Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts

03 January 2015

Serah Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

Macam biasa menjelangnya 1 Januari setiap tahun, inilah tugas saya dang ebberapa staf Unit Pentadbiran. Berembun dan menanti cetusan bunga pagi menandakan telah masuk 1 Januari. Kali ini kami tidak sendirian sebaliknya YBhg Datin Pengarah dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan turut serta.

Bertambah ceria keadaan walaupun tengah malam. Tepat jam 11 malam, acara pertama iaitu memeriksa peralatan-peralatan keselamatan. Kelihatan Zailuddin mewakili Jabatan sedang menyemak senarai bersama dengan Encik Jasni mewakili pihak kontraktor.

Antara peralatan yang disemak dan diperiksa.

Kelihatan pegawai-pegawai dari syarikat kawalan keselamatan di lapangan sama-sama memeriksa peralatan keselamatan.

31 December 2014

Selamat Jalan 2014, Selamat Datang 2015

Selamat Menyambut Tahun 2015 dan dengan sayu hatiku, aku ucapkan selamat jalan 2014. Banyak sungguh kenangan 2014, suka dan duka. Tetapi aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberikan aku kesempatan meneruskan kehidupan ku ini. Semoga dengan menjelangnya tahun 2015 memberikan aku lebih kebaikkan. Semoga imanku ditingkatkan, dimurahkan rezeki dan dicapaikan beberapa hasratku. Ameen ya Rabb.

31 December 2013

Selamat pergi 2013 dan selamat datang 2014.
Rasanya baru semalam saya melepaskan 2012 pergi dan menyambut kedatangan 2013 dengan penuh doa, harapan dan ikhtizam semoga kehidupan saya dan pekerjaan saya lebih dipermudahkan oleh Allah swt.
Kini 2013 akan pergi dan saya mengalu-alukan kedatangan 2014. Semoga dengan kehadiran 2014 Allah swt akan membimbing saya dan keluarga ke jalan yang lebih benar dan lurus. Insya Allah. . . 

01 January 2013

Keheningan Pagi 1 Januari 2013

 1 Januari biasanya hampir keseluruhan negeri di malaysia menyambutnya dengan bercuti. Awal pagi saya keluar rumah untuk menikmati cahaya matahari pagi di awal tahun ini. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya peluang untuk terus bernafas dengan sihat di tahun 2013. Semoga tahun ini akan memberikan banyak peluang dan keberkatan kepada saya, keluarga dan rakan kenalan.
Jalan raya lengang, udara segar dan suasananya sangat nyaman. Saya terfikir adakah saya berpeluang menikmati pagi 1 Januari 2014 nanti, kalau panjang umur insyallah saya akan sekali lagi merakamkannya di sini. Hening sungguh pagi ini, jarang betul saya keluar rumah seawal ini, biasanya di waktu cuti saya hanya akan keluar untuk menjemur pakaian yang dicuci. 
 Jauh di bawah sana saya lihat matahari sedang memancar walaupun belum begitu terik, tetapi tidak ada tanpa KL akan hujan kerana awan yang melindungi KL kelihatan putih.
Jauh di banjaran Titiwangsa tidak kelihatan Gneting Highland kerana terdapat awam yang melindungi puncaknya, tetapi kalau waktu malam kadang-kala boleh kelihatan cahaya dari pusat hiburan tersebut dari tingkap bilik tidur saya.
Sekali lagi saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 Masihi semoga diberkati Allah hendaknya.

31 December 2012

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013

Rasanya baru semalam saya mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2011 dan meraikan kedatangan tahun 2012. Pelbagai peristewa suka duka yang telah berlaku dalam tahun 2012, kesemuanya menjadikan seseorang itu lebih kuat dan tabah mengharungi segalanya.

Apalah agaknya yang akan berlaku tahun ini? adakah beberapa ramalan orang-orang tertentu akan berlaku... mengingatkan ini rasa macam kelakar pula kerana ada manusia yang teringin menjadi tuhan atau pembantu tuhan. Segala apa yang berlaku telah dirancang oleh Allah tak perlulah kita memeningkan kepala meramalkan apa yang akan terjadi... apa yang perlu adalah kita berusaha untuk menambah baik keadaan kehidupan dan keimanan kita.

Apakah azam anda semua? bagi saya azam hanya saya lakukan semasa menyambut tahun baru hijrah... Saya mengambil kesempatan mengucapkan kepada anda semua Selamat Datang 2013.

01 January 2012

Menyambut Tahun Baru 2012 di Pejabat




Selamat Tahun Baru 2012


Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2012, semoga dengan kehadiran tahun ini kita dianugerahkan Allah kehidupan yang lebih baik dengan peningkatan iman yang lebih tinggi. Selamat maju jaya kepada semua saudara mara, sahabat handai dan pembaca.

30 December 2011

Hari Ini Hari Akhir Bertugas Dalam Tahun 2011

Hari ini 30 Disember 2011 bersamaan hari Jumaat, juga bermakna hari akhir bertugas bagi kakitangan Kerajaan dan beberapa swasta. Apa rancangan kekawan semua bersama keluarga cuti selama 3 hari ini.

Saya terpaksa bertugas esok hari lebih kurang jam 11.50 malam harus sudah berada di pejabat.

Selamat Jalan 2011 - terima kasih kerana bersama dalam tahun yang penuh dengan pancaroba itu serta Selamat Datang 2012 - tak tahu apa nasib kami bersamamu nanti, semoga Allah memberkati kami semua

31 December 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2011


Saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2011. Bersyukurlah kita dipanjangkan umur sehingga kini. Hidup untuk berbakti dan persediaan selepas hidup semula.