Showing posts with label Bahtera Nabi Nuh. Show all posts
Showing posts with label Bahtera Nabi Nuh. Show all posts

29 October 2012

13 Rekod Dunia Dipegang Bahtera Nabi Nuh A.S.

1.   Nabi Nuh as merupakan nahkoda tertua di dunia (berusia 600 tahun) Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika baginda berumur 480 tahun. Tempoh masa kenabiannya adalah 120 tahun dan baginda berdakwah selama 5 abad. Baginda mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika dengan mukjizat yang dikurniakan Allah, Nabi Isa as menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab bahawa dia meninggal dunia pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir besar. Ia berkata lagi bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1,200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan (tingkat).

3.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia. Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu. Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat), Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1,200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut. Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di atas Bukit Judi. Ada pendapat lain yang menunjukkan bahawa bahtera Nabi Nuh mendarat di atas sebuah gunung di wilayah Kurdi atau lebih tepat di bahagian selatan Armenia. Manakala ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, menyatakan bahawa bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang disebut oleh orang-orang Arab sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia, Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas. Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9.   Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut. Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia.
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pergunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) di sebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia. Nabi Nuh memiliki 4 orang anak laki-laki iaitu Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga-tiga anaknya, dan ketiga-ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung. Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7,546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi di atasnya.

13.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia. Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

Sumber: http://www.lamankongsi.com

26 October 2012

Teknologi Bahtera Nuh as

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYLneXRtu_Nvt5SbSvlpavUEFE0ugQo8e1WKsv9QdDP3kbXSDrxrMmQYK7SOFCruiLl8r3kMHVz9zvLoqMp5cinbvj-UoGOvhNi2sW7SVve7DFkTbWNjWCWbf7AvnGREmJVKL04zJhyQc/s1600/Kapal_Nuh_Bersan_48e19a5ef0a16_ll.jpg.jpg 
Banjir besar dunia (Bencana Nuh), berdasarkan penemuan-penemuan geologi dianggarkan terjadi sekitar tahun 11.000 SM atau 13.000 tahun yang lalu.

Bencana Nuh ini juga melanda Nusantara. Hal ini boleh kita buktikan dengan penemuan ikan spesifik yang bernama ikan belido, di 2 buah pulau yang berbeza, iaitu Sumatera (sungai musi) dan Kalimantan (sungai kapuas).

Dikatakan Pulau Sumatera dan Kalimantan dahulunya adalah dataran yang bersatu, di mana sungai musi dan sungai kapuas merupakan anak sungai dari sebuah sungai yang pada masa ini berada di dasar laut Selat Malaka. (sumber: Banjir di Zaman Nabi Nuh dan Forum Diskusi Banjir Nuh).

Berdasarkan ilmu Geografi, Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Jazirah Malaka dipisahkan oleh laut yang cetek. Dikatakan juga sebelum terjadi bencana Nuh, pulau-pulau itu berada dalam satu daratan yang disebut sebagai Pentas Sunda (Sunda Plat).

Beberapa ilmuwan di antaranya Profesor Aryso Santos dari Brasil, berpendapat bahawa Pentas Sunda ini dahulunya merupakan benua Atlantis, seperti disebut-sebut oleh Plato di dalam bukunya Timeus dan Critias.

Peradaban Tinggi Masa Lalu

Berdasarkan kepada penemuan naskah kuno di dalam Piramid Besar Cheops, yang mengatakan piramid dibina ‘pada waktu gugusan bintang Lyra berada di rasi Cancer’. Menurut sejarawan, Abu Said El Balchi, peristiwa tersebut terjadi di sekitar 73.300 tahun yang lalu.

Kemajuan teknologi di masa lalu juga boleh dilihat dari kecanggihan kapal yang dibina oleh Nabi Nuh as bersama pengikutnya di sekitar 11.000 SM (13.000 tahun yang lalu).

Cuba kita fikirkan kenyataan di bawah:

1.   Kapal ini boleh memuatkan ribuan bahkan mungkin ratusan ribu pasang haiwan, yang kelak menjadi nenek moyang haiwan masa kini;

2.   Masing-masing haiwan mesti ditempatkan sesuai dengan habitatnya. Unta harus di tempat yang panas. Penguin harus di daerah sejuk. Belum lagi mengambil kira binatang-binatang kecil seperti semut, kutu, cengkrik, dan lain-lain. Semuanya mesti disiapkan tempat yang khusus. Jika tidak, jelas binatang-binatang kecil itu boleh terinjak-injak oleh binatang-binatang lainnya yang lebih besar saiznya atau yang berlainan tabiatnya;

3.   Untuk pelayaran berminggu-minggu 'nakhoda' perlu menyediakan gudang makanan yang besar dan canggih. Jika tidak, kemungkinan besar semua tikus dimakan oleh ular, akibatnya tikus menjadi pupus dari bumi ini. Ini belum mengambilkira makanan untuk harimau, singa dan buaya. Untuk lembu, kambing dan kuda juga harus disiapkan rumput segar.

