Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

12 February 2016

Rasulallah saw Pesan Mengenai Tanda-Tanda AKhir Zaman

Kalau dulu sahabat-sahabat baginda Rasulallah saw pernah bertanya kepada baginda mengenai ketibaan hari akhirat dan baginda menjawab sudah hampir ketibaannya akhirat itu. Kini selepas 1,400 tahun kewafatan baginda Rasul

Siapakah agaknya kaum yang benar di akhir zaman nanti? Adakah mereka yang ramai atau mereka yang sedikit. Hadis daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut.” Hadis ini memperlihatkan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah,

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing" Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)

Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba’ (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba’ ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadithnya yang bermaksud: “Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu.” Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah (golongan yang satu)? Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku.”Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja.

Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan. Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120: “Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.”Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit, dosa-dosa besar dianggap biasa, kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan, orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma’ruf wan nahy ‘anil-munkar.

Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah s.w.t, mengabaikan perkara fardu, jahil mengenai hukum halal dan haram, mendekati perkara syubhat, riba’ dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba’ ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Perkara ma’ruf dianggap munkar dan munkar dianggap ma’ruf. Kebenaran dan kebatilan dicampuradukkan. Apa yang paling menakutkan ialah manusia lebih mempercayai hukum ciptaan manusia daripada hukum ciptaan Allah. Mereka yakin bahawa dengan melaksanakan hukum Allah akan menyebabkan Negara berada dalam keadaan kucar kacir dan kacau bilau.

Antara bukti asingnya Islam ialah apabila umat Islam dihina, dibunuh dan disembelih tetapi umat Islam lain hanya memerhatikannya sahaja. Lebih mengaibkan lagi apabila umat Islam bergantung penuh kepada negara luar dengan anggapan tanpa kuasa luar kita tidak mampu melakukan apa-apa.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, melihat sumbangan masing-masing terhadap agama yang kita cintai ini. Berapa ramaikah di kalangan kita yang mempunyai sifat ghuraba’ (asing) sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w? Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menegur dan mencegah kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat? Berapa ramai di kalangan kita yang berani untuk mempertahankan Islam, memperjuangkannya dan menegakkannya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menahan celaan dan tohmahan kerana mempertahankan Islam?

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud: “Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi dia tidak bingkas menolongnya, pada hal dia berkeupayaan membelanya, nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak”. (H.R. Ahmad) Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga-moga dengan kembalinya kita kepada ajaran Islam yang sebenar akan menjadikan kita umat yang bermotivasi, berinovasi dan memiliki keazaman yang tinggi untuk kembali semula menjadi umat yang cemerlang. “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Hud:112)

05 February 2016

Kita Berada di Akhir Zaman ke????: Tazkirah Pagi Jumaat

Gambar hiasan sahaja. Hanya Allah swt saja yang
mengetahui bagaimana keadaan akhir zaman. 
Rasanya ramai umat Islam yang percaya akan kedatangan akhir zaman atau kiamat. Kiamat boleh diterangkan sebagai berakhirnya kehidupan dunia yang Allah swt Sang Pencipta meminjamkan alam semesta ini untuk manusia dan semua ciptaannya tinggal, namun ianya bukannya kekal abadi. 

Bila akhir zaman itu akan tiba atau ada tanda-tandanya. Kita tak perlu gusar kerana junjungan kita Nabi Muhammad saw ada menitipkan pesan mengenai perkara ini.

Tentu ramai yang ingin tahu adakah kita sedang berada di akhir zaman?. Apakah tanda-tandanya? bagaimana kita perlu hadapi situasi ini jika benar-benar kita berada di akhir zaman. Sungguh sayang Allah swt dan Rasulallah saw kepada kita kerana meninggalkan pesanan dan tanda-tanda untuk kita hadapi zaman tersebut. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini melihat semula firmanNya dan ambil tahu akan sabdanya, semoga kita tidak sesat.

Berpegang kepada kedua-dua wasiat di atas, saya sangat yakin bahawa kita berada di akhir zaman. Terlalu banyak tanda-tanda akhirat kecil dan besar yang kita temui, namun ianya terletak ke atas diri kita sendiri untuk melihatnya secara total. Tetapi bukan semua antara kita yang sedar akan ketibaan akhir zaman beserta dengan tanda-tandanya, ini mungkin disebabkan oleh kejahilan, kedegilan, rayuan syaitan, kealpaan dan keseronokan hidup dan cintakan dunia yang menyebabkan lupa akan kedatangannya. Semoga kita tidak menjadi kaum yang rugi dan kesuntukan masa.

