Showing posts with label Iblis. Show all posts
Showing posts with label Iblis. Show all posts

22 June 2013

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS

Bukan pokok ini
Kebiasanya suami isteri yang memahami perasan dan keadaan akan hidup tenteram, namun begitu ragam kehidupan tidak pernah tidak dipukul badai. Meskipun sesebuah keluarga itu hidup dalam keadaan yang melarat, ada kalanya kehidupan mereka lebih bahagia sekiranya rumah tangga itu didirikan atas dasar ketaatan kepada perintah Allah swt. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan mengerjakan ibadah mereka dengan tekun sekali.

Ini ada sebuah kisah keluarga yang boleh dijadikan tauladan. Si Suami adalah seorang yang alim bertakwa dan bertawakal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Sang isteri memaksa suaminya agar mencari jalan keluar dari kehidupan yang melarat ini. Sang isteri membayangkan alangkah bahagianya hidup mereka jika segala-galanya serba cukup.

Akhirnya Sang suami, iaitu lelaki alim itu pun berangkatlah ke ibu kota dengan tujuan untuk mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan dia melihat sebatang pohon besar yang sedang dikerumuni oleh orang ramai. Dia mendekati kumpulan orang tersebut, ternyata kumpulan manusia itu sedang memuja pohon yang kononnya keramat dan sakti. Ramai juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang memohon dari pohon itu agar suami mereka setia atau dagangan mereka laris.

"Ini syirik," fikir lelaki alim tadi. "Ini harus dibanteras habis-habisan. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain daripada Allah." Maka pulanglah dia ke rumah dalam keadaan terburu-buru. Isterinya merasa hairan mengapa pula suaminya pulang secepat itu. Lebih menghairankan adalah apabila dia melihat suaminya mengambil sebilah kapak yang tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya namun lelaki itu tidak menjawab. Dengan segera lelaki itu menunggangi keldainya dan dipacunya cepat mungkin ke pohon tersebut. Malangnya sebelum dia sampai di pohon itu, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam, itulah iblis yang menyerupai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis. Orang alim menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah oleh manusia syirik. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang pohon itu." Iblis menambah "Kamu tiada apa-apa hubungan dengan pohon itu, yang penting kamu tidak terikut-ikut dengan perbuatan syirik seperti mereka. Sudah pulanglah sahaja." Maka jawab lelaki alim dengan tegas: "Tidak boleh, kemungkaran mesti di banteras."

"Berhenti, jangan kamu teruskan!" bentak iblis dengan nada marah. Lelaki alim tidak mengendahkannya dengan berkata: "Saya akan teruskan juga!"

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau dilihat pada perbezaan saiz badan mereka, sudah tentu orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan oleh si iblis. Namun ternyata iblis akhirnya menyerah kalah dan memohon ampun. Kemudian dengan berdiri serta menahan kesakitan dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya tadi, saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah tuan ke rumah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila tuan selesai menunaikan solat Subuh, saya sediakan wang emas 4 dinar di bawah sejadah tuan. Pulanglah dan jangan diteruskan niat tuan itu".

Mendengar janji iblis mengenai wang emas 4 dinar itu, maka hancur berkecailah ketegasan si alim tadi. Di saat ini dia teringatkan akan isterinya yang sering merungut ketidakcukupan hidup. Jika setiap pagi dia memperoleh 4 dinar, maka dalam sebulan dia boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia tanpa mengambil tindakan untuk menumbangkan pohon tadi, dan hasratnya untuk membanteras kemungkaran lenyap begitu sahaja.

Keesokkan harinya setelah si alim selesai solat Subuh, maka diangkatnya sejadahnya di situ tergolek 4 dinar wang emas. Dia melompat keriangan, kegembiraan ini juga dikongsi bersama dengan isterinya. Begitulah yang berlaku seterusnya sehinggalah pada hari keempat dia mulai merasa kecewa kerana di bawah sejadahnya sudah tiada apa-apa kecuali tikar pandan yang buruk dan usang. Isterinya mulai marah-marah kerana wang yang diperoleh sebelum ini sudah kehabisan. Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal mendapat 8 dinar sekaligus."

Keesokkan harinya, dengan rasa bimbang dan cemas mereka mengangkat sejadah selepas solat Subuh, malangnya tiada wang emas yang ditunggu itu. Dengan perasaan marah si isteri membentak: "Kurang ajar. Penipu, awak pergilah tebang pohon itu". "Ya, memang dia telah menipu aku, aku akan menebang pohon itu sehingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si suami juga dalam keadaan marah.

