Showing posts with label Dasar Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Dasar Kerajaan. Show all posts

16 May 2013

SEJARAH HARI GURU


Pada tahun 1956 Kerajaan telah memilih tarikh 16 Mei sebagai Hari Guru. Pada tarikh tersebut juga Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) untuk penetapan Dasar Pelajaran Negara ini. Kemudian cadangan tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, dan mulai dari tarikh itu iatelah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Antara kandungan dasar tersebut adalah seperti berikut:

1.   Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2.   Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3.   Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4.   Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5.   Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6.   Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

14 April 2013

Etika dan Nilai Murni: Kepimpinan Melalui Teladan

Dasar Kepimpinan Melalui Teladan (KMT) semakin dilupakan oleh rakyat marhain, paling menyedihkan ianya juga makin dilupakan oleh penjawat awam.  Dasar KMT adalah salah satu dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir, inspirasinya sangat murni iaitu segala sesuatu yang dilaksanakan oleh pemimpin adalah sentiasa terikat dengan nilai-nilai yang ditentukan oleh fitrah manusia dan Islam, pelaksanaannya semata-mata bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat untuk semua manusia.

Apakah nilai utama yang ditentukan oleh Islam bagi seseorang pemimpin yang beragama Islam? ianya adalah mengenai akidah di mana pemimpin itu mestilah seorang yang taat kepada Allah serta mencontohi kepimpinan Rasulullah saw dalam melaksanakan tugasnya, kerana Rasulullah saw itu adalah contoh pemimpin yang terbaik di dunia ini. Di samping itu juga Islam menghendaki seorang pemimpin itu mempunyai akhlak tinggi, berwibawa, sabar, tegas, bertanggungjawab, bijak merancang dan bijak melaksanakan tugas serta memkotakan apa yang dikatakannya.

Saya amat yakin apabila seorang pemimpin mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai kepimpinan yang terbaik sudah setentunya ianya menghasilkan kesan dan contoh teladan yang positif kepada orang-orang bawahan atau orang-orang yang dipimpinnya, malahan kepimpinannya juga akan diikuti oleh golongan manusia lain baik di peringkat atasan mau pun di peringkat bawahan. Ingatlah bahawa sifat-sifat baik dan murni adalah modal untuk menjadikan mereka pemimpin yang unggul, dimuliakan lagi dihormati, dikasihi dan disanjung tinggi.

Orang-orang bawahan atau orang-orang yang dipimpinnya akan mencontohi dan mengamalkan contoh kepimpinan itu dan menjadi penggerak utama dan aspirasi kepada mereka untuk bergerak maju dan menyumbangkan khidmat bakti mereka ke jalan yang diredhai Allah demi kepentingan bangsa, agama dan negara.