Saya juga manusia biasa, ada kalanya terabai dan alpa kerana keindahan kehidupan dunia. Saya sendiri pun sangat bimbang untuk meninggalkan dunia ini tak tahu bila dan dalam keadaan bagaimana. Sekiranya saya bertemu juga dengan hari terakhir dunia ini, bagaimana pula keadaan diri saya? dalam barisan apakah saya nanti apabila dibangunkan semula? dapatkan saya akan syafaat Rasulallah saw? adakah Rasulallah akan tunggu saya hi hujung jambatan sirat? dan pelbagai persoalan yang timbul.

Aduhai sahabat-sahabatku, sama-samalah kita doakan agar kita dan keluarga serta orang dan haiwan kesayangan kita dipermudahkan sekiranya bertemu dengan hari itu.

Jumpa saya lagi nanti dalam tazkirah akan datang mengenai pesanan Rasulallah saw dan firman Allah swt mengenai tanda-tanda akhir zaman.

Walallah hualam dan Wasallam


13 December 2015

Hadis: Dates and Fasting

The Prophet Muhammad said: "Whoever finds dates should break his fast with them and the one who does not should break his fast with water because it is pure"

Now a days dates can be find at any part of the world with a reasonable price. In Malaysia you will find dates at most of the market or super market. So do we have any reason not to practice the above hadis?

30 October 2014

Kenapa Anjing itu haram disisi agama Islam

Baru-baru ini Malaysia dilanda pula dengan polimik yang melibatkan hukum haram halal dalam agama Islam. Agama Islam adalah agama persekutuan bagi negara ini. Semua rakyat negara ini sepatutnya memahami akan inspirasi Perlembagaan Persekutuan supaya tindakan mereka tidak menyentuh sensitiviti pelbagai kaum. Malangnya seorang Islam telah mengadakan program yang jelas-jelas tidak beretika dan tidak sensitif dengan kehendak agama.

Memang ada beberapa mazhab yang tidak melihat anjing sebagai najis, tetapi mazhab yang kita pegang di nusantara ini, iaitu mazhab syafie menekankan bahawa anjing itu adalah najis muhalazah, ada cara tertentu dalam mengendalikan haiwan ini.

Bagi saya, saya tidak mungkin akan memegang anjing jika tiada sebab yang mendesak seperti emrawat dia atau menyelamatkan dia. Jadi program yang cuba dilakukan ini mungkin ada niat baik tetapi caranya tidak kena sama sekali.

Di bawah adalah catatan rakan fb yang sangat berguna untuk dikongsi bersama.

Ternyata hal ini sudah diberitahukan pada kita sejak 1400 tahun yang lalu. Ilmuwan membuktikan Virus anjing itu sangat lembut dan kecil. Sebagaimana diketahui, semakin kecil ukuran mikroba, ia akan semakin efektif untuk menempel dan melekat Air liur anjing mengandung virus berbentuk pita cair. Dalam hal ini tanah berperan sebagai penyerap mikroba berikut virus-virusnya yang menempel dengan lembut pada wadah.

Perhatikan kata Rasulullah berikut : Dari Abu Hurairah Rhadyallahu Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, sucinya wadah seseorang saat dijilat anjing adalah dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah.

Dari Abu Hurairah Rhadyallahu Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, apabila anjing menjilat wadah seseorang, maka keriklah (bekasnya) lalu basuhlah wadah itu tujuh kali. (HR. Muslim)

Bahaya Liur Anjing

Air liur anjing dari jenis apapun berbahaya bagi manusia. Persatuan Doktor Kesihatan Anak di Munich-Jerman, mengungkapkan bahawa air liur anjing mengandung berbagai kuman penyebab penyakit. Bakteria tersebut dapat masuk dan menyerang organ dalam manusia melalui sistem terbuka. Risiko penularan penyakit kian besar apabila terkena gigitan anjing. Siapa yang menjadikan anjing kecuali anjing penjaga ternak, atau anjing pemburu, atau anjing penjaga tanaman - nescaya berkuranglah satu qirath pahalanya setiap hari.

Bahaya anjing tidak hanya pada liurnya saja. Menurut peneliti dari Universiti Munich,menyatakan bahawa memelihara anjing meningkatkan riaiko kanser payudara. Peluang dan risiko mengidap kanser oleh kerana memelihara anjing jauh lebih besar dibanding memelihara peliharaan lain seperti kucing dan arnab. Sebanyak 79,7 % penderita kanser payudara ternyata sering bersama dengan anjing, di antaranya dengan memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4,4 % pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan.

