Showing posts with label integriti. Show all posts
Showing posts with label integriti. Show all posts

23 July 2016

KISAH SEORANG TUKANG KAYU

Saya rasa ramai dari anda yang pernah mendengar cerita ini. Cerita yang sangat bagus untuk dijadikan pedoman dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Begini kisahnya.....

Seorang tukang kayu yang masih bekerja sehingga usia menjelang senja. Dia bercadang untuk bersara daripada pekerjaannya sebagai tukang kayu yang dipertanggungjawab untuk membuat rumah di syarikat tempat dia bekerja.

Dia berhasrat untuk bersara dari pekerjaannya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Apa yang anda peroleh dari cerita ini, mungkin anda sendiri pernah mengalaminya.... jadi tak kira di mana dan siapa, apabila kita melakukan sesuatu maka buatlah dengan penuh ikhlas, hati-hati, beramanah dan penuh semangat.

13 April 2016

JAMUAN MAKAN SAINTIS

Seorang saintis terkemuka telah dijemput ke suatu jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana, saintis itu pun pergi ke majlis tersebut. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak diraikan atau dijemput untuk makan. Tuan rumah lebih mengutamakan orang-orang kenamaan, orang-orang kaya, orang-orang berpangkat dan ternama sahaja. Saintis hebat itu dipinggirkan.

Menyedari sikap “pilih bulu” tuan rumah, saintis pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya. Kali ini beliau memakai pakaian yang mahal dan bergemerlapan. Kemudian dengan segera beliau pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut dengan mesra dan dijemput dengan hormat untuk menjamu selera makanan yang lazat-lazat oleh tuan rumah.

Tiba-tiba saintis itu menuangkan lauk-pauk dan makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah ke atas bajunya, seluar dan seluruh pakaiannya yang mahal-mahal itu.

“Mengapa?” Tanya orang ramai. Saintis menjawab, “Tuan Rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku!”

Pengajaran:

Pandangan kita terhadap diri kita adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup. Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau kita miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri.

*Diadaptasi daripada buku Angguk Geleng, Himpunan Kisah Dakwah Satira Oleh Pahrol Mohamad Juoi dan Husna Hassan.

10 April 2016

MENGGALI HARTA KARUN

Seorang ayah yang sedang nazak berwasiat kepada anak-anaknya, “Jika ayah meninggal, kamu bertiga bersihkanlah tanah hutan milik kita di belakang rumah ini. Carilah di dalamnya harta karun yang selama ini ayah simpan untuk kamu.”

Spontan anak yang sulung bertanya, “Bolehkan ayah beritahu secara tepat lokasi harta karun itu?” Si ayah hanya menggeleng-geleng kepala.

“Bang, tak payahlah kita paksa ayah. Ayah, kan tenat...’” kata anak bongsu. “Eh, kau ni! Bukan senang nak bersihkan kawasan seluas itu. Kalau ayah beritahu tempatnya, kan senang?” Sampuk anak keduanya.

Tidak lama kemudian ayah mereka meninggal dunia. Lalu, kedua-dua anak yang sulung dan anak kedua tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan dan menggali di tempat-tempat yang mereka rasa harta karun itu berada. Setelah beberapa lama menebas dan menggali, harta karun masih tidak ditemui.

“Ah, mana ada harta? Agaknya ayah bercakap dalam keadaan buang tebiat ke...,” kata anak sulung.  “Mungkin ayah dah tak berapa waras lagi ketika memberi wasiat kepada kita itu.”

Mendengar kata-kata tidak sopan abang-abangnya, si adik bongsu berkata, “Kita kenal ayah. Kata-kata ayah selalu benar. Tidak ada sebab ayah hendak menipu kita.” “Baiklah kalau kau percaya sangat kau seorang sahajalah tebas hutan ni dan teruskan menggali,” ujar abangnya.

Si adik bongsu menyambung kerja menebas dan menggali tanah itu. Tidak lama kemudian, seluruh hutan dan tanah itu menjadi terang dan gembur.

“Macam mana, ada harta karun?” tanya abang-abangnya dengan nada mengejek. Namun si adik bongsu tetap yakin bahawa ayahnya bercakap benar. Tidak mungkin ayahnya berbohong. Cuma apakah hakikat sebenarnya yang dimaksudkan oleh ayahnya?

Lama-kelamaan, si anak sulung dan anak yang kedua pergi meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan di kota. Mereka kecewa kerana mengharap harta karun yang tidak ada. Tanah itu mereka serahkan sepenuhnya kepada adik bongsu mereka.

