Showing posts with label Surah Yassin. Show all posts
Showing posts with label Surah Yassin. Show all posts

05 August 2017

Akhirnya Tenggelam Juga Kapal Titanic

KISAH TITANIC TENGGELAM DALAM SURAH YASSIN |

Artikel saya pinjam dari sumber yang saya tidak ketahui, tapi perlu dikongsikan untuk menambah pengetahuan kita dan sudut pandangan yang berbeza. Jom baca . . . 

Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.

Ucaplah, SUBHANALLAH!

Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ

42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ

43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ

44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

ALLAHUAKBAR!!

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :

”Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..”.Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.

”Hasil” dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ”mangsa” Titanic.

22 April 2015

RAHSIA SURAT YASSIN AYAT KE 58 (ulang post)

Dulu saya pernah postkan artikel yang sama... ramai antara kita yang baca Yassin tapi masih ramai yang tak faham maksudnya, apa lagi untuk mengambil keberkatannya. Di bawah ini saya siarkan sekali lagi perkara yang sama untuk amalan anda.

Dikhabarkan oleh ahli ugamawan, barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1)   YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2)   YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3)   YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4)   YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5)   YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6)   YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini karena Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenarnya

26 September 2013

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Ameen Ya Allah.

29 October 2012

Tahlil Aidil Adha 1434H/ 2012M

Alhamdulillah tahun ini kami sekeluarga beraya Aidil Adha di rumah adik saya Adnan di Kota Tinggi. Raya Adha kali ini juga tidak sepenuhnya ahli keluarga kerana adik saya Azmee sedang menunaikan fardu hajinya bersama isterinya, manakala adik saya Azman beraya di Kuantan sahaja kerana anak bungsunya menghadiri kelas tuition kerana pada hujung tahun ini Amir akan menghadapi peperiksaan SPMnya. Semoga Amir dipermudahkan oleh Allah semasa menjawab soalan serta diberikan ketenangan dan kesihatan yang baik.

Jadi, yang tinggal dan dapat beraya bersama tahun ini adalah emak, Adnan dan keluarganya (isterinya Shima dan anaknya Ammar), Ain bersama anaknya Amir dan saya sendiri. 

Cerita perjalanan kami berlaku pada hari rabu, selepas pejabat saya bertolak ke rumah Ain di Sekolah Menengah Arab Al Asyraf, Alor Gajah untuk ambil Ain dan Amir kemudian terus ke rumah Mak Cik Kiah di Bandar melaka untuk ambil emak. Selepas itu lebih kurang jam 5 petang kami bertolak ke Kota Tinggi dan kami tiba di rumah adik saya lebih kurang jam 9.00 malam.

Memandangkan kami masing-masing menyertai korban di tempat-tempat lain, maka tidaklah dapat kami menghadirinya. Pun begitu tiada acara khusus yang dilakukan selain dari solat Aidil Adha di pagi hari dan malamnya adik saya Adnan memimpin bacaan Yassin dan tahlil untuk disedekahkan pahalanya untuk insan tercinta yang sudah tiada. Kelihatan Adnan sedang membacakan doa tahlil dan diaminkan oleh Ammar, Ain dan kami yang lain yang tidak kelihatan di dalam foto di atas.

Emak, saya dan Ain di baris belakang di akhir acara........

22 July 2012

Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah

Satu mayat seorang Islam yang telah 8 bulan di tanam didapati telah berada dalam keadaan duduk dan memegang al quran surah Yaasin.


Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah  Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..



Ceritanya begini..... Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.
Subhanallah maha suci Allah, saya sendiri tidak pernah sangsi dengan janji Allah, sesungguhnya Allah telah banyak kali menunjukkan kekuasaannya supaya kita yang tinggal memahami bahawa apa yang kita lakukan di dunia ini sememangnya berpanjangan di alam selepas ini tidak kira baik atau sebaliknya. 
Janganlah menganiaya sesama sendiri.... dan jangan sekali-kali cuba untuk membuktikan bahawa seseorang itu lebih lemah daripada diri sendiri......

25 May 2012

Tazkirah Jumaat : Kelebihan Surah Yassin

Surah Yassin merupakan salah satu surah yang bermula dengan huruf, iaitu ya ( ۑ ) dan seen ( س )  atau yasseen  (ۑس).  Surah ini diturunkan di Mekah dan mengandungi 82 ayat.

Ramai sarjana-sarjana dan alim ulama' Islam mengkiaskan bahasa Surah Yassin ini adalah hati dan  jantung kepada Al-Quran. Surah ini juga diamalkan oleh ramai muslimin muslimat bagi pelbagai fungsi dan keperluan. Daripada sejarah semenjak zaman Rasulallah SAW lagi, surah ini memainkan banyak peranan dalam kehidupan hari-hari. 


Bagi kebiasaan orang-orang Melayu membaca surah ini pada setiap malam Jumaat, iaitu hari Khamis malam. Walaupun ada yang mengatakan ianya bidaah kerana tidak pernah diamalkan oleh Rasulallah saw, tetapi ianya tidak menjadi kesalahan kerana membaca Al Quran memangnya dianjurkan di dalam Islam, bukankah Surah Yassin adalah sebahagian daripada surah di dalam AL Quran. Tidak perlulah kita membincangkan hal-hal yang kurang penting, dibimbangi akan menjauhkan seseorang daripada Al Quran.

Mengikut bijak pandai dan alim ulama Islam, terdapat beberapa fadilat di dalan Surah Yassin ini. Di bawah ini disusun fadilah-fadilatnya mengikut ayat-ayat dalam Surah Yassin tersebut.