Maka segera dia mengeluarkan keldainya sambil membawa kapak yang tajam, dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang disembah manusia ramai. Di tengah jalan si iblis yang berbadan tinggi besar tersebut menghalangnya sekali lagi. Katanya dengan suara yang kesat dan marah, "Mahu ke mana kamu?" maka jawab si alim dengan gagah berani: "Aku mahu menebang pohon itu". Iblis menahannya dan berkata: "Berhenti, jangan kau lanjutkan."

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang kalah dan terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya dengan penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan aku, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah. Demi Allah, andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku tetap tidak akan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Pulanglah saja, jika tidak akan aku patahkan batang lehermu".

Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa sangat bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allahi. Dengan terhuyung-hayang dia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat untuk menebang pohon itu. Dia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan dan bukan kerana Allah, dan dia sedar bahawa perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari sia-sia yang berterusan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Ini bererti dia telah menyalahgunakan agamanya untuk kepentingan hawa nafsu kehidupan dia.

"Barang siapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."

Hadis Riwayat Muslim

P/S - Apakah tauladan yang kita boleh peroleh dari cerita ini dan adakah pasti kita tidak pernah mendahulukan dunia atau bisikan iblis? Jawablah sendiri dengan muhasabah diri.....

18 June 2013

Mengapa Jibrail dan Mikail Menangis

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali ada menyebutkan sesungguhnya bahawa iblis itu mempunyai beberapa nama. Namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al- Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ke tujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah adalah iblis.

Iblis terlupa akan diri sendiri (sombong dan berbangga diri) dan akibat daripada itu. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."

Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."

Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud,"Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan- perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

17 July 2012

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama dengan Rasulullah saw di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."

Rasulullah saw bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab ra berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya: "Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas ra berkata: "Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.."

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah saw lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

Kata Iblis: "Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata: "Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin." Katanya lagi "Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah saw lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

"Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti melarikan diri. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

"Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selalu berzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."
"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam-diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"


"Solat fajar (subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menyampuk:" Tidak, tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70,000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70,000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak-anak muda, sebahagian untuk menganggu orang-orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita-wanita tua, sebahagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya. Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak-anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta.
Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya ke mukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu', Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul. Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.' Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

 10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

Rasulallah saw bertanya kepada Iblis, "Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

Jawab Iblis, "10 macam"

Tanya Rasulallah saw lagi "Apa dia?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, "Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikkan dan menggoda." Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat: "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119) Juga membaca, "Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata: "Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

 Artikel Berkaitan: Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H


Saya pemilik blog ini, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis artikel ini, kerana kesudiannya untuk berkongsi kisah yang penarik ini dengan semua saudara mara dan sahabat-sahabat saya.

Sesungguhnya kisah ini patut menjadi ikhtibar kepada kita...

20 May 2012

Godaan dan Tingkahlaku Syaitan Terhadap Manusia

Seperti yang saya katakan dalam entri yang lepas, syaitan adalah pengikut setia kepada iblis dan sebelum dia menderhaka kepad Alla adalah Azazel. Akibat engkar kepada arahan Allah dia dilaknati dan semenjak itu da bersumpah kepada Allah bahawa dia akan mengoda dan memastikan keturunan Adam bersama-sama dengannya di dalam neraka nanti.

Namum begitu Allah maha pengasih di mana Dia menyediakan perisai kepada kita bagi menangkis godaan iblis an syaitan tersebut. Malangnya ada yang terlupa. Perisainya adalah ucapan istigfar (mohon keampunan dari Allah). Walaupun beristigraf merupakan perbuatan yang sangat mudah untuk dilakukan, tetapi ada ketika kita lalai untuk mengucapkannya. Lebih malang lagi apabila lafaz istighfar tidak pernah meniti bibir seseorang muslim.

Seperti penjelassan Ulama salaf Ibnu Jauzi, "Sesungguhnya Iblis berkata, aku membinasakan anak Adam dengan dosa-dosa. Mereka membinasakan ku dengan istighfar dan dengan kalimah laillaha illahallah".


Kata syaitan "ketika aku melihat di antara mereka seperti itu, aku pun menyelusup pada diri mereka hawa nafsu. Sehingga mereka berdosa dan tidak memohon ampun kerana menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya."