Mengapa Harus Dibersihkan Dengan Tanah

Tanah, menurut ilmu kedoktoran modern diketahui mengandung dua materi yang dapat membunuh kuman-kuman, yakni: tetracycline dan tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa kuman. Eksperimen dan beberapa hipotesis menjelaskan bahawa tanah merupakan unsur yang efektif dalam membunuh kuman. Anda juga bakal terkejut ketika mengetahui tanah kuburan orang yang meninggal karena sakit aneh dan keras yang anda kira terdapat banyak kuman kerana penyakitnya itu,ternyata para peneliti tidak menemukan bekas apapun dari kuman penyakit tersebut di dalam kandungan tanahnya.

Menurut Muhammad Kamil Abd Al Shamad, tanah mengandung unsur yang cukup kuat menghilangkan bibit-bibit penyakit dan kuman-kuman. Hal ini berdasarkan bahawa molekul-molekul yang terkandung di dalam tanah menyatu dengan kuman-kuman tersebut, sehingga mempermudah dalam proses sterilisasi kuman secara keseluruhan.Ini sebagaimana tanah juga mengandung materi-materi yang dapat mensterilkan bibit-bibit kuman tersebut. Para dokter mengemukakan, kekuatan tanah dalam menghentikan reaksi air liur anjing dan virus-virus di dalamnya lebih besar karena perbedaan dalam daya tekan pada wilayah antara cairan (air liur anjing) dan tanah. Dr. Al Isma’lawi Al-Muhajir mengatakan anjing dapat menularkan virus tocks characins, virus ini dapat mengakibatkan kaburnya penglihatan dan kebutaan pada manusia.

Fakta Tentang Anjing Yang Tak Banyak Diketahui.

Dr. Ian Royt menemukan 180 sel telur ulat dalam satu gram bulunya, seperempat lainnya membawa 71 sel telur yang mengandung jentik-jentik kuman yang tumbuh berkembang, tiga di antaranya dapat matang yang cukup dengan menempelkannya pada kulit. Sel-sel telur ulat ini sangat lengket dengan panjang mencapai 1 mm. Data statistik di Amerika menunjukan bahawa terdapat 10 ribu orang yang terkena virus ulat tersebut, kebanyakan adalah kanak-kanak. Secara ilmiah, anjing dapat menularkan berbagai macam penyakit yang membahayakan karena ada ulat-ulat yang tumbuh berkembang biak dalam ususnya.

Para doktor menguatkan bahaya ulat ini dan racun air liur yang disebabkan oleh anjing. Biasanya penyakit ini berpindah pada manusia atau haiwan melalui air liur pembawa virus yang masuk pada bekas jilatannya atau pada luka yang terkena air liurnya. Ketika ulat-ulat ini sampai pada tubuh manusia, maka ia akan bersemayam di bahagian organ tubuh manusia iaitu paru-paru. Ulat yang bersemayam di paru-paru yang bertempat di hati dan beberapa organ tubuh bahagian dalam lainnya, mengakibatkan terbentuknya kantong yang penuh dengan cairan. Dari luar, kantong ini diliputi oleh dua lapisan dengan ukuran kantong sebesar bentuk kepala embrio. Penyakit tersebut berkembang dengan lambat. Ulat Echinococcosis dapat tumbuh berkembang di dalam kantong itu selama bertahun-tahun.

SUBHANALLAH….

Lebih dari 1400 tahun yang lalu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wassalam telah menyarankan untuk tidak bersentuhan dengan anjing dan air liurnya dan telah memerintahkan untuk membasuhnya (jika terkena) dengan tujuh kali siraman yang salah satunya menggunakan tanah. Penelitian Ir. Soekarno Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki menjelaskan bahwa kajian ilmuan membuktikan bahawa, air liur anjing mengandung mikrobakteria sehingga jika objek yang terkena air liur anjing dicuci dengan sabun maka tidak menjamin bersih dari mikrobakteria tersebut. Untuk mematikan kuman tersebut, harus dengan cara ditaburi tanah atau debu yang dicampur dengan air. Cara ini terbukti berkesan berdasarkan kajian dan uni kaji makmal yang di masa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam tidak ada.

Suatu ketika, bekas Presiden Repulik Indonesia, Soekarno,pernah mengatakan bahawa pada zaman sekarang kita tidak perlu lagi menyamak atau membasuh tujuh kali yang di antaranya dicampur dengan debu apabila terkena najis kelas berat. Cukup menggunakan sabun. Pendapatnya ditentang oleh para ulama Indonesia pada waktu itu. Para ulama tersebut meminta Presiden untuk melakukan eksperimen membuktikan mana yang lebih relevan penggunaan sabun atau dengan debu.

