Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

18 August 2015

Sibuk Itu Yang Tak Sempat

Betul tu, memangnya saya sibuk hingga tak ada kesempatan untuk post artikel di blog ni. Selalu teringat tapi apakan daya!!!!. Kalau dulu di KL saya ada internet di rumah, tapi di Melaka tidak ada, line broadband yang ada pun sangat perlahan, makanya blog saya bagaikan ditinggalkan tuan.

In sya Allah saya cuba balik menulis selepas balik dari tanah suci nanti. Cadangnya nak masukkan stremyx walaupun mungkin tak sebaik unifi. Apa nak buat tinggal di kawasan pendalaman, tak ada mata pun yang sudi memandang dan membantu kami di sini. Mungkin mereka fikir kami tak tahu erti kemajuan alam maya.

Tak tahulah bila agaknya kawasan pendalaman akan dibekalkan internet yang murah dan mempunyai kemampuan yang laju. Doa je la . .. .

12 January 2012

Otak remaja mengecut kerana layari internet berlebihan

BEIJING - Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam. Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet. Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat.

Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu. Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet. "Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.

Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia. Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China. Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet. -Agensi

Dari: http://www.ohbelog.com

Walaupun saya bukan lagi remaja, dah terlebih remaja tetapi saya juga antara manusia yang suka menghabiskan masa di hadapan komputer untuk melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan secara maya. Otak saya boleh mengecut juga ke? Nampaknya saya kena kurangkan melayari internet dan berinteraksi dengan manusia secara bersemuka.