Melihat tanah kosong yang telah diterangi itu, timbul idea dalam benak si anak bongsu untuk bercucuk tanam. Dia mulai dengan menanam jagung, kacang dan sayur-sayuran, yakni yang cepat mendatangkan hasil. Hasil tanamannya dijual dan mendapat sedikit keuntungan.

Setelah mengumpul agak banyak modal, tanah itu ditanam pula dengan pokok buah-buahan.  Beberapa waktu kemudian, ladang buah-buahannya mengeluarkan hasil yang agak lumayan. Di samping menjadi pembekal sayur, kacang dan jagung, dia kini menjadi pengeluar buah-buahan yang agak besar. Dalam beberapa tahun, dia menjadi pengusaha yang maju dan kaya.

Kini barulah dia faham apa yang dimaksudkan oleh ayahnya mengenai harta karun yang terpendam di kawasan hutan belakang rumah mereka. Ayahnya tahu rahsia kerajinan, ketabahan dan sikap tidak putus asa dalam berusaha. Itulah “harta karun” yang dimaksudkan oleh ayahnya dulu.

Pengajaran:

Tiada jalan pintas untuk mendapat kejayaan dalam hidup. Semuanya perlukan usaha dan kesabaran. Jika kita berusaha dengan seluruh tenaga dan kemampuan diri, kita akan melihat ruang dan peluang sentiasa ada untuk dicapai.

Diadaptasi daripada Buku Angguk Geleng.

07 April 2016

SEGENGGAM GARAM

Jom kita kongsi kisah di bawah yang saya pinjam dari email KPDNKK, jadikan teladan ya.

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana. Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.
Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu. "Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.
"Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya. Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.
Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu. "Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?"
"Segar." sahut tamunya. "Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi.
"Tidak," jawab si anak muda. Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.
"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.
"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.
Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."
Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.

Pengajaran :  Setiap kehidupan di dunia ini sudah tentu ada cabaran dan halangan, namun semuanya bergantung bagaimana kita menguruskannya. Setiap rintangan perlu dihadapi dengan tenang, kita perlu belajar untuk menguruskan kehidupan dengan lebih bijak dan berhikmah.

16 November 2012

Etika dan Nilai Murni: Usaha dan Daya Saing

Berusahalah sehingga berjaya
Jumpa lagi dalam siri Etika, Nilai Murni dan Bulan Integriti. Kali ini saya nak bercerita mengenai usaha dan daya saing secara ringkas.

Allah telah menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna di alam semesta ini.

Seseorang yang produktif tidak setakat berpuas hati dengan apa yang dicapainya sebaliknya mereka akan melipat gandakan usaha demi memperbaiki kualiti dan kuantiti produktiviti.

Begitu juga dengan seseorang yang mempunyai daya saing yang tinggi akan mengambil segala kesempatan yang datang kepadanya serta mencari peluang untuk terus meningkat.

Panduan dalam meningkatkan usaha dan daya saing seseorang adalah dengan sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti, berusaha memperkemas dan menambahbaik sistem-sistem dan prosedur kerja sedia ada kepada yang lebih kompiten dan memastikan aset/ produk yang diguna/ dihasilkan mempunyai kualiti yang terbilang.

13 November 2012

Etika Dan Nilai Murni: Cekap, Cepat dan Tepat

Bismillahirahmanirahim....

Kita masih lagi dalam Bulan Integriti... jadi izinkan saya untuk berceloteh sedikit lagi isu yang berhubung kait dengan integriti. Kali ini saya pilih tajuk CEKAP. CEPAT dan TEPAT.

Agak-agaknya mengapa seseorang itu perlu cekap, cepat, betul dan tepat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kalau dulu kita sering terdengar orang berkata "biar lambat asal selamat" dan "do it right at the first time", tetapi peribahasa tersebut sudah tidak relevan kepada beberapa perkara yang melibatkan masa dan produktiviti, namun begitu peribahasa itu mungkin boleh digunakan kepada pengguna jalanraya.

Dalam mencapai produktiviti terbaik seseorang perlu sentiasa peka terhadap masa, kualiti dan kuantiti kerjanya dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh sehingga sempurna dan mencapai matlamatnya dalam jangka waktu yang lebih awal dari masa yang ditetapkan. Jadi bagaimana panduan untuk melakukan sesuatu dengan cekap, cepat dan tepat, antaranya adalah dengan menyegerakan tindakan atau tugas mengikut keutamaan, hendaklah sentiasa bersikap positif dan peka terhadap kualiti dan kuantiti kerja, mempunyai iltizam untuk menyiapkan kerja dengan sempurna lebih awal daripada masa yang diperuntukkan, menumpukan perhatian ke arah pencapaian objektif dan matlamat yang lebih jelas, menguasai skil dalam komunikasi dan bertekad untuk memberikan kesempurnaan pada kali pertama melakukan sesuatu tugas. 

