Showing posts with label Makan Tengahari. Show all posts
Showing posts with label Makan Tengahari. Show all posts

20 July 2015

Makan Tengah Hari Bersama Hairi dan Mohd Nor

Memangnya sedap makan tengahari di sini, tapi kat mana ya??? saya pun dah lupa... masa ni saya dan 2 staf saya dari UPT selesai tugas kami di Putrajaya sebelum kami balik semula ke pejabat. Rasanya masa ni pun dah tengah hari jadi saya ajak mereka makan tengah hari bersama.

Yang tak boleh nak lupa adalah - makan di gerai ni memangnya sedap, tapi kedudukan gerai ni jauh dari hiruk pikuk bandaraya, tetapi penggunjungnya ramai sehinggakan tempat duduk pun boleh penuh. Nasib baik kami ada sedikit ruang hujung untuk menikmatai hidangan ini. Macam biasa saya menikmati nasi lemak dan sekeping roti canai... semuanya habis ... Kalau saya nak cari semula gerai ini memang tak akan berjumpa.

26 February 2015

Lunch di Kluang Stesen

Alhamdulillah adik saya Azman tiba di rumah pada hari Selasa 17 Februari 2015, masa ni saya masih lagi cuti sakit dan tidak boleh memandu lagi. Makan tengahari hari itu Zman belanja kami makan di Kluang Stesen Tesco Ampang. Mak dengan makanan kegemaran dia Ikan tempura dengan mayo dan kentang goreng. 

27 October 2014

Hj Ahmad's Family Gathering 2014 - Part 2

Kami bergambar dengan mak. Saya di belakang saya adik saya Adnan, disebelah dia adalah Azman, diikuti dengan Azmee dan yang duduk di hadapan Azmee adalah adik bungsu kami Ainee.

Yang ini kami bergambar beramai-ramai selepas masing-masing kenyang dan sebelum kami meninggalkan restoran. Akhirnya mereka adik-adik lelaki saya yang belanja kami semua. Terima kasih semoga dimurahkan rezeki dengan berkatnya. Ameen...

08 September 2014

Makan Tengahari Selepas Lawatan Ke KIP

Unit saya sedang melaksanakan gerak gempur KIP, setiap minggu kami akan keluar untuk membuat lawatan mengejut di beberapa KIP yang dipilih atas aduan pelanggan.

Kebanyakan KIP kami tidak mempunyai lif, jadinya terpaksalah kami menaiki tangga. Penatnya Allah saja yang tahu.

Kadang kala kami bertugas sehingga waktu rehat dan terpaksa mencari makan di luar. 

30 March 2014

Makan Tengahari Yang Ringkas

Makan tengahari di suatu hari.... yang utama saya masak sendiiri. Tapiwalaupun sedap bila makan sendirian jadi kurang enak. Nak tahu saya masak apa, ketam goreng tom yam dan green sprout goreng.

25 December 2013

Makan Tengahari Di Jom Bali

Seperti yang dijanjikan pada hari Jumaat 20 Disember 2013, saya bersama dengan keluarga saya yang terdiri daripada mak, Shima, Ain, Ammar dan Amir keluar dari rumah dan bersarapan pagi di Tesco Ampabg. Selepas dari itu kami bertolak ke Wangsa Maju. Mula-mula kami menuju ke Manja Kaki di salah sebuah Mall di sini. Saya, Shima dan Ain memanjakan kaki kami selama 1 jam. Mak tak teringin untuk manjakan kaki, jadi mak berehat saja di salah sebuah kerusi di Manja Kaki. Sementara Ammar dan AMir mengikut haluan masing-masing.

Kami dah janji dalam tempoh sejam semua mesti dah berkumpul di hadapan Manja Kaki untuk acara berikutnya, iaitu hantar Ammar dan AMir untuk menunaikan solat jumaat mereka. Kami hantar mereka ke Masjid Coklat di simpang untuk ke pejabat lama saya (HATTM) Selepas hantar mereka kami terus ke Alpha Angle untuk ke MPH. Kami semua membeli beberapa buah buku mengikut kegemaran dan keperluan masing-masing. Selepas tu ambil semula Ammar dan Amir untuk ke Jom Bali untuk menjamu selesa kami.

Sebelum meninggalkan Aeon Big saya dah menempah tempat di Jom Bali dan apabla tiba tempat kami sudah sedia dan kami hanya menempah makanan sahaja. Benar sangkaan saya mereka semuanya memang dalam keadaan yang sangat lapar. Ikut nagsu macam-macam kami nak makan tapi boleh ke?

