Kalau melihat kepada tajuknya tentu ramai yang rasa sedikit kasar, tetapi itulah hakikatnya. Novel ini telah dinukilkan oleh seorang pedagang yang dalam pelayaran dari Semarang ke Palembang. Disebabkan dagangannya kurang menjadi, jadi dia menghabiskan masanya dengan menulis novel ini.
Tak usah rasa curiga dengan tajuk tersebut kerana novel ini telah berusia 240 tahun dan pada masa itu haiwan babi memangnya disebut babi dan bukannya khinzir seperti mana sekarang ini. Perkataan khinzir adalah pinjaman dari bahasa Arab.
Masa mula-mula saya ditunjukkan oleh anak saudara saya Ammar di kedai buku, saya sendiri pun sedikit terperanjat tetapi setelah membacanya ianya hanya sekadar sebuah cerita yang mengesahkan kehidupan yang dilalui oleh seorang anak raja yang terkena sumpahan gundik-gundik ayahandanya.
Walaupun novel ini telah berusia 240 tahun dan ianya bolehlah dikatakan dihasilkan di Indonesia sekarang ini, tetapi bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Indonesia. Daripada sejarah yang saya baca, saya bersependapat dengan ramai satjana sejarah bahawa bahasa Melayu sememangnya digunakan secara meluas di Nusantara ini pada zaman itu.
Hasil karya ini telah membuktikan bahawa bahasa ini telah menunjukkan kebolehan bahasa Melayu terutamanya apabila kita rajin membaca banyak lagi hasil tulisan sanjana dulu-dulu dan perkembangan bahasa ini seakan terhenti setelah kemasukan penjajah-penjajah.
Menjadi tanggungjawab semua rumput Melayu di Nusantara ini untuk menaikkan dan memertabatkan semula bahasa Melayu supaya ianya setanding dengan bahasa-bahasa yang lain.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts
19 December 2015
07 June 2015
Buku: Akhirnya Ku Temui Cinta Mu . . lalu aku pun memeluk Islam
Dalam kesibukan dan keletihan kerana berpindah tempat kerja dan berpindah rumah, saya masih lagi meluangkan sedikit masa untuk menghabiskan buku ini. Akhirnya Ku Temui Cinta Mu . . lalu aku pun memeluk Islam, itulah tajuk buku yang saya baca kali ini. Tajuknya sahaja sudah tentu dapat diteka oleh anda semua akan kisah yang dipenuhi di dada-dada muka surat yang berjumlah 206. Ya memang betul ianya adalah tentang perkongsian beberapa insan yang Allah swt berikan hidayah. Ada hidayah yang Allah berikan kepada insan yang kita sendiri rasa tidak mungkin mereka menjadi saudara kita, tetapi kuasa Allah siapa yang tahu.
Buku ini selesai saya baca pada 24 Mei 2015 jam 8.13 malam di kampong saya Felda Bukit Senggeh, Melaka.
Belilah buku ini dan bacalah kisah mereka yang mudah-mudahan memberikan keinsafan kepada kita terutamanya manusia yang sejak lahir telah muslim. 'Dengar'lah kisah mereka betapa sukarnya mereka mencari kebenaran tentang tuhan dalam hidup mereka, betapa sukarnya mereka melaksanakan hukum dalam Islam sebagai muslim, bagaimana Allah membolak-balikkan hati mereka, menduga mereka dan akhirnya menyanyangi mereka dan terus memberikan hidayah yang tidak dapat digoyahkan lagi.
Sesungguhnya ya Allah bimbinglah aku dan curahkanlah hidayahmu kepadaku seperti mana hidayah yang Kau berikan kepada mereka.
Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!
10 May 2015
Novel : Cinta Dua Zaman - Azri Misti
Saya mencuba membaca sebuah lagi novel Melayu yang ditulis oleh Azri Misti. Jodol novel ini adalah Cinta Dua Zaman. Saya selesai membacanya pada 2 Mei 2015 kira-kira jam 1.45 tengah hari, di Taman Saga Ampang. Saya memberikan 4 dari 5 bintang kepada novel ini. Nampaknya ramai penulis Melayu yang dah pandai menulis, dah mempunyai idea yang menarik dan membuka minda serta berimaginasi laju dan di luar kebiasaan dunia.
Novel ini mengesahkan 7 orang anak muda yang terhumban di zaman di belakang mereka, nun jauh di abad ke 15. Lokasi mereka dihumbankan adalah di zaman kesultanan Melayu Melaka. Namun kisah banyak berlaku di Langkasuka dan Pulau Merah. Di mana kedua-dua lokasi ini jangan tanya saya. Ikut bacaan saya Langkasuka adalah sebuah kerajaan Melayu dulu kala. Manakala Pulau Merah saya tidak pernah mendengarnya.