Maka dilakukanlah eksperimen dengan sampel dua benda yang telah dijilat oleh anjing. Satu di antara dicuci menggunakan sabun dan yang satu lagi dibersihkan dengan debu. Hasil dari pengamatan mikroskop didapati bahawa, benda yang dibasuh dengan menggunakan sabun masih terlihat kuman dari hasil jilatan anjing. Sebaliknya, benda yang dibersihkan dengan debu sangat bersih dan terbebas dari kuman.

Walallahualam ....

Sumber: Rakan fb Akula Roy Wailons

02 September 2014

MALAIKAT YANG MENGUNJUNGI ORANG SAKIT

Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.” Ujaran Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili.

Dalam hadist yang lain Rasulullah saw bersabda: Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya. Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba. Namun untuk malaikat ke 4, Allah swt tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba mukmin.

Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "‘Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?” Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut.” Dengan ini, maka kelak pesakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Wallahu a'lam bishawab

Dari : Oase Spiritual 2 Hikmah dalam Ujaran & Kisah (Disadur dari Kitab Klasik Al Mawa'izh al Ushfuriah)

Semoga kisah ini dapat memberi hikmah dan manfaat bagi kita semua... Aamiin.. Aamiin.. Ya Rabbal'alamin..

19 November 2013

Pokok Gharqad Penyelamat Yahudi????

Tembok Ghetto
Rasulullah ﷺ bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi:

“Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara ‘Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’ Kecuali Pokok Gharqad (diam tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.”

Di saat Dajal dan kaum Yahudi dihambat oleh Nabi Isa dan Imam Mahadi , bertempiaran Yahudi melarikan diri dari Syria kembali ke Israel kerana di Israel mereka telah lama membuat persiapan menanam pokok Gharqad dan membina tembok Ghetto. Kaum Yahudi tiada lagi tempat berlindung. Yahudi akan cuba berselindung di sebalik segala batuan dan pokok untuk menyelamatkan diri. Dengan izin Allah سبحانه وتعالى, pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang orang Yahudi yang berlindung di sebalik mereka. Hanya pokok Gharqad akan tetap berdiam diri dan bersekongkol dengan Yahudi serta tidak akan sama sekali memberitahu umat Islam jika orang-orang Yahudi bersembunyi di belakangnya. Lantaran itu kaum Yahudi lari lintang pukang ke Israel bersama Tuhan mereka Dajal yang sudah “ habis” kuasa sihirnya.

Yahudi kembali untuk disembelih beramai-ramai. Janji Allah pasti benar. Dulu kamu sembelih saudara kami umat Palestin. Kini giliran kamu dijadikan korban pedang-pedang tentera Al-Mahdi. Akhirnya bertemu buku dengan ruas. Bani Jawi mencincang Yahudi.

Dari hadis tersebut jugalah Rejim Zionis kini semakin giat merampas Tanah Negara Palestin dan sebahagiannya untuk ditanam dengan pokok Gharqad. Oleh itu, tidak hairanlah, projek menanam pokok ini dilakukan sejak 100 tahun yang lalu dan secara besar-besarannya bermula 1984 hingga sekarang. Yahudi percaya dengan hadis di atas, bahawa pohon gharqad akan melindungi mereka dari dikejar dan serangan pejuang Islam.

Di dalam laman web Jewish National Fund (JNF), terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana khas kebangsaan ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal. Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 250 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka menawan negara Palestin.

Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya.. Tembok dengan ketinggian 8 meter ini, dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini. Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta. Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel - Palestin ini?

"Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok" ( Surah al-Hasyr : 14)

Umat Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan orang-orang Yahudi. Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah, saat-saat kemusnahan Yahudi hampir tiba.

Bila waktu pesta penyembelihan mereka tiba, Dajjal dan Yahudi tiada pilihan melainkan melarikan diri dibelakang tembok tersebut. Kemudian mereka akan berserakan mencari pokok Ghardaqah bersembunyi penuh cemas. Sementara Dajjal lari kebandar Lodd dan dikejar oleh Nabi Isa a.s. , Imam Mahadi dan para pahlawan Islam menjalankan operasi “ search & destroy”. Tidak sukar mencari Yahudi. Dimana ada Ghardaqah disitu ada Yahudi. Mudah bukan? Tembok Ghetto pula menghalang Yahudi keluar dari kawasan operasi. Mereka membina tembok kuburan mereka sebenarnya.

02 November 2013

Tak Boleh Bantu Bangsa Sendiri Ke????

