Showing posts with label Toyota. Show all posts
Showing posts with label Toyota. Show all posts

25 December 2015

Dia Masuk Klinik Lagi

10hb Disember 2015 yang lalu tiba lagi sekali jadual selenggaraan si hitam manis. Dan ini merupakan selenggaraannya yang ke2 di Melaka. Seperti biasa saya ambil cuti bimbang melibatkan masa yang lama.

 Rupanya banyak juga yang perlu diselengggara dan ditukar. Semua alat ganti yang ditukar adalah asli dan baru serta dijamin oleh Toyota.

Pelbagai ujian dan pemeriksaan yang dilakukan bagi memastikan kenderaan yang dihantar dalam keadaan baik dan selamat.

Selenggaraan yang dulu emak tak dapat ikut sebab adik saya balik ke kampung dan kali ini emak menunggu sampai penat dan jemu kerana kenderaan lambat siap.

23 June 2015

Service Si Hitam Manis di Melaka

Pada 11 Jun 2015 yang lalu saya terpaksa membuat penyelenggaraan kereta saya di Melaka buat kali pertama. Apa nak buat kerana pertukaran saya ke Melaka banyak jadual yang berubah termasuk service si hitam manis ni. Bimbang taku sesat dan susah nak cari Toyoto Service makanya saya bercuti, rupanya tak susah manapun nak cari pusta servis ni yang terletak di Cheng.

Saya tak tahu setakat mana prestasinya tetapi nampaknya saya perlu mencuba sekali lagi di sini untuk melihat prestasi servisnya. Kalau mengikut prestasi kereta agak ok, tetapi body yang digisel kenderaan kurang mendapat sentuhan mereka tidak seperti di Taman Midah. Saya perlu bagi mereka masa lagi untuk menilai.

25 December 2014

Service JLD

Dah tiba masa untuk service kereta saya. Setelah mendapatkan temujanji dengan pusat service, kereta saya diselenggara dan diperiksa pada 11 Disember 2014. Seperti biasa mak ikut sama menemani saya. Kali ni pemilik toyota sangat ramai di pusat ini, mungkin disebabkan oleh Selangor bercuti Keputeraan Sultan Selangor. Tapi nasib saya dan mak baik kerana ada juga tempat untuk kami.

Kereta saya masuk ke bay selenggaraan lebih kurang jam 11.30 pagi dan sebelum jam 1 tengahari dah siap. Kali ni kerja selenggaraan yang dilakukan oleh pusat ini agak cepat jika berbanding dengan service terdahulu.

12 June 2014

JLD ke Klinik Lagi

Hari ini JLD diservice lagi. Kali ini emak ikut saya service JLD, ruang menunggu di sini memang selesa dan seperti biasa saya akan dapatkan tempat duduk di tepi cermin. Emak nampaknya selesa dan siap bawa kitab lagi.

Penat menunggu saya pun berselfie je berlatar belakangkan service bay. Mata dah kuyu sebab rasa mengantuk, maklumlah tak buat apa-apa, otak kurang berfungsi dan tentunya cepat rasa mengantuk. Menyesal tak bawa buku. Sekali sekali saya main games melalui handphone... 

 Apabila jam menunjukkan jarum 10 ruang menunggu dah hampir penuh... rupanya ramai yang rebut masa ini sebelum sesi persekolah bermula. Pusat service ini menyediakan kudapan ringkas, alhamdulillah dapat juga menghilangkan kehausan dan kelaparan.

Akhirnya JLD masuk ke service bay yang biasa dia masuk. Service kali ini agak banyak dan saya jangkakan akan mengambil masa sehingga jam 12 tengahari.

Rasanya mereka sedang menukar alat sound alarm yang rosak baru-baru ini. Mahal juga alat ganti tersebut. Tapi demi keselamatan dia apa salahnya menyumbang sedikit.

Sedang tukar minyak engin dan selepas ini akan diperiksa semua tayar, buat balancing, alignment dan yang akhir cuci kereta luar dalam dan engin. 
Setelah selesai dan jelaskan bayaran saya menunggu kereta dihantar ke kawasan delivery... tunggu 15 minit JLD tak muncul, saya ke dalam dan berjumpa dengan penyelia... rupanya kunci kereta saya tersalah letak dan selepas 1 jam baru berjumpa. Nasib baik saya ambil cuti kalau tidak payah juga situasi saya.
Alhamdulillah segalanya selesai dan saya harap perkara seperti ini jangan berlaku lagi.

29 December 2013

Ke Klinik Toyota Lagi


Kereta yang bersedia untuk di masukkan ke dalam bengkel untuk diselenggara. Pagi itu saya tiba awal di Klinik Toyota dan kenderaan masih lagi kurang.

Sedang diselenggara dan kali ini penyelenggaraan yang dilakukan adalah major daripada enjin, clush dan tayar.

Kelihatan beberapa bay yang masih kosong untuk menerima kenderaan toyota yang lain.

Kereta di naikkan untuk menukar minyak enjin.

21 June 2013

JLD 800 ke Klinik Jun 2013

Dah tiba masa untuk JLD 800 untuk mengunjungi kliniknya, iaitu Toyota Service Centre (TSC), itulah tempatnya JLD 800 sering mendapat pemeriksaan dan rawatannya. Saya ambil cuti sehari untuk memastikan semua pemeriksaan dan rawatan sewajarnya dilakukan dengan sebaik mungkin. 3 hari sebelum tarikh yang ditetapkan saya telahpun membuat tempahan selenggaraan bagi kereta ini dan jadual saya ditetapkan pada jam 8.30 pagi. Jadi pada tarikh tersebut saya tiba di TSC jam 8.10 pagi dan kereta saya terus di daftar dan dibuat pemeriksaan awal.

Encik Lokman adalah supervisor yang mengendalikan senggaraan kereta saya kali ini. Beliau sedang membuat pemeriksaan awal sebelum JLD 800 di bawa ke bahagian selenggaraan. Banyak juga perkara yang perlu dilakukan terhadap kereta ini termasuk membuat alligment, cuci body dan cuci enjin.

Sementara menunggu JLD 800 siap diselenggara, pihak syarikat menyediakan ruang menunggu yang selesa, sayangnya selalu talian internet dan juga wifi TM di sini bermasalah. Nasib saya baik kerana saya sentiasa membawa bersama saya sebuah novel, jadi tidaklah saya membuang masa selama 4 jam begitu sahaja. Alhamdulillah tepat jam 12.30 tengahari kereta saya siap diselenggara dan jadual selenggaraan akan datang adalah pada bulan Disemnber ini. Saya amat berterima kasih kepada Encik Lokman atas kerjasamanya. Saya juga amat berharap agar talian internet dan wifi telah dinaiktaraf pada kunjungan saya yang akan datang. Insyallah....

06 December 2012

JLD Ke Klinik Toyota

Tadi pagi seawal jam 8.00 pagi saya sudah berada di UMW Toyota Service Centre Cheras untuk beberapa selenggaraan biasa dan pemeriksaan power window yang dikenakan kepada kebanyakan kenderaan Toyota. Kelihatan JLD sedang diperiksa bahagian tayar dan roda.

Dan yang ini saya rasa pemeriksaan/ selenggaraan engine sedang dilakukan. Seperti biasa selepas diselenggaran memang sedap kereta ini dipacu.