Seperkara lagi bahawa dalam Islam melaksanakan sesuatu pekerjaan adalah juga sebagai amal salih dan ibadah kepada Allah jika ianya dilakukan semata-mata kerana keredhaanNya, oleh yang demikian bagi menjadapatkan keuntungan dunia dan akhirat setiap pekerjaan itu hendaklah diniatkan kerana Allah sahaja. 

Setakat ini sahaja... nanti jumpa lagi.

04 November 2012

Nilai Murni: Amanah dan Integriti

Salam Integriti untuk semua,

Sempena Bulan Integriti bagi negara saya, saya ingin mencoretkan artikel ringkas mengenai amanah dan integriti. Semua nilai-nilai murni yang ada pada diri setiap manusia adalah kejadian fitrah oleh Allah. Allah menjadikan manusia dengan sifat terbaik, oleh itu manusia adalah jadian yang paling sempurna di alam semesta ini. Setelah dilahirkan di dunia ini, Allah mengirim bersama 'fikiran', 'iman' dan 'nafsu' untuk menguji dan membentengi seseorang itu.

Insan di dunia hidup dan dikenali dengan sifat-sifat yang dijana bersma dengan fikiran, iman dan nafsu. Jika seseorang itu hidup dengan landasan fikiran dan iman maka terselamatlah dia tetapi sebaliknya jika seseorang itu hidup mengikut nafsu maka amat celakalah hidupnya. Kita boleh umpamakan insan yang hidup tidak di atas landasan mereka umpamakan pokok yang tidak berdaun hanya yang ada dahan-dahan yang tidak mampu menjadi perlindungan untuk insan maupun haiwan.

Yang sebenarnya bukanlah begitu sukar untuk hidup secara bersih, jujur, amanah dan berintegriti, modalnya hanya satu iaitu memiliki seketul hati yang baik dan ikhlas serta jiwa yang murni. Maka dari itu lahirlah setiap perbuatan, keputusan dan tindakan penuh dengan kemurnian budi, ikhlas, adil dan saksama. Insan sebegini akan sentiasa mentaati undang-undang penciptanya dan undang-undang dunia di mana dia bermastautin. Hasil dari tindakan insan ini maka mereka diberi lebel seperti boleh dipercayai, berintegriti dan mempunyai akauntabiliti.

Antara amalan-amalan terpuji yang menjadi pegangan insan-insan jenis ini adalah adil, saksama dan tidak pilih kasih, ikhlas, boleh diharap dan dipercayai, menjaga kepentingan harta benda awam, Oleh yang demikian sempenan bulan baik ini saya menyeru diri saya, sanak saudara dan semua sahabat-sahabat saya untuk mendidik diri menjadi insan berintegriti.

Sekian dari saya, terima kasih..

12 July 2012

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam

Rasa di antara kita yang mungkin terlupa bahawa perkhidmatan awam mempunyai ikrar mengenai integriti, atau mungkin juga kita kurang memaklumi akan wujudnya ikrar ini atau juga mungkin kita jarang-jarang mengikrarkannya. 

Sejak adanya ikrar itu adakah salah laku yang melibatkan integriti makin kurang atau tiada perubahan? saya mempersoalkan perkara ini kerana masih ada lagi salah laku integriti berlaku dan baru-baru ini ianya terjadi di pejabat saya.

Lebih terharu pejabat saya adalah berhadapan dengan IIM, iaitu Institut Integriti Malaysia.... ada kemungkinankah pegawai terlibat tidak perasan akan IIM itu atau susuk bangunan IIM itu tidak mengerunkan. Di bawah ini saya paparkan Ikrar Integriti tersebut. Sama-sama kita renunginya......
Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut:

Pertama: Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;

Kedua: Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga: Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
Keempat: Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
Kelima: Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
Keenam: Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.Blog Widget by LinkWithin

17 November 2011

Seminar Integriti 2010 JPNWP

Pada 15 November 2011 yang lalu, JPNWP telah menganggurkan Seminar Integriti 2011, kebanyakan warga JPNWP telah menghadiri seminar ini. 2 penceramah jemputan telah menyampaikan ceramah masing-masing yang bertajuk Invidividu Berintegriti Teras Kejayaan Perkhidmatan oleh Dr Abu Bakar Sarpon Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Rasuah Membawa Padah oleh PPJ Abdul Halim bin Haji Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah (Pencegahan) SPRM. Kedua-dua ceramah amat berguna dan ianya sepatutnya difahami sedalam-dalamnya serta tanyakan pada diri sendiri, adakah kita bersih dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.