Apabila salah sebuah parti di negara ini menyebut sahaja dalam Islam asabiyyah tidak pernah wujud, maka selepas meloncat-loncatlah perkataan asabiyyah dari mulut masing-masing. Saya sendiri termangu dan lama juga saya nak fahamkan kenapa dalam Islam tidak ada asabiyyah. Rupanya apa yang disampaikan oleh parti tersebut tidak lengkap dan hadis yang dibacanya juga tidak habis dan penerangan yang disampaikan juga ada niat di sebaliknya.

Apa yang difahamkan dengan asabiyyah?. Asabiyah adalah semangat sayang, membantu, membela kepada bangsa dan puaknya walaupun bangsa atau puaknya itu melakukan kezaliman dan kejahatan. Contoh asabbiyah ini banyak berlaku di dunia kini termasuk dalam parti politik sendiri kerana terlalu taksub dengan parti atau seseorang itu.

Mari kita lihat beberapa hadis Rasulullah saw mengenai asabiyyah ini.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw: “Adakah termasuk perbuatan asabiyyah apabila seseorang itu mencintai bangsanya?” Rasulullah menjawab: “Tidak, tetapi asabiyyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman”. Hadis riwayat dari Abi Daud Bayrut; Dar al-Kitab al-Ilmiyyah. Hlm 451 hadis No. 5119 Riwayat Ahmad dan Ibn Majah.

Rasulullah saw juga menjelaskan kepada umat Islam tentang “sebaik-baik manusia” adalah yang menolong bangsanya untuk berjaya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam buku bertajuk Al Adab dari sahabat Syuraqah Bin Malik: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang membela kaumnya selama tidak terlibat dalam perkara dosa”. Makna yang sama dikuatkan lagi ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang hukum membantu kezaliman yang dilakukan oleh bangsa sendiri.

Imam Al Bukhari meriwayatkan dalam bukunya bertajuk Adabul Mufrad dengan tajuk “Cinta Seseorang Kepada Kaumnya” kisah berikut: Seorang wanita yang dipanggil Fusailah berkata: “Aku mendengar ayahku bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, apakah termasuk asabiyah apabila seseorang membela kezaliman yang dilakukan oleh kaumnya?” Rasulullah menjawab: “Ya”.

Berdasarkan riwayat Ubadah bin Kathir al-Shami, Abu Fasilah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : “Wahai Rasulullah, adakah termasuk ke dalam asabiyyah (yang dilarang) sifat seseorang lelaki yang sayang amat sangat kepada kaumnya?” Baginda menjawab : “Tidak, tetapi asabiyyah (yang dilarang) ialah engkau menolong kaum engkau dalam melakukan kezaliman (kepada orang lain atau kepada kaum lain)”. Hadis ini jelas menunjukkan kecintaan kepada bangsa adalah asabiyyah yang positif dan tidak termasuk dalam asabiyah yang dilarang dalam Islam.

Ramai juga yang berpendapat bahawa asabiyyah terbahagi kepada 2, iaitu asabiyyah negatif dan positif. Asabiyyah yang positif diterangkan oleh Mulla ‘Ali al-Qari dalam Mirqat al-Fawatih yakni wajib atas kamu mengikut yang hak tanpa melihat kepada mulazah al-hak; kerana itu maka kata Ali mengikut yang diriwayatkan oleh Darimi dan Ibn ‘Asakir daripada Jabir, marfu’, “Hendaklah menolong saudara anda baik ia zalim atau terkena zalim; kalau ia zalim maka tolak ia daripada perbuatan zalimnya, kalau ia terkena zalim maka tolonglah ia.”

Dalam hadits di atas menunjukkan para sahabat memahami bahawa menolong kaum sendiri merupakan sebuah tuntutan agama sehingga mereka terfikir apakah membela bangsa sendiri dalam perkara kezaliman juga dituntut oleh Islam. Tetapi mereka diingatkan oleh Rasulullah saw bahawa menolong dan membela bangsa atas sesuatu kezaliman merupakan perkara yang dilarang dan ia disebut sebagai asabiyyah.

Kerana menolong kaum sendiri dalam perkara kemaksiatan dan dosa adalah perbuatan haram, yang dimisalkan oleh Rasulullah dengan sebuah analogi yang cukup menarik: “Perumpamaan orang yang membela kaumnya atas kesalahan ialah seperti seekor unta yang terjun ke dalam sumur sedang ekornya ditarik keluar” Riwayat oleh Ahmad.

