Assalamualaikum Abang (Adi Nur Rasyid) selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran abang hari ini. Mak Long mendoakan agar Allah merahmati kehidupan abang sentiasa, namun begitu abang hendaklah sentiasa hidup dalam keadaan di bawah lindungan Allah.
Hiduplah dengan bahagia dan tingkatkanlah iman abang kerana kehidupan bukan sahaja di dunia ini tetapi juga adalah di akhirat.
Allah sentiasa menduga kita sebelum memberi kita kebahagiaan dan setiap kali abang diduga Allah, ingatlah bahawa itu adalah untuk peningkatan iman.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Adi Nur Rasyid. Show all posts
Showing posts with label Adi Nur Rasyid. Show all posts
23 March 2013
31 August 2012
Beli Handphone Abang
Abang sibuk memilih handphone yang dia berkenan.
Setelah melihat, mencuba dan bertanyakan kepada jurujual, akhirnya Abang memilih juga jenama phone yang dia biasa gunakan iaitu Sony Ericsson. Tapi ciri hp ini bagus dan terkini.
Rasanya Abang suka dengan hp yang dia pilih tu.... Maklong minta Abang jaga hp tu baik-baik
Mmenunggu hp diregisterkan, install application, dan entah apa lagi.
Amir kena sabar dulu, belajar hingga ke Uni nanti baru Maklong belikan hp untuk Amir pulak.
Labels:
Abang,
Adi,
Adi Nur Rasyid,
Aidil Fitri,
handphone,
Melaka,
Tesco
13 July 2012
Abang dan Adik
Abang semasa kecil memang tidak berenggang dengan permainannya... walaupun yang paling dia suka adalah menonton TV.. Sekarang ni mereka semua dah besar dan dalam alam remaja dan hubungan antara kami semuanya seperti renggang. Melihat foto mereka semasa kecil, saya tak sangka, mereka begitu comel dan lincah....
Perasan tak askar yang sedang salute tu adalah adik atau nama sebenarnya Mohamad Firdaus (nama yang ayah saya berikan kepada dia). Adik semasa kecil dulu sangat sukakan permainan yang mempunyai roda dan tayar... malangnya semua tayar dan roda kenderaan permainan itu dalam sekelip mata sahaja hilang dari kenderaan mainannya... ingatkan apabila besar minatnya akan membawanya kepada kerjaya yang berkaitan... tetapi masih tak nampak bakat pun.
Subscribe to:
Posts (Atom)


