Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

16 July 2013

President Dr. Muhammad Morsi

Adakah anda mengetahui dan mengenai siapakah sebenatnya Dr. Muhammad Morsi. Kebenaran tentang beliau perlu diperkatakan agar tidaka ada yang akan tersalah anggap mengenainya. Dr Muhammad Morsi adalah:

1)   Presiden Arab pertama yang telah dilantik melalui pilihanraya berciri demokrasi.

2)   Presiden awam yang pertama.

3)   Presiden Arab pertama yang menghafal seluruh juzuk Al-Quran.

4)   Presiden Arab pertama dari pihak parti islam.

5)   Presiden Arab pertama yang membenarkan orang ramai untuk mengkritik beliau, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam dan tiada tindakan drastik diambil.

6)   Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.

7)   Presiden Arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.

8 )   Presiden Arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lain - yang lain ada ke?.

9)   Presiden Arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti atas kos sendiri - lihat sahaja negara kita, berapa banyak Kerajaan membayar percutian menteri-menteri?.

Sejarah akan menilai Morsi, sama ada dia mempunyai kesilapan atau tidak, beliau setakat ini merupakan pemimpin Arab yang terbaik, jika dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain. Beliau bukanlah seperti pemimpin yang mengambil duit rakyat secara sedar atau tidak dan memasukkan dalam poket sendiri dan ahli keluarga mereka. 

Sayangnya beliau tidak disenangi oleh kuncu-kuncu pemimpin yang tidak suka mengikut jalan Allah. Sama-samalah kita doakan agar beliau dipermudahakan urusannya oleh Allah, semoga beliau dipanjangkan usia kerana dunia ini masih lagi memerlukan insan sepertinya setidak-tidak menjadi contoh kepada pemimpin Islam yang lain.

10 July 2013

Pertembungan Yang Panjang

Seorang ulamak terkemuka, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa tentang kewajiban ke atas semua rakyat Mesir untuk turun memberikan sokongan kepada Presiden Mesir yang sah yang telah telah dipilih melalui pilihanraya umum iaitu Ir Dr Muhammad Mursi. Beliau menekankan kewajiban untuk mengheret keluar pihak ketenteraaan dari medan politik Mesir.

Beliau menambah lagi, bahawa campur-tangan tentera dalam pemecatan Presiden telah menafikan sistem demokratik dan undang-undang. Beliau juga menegaskan bahawa para alim ulamak Universiti Al-Azhar Sharif bersetuju dengan pendapat itu.

 Dalam masa yang sama jutaan rakyat Mesir telah turun ke medan untuk mempertahan dan memperjuangakan hak-hak mereka yang termaktub di dalam undang-undang serta bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Tidak ada tanda-tanda bahawa mereka akan mengundur diri mahu pun menyerah kalah kepada pasukan bersenjata Mesir yang didalangi oleh pihak yang berkepentingan daripada dalam dan juga di luar negara.

Didoakan agar pasukan bersenjata Mesir 'berubah' pendirian dan mengembalikan kepimpinan kepada yang selayaknya secara terhormat.

Didoakan agar Ramadhan ini adalah Ramadhan yang bermakna buat rakyat dan negara Mesir, khususnya kepada para mahasiswa dan pengunjung dari Malaysia yang bermastautin di sana.

Moga-moga umat ini akan terus bekerja, berkeringat dan bergegas menuju kejayaan dan kemenangan yang hakiki di sisi Allah swt.

 Sumber: fb Sham Kamikaze melalui Dr Zainul Rashid Shamsudin

08 July 2013

Siapa Dr Mohamed Mursi?

MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya seorang petani dan ibunya adalah suri rumah.

Beliau berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima orang anak dan tiga orang cucu. Kesemua anak-anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga dengan beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS)untuk menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.