Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

20 December 2014

Panduan memilih pasir kucing

PEMILIK disaran menggunakan pasir tidak berbau
berikutan deria bau kucing yang kuat
.
Oleh DR. ZURAIDAH GHADZALI

MEMILIH pasir tandas kucing adakalanya boleh membebankan penjaga si comel. Ini kerana terlalu banyak pilihan yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang barangan keperluan haiwan. Biasanya, pasir menggumpal merupakan pilihan yang paling popular. Bagaimanapun, pasir tandas tidak menggumpal masih digunakan dengan meluas. Saya akan mengupas lebih lanjut mengenai kebaikan dan kekurangan kedua-dua jenis pasir tersebut.

Pasir zeolit

Ia merupakan pasir yang paling murah dan mudah didapati di kedai-kedai peliharaan haiwan. Umumnya, pasir kucing jenis ini tersedia dalam beberapa ukuran seperti 1 hingga 3 milimeter (mm).

Terdapat juga pihak yang menghasilkan pasir ini sehingga berukuran 5mm. Bagaimanapun, pasir berukuran 5mm ini tidak jauh berbeza dengan pasir zeolit 3mm.

Zeolit adalah sejenis mineral yang diproses dengan keliangan yang tinggi dan poros. Ia membantu menyerap ammonia dan bau najis kucing. Tidak hanya menyerap dan melekat tetapi memerangkap dan memegang punca bau najis haiwan kesayangan. Sumber zeolit boleh didapati dengan mudah di kawasan gunung berapi.

Pasir jenis ini dijual pada harga sekitar RM55 bagi paket 20 kilogram (kg). Pasir ini sangat popular dalam kalangan pembiak dan penyelamat kucing. Walaupun mampu menyerap bau-bauan yang kurang enak, pasir ini kurang efektif dari segi menyerap lembapan atau cecair dek kerana terlalu poros. Hanya penggunaan yang banyak mampu mencegah cecair bertakung di bawah permukaan kotak tandas.

Pasir tanah liat

Pasir ini adalah jenis yang banyak dijual dan disukai oleh pemilik kucing. Terdapat pelbagai jenama dan kuantiti pembungkusan yang tersedia di pasaran sekali gus memudahkan pemilik kucing untuk membuat pilihan. Selain buatan tempatan, pasir jenis ini turut diimport dari China, Jepun dan negara lain. Pasir ini tersedia dalam dua jenis utama iaitu pasir menggumpal berbau wangi dan pasir menggumpal tidak berbau.

Pilihan tentu saja terserah kepada pemilik kucing, namun sebagai panduan, pemilik harus ingat bahawa deria bau kucing amat kuat dan sensitif. Deria bau haiwan ini 14 kali ganda lebih baik berbanding manusia. Sebaik-baiknya gunakanlah pasir menggumpal tidak berbau bagi mengelakkan sistem pernafasan kucing.

Kelebihan pasir jenis ini adalah sesuai namanya iaitu pasir menggumpal, maka pasir ini akan menggumpal dan meresap cairan dengan baik. Apabila pasir ini terkena cairan, dengan sendirinya pasir tersebut akan menyerap cairan dan menjadi gumpalan, begitu juga ketika kucing membuang air besar, lembapan di sekitar najis akan menarik pasir dan terus menutupinya.

Ekoran fungsi pasir ini dapat menyerap cairan dengan baik, bau-bauan daripada najis si comel dapat dikurangkan secara automatik. Bagi mereka yang tidak punya masa dan kesempatan mengemas, mencuci pasir, maka pasir jenis menggumpal adalah salah satu alternatif yang menyenangkan. Hanya perlu membuang gumpalan pasir yang membaluti najis dengan kekerapan minimum dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas balik kerja. Namun, baki pasir di dalam kotak tandas wajib ditukar dan bekas najis perlu dicuci seminggu sekali bagi mengelakkan bakteria membiak di dalam bekas tersebut. Dari segi harga, adalah berpatutan.

Kami menyarankan agar anda menggunakan pasir menggumpal tidak berbau. Bagaimanapun, sekiranya anda lebih sukakan wangi-wangian, kami sarankan anda jauhi bauan oren dan epal. Kombinasi bau najis si comel dan bau-bau ini akan lebih merengsakan rongga hidung kita dan si comel. Bauan yang kami sarankan ialah lavender, lemon yang tidak terlalu kuat, jasmin atau bau bedak bayi.