Hadis riwayat Abu Daud: Sabda Rasulullah s.a.w.: "Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada 'ASABIYYAH, dan bukan dari golongan kami orang yang berperang (berjuang) di atas dasar ASABIYYAH dan bukan dari golongan kami orang yang mati di atas 'ASABIYYAH."

Banyak lagi hadis-hadis yang mengkisahkan topik ini, apa yang utama pemahaman dengan hati yang terbuka. Lihat pula kepada apa yang berlaku dalam masyarakat kita, terutama umat Islam dalam beberapa parti politik. Pada saya mereka juga bersifat asabiyyah di mana menyokong kezaliman ke atas insan yang lain. Jadi sebelum menuduh lihatlah dahulu pada diri sendiri. Saya amat berharap agar semua orang melayu, orang islam bersatu padu tanpa mengira ideologi politik. Negara kita sedang diserang sama ada dari dalam maupun dari luar. Jangan menyesal apabila kita kehilangan sebuah negara nanti.

13 August 2013

Ciri-Ciri Imam Mahadi

Ramai muslimin yang tertanya-tanya bagaimana agaknya 'rupa' Imam Mahdi? Cerita mengenai imam ini saya dah dengar sejak saya kecil lagi, walaupun pada masa itu saya kurang faham, tetapi yang saya sangat yakin dan percaya sehingga kini ialah apabila imam ini berada di kalangan kita bermakna alam ini hampir sampai ke hujungnya.

Sebenarnya ketibaan Imam Mahdi telah pun diceritakan oleh Rasulullah saw melalui hadis baginda saw dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku, nama bapanya seperti nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kebajikan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud (9435) dan Turmizi.

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan hasil dan darinya bumi dipenuhi dengan kedurjanaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di Baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.

Wahai rakan-rakanku sekelian, sekarang ini pun penginayaan, kezaliman dan kekacauan terhadap ramai umat Islam sedang berlaku secara berleluasa di seluruh dunia, lihat sahaja apa yang berlaku di Pelastine sejak 60 tahun lepas, kini lihat sahaja apa yang dilakukan terhadap umat Islam di Mymar. Tidak urang juga yang terjadi di Syria.... adakah Imam Mahadi sudah berada di kalangan kita?. Bagaimana untuk kita mengenali baginda? bagaimana rupa, peribadi dan kepimpinannya. Apa yang pasti, imam ini adalah dari susur galur darah baginda Rasulallah saw. Oleh karena itu sebaik-baik tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah melalui hadis-hadis hasan dan saheh baginda Rasulullah saw.

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kekejaman, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun. (HR. Abu Dawud dan al-Hakim) ”

Rasulullah SAW juga bersabda:“ Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim) ”

TANDA-TANDA AL MAHDI

Antara Ciri-ciri Imam Al-Mahdi adalah beliau seorang yang gagap tetapi dia tidak pernah gagap ketika membaca Al Quran bahkan dia telah katam Al Quran seawal umur 5 tahun. Walaupun baginda gagap ketika menyampaikan khutbah namun baginda akan megetuk lututnya. Imam Mahdi juga seperti manusia akhir zaman maka hayatnya tidaklah panjang seperti Nabi Isa as.

Nabi SAW bersabda: “Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

Hadit berikut memberi gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting.

Pertama, perselisihan berpanjangan sesudah kematian seorang pemimpin.

Kedua, dibai’atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Ka’bah.

Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai’at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

Bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, maka Umat Islam di seluruh dunia mengetahui bahawa Imam Mahdi telah diutus oleh Allah ke muka bumi. Dan apabila ini telah menjadi maka kita mengikuti pesan Nabi saw seperti yang dihadiskan seperti berikut: “Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)

Riwayat lain mengisahkan bahawa terdapat beberapa tanda pada tubuh (wajah, badan, dan lain-lain) yang menjadi pertanda, iaitu Imam Mahdi memiliki wajah yang bercahaya, perawakan yang sejuk. Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa salah satu tanda yang ada pada tubuh Imam Mahdi adalah tahi lalat di pipinya.

Usia Imam Mahdi tidaklah panjang, selepas kematian baginda maka Nabi Isa as akan memimpin umat Islam yang masih terpelihara akhlaknya.

28 April 2013

Dialog Nabi Musa as Dengan Allah swt

Nabi Musa as pernah berdialog dengan Allah swt, dan walaupun Nabi Musa as bukan nabi kita tetapi baginda adalah antara nabi yang wajib kita tahu. Malahan ianya boleh dijadikan panduan/ amalan kepada kita untuk kembali ke asal kita. Cuba kita lihat apakah dialog tersebut:

Nabi Musa as: Oh Tuhan, ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir dan berdo'a kepada Engkau.

Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah hai Musa.

Nabi Musa as: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.

Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah, nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah.

Kata Hikmah :

1.   Kisah ini diambil dari hadis Rasulallah saw yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.

2.   Nilai Laa Ilaaha Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh penghuninya.

3.   Langit itu berpenghuni.

4.   Bumi itu tujuh lapis sebagaimana langit.

5.   Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illallaah.

19 April 2013

Kelebihan Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca keseluruhan al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."


Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Quran itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat- ayat al-Quran, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

02 January 2013

Matahari Terbit Di Sebelah Barat

Menurut Hadis Nabi saw. Rasullullah saw bersabda: "Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit di sebelah barat. Pada masa ini, Taubat sudah tiada "hadis Muslim. Menurut Syariah Muhammadiah: "Terbitnya matahari di sebelah Barat hanya akan berlaku sekali pada masa dan ketika itu, matahari terus berada di sebelah barat. Dan seterusnya, matahari akan kembali terbit di sebelah timur dan seterusnya pada hari yang berikut sehingga Allah menghendaki dan menetapkannya."

Inilah apa yang akan berlaku pada planet MARS. Bergerak dari timur ke barat. berhenti. bergerak ke barat dalam masa yang pendek. dan kemudian bergerak semula ke arah timur ke barat. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw pernah berkata : "Tidak berlaku dan tiba nya kemusnahan dunia (Kiamat) sehingga terbitnya matahari dari barat. Apabila tiba masanya ini, semua makhluk di dunia akan segera tersedar dan percaya akan kekuasaan Allah. Tetapi pada masa ini, semuanya sia-sia belaka. Tiada satu pun pintu taubat dibuka. Sesungguhnya pada masa dan tatkala ini, rugilah bagi mereka itu". Hadis Al-Bukhari, Muslim.

Matlamat utama, ingin saya menyeru pada rakan semua. Setiap planet di dunia akan mengalami fenomena yang sama. Tahun ini, planet Marikh akan berlaku matahari terbit di sebelah barat. Kita tak tahu, mungkin planet lain sudah pun mengalami fenomena ini, dan mungkin hanya bumi sahaja yang belum, kita tak tahu, hanya Allah yang tahu. Secara kebetulan, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia sudah pun memberi tanda awal, walaupun melalui hambanya yang bukan Islam. Tetapi bagi kita yang sudah beriman ini, sedarlah selagi ianya tidak terlambat. Kerana sekiranya berlaku, taubat sudah tidak diterima. Dunia ini hanya sementara. Bertaubatlah dari segala dosa yang kita lakukan. Berzikirlah, walaupun hanya pada sisa masa yang terluang kerana zikir itu juga penghapus dosa kita. Waallahu alam.

Berita dari NASA tentang Planet MARS yang kini dalam ujian dan kajian mereka. MERM (MARS Exploration Rover Mission) – “24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction. Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!! This might occurs soon and we are aware of it”.

30 December 2012

Pesanan Rasulallah saw Mengenai Qiamat

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (bukan arak) mereka meminumnya sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (hadis riwayat Ibnu Majjah)

Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (hadis riwayat Thabrani) daripada Abu Hurairah ra pula,Rasulullah saw bersabda: "tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (hadis riwayat Bukhari) Rasulullah saw bersabda: "sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah saw bersabda: "apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.  Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja;

2.  Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan;

3.  Zakat dijadikan hutang;

4.  Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan Syariat)

5.  Anak derhaka terhadap ibunya;

6.  Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya;

7.  Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya;

8.  Suara sudah ditinggikan di dalam masjid;

9.  Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka;

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya;

11. Arak sudah diminum secara berleluasa;

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki);

13. Para artis-artis disanjung-sanjung;

14. Muzik banyak dimainkan/ didendangkan; dan

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (hadis riwayat At-Tirmidzi)
Sudah tentu kawan-kawan mengakui bahawa hampir kesemua senarai di atas telah berlaku sekarang ini, silap-silap pelakunya adalah diri kita sendiri... astagfirullah. 

Oleh itu Wahai rakanku sekelian, (terutamanya saya menasihati diri sendiri).... Apa lagi yang ditunggu??!! Beringatlah!! Kembalilah kepada Allah....jangan lagi nak berdolak-dalih! Janganlah kalian sombong dan ego terhadap Allah!! Sedarlah akan diriku dan kalian semua!! Adakah kita ingin menunggu maut datang di hadapan kita baru hendak bertaubat?? Sampai bilakah kita hendak tunggu, nantii, dan bertangguh untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah kita tahu bila agaknya Allah memanggil kita semula?? Adakah kita boleh jamin bahawa kita akan hidup sehingga ke akhir hari ini?? Akhir kata sama-samalah kita menanamkan azam untuk menunaikanlah kewajipan kita sebagai muslim dan kalau boleh sebagai pendakwah.