Tahniah kepada penulisnya. Tapai saya suka jika penulis ini banyak kali menyebut perkataan Tanah Melayu ... anda tahu kenapa? cari sendiri sebabnya.
06 May 2015
Novel : Ungu Karmila - RAM
25 April 2015 jam 9.05 malam di Ampang saya menoktahkan bacaan kisah novel ini. Apa agaknya cerita novel ini, hanya melihat pada kulit novel? Rupanya novel ini mengesahkan tentang sejenis bunga yang baharu dicipta oleh Arif dan dinamakan sebagai Ungu Karmila. Cerita yang menyeramkan ini bermula apabila Arif terjumpa dengan sejenis spesisi bunga berwarna ungu yang menarik perhatiannya. Sebagai seorang ahli dalam kajian tumbuh-tumbuhan dia mengkacukkan bunga tersebut dengan bunga ros di dalam rumah kacanya. Rupanya hasil bunga ini yang . . . ..
Jom baca dan selami sendiri halusinasi semua insan yang terlibat dengan Villa Sunyi. Ianya hanya ada di villa tersebut dan juga di 'taman' rahsia Tok Batin. Villa ini telah menelan banyak nyawa semenjak ianya dalam pembinaan. Bolehkah halusinasi kekawal oleh otak manusia sedangkan otaknya telah diresapi dengan kimia dan hasutan syaitan,
30 April 2015
Novel : Sunan Nanggroe Sang Kembara - RAM
RAM juga menukilkan kisah LS yang dikisahkan dari kecil sehingga dewasa. Novel ini lebih menumpukan kepada kisah cinta Sunan sehinggalah dia berkahwin dengan Ratna Sang Ratu. Namun begitu melalui novel ini juga kisah-kisah yang tidak dijelaskan di dalam kelima-lima siri novel Sunan dijelaskan satu persatu dan diakhir novel ini pembaca seakan-akan mengenali secara mendalam akan siapakah LS itu.
Apabila saya akhiri novel ini pada 22 April 2015, jam 7.40 petang di rumah saya di Ampang, saya sangat berharap agar RAM akan memerah otak untuk menyambung sedikit lagi kisah LS. Kisah tersebut mungkin boleh di mulakan dengan pengembaraan LS dan keluarga menuju ke Negara Kayangan Bumi.
25 April 2015
Novel : Sunan Musafir - RAM
Alhamdulillah saya selesai membaca novel ini pada 19 April 2015 bersamaan hari Ahad jam lebih kurang 6.20 petang di rumah saya di Ampang. Makanya berakhirlah kesemua siri novel yang berlanjutan daripada siri Bagaikan Puteri. Novel kedua adalahCinta Sang Ratu diikuti dengan novel Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan Sutera Bidadari.
Dalam novel ini ceritanya adalah cerita dalam cerita yang disampaikan oleh Saifudin aka Laksamana Sunan (LS) dan gelaran terakhir beliau adalah Kiai Kelana. Rupanya LS mempunyai seorang anak teruna dengan Ratna. Ratna rupanya belum lagi meninggal dunia, sebaliknya dia juga adalah Sang Dewi yang diselubungi oleh sumpah ibunda asuhannya Maharani melalui Gimbaran. Akhirnya mereka dapat hidup dengan bahagia di tanah tumpah darah Ratna yang merupakan Buanda Kayangan Putih yang diambil oleh Maharani semasa menyerang Negara Kayangan Bumi.
Penceritaan oleh RAM diakhirkan dengan pameran yang diadakan oleh Abid Kamal yang juga dihadiri oleh Dani, Haryani dan keluarga mereka. Bagus pengakhirannya di mana kebenaran menang sebaliknya batil dan kemungkaran lenyap juga.
Apa kata anda cari kesemua novel ini dan baca !!! Saya juga telah habis membaca novel berjodol Sunan Nanggroe Sang Kembara, yang mengesahkan kehidupan LS dari lahir dan cinta dalam hidupnya... jumpa nanti ....
