Showing posts with label Serangga. Show all posts
Showing posts with label Serangga. Show all posts

18 May 2013

Petua: Bunuh Cicak

Cara Terbaik Menghapuskan Cicak Di Rumah ,adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba.. Antaranya

Makanan Cicak ialah serangga.

Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.

Jaga Kebersihan Rumah

Kalau nak hapuskan cicak, jaga kebersihan rumah supaya serangga dapat dikurangkan. Rumah yang bersih dan kemas tidak digemari serangga.

Cicak Tidak Suka Campuran Air Dan Lada Merah

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. Tapi ingat.. jauhi dari kanak-kanak.. bahaya..

Cicak tak suka dengan kulit telur ayam

Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung.

Cicak takut dengan kucing

Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Siapa yang bela pernah bela kucing tu mesti pernah nampak kucingnya menangkap cicak.. sampai mati kering cicak tu di buatnya.. tapi bagi cicak yang cerdik, ada juga yang meninggalkan ekornya sebelum melarikan dirinya ke tempat selamat. Jadi kucing tu hanya bermain dengan ekor cicak tersebut yang telah diputuskan..

22 April 2012

Tomcat - Hati-Hati

Sejak akhir-akhir ini kita sering terdengar cerita tentang sejenis serangga yang kalau terkena gigitannya akan mengakibatkan badan membengkak dan berair. Pada saya serangga ini mungkin serangga baru kerana selama ini saya tak pernah terjumpa serangga yang hampir berbentuk kal jengking berbelang hitam dan merah, tetapi berbentuk panjang. Nama serangga tersebut adalah Tomcat.

APA ITU serangga TOMCAT ?

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47,000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Apabila digigit, serangga ini akan mengeluarkan cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan kumbang 
(kecuali sayap). Cecair ini mengandungi toksin yang paling berbisa di dunia walaupun dengan hanya sentuhan kepada serangga tersebut. Toksin ini dikenali sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) dan ianya ditemui pada tahun 1953. Racun ini 12 kali lebih kuat daripada bisa (venom) ular tedung. Walaupun kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun ianya masih tetap beracun. 

Sekiranya kawan-kawan mengetahui di kawasan anda dijangkiti oleh serangga ini apakah yang perlu dilakukan: 

1.   Kurangkan penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, kerana kumbang rove amat tertarik kepada cahaya; 

2.   Gunakan aerosol anti serangga dan perangkap berpelekat; dan 

3.   Menggunakan kelambu nyamuk yang halus sewaktu tidur.
Sekiranya anda terjumpa serangga tersebut, elakkan:

1.   Duduk berdekatan dengan cahaya; 

2.   Jika dihinggapi kumbang rove, jangan sekali-kali menepuk serangga tersebut seperti nyamuk, sebaiknya hembus atau tiup supaya serangga tersebut lari dari tubuh kita; 

3.   Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air bersih yang banyak.Jika digigit oleh serangga ini bekas gigitan akan menjadi seperti ruam-ruam merah dan ditengahnya bernanah dengan mencapai ukuran diameter 2cm. Ruam bernanah akan terus membesar jika tidak di ubati. Kita juga mungkin  boleh menyapukan krim yang mengandungi hydrocortisone 1% atau betametasone + antibiotik neomycin sulfat secara 3 kali sehari.

Kepada kawan-kawan tolong baca dulu dan sampaikan kepada ahli keluarga yang lain terutamanya yang berbendang atau anak-anak yang gemar bermain di padang. Perhatikan tubuh anak-anak dan cepat mengambil tindakan jika ada tanda-tanda gigitan tomcat.