Showing posts with label hijrah. azam. Show all posts
Showing posts with label hijrah. azam. Show all posts

07 December 2010

Azam Tahun Baru


Setiap kali meyambut tahun baru, tak kiralah tahun baru hijrah atau tahun baru masihi, kebanyakan orang terutamanya yang masih muda akan menyambutnya dengan AZAM. Azam atau perkataan lain tekad adalah janji, hasrat, kemahuan yang kuat untuk laksanakan atau capai sesuatu. Tetapi agak-agaknya berapakah azam yang kita cipta itu dicapai. Bagi aku rasanya macam tak pernah tercapai - agaknya azam yang aku cipta tu terlalu tinggi untuk dicapai atau tiada usaha yang mencukupi untuk memastikan azam itu tercapai. Macam biasa azam akau tetap kekal macam tahun-tahun dulu - iaitu sekurang-kurangnya tahun ini akau dapat mengislamkan seorang insan, atau setidak-tidaknya mengenalkan islam kepada orang yang bukan islam. Insyallah