07 April 2011

Jadikan Setiap Hari - Hari Bahagia Kita

Bahagia... ianya sangat subjektif kerana setiap insan mempunyai pendekatan yang berbeza antara seorang ke seorang yang lain. Bahagia yang tulin adalah dari Allah Taalah, bukannya susah sangat nak capai kebahagiaan itu. Tetapi apa yang berlaku sekarang.... dunia ini telah difitnah oleh manusia dan akhirnya akan dirosakkan juga oleh manusia. Inti sari utama fitnah dunia ini adalah kebahagian palsu, iaitu kebahagian dan keseronokan di dunia sahaja. Oleh itu ianya cuba dicapai oleh ramai insan tanpa mengira kebahagian yang sebenar yang sedang menunggu kita.

Kebahagian palsu ini telah mengaburi banyak mata, sehingga dalam usia yang sepatutnya dapat memikirkan buruk baik tindakan juga terjerumus dalam salah guna kuasa dan sebagainya. Yang paling menyedihkan kebahagiaan yang cuba dicapai rupanya menjadi sebab seseorang itu mati dalam kufur... astagfirullah... minta dijauhkan Allah perkara sebegini dari keluarga aku.

Sahabat-sahabatku, rupanya ketakutan mengatasi segalanya sehinggakan saat sebegitu amat mudah bagi syaitan menghasut manusia untuk melakukan dosa yang lebih dasyat dan yang paling ditakuti oleh semua muslim, jika akhir hayat diakhiri dengan cara kufur.... mana syurga mana neraka.

Kalau dah buat salah sebesar mana sekalipun, selagi nyawa dikandung badan, manusia masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Setidak-tidak bagi seseorang muslim selepas habis segala dosa dibalas di dalam neraka... akhirnya Allah akan memasukkan muslim itu ke syurga jua, tetapi jika mati kufur....apa ????????? nak dikata, apa nak dibuat, adakah kiriman doa atau kiriman pahala isteri/ suami dan anak-anak yang soleh tu sampai ke????????? Masyaallah... masyaallah minta dijauhkan Allah, minta dijauhkan Allah. Besar sangat ke dosa atau malu... sehingga seseorang itu sanggup mengambil nyawa sendiri dan mati dalam kafir. Ingatkah diriku dan sahabat-sahabatku..... selagi nyawa dikandung badan masih ada peluang untuk kembali.....

06 April 2011

Setiap Hari - Hari Bahagiaku

Memang mustahil kalau kita warwarkan bahawa setiap hari kita adalah orang yang sangat bahagia di dunia ini. Kerana kejadian manusia itu seiring dengan kehidupan yang diumpamakan seperti roda - sekejap di atas dan sekejap di bawah - Tetapi walau apa pun ingatan, harapan dan anggapan kita bahagia pada setiap hari akan membawa kepada kenyataan apabila kita merealisasikannya sendiri, seperti kata orang cerdik pandai hari-hari yang bahagia lahir seawal dari kita bangun pagi dengan senyuman dan iktizam bahawa hari ini dan seterusnya kita akan bahagia dan membawa kebahagian untuk orang sekeliling kita. Yeh.... bahagianya aku hari ini dan setiap hari walaupun rambut aku ada 8 helai je....

Allah yang melahirkan rasa bahagia kepada insan yang dikehendainya. Bahagian bukan sahaja untuk orang kaya, bukan sahaja untuk orang yang cantik dan juga bukan sahaja untuk orang yang waras. Juga bukannya harta benda yang kita punya atau yang hendak kita punya membawa kebahagian kepada kita. Kebahagian yang berasaskan materialistik biasanya (telah banyak terbukti) tidak kekal lama. Malahan kerap juga material sebegini yang mendorong kita menjadi lebih buruk dari asal kita.

Oleh yang demikian, cuba-cubalah suluh diri sendiri, apa yang patut dan tak patut kita minta dan ada????????? macam tak faham je.... Kita ni manusia yang Allah jadikan tak pernah cukup. Kekadang nak mencukupkan apa yang kita nak dengan cara yang tak sah. Baru-barunya ada orang yang patut menjadi pagar, tetapi telah menjadi pagar rapuh dan rupanya dia adalah jelatang yang berbisa yang memakan diri sendiri dan insan lain sekelilingnya. Tak sangat diri, tak sayang ayah ibu, tak sayang isteri/ suami dan anak-anak dan lebih-lebih lagi tak sayang Allah dan Rasul. Kalau yang bukan Islam tu mungkinlah kita tak kisah, ini..... haprak betul lah dia orang, sanggup menukarkan kebahagian kekal abadi di syurga dengan siksa neraka dunia, alam barzah dan akhirat. Ingatlah diriku, dan sahabat-sahabatku... fikir beribu kali sebelum lakukan apa sahaja perkara yang salah....