• Ayat 1 - 9: Untuk keselamatan diri.


• Ayat 9: 
"Waja'alna...." - melindungi rumah kediaman dari pencuri - bacalah ayat ini dan tiupkan di setiap penjuru rumah. Ayat ini juga diusahakan untuk melindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa masuk tidur - bacalah Ayat 9 ini dan diikuti dengan Al-Fatihah dan 3 kul.

• Ayat 12: Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap agar ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.  

• Ayat 13 - 35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 
 

• Ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah dan memohon Allah memberikan hidayah kepada anak. 

• Ayat 29: 
"In kanat illa...." - Untuk digunakan jika kita merasakan ada orang yang berniat untuk menfitnah atau aniaya kita. Selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut secara isyarat. Juga boleh diusahakan untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk dan tidak menyenangkan kepada anda.   

• Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. di syurga nanti (ayat ini harus sentiasa berada dihati dan diamalkan). 


• Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi lebih baik. Caranya: Ingatkan bahawa segalanya datang adalah dari Allah s.w.t, bahawa kita adalah umat Muhammad dan kita adalah orang Islam dll.

• Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan hidup subur.

• Ayat 36 - 
"subhanallazi.." - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Bagi tujuan untuk cari jodoh baca ayat ini dan tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada setiap pagi sebelum keluar rumah. 

• Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - meningkatkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.    

• Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. 



• Ayat 39 - Mengisahkan tentang ilmu falak, di mana bulan dan matahari juga sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

• Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

• Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. menaiki kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan. 
 

• Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

• Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t. 

• Ayat 49 - Menceritakan tentang hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama berlaku secara tiba-tiba. Diikuti dengan tiupan kedua yang memusnah dan menghancurkan dunia. Kemudian datang tiupan ketiga di mana semua manusia di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar. 
 

• Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya. 

• Ayat 58 - 
"Salamun..." - Merupakan salam daripada Allah. Ayat ini boleh diusahakan untuk mengubati sakit kepala, dengan membaca dan menyapukan ke kepala. Diulangi sebanyak 3x.  Jika sakit anggota atau tidak tenang hati, maka bacalah 7x dan gosokkan pada tempat yang sakit atau di hati.   

• Ayat 76 - "Falayahzun.." - Dijadikan amalan. Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.  Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa sambil mengurut dada, bacalah ayat tersebut.   


• Ayat 78 - 79 - dari - "Yuhyil Wahiya..." - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang patah/ sakit tulang, sakit sendi, sakit lutut dan badan, untuk dijadikan doa bermula daripada ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

• Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." 

• Ayat 82 - "Innama amruhu.." - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari - boleh dijadikan sebagai penawar. Jika air habis ulangi bacaan tersebut sehingga 40 hari. 


Caranya: 
*   Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut; 
*   Baca ayat 82 pada air 100x;
*   kemudian berdoa apa sahaja hajat yang baik-baik sahaja.


Jika mandul dan untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan. Caranya:
•   Solat tahjud
•   Sembahyolat hajat
•   Doa minta hajat
•   Baca ayat 100 x dengan yakin
•   Amalkan 41 malam 


Untuk menyembuh penyakit dalam badan
•   Amalan solat seperti di atas
•   Bila baca ayat, tiup dalam air
•   Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/ minum benda lain
•   Doa sambil minum
•   Untuk 41 pagi


Fadilat-fadilat lain adalah:

1.    Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. Sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu, sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikit pun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.

2.   Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.

3.   Barang siapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.

4.   Barang siapa membaca Surah Yasin di waktu pagi maka ia akan berada dalam kegembiraan hingga petang dan siapa membacanya di waktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.

5.   Barang siapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.

6.   Apabila orang lapar membaca Surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.

7.   Jika seseorang itu belum kahwin maka akan dipermudahkan jodohnya.

8.   Apabila seseorang yang sedang berada di dalam ketakutan membaca Surah Yasin maka akan hilanglah perasaan takutnya.

9.   Jika seseorang musafir membaca surah Yasin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

10.  Jika seseorang yang sesat lalu membaca surah Yasn, maka dipermudahkan tempat yang ingin ditujunya.

11.  Jika dibaca surah yasin kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksa si mati.

Jika orang yang sedang dahaga lalu membaca surah Yasin, akan hilang sasa hausnya.

12.  Jika dibacakan surah Yasin kepada orang yang sedang sakit, akan terhindar dirinya daripada penyakit.

13.  Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah Malaikat Maut. mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14.  Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, Dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan surah Tabaroka pada rakaat kedua, Allah jadikan setiap setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya

15.  Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)


16.  Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

17.  Dibaca ketika orang sakit, sedang nazak atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama pada ayat 12) agar orang yang sedang sakit berada dalam ketenangan dan kepada orang yang masih hidup mendapat keinsafan bahawa kita akan menyusul pada bila-bila masa.


Surah Yassin juga elok dibaca:


-  Selepas sembahyang subuh
-  3 pagi Jumaat berturut-turut
-  Ayat 1 - Yassin baca 7x
-  Ayat 38 - 12x
-  Ayat 58 - 7x
-  Ayat 82 - 14x
-  Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
-  Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
-  Perlu yakin, insya-Allah dengan berkat Allah ianya termakbul.


Dalam YASSIN merangkum:

• Ilmu Pertanian
• Ilmu Falak
• Ilmu Laut
• Ilmu Kiamat
• Ilmu Ciptaan Manusia
• Ilmu Binatang
• Ilmu Kenabian

Sumber: Hebatnya Kuasa & Keajaiban Surah Yasin - Drs. Khairul Ghazali.