Emak menikmati nasi goreng dengan udang yang sangat besar. Yang paling seronok adalah saya kerana dapat makan bersama dengan ahli keluarga, terutamanya di tempat makanan kegemaran saya.

29 June 2013

Makan Tengahari Bersama Masturah dan Hairani

Pada 18 Jun 2013 merupakan kali pertama saya makan bersama dengan staf di pejabat lama saya (UPT) setelah saya bertukar ke Unit baru (PTK). Walaupun tak dapat bersama dengan kesemua mereka, tetapi memadailah saya dapat keluar bersama dengan Mas dan Ani.

Kami makan di Restoran Pinag Masak, tidak jauh dari pejabat kami. Makanan di sini memang menjadi kegemaran saya kerana bertepatan dengan selera saya. Foto atas Mas dan Ani sedang setelah kami selesai menjamu selera.

Kalau dulu restorant ini menjadi tempat kunjungan saya dan rakan baik saya iaitu Hijjah dan Surayati. Kini semuanya tinggal kenangan apabila kami masing-masing terpisah kerana tugas. (Macamlah jauh sangat terpisah kan?)

Saya dengan pos biasa... Peace no war.

Mas dan Ani dengan posing masing-masing, tangkap lentok!!!!. Terima kasih atas kesudian anda berdua menemani saya makan tengahari... kalau ada rezeki dan masa insya Allah kita boleh keluar makan lagi.

24 June 2012

Ayam Kampung Lagi

Nizam dan En Mohd Nor  sedang menikmati ayam kampung. Sedapkan???
Hari Rabu pada 20 Jun 2012, saya ada tugas yang memerlukan saya hadir di Cawangan pejabat Pelajaran yang berada di Chow Kit. Perbincangan dengan staf kami di sini diadakan bagai beberapa aspek dan melihat lokasi yang perlu sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Ini ayam saya, itu Nizam punya dah separuh pun
Saya ayam rakan sekerja untuk singgah sekejap di TPCA untuk makan tengahari memandangkan waktu makan tengahari telahpun tiba. Macam biasa bila tiba di TPCA saya suka ke gerai yang menghidangkan makanan ayam kampung goreng. Ini adalah ayam kampung bahagian dada. Yang bestnya Nizam yang belanja kami. Terima kasih Nizam semoga dimurahkan rezeki oleh Allah dirahmati sepanjang hayat. Terima kasih sekali lagi.

18 April 2012

Makan Tengahari




Makan tengahari di TPCA pada 13 April 2012.. apa lagi ayam kampong la... sedapnya....

27 December 2010

Makan-makan Hari Jumaat 24 Disember 2010


Acara yang paling seronok bila dapat makan-makan bersama kawan-kawan sepejabat, baru meriah dan happening. Sayangnya ada sahabat-sahabat kami yang tak dapat dirakam dalam foto kali ini. Di samping itu juga ada juga sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir kerana urusan lain. Mungkin mereka boleh join pada masa akan datang.


Saya bersama dengan Lt Kol Noor Sabrina (sahabat baik saya) dan secara kebetulan kami bekerja di HATTM, sebelum ini kami pernah bertugas bersama semasa di MK Medan Kem Sungai Besi pada tahun 1997 hingga 2000. Di sebelahnya ialah Nor Hazizah, salah seorang keluarga Pejabat Tabdir Awam, seorang yang periang dan sangat rajin dalam menjalankan tugas hariannya. Di sebelah dia adalah Gee PA kepada Pegawai Memerintah HATTM dan di sebelah dia pulak adalah orang kuat kami - diperkenalkan Suhaimy, sayangnya di bersembunyi di belakang Gee.


Puan Napsiah, juga salah seorang keluarga baru kami, beliau bersama dengan Zila adalah daripada Kem Batu Kentonment. Sebelah dia adalah Zila dan Liza. Kedua-dua mereka ni mempunyai sebutan nama yang hampir sama. Saya bersyukur kerana mereka ni juga bersikap periang dan rajin.

Inilah barisan anak-anak dara Pejabat Tadbir Awam, HATTM. Diperkenalkan dari kiri ialah Zila, Liza, Vidia dan Nieza, Kesemua mereka melainkan Vidia masih available tetapi mereka sukar untuk didekati - cubalah!!!!!. Dan di hujung sana nunnnn di sebelah Nieza adalah Faizal, "rakan baik" kami.

Kami akan plan untuk makan-makan yang akan datang. Kalau ada yang nak join bagi tau je dengan no. tel.....