Showing posts with label Smoky. Show all posts
Showing posts with label Smoky. Show all posts

04 December 2015

Gelagat Nini Dan Ibunya Oky

Kucing pun macam manusia walaupun sudah besar tetapi masih memerlukan kasih sayang dari ibu dan keluarga mereka, begitu juga dengan Nini dan Kiki, kucing betina anak kepada Oky. Nini dan 4 lagi adik beradiknya dilahirkan oleh Oky pada bulan Mac tahun lepas.

Walaupun dah hampir 2 tahun dia tetap bersifat keanak-anakan, selalu minta ibu atau abang-abang dan adik beradik yang lain menjilat dia. Dan kadang-kadang dia juga akan menjilat ibu dan adik-adiknya yang lain.

Kata orang Melayu kasih ibu sepanjang hayat, agaknya begitu juga dengan haiwan. Walaupun kadang-kadang saya nampak Oky macam rimas dan marah pada anak-anaknya yang suka 'meleseh' (bergesel) dengan dia, tapi akhirnya Oky akan jilat juga anak-anaknya.

Memelihara haiwan seperti kucing bukan untuk suka-suka je tapi memerhatikan sikap dan fitrah hidup mereka ada kalanya menjadikan pelajaran yang sangat bernilai bagi kita. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, dan kita yang memerhatikan mendapat hikmah dan hidayah dari sesuatu kejadian Allah swt.

Saya terfikir jika anak-anak kucing yang masih kecil dibuang, sedangkan mereka masih memerlukan kasih sayang, bagaimanakah pengakhiran hidup makhlok kecil tersebut. Mungkin disebabkan manusia tidak memikirkan haiwan ini juga punya nyawa dan hak untuk hidup makanya ada manusia yang dengan senang dan tanpa rasa bersalah membuang mereka di merata-rata termasuk di tepi jalan raya. Bagaimana rasanya hati manusia yang melihat anak-anak haiwan kecil yang dibuang menemui kematian? bersalah? menyesal? menangis? tepuk dada tanya iman.

19 November 2015

Oky Yang Seksi

Semenjak berpindah rumah dari Kuala Lumpur ke kampung, kesemua kucing-kucing saya melainkan Jiji semakin sihat. Badan makin besar dan berat juga bertambah. Bagi Oky si ibu kucing bulu dia makin lebat menjadikan perut dia makin labuh ditambah lagi dengan kaki dia yang pendek.

Inilah gaya kegemaran Oky, tidur dan bersantai secara kuak lentang dan yang paling utama di tengah-tengah rumah. Saya sering juga mengubah Oky tetapi dia akan balik semula ke lokasi tengah rumah dan melentang semula. Agaknya bila dia telengtang di tengah-tengah rumah kucing-kucing lain jadi serem melihat dia yang sedang tergolek tu. Tulah antara aksi kucing saya yang selalu berposing seksi.

20 February 2015

Apa Oky Mimpi

Smoky aka Oky sedang lena tidur di tempat pilihan dia. Saya perhatikan betul-betul, rupanya dia bermimpi. Terjelir lidah Oky sambil mengunyah-gunyah.

Agaknya Oky sedang bermimpi makan ikan yang besar kot. Geli hati melihat dia tapi tak sampai hati nak memutuskan mimpi dia.

Tidurlah sayang dan mimpi yang indah-indah.

18 February 2015

Gaya Tidur Mereka

Oky sebelum tidur akan berangan dulu.

Baby akan tidur nyenyak di atas katil di sebalik selimut.

Adik suka tidur tinggi di tepi jendela.

Itam MB juga suka tidur atas tilam

Mimi gemar tidur atas meja tulis saya berhampiran tempat kerja saya di komputer.

Kiki tidur atas kerusi

Zizi juga suka tidur dalam bilik saya atas beg.

Nini suka tidur atas kotak besar yang di alas dengan tilam nipis.

Jiji manja dan suka tidur bersama dengan adik-adiknya yang lain.

Acik suka tidur di semua tempat.

06 November 2014

Wajah Terbaru Oky

Comelkan kucing saya ni... Ini adalah Oky, ibu kucing kepada Baby, Adik, Zizi, Jiji, Mimi, Kiki dan Nini. Sebelum ini kerana dia menyusukan anak-anaknya yang kecil dan besar menyebabkan Oky kehilangan banyak bulu terutamanya di leher.

Selepas dia dineauteredkan dan diberikan ubat dan vitamin, kesihatan Oky semakin baik dan bulu-bulu baru tumbuh walaupun belum begitu panjang.

Inilah wajah dia, Oky kini dan bertambah berat badan sebab asik makan, tetapi saya tak bimbang sangat sebab dia suka bermain dan bergurau dengan anak-anaknya. Semoga dia sentiasa sihat dan berada dalam keluarga saya selama yang boleh. 

28 September 2014

Oky Deman?

Sejak semalam saya rasa badan Oky sedikit panas. Dia pun jarang minum air jadi bimbang akan kehaidratan saya suapkan dia air minum beberapa kali. Oky kurang makan dan yang paling jelas dia kurang bermain dengan anak-anak dia. Semalam dan ari ni Oky tidur dalam bilik tidur atas bantal dia. Muka dia masam je mungkin sebab kena paksa minum air.

Mungkin Oky tak tahu bahawa kami sangat sayangkan dia. Anak-anak dia masih mahukan dia berada di sekeliling mereka. Oky ada 7 ekor anak yang besar 2 ekor pada 18 haribulan depan genap mereka berumur setahun. Manakala 5 anaknya berumur 6 bulan. Saya janji dengan Oky selepas dia beranak 2 kali peranakan dia harus diikat... dan itulah yang telah terjadi.. Oky dineauteredkan pada 26 Jun yang lalu. Sebagai langkah pencegahan saya dah suapkan Oky dengan Transfer Factor (TF) dan doalah agar Allah swt pulihkan Oky dan harap Oky cepat sihat.

