Showing posts with label Zalim. Show all posts
Showing posts with label Zalim. Show all posts

03 April 2013

Video: Doa Qunut Nazilah

Wahai semua muslim, lihatlah sekeliling anda terutamanya di beberapa buah negara yang sedang bergejolak di mana rakyat muslim yang menjadi mangsa seperti di Mynmar dan Plastine. Apa yang kita boleh buat? apa yang kita boleh bantu? Memang tak sanggup kita melihat mereka dianiaya, dizalimi, disembelih, dibakar, dibom dan pelbagai seksaan mereka terima. Kita jauh dari ereka untuk membantu, jadi hanya doa sahaja yang boleh kita panjatkan ke hadrat Illahi supaya mereka ini dibantu oleh Allah swt. Supaya Allah menghantar malaikat-malaikatnya untuk melindungi saudara-saudara kita ini, atau Allah menghantar ssuatu/ seseorang bagi membantu mereka yang teraniaya itu.

Apa kata kita panjatkan doa qunut nazilah ini setiap pagi dan petang supaya saudara-saudara kita dimenangkan perjuangan mereka dan menhancurkan musuh-musuh itu dengan apa cara sekali pun. Bukankah kita yakin bahawa doa ini adalah senjata umat Islam yang paling ampuh. Jom jangan berlengah lagi...

26 November 2012

Doa Selamatkan Rakyat Palestine dan Rakyat Islam Teraniaya

Bismillahirahmanirahim

Segala puji-pujian hanya ke hadrat Allah swt Tuhan yang menjadikan alam semesta ini beserta dengan isi kandungannya. Allah yang maha kekal abadi, Allah Tuhanku yang maha mengetahui akan segala kejadian sebelum dan selepas....Allah bersifat sempurna, maha pengampun dan maha pengasih.. Aku mohon kesejahteraan ke atas Nabi tercinta Rasulallah saw bersama dengan keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, ya Tuhanku.... Kau lihatlah apa yang telah dilakukan oleh kafir laknat Yahudi Israel ke atas saudara kami di Palestine, kezaliman Kerajaan Mymar ke atas rakyat Islam. Sesungguhnya hancur luluh hati kami melihat akan kesengsaraan yang dihadapi mereka.. selamatkanlah saudara kami itu. Melihat kanak-kanak menjadi mangsa di Palestin yang diserang kafir laknat Yahudi Israel, kaum wanita yang di bunuh kejam tanpa belas kasihan.. Berikanlah mereka kekuatan dan keberanian untuk mereka terus berjuang, hilangkan rasa sakit dan rasa takut demi untuk membangkitkan martabat Islam agamaMu, mempertahankan Rasulullah saw UtusanMu..berjuang demi bangsa dan negara yang dirampas dan tidak diiktiraf.. Hindari mereka dari rasa kecewa, rasa takut, rasa jemu dan rasa was was.. untuk mereka terus mengukuhkan lagi tahap keimanan kepadaMu.. Sesungguhnya kami sangat yakin akan apa yang dijanjikan olehMu Ya Rabbi.. bahawa Islam pasti mencapai kemenangan. Islam pasti akan menerangi semesta ini semula dan Islam pasti hanya satu-satunya jalanMu yang benar.. 

Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar..

19 November 2012

Air Mata Darah Gaza - Apa Lagi Kita Nak Buat

"Astagfirulallah, Ya Allah ya rabbi ya tuhanku, sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang maha mengetahui apa yang akan terjadi di masa hadapan, hanya engkau sahaja yang yang dapat meringankan kesengsaraan sahabat dan saudara-saudara kami di sana, selamatkanlah mereka, tingkatkanlah ketabahan mereka dan kurniakan mereka syahid ya Rabbi"

Saya tak dapat menahan diri saya dari rasa sedih, marah dan benci kepada apa yang berlaku di Gaza sekarang ini. Saya tertanya-tanya mengapakah keadaan semakin runcing, makin berkecamuk, semakin tidak selamat untuk didiami di Gaza. Saya terfikir lagi adakah ini juga tandanya bahawa kiamat makin hampir dengan adanya tandanya akan kekejaman Israel yang semakin ganas dan tidak ada setitik pun keperikemanusiaan dalam diri mereka, agaknya Allah sememangnya telah mencabut semua rasa belas kasihan dalam diri setiap orang Yahudi. Maka terpaksalah penduduk Gaza mengharungi dan bernafas dalam bau darah setiap hari. Tahukah anda bahawa kiamat tidak akan berlaku sebelum Israel dikalahkan atau dimusnahkan/ dijatuhkan. Saya nak tunggu masa itu kalau ada umur.

Masih ada senyum pada wajah kecil ini - moga malaikat
membantu dia supaya tidak rasa sakit.. Ameen
Dalam kegulatan ini apa pula yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dunia Islam, tak kiralah di mana mereka dan khususnya pemimpin dunia Arab. Cukup kah dengan melihat dan mendengar berita sahaja, kenyang ke mereka makan, lenakah mereka tidur apabila ada sahabat dan saudara kita yang terseksa di sana. Adakah ini juga tandanya kiamat sudah dekat apabila adanya pemimpin Islam yang seperti tidak terasa apa-apa apabila saudara mereka disembelih. Seperti biasa apabila berlakunya kekejaman seperti ini dunia akan mendiamkan diri terutamanya Amerika Syarikat kerana mereka adalah sekutu yang jelas, yang hairannya pemimpin dari dunia Islam pun mendiamkan diri... apa dah jadi ni, adakah mereka juga sekutu Israel?????????