14 April 2015
Novel : Sutera Bidadari - RAM
Baru sekejap tadi saya menamatkan novel yang bertajuk Sutera Bidadari, karya Saudara RAM. Ini merupakan novel kelima dalam siri cheritera Bagaikan Puteri. Kali ini RAM seakan-akan membayangkan akan kematian Laksamana Sunan (LS), tetapi sehingga ke hujung novelnya tiada kata-kata RAM yang menerangkan saat roh LS bercerai dengan jasadnya. Adakah LS telah diambil oleh Penciptanya semasa mereka masih lagi di negara Drakula atau dalam perjalanan ke Lisbon. Tetapi cara doa oleh Saifulallah begitu merentap jiwa saya. Novel kali ini benar-benar menduga pembacanya. Jika ikut hati memangnya kita tak sanggup untuk meniti baris-baris perkataan yang menceritakan kematian LS.
Pendapat saya RAM tidak boleh menamatkan siri ini begitu saja. RAM perlu menjelaskan kepada kami siapa Sang Dewi? bagaimana LS boleh mengatakan bahawa Sang Dewi itu adalah Sang Ratna Ratu, armarhum isterinya, bagaimanpun Ratna boleh hudup semula? Bukankah Ratna adalah anak yang dipungut oleh Ananta atau Maharani Pulau Utara, kenapa pula Sang Dewi boleh menjadi mangsa sumpahan Maharani? ataukah Ratna mempunyai kembar iaitu Sang Dewi? saya juga tertanya-tanya apakah bangsa Polip itu?
RAM! tolong leraikan kekusutan ini, kami perlu lebih mengetahui akan kisah akhirnya... tak kiralah sedih atau gembira.
Apapun terima kasih kepada RAM kerana nukilan-nukilannya ini. Saya dah mula membelik-belik Novel Sunan. Tak tau bila nak mulakannya...
15 January 2014
Buku: Cerita Cinta Ahmad Ammar

Buku ini adalah terbitan Karya Bestari Sdn Bhd. Saya bercadang untuk mendapatkannya sebuah nanti untuk mengetahui kisah arwah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, seorang pemuda yang mempunyai kisah hidup yang sangat menarik. Anak muda ini tidak pernah melepaskan peluang dan tanggungjawabnya untuk membantu di mana sahaja ada umat Islam yang memerlukan bantuan.
Seperti mengetahui beliau akan kembali ke pangkuan Penciptanya, Ammar yang berjiwa mujahid melahirkan keinginannya untuk syahid. Seperti Allah swt menjawab permintaannya, selang beberapa hari dia kembali daripada trip bantuan ke Syria, Ammar telah dilanggar sebuah ambulan di Turki dan pemuda ini telah menghembuskan nafasnya di tempat kejadian. Singkat hidup AMmar tapi penuh berisi, hidupnya penuh jasa dan tidak dipersia-siakan.
Sungguh manis akhir hidupnya, dia bersemadi bersama dengan beberapa orang sahabat Rasulullah saw termasuk Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki sebuah permakaman yang di mana bersemadinya sebahagian pahlawan Islam daripada angkatan tentera pertama muslimin semasa menakluk Kota Konstantinopel.
Semoga roh Ammar dirahmati Allah dan semoga bersemadilah dia dengan aman tenteram. Hebat ibubapa Ammar yang berjaya menghasilkan seorang pemuda Islam yang bersemangat jitu dan kukuh dengan pegangan Islam. Semoga menjadi sontoh kepada generasi-generasi saya dan sekelian Islam yang lain.
Banyak lagi cerita Ammar yang boleh dibaca daripada buku ini.. dapatkan segera. . .
Seperti mengetahui beliau akan kembali ke pangkuan Penciptanya, Ammar yang berjiwa mujahid melahirkan keinginannya untuk syahid. Seperti Allah swt menjawab permintaannya, selang beberapa hari dia kembali daripada trip bantuan ke Syria, Ammar telah dilanggar sebuah ambulan di Turki dan pemuda ini telah menghembuskan nafasnya di tempat kejadian. Singkat hidup AMmar tapi penuh berisi, hidupnya penuh jasa dan tidak dipersia-siakan.
Sungguh manis akhir hidupnya, dia bersemadi bersama dengan beberapa orang sahabat Rasulullah saw termasuk Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki sebuah permakaman yang di mana bersemadinya sebahagian pahlawan Islam daripada angkatan tentera pertama muslimin semasa menakluk Kota Konstantinopel.
Semoga roh Ammar dirahmati Allah dan semoga bersemadilah dia dengan aman tenteram. Hebat ibubapa Ammar yang berjaya menghasilkan seorang pemuda Islam yang bersemangat jitu dan kukuh dengan pegangan Islam. Semoga menjadi sontoh kepada generasi-generasi saya dan sekelian Islam yang lain.
Banyak lagi cerita Ammar yang boleh dibaca daripada buku ini.. dapatkan segera. . .
Subscribe to:
Posts (Atom)






