mereka diakhiri dengan membina keluarga bahagia, dan sudah tentu keluarga itu biarlah sehingga akhir hayat. Oleh itu jika tersalah pilih, itu
yang membuatkan rumah tangga tidak aman dan berakhirlah pulaknya dengan perceraian.

Jadi suka saya nak nasihatkan, apabila memilih pasangan hendaklah menepati ajaran agama. Boleh pilih yang cantik/ kacak dan berharta tetapi agama tetap menjadi pegangan utama, kerana sudah tentu semua pasangan amat berharap agar dapat hidup bahagia di dunia dan berpanjangan sehingga ke syurga.
Bagaimana pula dengan kata-kata di atas, saya tak nafikan memang ada masanya bila kita suka kat dia, dia pulak tak suka kat kita, tapi bila kita tak suka kat dia, masa tulah sidia beriya-iya suka pada kita setengah mati. Habis tu camna, apa nak buat. Sebab kalau hati tak suka, nak tengok muka dia pun dah tak lalu, macam mana nak buat-buat suka..... ish ish ish.. tak mau jadi punya. Tapi bila kita suka kat dia... kita buat apa pun tak jadi juga sebab dia akan elakkan diri dia dari kita... akhirnya orang melihat kita ni macam terhengeh-hengeh macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong... dari dilihat begitu oleh orang.. baik jauhkan diri... sebabnya masih ada lagi ramai manusia yang Allah jadikan untuk kita. 
Lainlah kalau dah tak suka... nak buat camna... tanyalah diri sendiri. 
Pasangan saya dah ada kat syurga kot... ha.ha.ha......