Showing posts with label Hari Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Hari Kebangsaan. Show all posts

31 August 2013

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke56


Tahniah saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana berjaya menjaga keharmonian negara ini, walaupun telah dicemarkan oleh beberapa insiden yang menganggu gugat ketenteraman rakyat. Sebagai rakyat kita patut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan agensi-agensinya dalam memastikan rakyat dapat hidup dalam aman bahagia.

Secara peribadi saya sangat suka dengan slogan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Walaupun secara fizikalnya darah saya tidak tumpah di negara ini semasa di lahirkan (kerana saya dilahirkan di Singapura) tetapi saya masih dapat berbangga menjadi rakyat negara ini. Bagaimana anda adakah anda juga merasakan kebanggaan itu seperti saya. Dan sekiranya tidak suka selam dalam hati dan bacalah sejarah negara untuk mencari puncanya ketidakbanggaan itu. Semoga anda dapat mencarinya......

07 January 2013

Kenangan: Di Perbarisan Hari Kebangsaan

Semasa saya berkhidmat di Kementerian Pertahanan (MinDef) dulu, beberapa kali saya pernah mewakili MinDef dalam perbarisan Hari Kebangsaan yang pada masa itu diadakan di Dataran Merdeka. Saya bersama seorang sahabat Khirun Md Kasim.

Selepas perbarisan kami bergambar bersama dengan beberapa pasukan yang mengambil bahagian. Bersama ATM

Bersama dengan 2 orang peserta yang mewakili salah satu agensi yang mengambil bahagian.

Saya bersama dengan kawan-kawan sebelum berangkat ke Dataran Merdeka.

Dengan satu lagi peserta dari agensi lain.

Yang ini juga

Cantik pakaian mereka kan!!!

Dengan Aisyah dan peserta agensi lain.

Ini tentunya peserta dari Public Bank