Showing posts with label Jamuan. Show all posts
Showing posts with label Jamuan. Show all posts

06 July 2013

Jamuan Perpisahan Chief Sazali dan Sambut Puasa - Jemputan

 Kami yang sama-sama meraikan majlis.. masing-masing sedang mendengar ucaptama Ketua Unit PTK

  Cak... agaknya itu yang dikatakan oleh Niza.... tapi macam En Nazri dari Unit LKS terkejut pula...

Apa yang sedang dibincangkan oleh mereka?

Rakan-rakan dari Unit naik Pangkat yang sama hadir

Niza bersama dengan Cif Unit Naik Pangkat

Pegawai yang diraikan tersenyum, di sebelahnya En Zainul Akramin mantan pegawai unit ini dan di sebelahnya adalah En Dzuraidi yang menggantikan En Zainul dan di sebelah En Dzuraidi adalah Rosita (Ita).

05 July 2013

Jamuan Perpisahan Chief Sazali dan Sambut Puasa - Juadah

Pada 28 Jun 2013 bersamaan dengan Hari Jumaat, Unit kami mengadakan jamuan Farewell untuk Chief Sazali, mantan Ketua Kerani Unit PTK. Jamuan disponser oleh Ketua Unit kami, En Mohd Nazzri (En Naz). Jamuan diadakan di Bilik Mesyuarat Unit. Walau kecil, alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Kuih-kuih ini adalah daripada Unit Naik Pangkat. Kedua-dua jenis kuih ini memang sedap kerana kurang manis. Terima kasih... Memandangkan En Naz juga adalah Ketua Unit Naik Pangkat, maka semua staf Unit Naik Pangkat juga adalah dijemput sama untuk meraikan majlis ini. Lagi ramai lagi meriah kan???

Buah papaya dan orange serta kek yang dibawa oleh Ketua Kerani baru Unit ini.

07 November 2012

Kelas AL Quran: Jamuan Akhir 2012

Pada 1 November 2012, adalah hari terakhir kami menimba ilmu dari Ustaz kami Ustaz Mohd Ramli bin Mohd Amin. Rupanya dah 2 tahun kami semua berkenalan, namun saya belum betul-betul kenal semua orang. Semasa pendaftaran 2 tahun yang lalu kelas kami seramai 35 orang tetapi di akhirnya yang tinggal hanya 26 orang sahaja dan merupakan kelas yang teramai.

Untuk meraikan ahli kelas yang berjaya menamatkan pengajian, kami mengadakan jamuan - kali ini terasa sayu pula pada jamuan ini maklumlah hari akhir. 

Di atas antara juadah yang dihidangkan... kami juga menjemput rakan kelas lain untuk meraikan kami sama.

Encik Hasan Ketu Kelas kami sedang memberikan ucapan sepatah dua - tentunya ucapan ribuan terima kasih kepada guru kami Ustaz Mohd Ramli yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Ramli.

Antara rakan-rakan yang saya akan rindui...

Saya dan Sya.....

Inilah rakan wanita sekelas saya, masing-masing dengan gaya tersendiri.... kalau rindu nanti call la atau jumpa dalam fb...

31 October 2012

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran 3A

Pada 26 Oktober 2012, di sebelah malam Shima, Ain dan saya berpakat untuk membuat jamuan meraikan harijadi bagi 3 orang ahli keluarga kami di mana tarikh lahir mereka berdekatan antara satu dengan lainnya. Ammar menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober, ayahnya Adnan menyambut pada 27 Okober dan Amir (anak Ain) pula menyambut hari ulang tahunnya pada 4 November.

Ketiga-tiga birthday boys sedang berkongsi pisau untuk memotong kek harijadi mereka. 

kai tidak berhasrat untuk masak banyak kerana hari dah malam.... rasanya cukup dengan goreng-gorengan sahaja

Hidang yang ringkas antaranya salad, wedges, chicken pop-corn, goreng puyuh, burger rusa, chicken chop dan nugget ikan.

Pelbagai jenis dressing dan sauce

Fruit cocktail antara campuran buah-buah dan nata de coco

21 September 2012

Jamuan Perpisahan Kerana Persaraan En Murugesan

Hari ini 29hb September 2012, saya mewakili Ketua Unit memulakan majlis jamuan perpisahan kerana persaraan En Murugesana/l Sandapan, Jaga di jabatan ini. En Muru memilih untuk bersara wajib 55 tahun. dan 19 September 2012 adalah hari terakhir beliau bertugas sebagai kakitangan Kerajaan malaysia.

Inilah orangnya yang diraikan, beliau mengucapkan terima kasih kepada kami semua kerana telah mengadakan majlis ini untuknya.

En Muru diapit oleh kawan-kawanya dari kiri ialah Din (En Zailuddin), manakala di sebelah kanannya ialah Guna dan Kamal.

En Muru dengan diapit oleh sahabat-sahabatnya menerima hadiah yang tak seberapanya dari kami. Supaya setiap kali dia melihat cermin dan gambar ini, mudah-mudahan dia akan teringatkan kami.

Yang diraikan memulakan jamuan makan.

Dan diikuti pula oleh kami.......

kelihatan Oleen, Nina, Maya dan Tok Jah sedang mengurungi buah-buahan dan kek.

Tok Jah, Zul dan Kak Limah yang turut hadir sama memeriahkan dan meraikan majlis kami ini.

16 September 2012

Jamuan Raya Aildilfitri JPWPKL

Tahun ini rumah terbuka Jabatan diusahakan oleh Badan Kebajikan dan berkonsepkan pot-luck dari Sektor-Sektor Jabatan. Ini dia Beehoon sup - sedap....

Saya bergambar bersama sahabat karib saya yang sama-sama bertugas di Jabatan ini - Diperkenalkan ini dia Puan Nor Hijjah binti Alias.

Yanga sebenarnya Hijjah selalu juga muncul dalam blog saya.

Peace yoooo
Nas dan Azizi sedang menunggu majlis dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Abdullah, Pengarah Pelajaran JPWPKL
 Din, Nas dan sahabat-sahabat yang lain beratur untuk mengambil makanan. Senyuman Nas lebar ......
 Din, Ani dan Cik Pah sibuk melayan tetamu...
Barisan staf dari SK2P

28 July 2012

Jamuan Cuti Puasa Kelas Masjid Negara

19hb Julai 2012 adalah kelas terakhir kami yang belajar di Masjid Negara (MN), MN telah mengeluarkan surat mengenai cuti di sepanjang bulan Ramadan.

Jamuan ini adalah gabungan dari 3 buah kelas.Bagus betul idea ini kerana ianya memberi ruang kepada kami untuk lebih mengenali rakan-rakan dari kelas yang lain.


Kebaikan kedua di mana kami dapat menikmati juadah-juadah dari kawan-kawan yang lain. Memang benar pada malam itu banyak betul  juadah yang dibawa oleh kawan-kawan.

Selamat bercuti kepada semua kawan-kawan, selamat berpuasa dan jangan lupa datang semula pada minggu kedua bulan Ogos nanti.

Kepada kawan-kawan sekelas saya, jangan lupa mengulang kaji kerana selepas raya nanti kita akan menghadapi peperiksaan.... suspen kan!!!!