Satu lagi yang saya amat jelas, apabila tercetus sahaja polimik sebegini, maka akan terhamburlah pelbagai kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, pemimpin PBB, anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia, selepas itu apa lagi???? macam angin menyalak bukit - tak runtuh pun bukit tersebut.

Apa lagi kita yang kecil ini boleh buat? berikanlah panduan dan tanda - atau setidak-tidaknya mungkin kita boleh berjuang melalui doa setiap hari, atau bacaan yasin di semua masjid di negara ini, atau sumbangan wang membantu mereka yang cedera atau bersahabat dengan jin Islam dan minta mereka bantu menyerang Israel - mungkin ada kawan-kawan ketawa dengan cadangan akhir saya kot - tapi apa lagi kita nak buat?????

18 November 2012

Air Mata Darah Gaza - Dibedil Lagi

Pagi ini Gaza baru sahaja dibedil lagi oleh tentera udara Israel.... Allahu Akbar - saya tak dapat bayangkan bagaimana huru hara dan lintang pukang anak-anak kecil dan wanita-wanita serta orang tua menyelamatkan diri masing-masing. Lawak betul apabila Israel memberikan alasan menyerang Gaza kerana dipercayai ada penganas yang berada di Gaza, yang hairannya kenapa yang ramai menjadi mangsa anak-anak kecil, wanita dan orang tua. Ada akal ke? kalau nak menipu pun biar bagus la sikit. Tak ubah macam yang berlaku di Iran dan Iraq (jadi kita kena betul-betul faham dengan faktor terjadinya serangan - jangan main ikut dan percaya sahaja)

Dasyhat betul kezaliman Israel... mereka betul-betul tidak tahu diuntung, semasa mereka dihalau oleh Kerajaan Jerman dulu dan tiada negara yang sanggup menerima mereka, orang-orang Pelastinelah yang menghulurkan tangan untuk membantu mereka, memberi mereka tempat tinggal dan makan - akhirnya mereka membunuh orang yang membantu mereka. Bukan sahaja tidak tahu diuntung tetapi mereka cuba memadamkan sejarah mereka pernah dibantu oleh Pelastine dan orang Islam. Kepada yang lain ambillah ikhtibar.

Melepaskan anjing tersepit, kaki kita digigitnya. Memang tak tahu diuntung - Kurang ajar dan biadap.

03 November 2012

Zalimnya Manusia (Itu) ........

  Lihatlah betapa kecilnya anak-anak kucing ini. Dibuang oleh manusia yang zalim dan tidak mempunyai keperi-kemanusiaan. Yang sebenarnya saya sekeluarga sangat merasa marah dengan apa yang dilakukan oleh manusia kejam tersebut... kami doakan agar Allah memberi dia petunjuk dan alangkah baiknya jika Allah memberi mereka pengajaran kerana menyeksa anak-anak kucing yang tidak bedosa ini.

  Pada 27 Oktober 2012 yang lalu saya bersama emak, Ain dan Amir bertolak ke Tampin dari Kota Tinggi. Kami balik awal kerana esoknya Ain ada kelas tambahan dengan anak muridnya. Kami bertolak dari Kota Tinggi lebih kurang jam 2 petang dan selepas penat di dalam kereta kami pun tiba di rumah Ain kira-kira jam 5 petang lebih.

Sebaik sahaja kami tiba, kami terdengar suara anak kucing yang sangat nyaring, setelah mengintai mencari bunyi anak kucing tersebut kami jumpa seekor anak kucing yang baru dilahirkan dengan mata yang masih tertutup merayap-rayap mencari ibunya. Kesiannya......   Sepanjang petang dan malam itu anak-anak kucing ini memanggil-manggil ibunya mungkin kerana kehausan dan kelaparan, malangnya tiada seekor ibu kucing pun yang datang.

Sehingga pagi keadaan anak-anak kucing itu masih lagi sama dan menjerit-jerit mencari ibunya. Selepas sarapan pagi, saya dan Ain menangkap seekor ibu kucing (Si Hitam) yang mempunyai 5 ekor anak yang sudah besar untuk untuk membantu menyusukan anak-anak kucing ini. Sedih kami lihat semasa kami membantu anak-anak kucing itu untuk menyusu kepada Si Hitam tetapi anak-anak kucing itu gagal menemui puting susu Si Hitam. Lama kelamaan Si Hitam menjadi gelisah dan kami terpaksa melepaskannya pergi.

Apa nak dibuat lagi anak-anak kucing ini terlalu kecil untuk diberikan susu anak manusia. Saya dan Ain merasakan mungkin umur anak-anak kucing ini tidak panjang kerana suhu badan anak-anak kucing kuning ini sudah sejuk dan saya berpendapat mereka sudah kehilangan tenaga. Saya jangkakan manusia yang tidak berperikemanusian itu telah membuang anak-anak kucing ini tanpa ibunya di asrama sekolah di mana adik saya mengajar dan jika itu benar dilakukan memanglah mereka cuba membunuh haiwan yang tidak bersalah ini. Hanya allah sahaja yang maha mengetahui semoga anak-anak kucing ini selamat hendaknya........