4.   Tempat makanan juga mesti bersih, kerana jika haiwan tersebut sakit lalu mati, haiwan tersebut akan menjadi pupus. Mungkin kita tidak akan pernah melihat lagi haiwan-haiwan yang mati dalam bahtera itu di masa sekarang.

5.   Kapal tersebut juga dirancang agar tahan terhadap terjahan gelombang ganas dan air banjir yang mungkin 1,000 kali lebih hebat dari tsunami yang berlaku di Indonesia atau jepun baru-baru ini.

Cuba kita lihat pula apa yang Allah ceritakan di dalam Al Qur’an mengenai gelombang dan air banjir yang berlaku pada ketika itu yang diumpamakan seperti gunung besarnya sebagaimana firman-Nya:  ”Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung…” (QS. Hud (11) ayat 42-43).

Bahkan berdasarkan pendapat, salah seorang cendikiawan Muslim, Ustadz Nazwar Syamsu dalam Buku Serial “Tauhid dan Logika“, bencana Nuh ini, telah mengakibatkan bergesernya kutub utara bumi dan akibatnya meletakkan Makkah kepada posisinya yang sekarang.

Dengan memperhatikan betapa dahsyatnya teknologi Bahtera Nuh ini, rasanya sukar bagi kita untuk mempercayai penemuan Ekspedisi “Noah’s Ark Ministries International” (NAMI) dari Hongkong, yang mengatakan telah menemui ”The Great Noah Ark”, di gunung Arafat Turki, pada ketinggian 4.000 meter, sekitar bulan April 2010.

Hakikatnya, Kapal Nabi Nuh as merupakan kapal tercanggih yang pernah dibuat oleh umat manusia yang belum ada tandingannya lagi sehingga kini. Dan sehingga sekarang ini kewujudannya masih lagi misteri.

Sumber: http://www.lamankongsi.com

25 October 2012

Bahtera Nabi Nuh?

Beginikah rupanya bahtera Nabi Nuh as?
Dunia pernah digemparkan dengan penemuan bekas di mana bahtera Nabi Nuh as mendarat, selepas dari itu banyak dakwaan-dakwaan lain yang memaklumkan bahawa bahtera Nabi Nuh as itu mendarat di kawasan/ negara masing-masing. Walau apa pun hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui. Kini seorang warga Holand yang bernama Johan Huibers telah membangunkan replika bahtera Nabi Nuh as yang didakwanya menyerupai bantera sebenar berdasarkan kepada ukuran-ukuran seperti yang dijelaskan di dalam beberapa kitab samawi.

Sebagai seorang muslim saya lebih mempercayai segala ayat yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitab sucinya Kitab Al-Quran. Cerita mengenai Nabi Nuh as dikisahkan dalam satu surah yang dinamakan Surah Nuh, surah ini mengandungi 28 ayat. Selain dari surah ini, cerita Nabi Nuh juga ada disebut di dalam surah Hud, sila rujuk ayat 40–41 yang berbunyi:

“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. Ayat 40

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ayat 41.

Bolehkah kita bayangkan sebesar mana ukuran sebenar bahtera tersebut. Jika mengikut isi yang pernah mendiami bahtera itu saya jangkakan ukuran bahtera itu memangnya cukup besar, mana tidaknya selain daripada lebih kurang 80 manusia, bahtera itu juga menjadi tempat berlindung sepasang ribuan jenis haiwan seperti zirafah, gajah, singa, harimau, buaya, zebra, ular, bison, pelbagai jenis burung, seranggan dan haiwan-haiwan yang lain.

Dan bayangkan pula besarnya gelombang yang melanda bahtera itu, sudah tentu saiz bahtera itu bukan calang-calang bagi memastikan ianya boleh menentang gelombang yang ganas tersebut. Zaman ini kita sendiri pernah melihat bagaimana gelombang tsunami yang ganas yang baru-baru ini berlaku diJepun telah memusnahkan banyak bangunan, kapal dan binaan besar yang lain. Ramai antara kita yang cuba tidak mengambil ikhtibar dari banjir dan gelombang besar sama ada yang berlaku di zaman Nabi Nuh as atau di zaman kita, bahawa Allah berkuasa untuk memberi petunjuk/ petanda kepada makhluknya setelah makhluknya seakan terleka dan terlupa tentang perbuatan mereka yang mencabar Allah Taalah dan melampaui batas. Wallahu 'alam.