13 January 2014

Menyusu Di Tepi Tingkap

Sejak mereka boleh memandang ke luar rumah, menyusukan anak pun Oky buat di tepi tingkap. Yang kesiannya si kecil berdua tu almaklumlah tingkap tu kecil sangat untuk menempatkan mereka.

Lama mereka menyusu sehingga Oky terlelap. Oky ibu yang baik, dia sangat sayangkan anaknya. Kalau dia keluar rumah pun dia tidak pergi jauh sebab anak dia akan memanggil dia. Oky pantang mendengar suara anak dia, cepat-cepat dia pulang ke rumah.

Inilah wajah ibu yang baik hati... kasih ibu sepanjang hayat. Tetapi kenapa ada manusia yang buang anak mereka yang masih bernyawa dan yang paling malang ada ibu yang membunuh anaknya. Betullah kata orang dulu-dulu sedangkan kucing sayangkan anak inikan pula manusia. Masih relevenkah pepatah ini atau patah teruskah pepatah Melayu ini?

11 January 2014

Pintu Tingkap Dah Tertutup.. Zam al kazam

Anak-anak Oky semakin besar dan semakin nakal, sementara di luar rumah dan dari media-media cetak dan elektronik banyak cerita tentang kehilangan kucing dan anak kucing.

Manusia tidak bertanggungjawab menangkap, mencolek, memukul dan membunuh kucing kerana pelbagai sebab. Saya tidak sanggup kalau itu yang berlaku kepada Oky apa tah lagi anaknya yang masih kecil.

Untuk menyelamatkan mereka saya telah menutup semua gril dengan dawai halus bagi memastkan Oky dan anak-anaknya tidak dapat keluar. Kalau pun mereka keluar saya yang akan membawa mereka dan terkawal.

Tengoklah gelagat mereka. hairan kenapa ada dawai-dawai halus... selama ini saya tidak pernah dapat melihat tingkap dan pintu kerana rumah saya sentiasa bertutup. Dan alat hawa dingin dipasang sentiasa.

Sejak memasang jaring ini semua pintu dan tingkap rumah terbuka dan air luar masuk dan saya serta emak dan mereka dapat merasakan kesegaran udara dan suasana.

25 November 2013

Sarapan Pagi Baby dan Adik

Celik je mata Baby dan Adik terus cari susu emak dia, breakfast la katakan. Biasanya mereka menyusu sehingga mereka tertidur semula. Inilah permandangan yang selalu saya lihat pada hari Sabtu dan Ahad.

Tu Adik dah terlentuk agaknya dan kenyang menyusu dan Baby masih lagi menyusu. Agaknya Baby lambat menghisap susu ibunya atau pun mungkin dia suka main-main.

Walaupun Baby lahir hampir 3 jam lebih awal dari Adik, tapi tubuh Baby lebih kecil. Risau juga saya tapi melihat pada kelincahan dia saya tahu dia sihat.

22 November 2013

Selamat Malam Oky dan Anak-anaknya

Dah sebulan umur anak-anak Oky. Semakin kuat dia menyusu dari ibunya. Sebelum tidur mereka menyusu dulu selepas belajar berjalan.

Oky memang tidur atas katil. Jadi dia mun mengeow agaknya minta saya bawa naik anak-anaknya atas katil. Lepas letak anak-anak dia atas katil dia terus diam dan baring bagi anak-anak dia susu.

Baby beralih untuk sambung menyusu lagi







12 November 2013

Berkongsi Katil

Umur anak-anak Oky 2 minggu dia dah keluarkan anak-anak dia dari dalam kandang. Kesian melihatkan anak-anak kucing yang masih kecil kesejukan di atas lantai. Saya dapat agak Oky tentunya nak bawa anak dia tidur di atas katil di tempat tidur dia dulu. Oky memang berkongsi katil dengan saya, tapi saya bimbang takut saya terhimpit anak dia yang masih kecil lagi.

Nasib baik katil saya besar (king size) jadi memang boleh muat buat kami berempat. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, saya membuat sempadan dengan bantal-bantal. Rasa macam main pondok-pondok pula. Oky dan anak-anak dia macam faham bahawa kawasan mereka hanya di dalam kawasan bantal sahaja. Malam pertama tidur dengan Oky anak beranak saya asyik terkejut dengan suara anak Oky terjerit. Rupanya mak dia sendiri menghimpit mereka. Dan malam-malam selepas itu saya jadi biasa.

Seronoknya Oky dan anak-anak dia telah merampas kawasan saya.

Siap boleh bergurau anak beranak..

Oky ibu yang sangat penyayang dan pembersih sentiasa menjaga anaknya dengan menjilat dan membersihkan anak-anaknya. Kata orang dia akan bersihkan anak dia supaya tidak berbau jadi kucing jantan tidak menjumpai anak kucing untuk dibunuh.
Kucing lebih sayangkan anak dari manusia yang kerap kita dengar membuang/ membunuh anak.. dunia dah terbalik . . . .

27 October 2013

Anak Oky Masih Belum Buka Mata

Tengok tu, dua baby masih lagi belum buka mata, walaupun hari gambar ini diambil adalah hari ke9 mereka selepas dilahirkan. Dua beradik ini sedang bergulung sedap tidur dalam sangkar. Yang atas sulung dan bawah bungsu.

Mata masih belum dibuka lagi... agaknya mereka ni tak nak tengok dunia ke? tak nak tengok ibu dia ke... saya yang tak sabar-sabar nak tengok mata mereka.. Saiz mereka nampak macam dah besar sedikit.