Showing posts with label Qunut Nazilah. Show all posts
Showing posts with label Qunut Nazilah. Show all posts

18 July 2014

Maknanya Doa Qunut Nazilah

Sekarang ni saudara-saudara kita di banyak negara sedang dianiaya, diserang dan diseksa oleh manusia-manusia yang kejam, zalim dan tidak bertamadun. Apa yang mampu kita lakukan dan tanpa dikenakan bayaran adalah membisikkan doa qunut nazilah ini dengan hati yang penuh insaf dan mohon Allah mempercepatkan hukuman kepada mereka tersebut. Jika kita tak faham dalam bahasa Aran makanya bacalah maknanya di bawah:

Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Cengkamkan anjing-anjing Mu kepada mereka

Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas

Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab

Kalahkan mereka..!! Kalahkan mereka..!! Kalahkan mereka..!!
Dan kurniakan kemenangan untuk kami.

Whai saudara-saudaraku mohon diteruskan berdoa untuk saudara seislam kita di seluruh dunia ... dan percayalah bahawa kemenangan akan berpuhak kepada kita sekiranya kita ikhlas dan menyerah diri kepada Allah swt. Mohon agar kita bersama akan menjadi para mujahideen.

Hasbunallah wani'mal wakiill La Hawla Wa La Quwwata illa Billah

17 August 2013

Doa Qunut Nazilah - Senjata Umat Islam

Doa Qunut Nazilah merupakan doa yang dibaca ketika umat Islam ditimpa ancaman, bencana, penganiayaan dan penindasan yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah dan Islam.

Kini ramai umat Islam yang dianiaya seperti di Mesir, Pelastine, Syria, Myanmar, Thailand dan Filipina.

Nu’man bin Bashir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Kamu akan melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bahagian tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan menjadi lemah dan merasa sakit “ (Misykat: 422)

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).” (ibid)

Diriwayatkan dalam seperti di dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

1. Mazhab Hanafiah: Tidak disyariatkan bacaan qunut pada Solat Fajar dan solat lima waktu, melainkan pada solat witir.

2. Mazhab Hanabilah (hambali): Bacaan doa qunut nazilah pada Solat Fajar sahaja.

3. Mazhab Syafie, Maliki dan sebahagian ulama’ lain: Disunatkan membaca qunut nazilah pada solat lima waktu dan juga pada solat subuh.

Doa Qunut Nazilah ini juga boleh dibaca pada rakaat terakhir Solat Witir bermula 15 Ramadhan.

Dikisahkan Amir bin Malik, ketua Bani Sulaym meminta bantuan kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah SAW menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat yang mereka terdiri dari para Quraa (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaym kemudian menawan para sahabat di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’una dan kemudian membunuh mereka.

Jibril AS memberitahu peristiwa ini kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan mesej terkini dari para Quraaa tersebut, “Khabarkan kepada orang-orang bahawa kami telah berjumpa Tuhan kami. Dia (Allah) redha kepada kami dan kami redha kepada-Nya”. Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah SAW mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan “mengutuk” Bani Sulaym. (Bukhari 2:586)

Berdasarkan riwaayat-riwayat di atas, para Fuqaha telah menggariskan bahawa apabila ummt ini dalam krisis mereka harus mengikuti Sunnah untuk mengamalkan Qunut Nazila dan berdoa untuk Ummat.

Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan tiap batanya).” (ibid)

Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita di mana saja berada, khususnya yang sedang berhadapan dengan ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.

Di bawah adalah Doa Qunut Nazilah dalam rumi (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab):

Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina wa nauzubillahi min syuruurihim, Allahumma badid syamlahum, wa farriq jam’ahum, wa syattits kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallidt alaihim kalban min kilabik Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab, wa Ya mujriassahaab, wa Ya hazimal Ahzab ihzimhum, wansurna alaihim. Ameen.

Ertinya:

"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin untuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,

Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa. Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"

Ingatlah bahawa senjata orang mukmin itu adalah DOA yang sememangnya lebih tajam daripada mata pedang.

Wallahualam

03 April 2013

Video: Doa Qunut Nazilah

Wahai semua muslim, lihatlah sekeliling anda terutamanya di beberapa buah negara yang sedang bergejolak di mana rakyat muslim yang menjadi mangsa seperti di Mynmar dan Plastine. Apa yang kita boleh buat? apa yang kita boleh bantu? Memang tak sanggup kita melihat mereka dianiaya, dizalimi, disembelih, dibakar, dibom dan pelbagai seksaan mereka terima. Kita jauh dari ereka untuk membantu, jadi hanya doa sahaja yang boleh kita panjatkan ke hadrat Illahi supaya mereka ini dibantu oleh Allah swt. Supaya Allah menghantar malaikat-malaikatnya untuk melindungi saudara-saudara kita ini, atau Allah menghantar ssuatu/ seseorang bagi membantu mereka yang teraniaya itu.

Apa kata kita panjatkan doa qunut nazilah ini setiap pagi dan petang supaya saudara-saudara kita dimenangkan perjuangan mereka dan menhancurkan musuh-musuh itu dengan apa cara sekali pun. Bukankah kita yakin bahawa doa ini adalah senjata umat Islam yang paling ampuh. Jom jangan berlengah lagi...