Justeru, seorang lagi ulama salaf, Rabi' bin Khutsaim berkata, "memohonlah dengan bersungguh-sungguhnya kepada Rabb (Tuhan) kamu, dan berdoalah kepada-Nya di saat lapang. Sebab Allah berfirman bermaksud "Barang siapa berdoa kepada Ku di saat lapang, Aku akan mengabulkan doanya di saat sempit. Barang siapa meminta kepada Ku maka Aku akan memberinya, barang siapa tawaduk (merendah diri) kepada Ku, Aku akan mengangkatnya. Barang siapa mengabdikan dirinya untuk Ku, Aku akan merahmatinya. Dan barang siapa yang memohon keampunan kepada Ku, Aku akan mengampuninya."
Oleh itu bagi mengatasi godaan syaitan ini Imam Ghazali telah menukilkan di dalam kitab (Wasiat Imam Ghazali m/s:129.): Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.
Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.

Berzikir dengan lisan dan hati.

قال رسول صلى الله عليه وسلم

إن ذكر الله تعالى فى جنب الشيطان كألآكلة فى جنب ابن آدم

”Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.

Cara-cara yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

Mancung/ Paruh Syaitan membuatkan manusia lupa kepad sabda Nabi Muhammad Rasullullah saw:"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya di atas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya" (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Syaitan menangis. Sabda Muhammad Rasullullah saw: "Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah, lalu ia sujud, nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap: "Ah...Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka" (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Majah)

Syaitan kencing. Dari Ibnu Masud dia berkata: Diceritakan (Allah) kepada Nabi Muhammad saw tentang seorang lelaki yang tidur hingga Subuh (waktu Fajar Pagi), sabda Baginda: "Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

Syaitan Tertawa (ketawa). Nabi saw bersabda bermaksud:
"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat, maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...", kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya." (Hadis Riwayat Bukhari).


Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut. "Dari Atha bin Yasr dia berkata: Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah saw dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah saw memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya membereskan (meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu mengerjakannya, kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda: "Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."(Hadis Riwayat Malik)

Syaitan menyilangkan (mematah-matahkan) jari tangan: Nabi Muhammad saw bersabda: Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid, maka janganlah sesekali menyilangkan (mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya." (Hadis Riwayat Ahmad).

Syaitan masuk dalam aliran darah manusia: Sabda Rasullullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)

Syaitan takut orang yang solat berjemaah: Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: "Jika ada tiga orang di desa atau di gunung yang tidak menunaikan solat berjamaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan" (Hadis Riwayat Abu Daud).

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah (mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat). Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras (mengalir-ngalir) dari kemaluannya (darah istihadhah), lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar. Rasullullah bersabda: "Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."(Hadis Riwayat Ahmad, Abi Daud dan Tirmidzi)

Maalah ini perlu dirawati dari terus menerus kerana ia boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan. Kaedah perawatan moden atau Islam yang diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.

Syaitan menghadang di saf solat. Sabda Rasullullah saw: "Apabila salah seorang kamu solat (sembahyang dengan memakai batas (penghadang), lalu ada orang yang melintas di hadapannya (dalam kawasan solat, di bawah penghadang) maka hendaklah ia menghalanginya. Tetapi jika orang itu enggan (dalam keadaan curiga, melintasi dengan sengaja berulang kali) maka boleh orang itu diperangi (usir atau dibunuh), kerana dia itu tidak lain adalah syaitan". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan: "Ketika Nabi SAW akan melakukan solat, lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya. Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya (syaitan itu) lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya di atas tangan Nabi." (Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

Syaitan kentut: "Apabila diseru untuk melakukan solat (laungan azan), maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan, maka selesai azan ia kembali lagi. Dan apabila akan berdiri solat (laungan iqamah), ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah, ia datang kembali" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan).

Syaitan menyelit di saf solat yang renggang: Sabda Muhammad Rasullullah: "Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu (dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana sesungguhnya syaitan masuk (menyelitkan diri) pada celah-celahmu, bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya." (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

Syaitan menghalangi khusyuk solat (menyempurnakan sembahyangnya). "Dari Aisyah berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat (melihat-lihat ke mana-mana arah tanpa perlu) maka sabda Nabi Muhammad SAW: "Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya (Allah)" (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, An-Nasai dan Abu Daud) (Hadis Sahih)

Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud: "Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya, lalu syaitan mengingatkan kepadanya, keperluan begini dan begitu. Maka janganlah ia menurutinya. Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya, maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya, maka janganlah diikutinya (mempercayainya)". (Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Syaitan membuat mimpi buruk: Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai (mimpi buruk), maka hendaklan ia meludah ke sebelah kiri tiga kali dan hendaklah membaca:



A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".

Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya". (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah).

Syaitan mencelak mata. Syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

Syaitan mengincu bibir. Syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

Syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam, di samping membuat kacau dan kekalutan.

Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar. Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.

Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah. Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sengsara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan, Allah akan memberikan penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja. Syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.

Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman di samping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya. Syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan bagi syaitan. Pengubatan Islam sahaja yang mampu menghalau perkara tersebut dari terus membahayakan manusia.

Syaitan cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di langit. Allah akan melontarkan api-api di langit (asteroid, meteor atau meteorid) kepada syaitan. Dalam kejadian itu, dengan izin Allah ada juga syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan Allah di langit. Demikian dari situlah munculnya golongan sihir (golongan manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan kolot) yang cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongan sihir membuat penipuan dan kejahatan di dalam bumi ini.

Syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut @ Azrael Angel @ Malaikat Izrail atas arahan Allah, pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini. Syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka. Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Allah serta batu-batuan.

Firman Allah SWT yang bermaksud dalam 
Surah An-Nas: Ayat 1-6 yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia."

17 May 2012

Syaitan dan Anak-Anaknya

Beginikah rupa bapa syaitan
Syaitan atau pun Setan, (dalam tulisan Arab: شيطان) adalah nama kepada makhluk yang dijadikan Allah SAW untuk menduga dan menyesatkan manusia. Makhluk ini  seperti yang dipercayai oleh penganut agama Islam, Kristian dan Yahudi pada asalnya adalah daripada golongan hamba Allah yang sangat beriman, taat, patuh, pintar serta kuat beribadah, 


Ketua kepada golongan ini adalah Azazel. Sebaik sahaja golongan ini mengingkari perintah Allah, mereka dipanggil sebagai syaitan atau Iblis laknatullah (devil of lucifer). Di dalam kitab-kitab yang dipercayai oleh umat Islam, Allah mencipta syaitan daripada api. Mereka juga adalah akar keturunan  golongan Jin. 


Selepas Nabi Adam as dijadikan, Allah memerintahkan kepada semua malaikat termasuk Azazel untuk memberi penghormatan dengan sujud kepada Adam. Semua malaikat memberikan hormatnya kepada Nabi Adam as, tetapi Azazel ingkar, kerana keingkaran untuk sujud kepada Nabi Adam maka Azazel telah dikeluarkan daripada syurga. Allah bertanya kepada Iblis: "Apakah yang menghalang kamu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tanganKu?" Iblis menjawab: "Aku adalah lebih mulia dari Adam. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakan dia dari tanah" kata-kata ini menunjukkan bahawa Iblis bersikap sombong dan bongkak dengan kejadiannya yang disangkanya lebih tinggi daripada Adam as. 


Akibat terkeluarnya Iblis daripada syurga, dia telah memohon kepada Allah untuk membenarkan dia hidup lama sehingga hari akhirat. Iblis juga berjanji dan berkata kepada Allah bahawa dia dan pengikutnya akan merosakkan Nabi Adam as dan seluruh keturunannya. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintahNya, tidak akan dapat dirosakkan oleh Iblis, tetapi manusia yang mengikuti Iblis akan turut dibinasakan dan diseksa di dalam api neraka bersama-sama dengan Iblis dan kuncu-kuncunya. Akhirnya syaitan dapat juga menyebabkan Nabi Adam as dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga. Maka bermulalah usaha Iblis dan tentera-tenteranya menghasut anak cucu Adam as sehingga kini. Syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan keturunan kepada iblis laknatullah. 


Berbagai-bagai pendapat mengenai syaitan dan anak keturunannya. Mengikut Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak, ada pula yang mengatakan syaitan mempunyai 7 ekor anak. Manakala Saidina Umar al-Khattab ra pula berkata bahawa terdapat 9 jenis anak syaitan di mana masing-masing mempunyai tugas jahat yang berbeza-beza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. Anak-anak syaitan tersebut adalah: 


1. Zalituun/ Zaknabur. Syaitan ini duduk di pasar/ kedai, tugasnya adalah:
a.   untuk memastikan ekonomi dunia dan perniagaan tergugat. 
b.   menghasut manusia sehingga hilang sifat jimat cermat dengan menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 
c.   menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan, kecurangan dan penipuan dalam muamalah (perhubungan).
d.   Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan. 
e.   mengajak manusia dalam melakukan riba (bunga atau faedah dalam perniagaan).


