Showing posts with label Miz. Show all posts
Showing posts with label Miz. Show all posts

30 September 2014

Miz Si Bulus Dari Masjid Negara



Si anak kucing yang saya temui semasa dia memasuki kelas kami di Masjid Negara pada tahun 2012. Dia jinak dan membuatkan ramai antara kami yang jatuh hati padanya. Dia berlegar-legar di dalam kelas dan saya katakan padanya jika dia ingin bersama saya dia kena tunggu sehingga kelas habis lebih kurang jam 10 malam. Dia tunggu dan balik bersama saya.

Saya namakan dia Miz. Usia Miz pada ketika itu lebih kurang 2 bulan, masih kecil lagi tetapi saya jangkakan dia telah berpisah susu dengan ibunya. Miz adalah kucing betina yang coamel dan manja. Badannya pada masa itu tidak terlalu kurus tetapi rasanya dia kurang makan. Jadi Miz akhirnya menjadi keluarga saya. Kerana Miz sudah biasa dengan kebebasan maka saya biarkan dia lepas bebas. Miz sangat kenal dengan warna kereta saya, kerana setiap kali saya balik kerja dia akan berada di pintu pagar dan tidak sabar-sabar melintas menghampiri kereta saya yang berwarna hitam.

Suatu pagi lebih kurang selepas 3 minggu Miz bersama saya, dia dilanggar oleh sebuah kereta hitam yang mungkin dia sangkakan saya, malangnya kereta itu terus melanggar dia. Ketika Abang Jaafar jiran saya menalipon mengatakan Miz terlah tiada hancur hati saya. Abang Jaafar telah mengebumikan Miz... selamat jalan sayang...

Kini selepas dia tiada dan melihat gambar-gambarnya saya rasa rindu pada dia.

22 May 2012

Miz V Putih

Miz kucing yang saya ambil dari Masjid, sayangnya umur dia tidak panjang dan dia mati dilanggar kereta pada 21 Mei 2012. Manakala Putih adalah anak Kuning, kucing liar yang telah lama bermastautin di kawasan rumah saya. Kuning dan Putih tidak jinak dan sedikit garang.

 Pada fikiran saya kalau umur Miz panjang, dia terpaksa berkawan dengan Putih yang hampir sebaya dengannya. Jadi saya cuba mendekatkan mereka. Walaupun sukar kerana setiap kali Miz cuba nak berkawan dengan Putih, Kuning akan serang Miz... kesian dia.

 Foto di atas, kali pertama mereka bersua muka, dan foto-foto di bawah kita dapat lihat mereka dah dapat menerima itupun saya terpaksa awasi mereka untuk makan bersama - itu sahaja medium yang boleh dekatkan kedua-dua anak kucing ini.

 Mulanya sukar juga, masing-masing dalam keadaan takut dan bimbang. Lawak betul anak-anak kucing ni.. fikir saya

 Kalau saya tak awasi, Miz pasti akan kena kerja oleh ibu Putih (Kuning) kerana beberapa kali saya kerap terjumpa Kuning sedang bergaduh dengan Miz. Itu yang buatkan saya bawa Miz masuk ke dalam rumah, apabila Miz keluar saya akan ikut menunggu dia sehingga dia masuk semula ke dalam rumah. Kucing ni pun macam UMNO dan PAS, tak boleh bersua muka.

Akhirnya, selepas lebih kurang 10 minit nampak kedua-dua ekor anak kucing ini boleh makan bersama dengan aman dah tak macam mula-mula. Masing-masing mengadap makan dengan khusuk dalam pinggan masing-masing.

21 May 2012

Miz Dalam Kenangan

Saya baru sahaja dapat panggilan telefon dari jiran saya, Abang Jaafar - katanya Miz mati dilanggar kereta pagi tadi. Terkejut juga saya kerana pagi tadi saya baru minta tolong Abang Jaafar pegangkan Miz sebab dia suka mengekori saya dan Miz tidak takut pada kereta.

Seperti pagi-pagi yang lain sejak seminggu yang lepas, sebaik sahaja saya bangun tidur, buka pintu dan panggil Miz untuk makan. Selepas itu baru saya mandi dan solat subuh. Apabila saya siap untuk ke pejabat, Miz dah sudah habis makan.

Saya keluarkan Miz dan tumpangkan dia ke rumah sebelah sementara saya memberi makan kepada SiKuning dan anaknya SiPutih  di belakang rumah.

Semasa saya buka pintu pagar untuk keluarkan kereta, tiba-tiba Miz sudah ada di kaki saya, kucing ini memang tidak takut pada kereta. Jadi saya angkat dia dan masukkan ke dalam kereta dan terus mengundurkan kereta. Takut jika Miz mengikut saya, jadi saya minta tolong pada Abang Jaafar untuk pegangkan Miz sehingga saya bertolak ke pejabat.

Ajal Miz cepat sungguh kerana mengikut kata Abang Jaafar selepas Miz makan di rumahnya mungkin dia cuba melintas jalan dan kira-kira jam 7.30 pagi tadi dia dilanggar mati sebuah kereta. Pak Cik India sebelah rumah yang tanam dia (terima kasih Uncle). 

Semalam selepas saya basuh kereta dan mandikan Miz - rupanya Miz titak takut pada air, senang saja saya mandikan dia.

Gambar-gambar Miz bermain di luar rumah selepas separuh hari tidur dengan nyenyak di atas setee.

16 May 2012

Miz Seekor Kucing Piatu

 Pada 15 Mei 2012, seekor anak kucing yang kelaparan telah memasuki kelas kami, secara kebetulan Kay salah seorang rakan sekelas kami ada membawa makaroni goreng. 

Jadi kami menjamu kucing itu sedikit. Mungkin kerana lapar walaupun makaroni tersebut sedikit pedas tetap dimakan oleh anak kucing ini. Kesian la pulak.

 Anak kucing ini kurus, mungkin dia sukar dapat makan di Masjid.

 Anak kucing ini jinak - Rakan-rakan sekelas bermain dengan anak kucing.

Kesian melihatkan dia kelaparan saya mengambil keputusan untuk membawa dia pulang ke rumah. Walaupun saya sedar di kawasan rumah saya banyak kucing liar.