25 March 2011

Integriti - Di Jalan Raya







Kepada semua yang memandu terutamanya yang balik kampong pada hujung minggu ini, berhati-hati ingatlah ada orang tersayang yang menunggu anda....

Petikan dari Buku Jangan Mengelat - Integriti Dalam Jenaka, Senggaraan oleh Zubayry Abady Sofian.

17 March 2011

Integriti - Perakam Waktu Rosak







Saya rasa di opis kita tak ada orang seperti ini, kalau ada malangnya organisasi ini tetapi manusia itu juga akan tetap dihambat rasa bersalah sepanjang hidupnya.

Petikan dari Buku Jangan Mengelat - Integriti Dalam Jenaka, Senggaraan oleh Zubayry Abady Sofian.

03 November 2010

Integriti dan Penjawat Awam

Bulan November telah dijadikan bulan integriti bagi negara Malaysia, manakala 5hb adalah hari integriti nasional. Apa yang difahami dengan perkataan integriti? pada saya perkataan integriti mencerminkan nilai-nilai baik di mana nilai ini perlu dijadikan tunjang semasa seseorang itu memberikan perkhidmatan. Dalam erti kata yang lain perkhidmatan yang diberikan hendaklah jujur, amanah, ikhlas dan bertanggungjawab. Sifat seseorang yang mempunyai sifat integriti dapat dikesan dan dilihat apabila mereka melakukan sesuatu tugas itu dengan penuh tanggungjawab serta betul pada bila-bila masa dan di mana-mana, sama ada diperhatikan oleh orang atau sebaliknya.

Kerajaan kita sibuk dengan kempen untuk menerapkan sifat integriti pada setiap rakyat, maka Pelan Integriti Nasional (PIN) diperkenalkan oleh mantan PM, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi seiring dengan tertubuhnya Institut Integriti Negara. Walaupun PIN dilihat sebagai alat untuk membudayakan rakyat Malaysia dengan integriti, tetapi 'gerak kerja' adalah berpaksikan kepada pendidikan awal, iaitu seawal daripada rumah. Keluarga perlu memainkan peranan utama dalam pendidikan awal ini, bagaimana kalau saya katakan seawal kanak-kanak boleh bertutur dan meminta (demand), seawal itu jugalah pendidikan integriti perlu dimulakan, sudah tentulah pendidikan pada masa ini adalah lebih kepada pujukan dan simbolik. Di samping itu juga keluarga tidak boleh memandang remeh akan pendidikan agama dan pendidikan kemasyarakatan.

Tidak dapat dinafikan bahawa Tuhan menjadikan manusia dengan fitrah bahawa manusia menyukai semua perkara yang baik, yang indah, yang cantik, yang sedap, yang merdu dan yang baik-baik sahaja, tetapi adakah kita akan selalu dapat semua perkata yang terbaik yang kita hajatkan. Dan adakah kita akan redha sekiranya kita tidak dikurniakan perkara-perkara yang baik, dan adakah kita akan cuba dapatkan perkara-perkara tersebut dengan cara yang selain dari cara halal. Jadi, di sisnilah semuanya bermula..... !!!!!!!!! ?????????

Sebagai penjawat awam, kita memang terdedah dengan cara yang selain dari cara halal. Ramai yang tiba-tiba akan menawarkan kita pelbagai nikmat/ perkara terbaik seperti belanjaa makan, belanja melancung ke luar negara, belanja beli peralatan seperti handphone, TV, barangan emas untuk isteri dan pelbagainya. Bila dah buat sekali, untuk kali berikutnya akan jadi lali. Yang sebenarnya ramai yang dah menhidu perkara-perkara seperti ini, tetapi masih mendiamkan diri supaya sahabat tersebut dapat kembali ke pangkal jalan dan insaf.

Kerajaan juga mengetahui perkara ini, oleh itu PIN adalah salah satu mekanisme untuk penghapusan rasuah di samping untuk meningkatkan penyampaian awam, diharap dengan cara ini dapat melahirkan penjawat awam yang positif dan yang boleh menjadi model tauladan kepada staf bawahan.

Bila menyentuh tentang integriti, kita tak dapat larikan diri dari konsep akautabiliti (bertanggungjawab) dan kredibiliti (kebolehan). Seorang penjawat awam itu akan menjadi lebih berjaya sekiranya konsep-konsep di atas dapat digabungkan dan dipraktikkan bersama.