Semoga Allah sentiasa bersama dengan kita dan memandu kita sentiasa berada di jalannya yang direda'i dan dirahmati. Ameen,

31 December 2011

Tanda Hati Sudah Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

* Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya;
* Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda;
* Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya;
* Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya;
* Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya;
* Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya;
* Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya;
* Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya;
* Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri; dan
* Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil ikhtibar darinya.

Pengajaran daripadanya:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
…dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu.”

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.”

Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati.”

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

Sumber: http://www.halaqah.net/

25 December 2011

DOA DARI HADIS SOHIH: KHUSUS ELAK DI ROGOL & CABUL

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَDALAM sebutan rumi: BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَDALAM SEBUTAN RUMI: ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam.. sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Dari : Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

17 December 2011

Pesanan Rasulallah SAW : Manusia akhir zaman

Daripada Anas رضي الله عنه , Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَايَكُوْنُ الْخُرْقُ فِى شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ، وَإِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ

"Kebodohan itu terdapat di dalam perbuatan tercela dan sesungguhnya Allah Maha Lembut dan senang terhadap sifat lemah lembut". Dari Tirmidzi dan Ibnu Majah.

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ؛ يُصَدَّقُ فِيْهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ

فِيْهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيْهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيْهَا اْلأَمِيْنُ

"Akan datang kepada manusia tahun-tahun (panjang) yang penuh dengan tipuan; pendusta dianggap jujur, orang yang jujur justru dianggap pendusta, pengkhianat dianggap amanah dan justru orang yang amanah dianggap pengkhianat". (Diriwayatkan oleh Ahmad no. 7852; dan Ibnu Majah no. 4036. Dan dishahihkan oleh al-Albani dlm Shahih Ibnu Majah).

15 December 2011

MUNTAKHOB HADITS 229: 379

Dari Abdullah bin Ghannam Al-Bayadhhi رضي الله عنه , Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَنْ قَالَ حِيْنَ يُصْبِحُ: اللّٰهُمَّ! مَا أَصْبَحَ بِىْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ، لَا شَرِيْكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ

وَلَكَ الشُّكْرُ، فَقدَ أَدَّى شُكْرَ يَوْمِهِ، وَمَنْ قَالَ مِشْلَ ذٰلِكَ حِيْنَ يُمْسِى فَقَدْ أَدَّى شُكْرَ لَيْلَتِِهِ

"Barangsiapa membaca ketika pagi,

اللّٰهُمَّ! مَا أَصْبَحَ بِىْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ، لَا شَرِيْكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ

maksudnya... "Ya Allah, segala nikmat yang ada padaku pada waktu pagi, adalah dari-Mu yang Maha Satu, tiada sekutu dengan-Mu, bagi-Mu segala pujian dan syukur" maka dia telah mensyukuri segala nikmat Allah pada hari itu. Dan barang siapa membacanya pada petang hari, maka dia telah mensyukuri nikmat Allah pada malam itu". - Riwayat: Abu Daud dan Nasa'i

11 December 2011

Pesanan Rasulullah SAW : Bersyukur

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda

مَنْ أَصْبَحَ وَهُوَ يَشْكُـو ضَيْـقَ الْمَعَـاشِ فَكَأَنَّمَـا يَشْكُـو رَبَّهُ وَمَنْ أَصْبَـحَ لأُمُورِ الدُّنْيَـا

حَزِينًا فَقَـدْ أَصْبَـحَ سَاخِطًا عَلـَى اللهِ وَمَنْ تَوَاضَـعَ لِغَنِىٍّ لِغَنـاهُ فَقَـدْ ذَهَبَ ثـُلُثـَا دِيْنِـهِ
"Siapa yang mengeluh kesah di waktu pagi kerana kesempitan kehidupannya maka seolah-olah ia keluh kesah terhadap Tuhannya dan sesiapa yang susah hati di waktu pagi kerana perkara-perkara dunia, maka di pagi itu ia marahkan terhadap Allah dan sesiapa yang bertawaduk (merendah diri) terhadap orang kaya kerana kekayaannya maka dua pertiga agamanya telah hilang". Dari Al-Thabarani

28 November 2011

Hadis : Al Quran Teman Dalam Kubur

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana Rasulallah SAW bersabda: 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'