Showing posts with label Perfume. Show all posts
Showing posts with label Perfume. Show all posts

12 May 2015

Minyak Wangi Barat

Saya terbaca artikel ini yang dikirimkan oleh rakan-rakan melalui email. Rasanya artikel ini dah lama, tetapi maklumatnya sangat penting dan saya terpanggil untuk berkongsi sama. Silalah baca pandangan seorang muslimah mengenai minyak wangi barat.

Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang persoalan perfume yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa saya mengikuti pengajian di Kalamazoo, U.S. saya terbaca dalam satu encyclopedia yang mengandungi maklumat tentang perfume dan proses pembuatannya.

Alang terperanjatnya saya apabila mengetahui bahawa balang besar yang digunakan untuk memerapkan minyak disaluti dengan lard (minyak babi) bagi tujuan memastikan 'long lasting' seperti yang dinyatakan dalam mel-e yang terdahulu. Saya terus mencari maklumat tentang perfume dalam hampir
all the encyclopedias that I could get hold of at the Waldo Library in Kalamazoo.

Kesemua encyclopedia yang telah saya baca memberi maklumat yang sama. Semenjak itu saya tidak pernah membeli perfume dari barat. Setiap kali saya ke tanah suci saya membeli berbotol-botol minyak wangi seribu bunga. Saya juga pesan keluarga atau rakan yang ke tanah suci
untuk membelikannya. Sehubungan dengan perkara perfume, para penceramah ada menyentuh soal pemakaian minyak wangi dan lazimnya isu yang ditimbulkan adalah soal haram/halal memakainya. Sedikitpun tidak disentuh tentang halal/haram minyak wangi itu sendiri.

Di satu ceramah yang saya hadiri semasa di PTSL, walaupun penceramah yang hadir seorang yang terkenal, saya beranikan diri untuk mendedahkan bahawa persoalan tentang perfume yang lebih serius adalah soal kesucian bahan itu sendiri. Penceramah tersebut terkejut tetapi beliau turut setuju dengan bukti yang telah diberi dan menyeru semua
yang hadir supaya elakkan daripada memakai minyak buatan barat. Satu perkara lagi tentang perfume. Jangan pakai perfume sehingga apabila dibau oleh lelaki selain muhrim kita, ia ibarat zina.....

Waallahu'alam.

01 November 2010

Catatan Perjalanan - Paris, France Julai 2007

Seperti yang saya janjikan sebelum ni, kini saya ceritakan lagi pengalaman saya semasa bertugas dan berkursus di luar negara. Yang sebenarnya tajuk rencana ini mengambarkan rasa keinginan saya untuk terbang lagi keluar negara terutamanya bersama MAS khususnya untuk bertugas rasmi atau berkursus ke luar negara. Kerana hanya dengan cara ini sahaja saya berpeluang untuk terbang dengan penerbangan yang agak mewah, saya sendiri pun tak pasti adakah saya mampu untuk terbang dengan kelas business, jauh dalam hati saya macam dapat rasakan saya mungkin tidak berpeluang untuk bertugas ke luar negara lagi.

Kelas business penerbangan MAS sangat selesa dan mewah sehinggakan penerbangan selama hampir 20 jam (ke USA - yang paling jauh yang pernah saya lawati) dalam perut kapal terbang pun tak rasa bosan atau jemu, ada sahaja aktiviti yang boleh kita lakukan terutamanya bagai seorang yang suka membaca.
Kerusi dan ruang yang selesa membolehkan kita bergerak dengan lebih mudah, di samping itu setiap penumpang mempunyai kemudahan seperti skrin LCD untuk mendengar lagu, menonton movie dan bermain games. Selain daripada itu keramahan paramugari dan paramugara yang bertugas sangat rajin serta bersopan santun, membuatkan kita tak rasa terasing dan saya sangat jamin kita tidak akan merasa lapar kerana mereka sentiasa tanya adakah kita memerlukan itu dan ini. Mereka sentiasa memastikan kemudahan yang disediakan sentiasa dalam keadaan bersih dan siap sedia untuk digunakan. Photo ini diambil dalam penerbangan MAS dari Charles De Gore, Perancis ke Kuala Lumpur. Masa ini saya baru sahaja bangun dari tidur, itu yang muka macam tak sudah.