2.   Wathiin. Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3.   A’awan/ 
A'war. Tugasnya:
a.   Menghasut sultan/ raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat dengan menimbulkan keseronokan dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
b.   menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.
c.   menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobarkan nafsu.

4.   Haffaf.
a.   Berkawan baik dengan kaki botol. 

b.   Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras).c.   tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan. 
d.   Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, 
e.   membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina, bunuh diri, menghisap dadah, minum arak, berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.  

5.   Murrah. 
a.   Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. 
b.   Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud/ 
Miswath. Duduk di bibir mulut manusia supaya:
a.   melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut. 
b.   menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar agar manusia itu akan kucar-kacir hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.

7.   Daasim/ 
Dasim. Duduk di pintu rumah kita dan tugasnya adalah:
a.  Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).  
b.   menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah, dan permusuhan.
c.   selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.

8.   Walahaan/ 
Walhan/ Khanzab.
a.   Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain. 
b.   Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk (bersuci sebelum melakukan sembahyang) menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.
c.   Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.
d.   Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat, menggangu umat Islam dalam melakukan solat (sembahyang).
e.   serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.
f.    menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.

9.   Lakhuus
a.   Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/ matahari
Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan. Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut (perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah) dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian. 

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

12 January 2011

Pagar Diri Dari Sihir Dan Ilmu Hitam

Saya dapati email ini perlu dikongsi bersama, jadi elok berkongsi dengan kawan-kawan semua.

Di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang Muslim yang mempunyai wuduk. Setiap Muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hamba Mu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda: Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermurahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindak balas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun sabda: ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang Muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: "Ya Allah, aku memohon kepada Mu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteri ku ini ke atas ku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barang siapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Wallahualam....

11 January 2011

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubat mu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? "Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Saya tak ingat dari mana saya dapatkan artikel ini, walau bagaimanapun membacanya menambah ilmu kita. Walallahualam

18 August 2010

Tak Percaya Ke?

Hari ini (18 Ogos 2010) adalah hari ke16 saya bertugas di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM), Wangsa Maju. Di opis, sahabat-sahabat saya mencetuskan cerita tentang benda-benda ghaib yang ada di hospital ini. Saya sedia maklum bahawa bumi Allah ini bukan sahaja didiami oleh manusia, sebaliknya juga didiami oleh makhluk Allah yang lain seperti haiwan, iblis beserta anak pinaknya syaitan dan juga jin. Iblis, syaitan dan Jin dijadikan oleh Allah dari api dan berjisim halus, manakala manusia dijadikan daripada tanah dan dalam bentuk kasar yang boleh dilihat dan disentuh.

Selaras dengan ajaran Islam yang murni ini, saya memang percaya adanya makhluk lagi selain dari manusia yang dijadikan oleh Allah Taalah. Dalam Al'Quran jelas penerangan dan banyak kali pula Allah menyebut tentang malaikat, iblis dan syaitan dan jin. Makhluk yang suka mengacau dan mengganggu manusia biasanya terdiri daripada jin, manakala iblis dan syaitan adalah makhluk menggoda manusia untuk jauh dari ajaran agama Islam. Walaupun dari satu sudut seperti jin ini mempunyai kelebihan tertentu (seperti boleh ke sesuatu tempat dengan terbang dan boleh melihat manusia tanpa manusia dapat melihat mereka dengan mata kasar). Tapi Allah sendiri telah menjelaskan bahawa kejadian manusia adalah kejadian yang paling elok sekali. Dengan janji Allah ini, mengapa manusia perlu merasa takut dan bimbang kepada makhluk-makhluk seperti iblis, syaitan dan jin.

Namun begitu manusia perlu tahu bagaimana untuk menepis rayuan dan ancaman dari makhluk-makhluk ini. Dalam sejarah perkembangan Islam yang dibawa oleh kesemua Nabi dan Rasul, ada panduan-panduan yang menunjukkan bagaimana mereka berhadapan dengan makhluk ini. Kita kena bina perisai yang kuat dan kukuh, jangan biarkan makhluk-makhluk tersebut dapat menguasai kita. Sesungguhnya sekiranya kita sangat yakin dengan janji Allah bahawa kita lebih sempurna, maka makhluk lain akan segan dan takut kepada kita. Yang sebenarnya mereka juga takut kepada kita. Dia takut dan kita juga takut - siapa yang lebih berani secara langsung dapat menguasai lawannya. jangan biarkan kita kalah - kalau bertemu dengan mereka katakan kepada mereka "kamu tak malu ke dengan kejadian kamu yang hodoh dan hina" pasti dia cabut lari. Walallahualam.