Showing posts with label My Birthday. Show all posts
Showing posts with label My Birthday. Show all posts

28 May 2014

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Buat Diriku

Hari ini hari ulang tahun kelahiran saya .. dah semakin tua rupanya.
Pagi-pagi emak saya ucapkan selamat ulang tahun kelahiran saya. Saya ucapkan semula pada mak "terima kasih mak kerana melahirkan ani" sambil mencium dahi mak. Mak terharu yang amat sangat. 
Yang sebenarnya selepas kita dilahirkan ibubapa mula berpenat jerih membesarkan kita... apabila besar masing-masing anak bertemu jodoh dan kadang-kala ibubapa menjadi pilihan kedua atau dilupakan ... semoga generasi saya tidak terfikir untuk lakukan seperti itu.... Ameen.

28 May 2013

Happy Birthday To Me

Kesian saya... sekali lagi saya menyambut hari ulang tahun kelahiran sendirian.... walau bagaimanpun ramai sahabat-sahabat facebook yang mengucapkan selamat kepada saya... terima ksih sekalian..

28 June 2012

Hadiah Harijadi Dari Jabatan

 Inilah hadiah harijadi JPNWP bagikan kepada semua pegawai dan staf Jabatan ini pada tahun ini.


03 June 2012

Perhimpunan Pagi Mei 2012 JPNWP

Perhimpunan pagi JPNWP bagi bulam Mei 2012 secara kebetulan jatuh pada hari ulang tahun kelahiran saya. Secara peribadi perhimpunan pagi ini antara perhimpunan yang paling berjaya dan tidak membosankan. Hos perhimpunan pagi ini adalah Pejabat pelajaran Wilayah (PPW) Bangsar Pudu. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang sangat kreatif.

Saya dan rakan-rakan seperjuangan menunggu kehadiran wakil Y.Bhg. Dato' Pengarah pelajaran. Y.Bhg. Dato' Pengarah mempunyai acara rasmi lain yang memerlukan kehadiran beliau. Kelihatan saya, Cik Pah, Masturah dan di atas En Hussein dan rakan-rakan dari Unit Naik Pangkat.

Jelingan Mas

Ini dia pengumuman sambutan hari lahir : Tu gambar saya.... happy birthday to me..... JPNWP ada menyediakan hadiah untuk staf-staf yang menyambut ulang tahun hari kelahiran tetapi tidak tahu apakah bendanya dan hingga kini hadiah tersebut belum lagi sampai.... masih tertunggu-tunggu... ada rezeki adalah.....

28 May 2012

Happy Birthday To Me

Yes today is my birthday... as usual let me wish my-self a very happy birthday...

This is a nice birthday cake for me...
Please for me......

28 May 2010

Hari Ulang Tahun yang Sunyi

Tak seperti menyambut hari ulang tahun sebelum ni, kali ni saya menyambut hari ulang tahun kelahiran saya seorang diri kat KL. Tak ade kekawan dan saudara - sebab cara kebetulan hari ni hari cuti Wesak jadi masing-masing ada program sendiri ngan keluarga. Mak pula akan bercuti dengan keluarga Acik Misah ke Melaka - semoga mereka gembira. Tengahari tadi tow-truk dari Worksyop Max datang untuk angkat kereta Mercedes untuk dihantar ke Workshop di PJ, kereta tu terpaksa di senggaraan sebab terdapat kerosakan yang tak dapat disenggaraan oleh bengkel lain.

Nanti jam 5.16 petang saya bercadang untuk betulkan kiblat rumah saya. Masa itu adalah masa di mana matahari akan berada betul-betul di atas Kaabah. Nampaknya saya dapat berehat sambil siapkan beberapa kerja opis yang kene disiapkan segera, walau bagaimanapun saya masih lagi boleh mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah sahabat handai dari seluruh dunia.