Selepas daripada tugas saya di Perancis pada bulam Mac 2007, pada bulan Julai 2007 saya diarahkan untuk membuat pemeriksaan kilang bagi satu peralatan di Genoa, Itali. Walaupun begitu lawatan juga perlu dilakukan ke Toulon, Perancis yang jauhnya lebih kurang 100 kilometer. Perjalanan dari Genoa ke Thoulon adalah dengan menaiki kereta sahaja. Dalam perjalanan itu sempat juga kami singgah di Grasse untuk membeli minyak wangi di Kilang Fragonard Parfumed, kali ini merupakan kali kedua saya ke Grasse. Yang seronoknya di carta collection bunga oleh kilang tersebut sejenis bunga/ tumbuhan diambil dari Malaysia, kalau tak silap nama tumbuhan tu ialah patchouli (pokok nilam) ada ke pokok tu kat sini?.

Saya bergambar di depan Kilang Fragonard Parfumed. Kilang ini menghasilkan minyak wangi yang bersumberkan tanaman, iaitu terdiri daripada bunga dan bahan tumbuhan yang lain seperti batang pokok (bark). Yang sebenarnya terdapat satu lagi kilang yang membuat minyak wangi yang dihasilkan daripada sumber bumi, macam belerang tetapi ianya bukan belerang. Saya kurang pasti dan tak pernah mencuba minyak wangi jenis ini.

Gambar ini diambil di hadapan sebuah kilang yang membina Mine Disposal Vehicle (MDV). Ini adalah salah satu MDV, kilang ini bertempat di Thoulan, Perancis. Bandar ini agak besar dan terletak di kawasan teluk. Kami tiba 1 hari lebih awal daripada ketibaan kapal layar TLDM Tunas Samudra yang mewakili negara untuk bertanding kapal layar peringkat antarabangsa di Poland.

Selepas di Toulan, rombongan kami bertolak balik ke Paris untuk penerbangan balik ke tanah air, tetapi bagi saya, saya akan bercuti di Venice dan Milan.

Paris merupakan antara bandar yang sangat saya suka selepas Mekah dan Madinah semestinya. Yang saya suka tentang Paris adalah bangunannya, antara bangunan dan binaan yang sangat saya suka ialah Eifel Tower, Louve (teringatkan Cerita tulisan Den Brown bertajuk De Vinci Code), Piramid kecil, Gate besar di bandar Paris (kalau tak silap Arch de Triumph), cathedral yang dibina semasa zaman Raja Louis VII, seperti dalam cerita Three Musketeer di mana terdapat seorang pemuda yang kerjanya bunyikan loceng besar gereja tersebut (Quasimodo Hunck back), hotel lama yang macam ada basement di bawahnya yang kini rata-rata dijadikan tempat menyimpan beg dan pelbagai bangunan yang bersejarah serta masih lagi dipelihara dengan baik oleh Kerajaan Perancis.

Cuba perhatikan di keliling Eifel Tower pokok-pokok menghijau tak sama dengan foto selepas ini di mana hanya tinggal ranting pokok sahaja kerana pada masa itu musim sejuk. Musim kali ini adlaah musim panas dan kalau berjalan-jalan di sekitar Paris sangat selesa. Tetapi waktu malamnya agak sejuk juga.

Pada musim panas negara ini mempunyai permandangan yang sangat cantik, bukit dan gunung penuh dengan tumbuhan renet jadi tak nampak bersemak sangat. Di belakang saya kebanyakannya adalah kebun pokok zaitun (olive tree). Saya sempat dihadiahkan sebatang pokok olive yang sekarang ini masih hidup dengan subur.