Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?" Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."
Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima?" Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, "Muwaffaq."
Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu. "Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga." Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?" Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Baik Hati. Show all posts
Showing posts with label Baik Hati. Show all posts
05 May 2013
04 May 2013
Kisah Purbakala dari Mesir
Ini adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh para pencerita zaman dahulu. Kisahnya berasal daripada mesir, negara letaknya Sungai Nil, Piramid, Cleopatra dan kecintaan yang tinggi kepada haiwan (terutamanya kucing).Pada zaman dahulu terdapat seorang budak lelaki yang suka menyeksa haiwan. Umurnya baru 15 tahun tetapi keganasannya tidak dapat dikawal oleh bapanya dan jiran tetangganya sehingga dia terpaksa dibawa berhadapan seorang hakim. Hakim memutuskan untuk mengintip budak lelaki tersebut, apakah benar dia ganas seperti diceritakan.
Ketika diintip, dia didapati mengambil seeokor kucing lalu menanamnya hidup-hidup! Pantas mereka bersemuka dengannya namun dia tetap degil. “Pukullah saya, saya tak hairan. Saya dah biasa!” dia menunjukkan badannya yang berbirat dirotan.
Setelah disiasat oleh seorang bijak pandai, dia mendapati minda budak ini “rosak” akibat keluarga yang tidak bahagia. Ibunya meninggal semasa melahirkan, dan ayahnya membencinya kerana itu. Oleh itu dia menyeksa haiwan atas dasar eskapisme kepada dunianya yang sudah “hancur”. Menghukumnya tidak akan memberikan apa-apa kesan. Oleh itu, ahli bijak pandai tadi membuat helah.
Di memberi makan julap kepada budak ini. Selepas itu diberikannya pula sejenis ubat yang menyebabkan dia sering sakit dan cukup lemah sehingga tidak dapat melakukan “hobi” yang dia biasa lakukan itu. Kemudian, seorang gadis berumur 20 tahun, yang sedang berlatih menjadi tabib, ditugaskan pula menjaganya. Seolah-olah dia sakit kuat.
Gadis ini memegang tangannya ketika dia mengerang sakit, mengusap kepalanya hingga dia tidur, memandikan dan memberi makannya seperti bayi, dan apabila dia semakin pulih, gadis itu bercerita kisah-kisah bertemakan kasih sayang dan keamanan.
Apabila dia pulih, dia berterima kasih kepada gadis tersebut, dan meminta untuk membalas budi si gadis dalam apa cara sekalipun. Si gadis menjawab mudah: “Saya ada seekor angsa. Angsa ini istimewa bagi saya. Besar maknanya jika awak dapat membantu saya menjaga angsa ini.”
Budak lelaki itu pantas teringat “hobi” lamanya dahulu, lalu menangis sedih. Dia tahu dia tidak dapat membalas jasa gadis tersebut dan memenuhi hanya satu permintaan si gadis ini. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal tindakannya lagi kerana setiap kali memegang binatang dalam tangannya pasti akan membawa kepada kematian binatang tersebut. Gadis itu melihat dia menangis lalu memujuknya:
“Dahulu kami sakit kuat, sehingga hampir mati. Saya doakan kepada Tuhan supaya kamu terus hidup. Tuhan kabulkan dan kamu hidup semula. Seolah-olah segala tindakan kamu serta kesakitan kamu dahulu telah hilang sama sekali. Ia telah mati, tetapi kamu masih hidup. ...”
Budak lelaki itu mula lega sedikit, tetapi masih lagi tidak mempercayainya. Lalu gadis itu membawakan seekor anak kucing kepadanya. Dia membangkang dan takut. Gadis itu senyum lalu mengajarkannya cara menjaga kucing; menggaru dagunya dan telinganya, dan mendengar bunyi ngiauan manjanya.
“Nah, kucing itu berbunyi kerana dia percaya kepada kamu. Saya juga percaya kamu boleh dipercayai, jadi saya tinggalkan kamu dengan kucing itu,”kata si gadis, lalu mencium dahi budak itu dan keluar bilik.Dibiarkan budak itu selama beberapa jam.
Apabila si gadis masuk kembali tidak lama kemudian. Budak yang tadinya membantah diberikan anak kucing, kini sudah tidur bersama anak kucing tersebut dengan lena.
Akhirnya budak itu menjadi doktor haiwan yang terbaik di kawasan tersebut. Dia sangat sayang dan menjaga haiwan itu dengan teliti sehinggakan haiwan yang paling takut dengan manusia pun mampu manja dengannya.
p/s: Kadangkala jenayah dan dosa yang dilakukan bukan hanya untuk melepaskan kegembiraan diri, tetapi juga jeritan minta bantuan untuk menyelamatkan diri daripada masalah yang lebih mendalam.
^Cheeto^ dari fb Dunia Kucing
04 November 2012
Nilai Murni: Amanah dan Integriti
Sempena Bulan Integriti bagi negara saya, saya ingin mencoretkan artikel ringkas mengenai amanah dan integriti. Semua nilai-nilai murni yang ada pada diri setiap manusia adalah kejadian fitrah oleh Allah. Allah menjadikan manusia dengan sifat terbaik, oleh itu manusia adalah jadian yang paling sempurna di alam semesta ini. Setelah dilahirkan di dunia ini, Allah mengirim bersama 'fikiran', 'iman' dan 'nafsu' untuk menguji dan membentengi seseorang itu.
Insan di dunia hidup dan dikenali dengan sifat-sifat yang dijana bersma dengan fikiran, iman dan nafsu. Jika seseorang itu hidup dengan landasan fikiran dan iman maka terselamatlah dia tetapi sebaliknya jika seseorang itu hidup mengikut nafsu maka amat celakalah hidupnya. Kita boleh umpamakan insan yang hidup tidak di atas landasan mereka umpamakan pokok yang tidak berdaun hanya yang ada dahan-dahan yang tidak mampu menjadi perlindungan untuk insan maupun haiwan.
Yang sebenarnya bukanlah begitu sukar untuk hidup secara bersih, jujur, amanah dan berintegriti, modalnya hanya satu iaitu memiliki seketul hati yang baik dan ikhlas serta jiwa yang murni. Maka dari itu lahirlah setiap perbuatan, keputusan dan tindakan penuh dengan kemurnian budi, ikhlas, adil dan saksama. Insan sebegini akan sentiasa mentaati undang-undang penciptanya dan undang-undang dunia di mana dia bermastautin. Hasil dari tindakan insan ini maka mereka diberi lebel seperti boleh dipercayai, berintegriti dan mempunyai akauntabiliti.
Antara amalan-amalan terpuji yang menjadi pegangan insan-insan jenis ini adalah adil, saksama dan tidak pilih kasih, ikhlas, boleh diharap dan dipercayai, menjaga kepentingan harta benda awam, Oleh yang demikian sempenan bulan baik ini saya menyeru diri saya, sanak saudara dan semua sahabat-sahabat saya untuk mendidik diri menjadi insan berintegriti.
Sekian dari saya, terima kasih..
07 December 2011
Haiwan Pun Punya Hati Mulia
Tengok tu, nampak macam kuning akan kelemasan, di tepi kolam ada seekor anjing sedang memerhatikan kucing tersebut. Agaknya kucing tu meminta tolong untuk diselamatkan. Baiknya hati anjing tu, dia menyelamatkan kucing tersebut.
Relevan ke lagi peribahasa Melayu "Macam anjing dengan kucing" yang membawa maksud dua orang/ kumpulan yang tidak boleh bertemu roma - akan bergaduh.
Subscribe to:
Posts (Atom)