Pasir kristal

Kami turut menyarankan anda memilih pasir ini. Pasir kristal sangat bagus digunakan bagi memudahkan pemilik kucing membuat pemerhatian pada najis si comel. Walaupun tidak berwarna dan tidak menggumpal, namun ia mempunyai kadar serapan cecair yang tinggi sekali gus sebarang perubahan warna, bentuk dan abnormaliti pada najis dapat dikesan dengan mudah.

Selain itu, pasir kristal tidak berdebu, tidak berbau dan mudah digunakan. Pasir kristal juga mampu menyerap cairan sampai 40 kali beratnya. Bayangkan betapa jimatnya penggunaan pasir seharian. Bagaimanapun, pasir kristal agak kurang menjadi pilihan kerana harganya yang agak mahal. Satu pek 1.8kg sahaja sudah mencecah hampir RM20. Dari segi wang, mungkin kita akan terasa bebanan tetapi, jika bijak menggunakan pasir jenis ini, pengurusan kebersihan si comel di rumah akan menjadi lebih jimat, efisien dan cepat.

Sumber: Kosmo Online

22 January 2013

Wasiat Rasulullah saw - Part 1

Adab Uz-Zifaf

Ahmad telah menceritakan : “Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan 70 jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t.menurunkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka 
3. Coriander (Ketumbar) 
4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?” Baginda menjawab : “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).” Baginda menjawab : “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zohor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”

11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

22 April 2012

Tomcat - Hati-Hati

Sejak akhir-akhir ini kita sering terdengar cerita tentang sejenis serangga yang kalau terkena gigitannya akan mengakibatkan badan membengkak dan berair. Pada saya serangga ini mungkin serangga baru kerana selama ini saya tak pernah terjumpa serangga yang hampir berbentuk kal jengking berbelang hitam dan merah, tetapi berbentuk panjang. Nama serangga tersebut adalah Tomcat.

APA ITU serangga TOMCAT ?

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47,000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Apabila digigit, serangga ini akan mengeluarkan cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan kumbang 
(kecuali sayap). Cecair ini mengandungi toksin yang paling berbisa di dunia walaupun dengan hanya sentuhan kepada serangga tersebut. Toksin ini dikenali sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) dan ianya ditemui pada tahun 1953. Racun ini 12 kali lebih kuat daripada bisa (venom) ular tedung. Walaupun kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun ianya masih tetap beracun. 

Sekiranya kawan-kawan mengetahui di kawasan anda dijangkiti oleh serangga ini apakah yang perlu dilakukan: 

1.   Kurangkan penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, kerana kumbang rove amat tertarik kepada cahaya; 

2.   Gunakan aerosol anti serangga dan perangkap berpelekat; dan 

3.   Menggunakan kelambu nyamuk yang halus sewaktu tidur.
Sekiranya anda terjumpa serangga tersebut, elakkan:

1.   Duduk berdekatan dengan cahaya; 

2.   Jika dihinggapi kumbang rove, jangan sekali-kali menepuk serangga tersebut seperti nyamuk, sebaiknya hembus atau tiup supaya serangga tersebut lari dari tubuh kita; 

3.   Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air bersih yang banyak.Jika digigit oleh serangga ini bekas gigitan akan menjadi seperti ruam-ruam merah dan ditengahnya bernanah dengan mencapai ukuran diameter 2cm. Ruam bernanah akan terus membesar jika tidak di ubati. Kita juga mungkin  boleh menyapukan krim yang mengandungi hydrocortisone 1% atau betametasone + antibiotik neomycin sulfat secara 3 kali sehari.

Kepada kawan-kawan tolong baca dulu dan sampaikan kepada ahli keluarga yang lain terutamanya yang berbendang atau anak-anak yang gemar bermain di padang. Perhatikan tubuh anak-anak dan cepat mengambil tindakan jika ada tanda-tanda gigitan tomcat.

09 November 2011

Bayangan Kesihatan di Tapak Tangan

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/ Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik, perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita. Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin, cuba cek tapak tangan
masing-masing, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak, sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita, cuba sahabat-sahabat tengok pada kuku setiap jari
anda.. jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

by: LeYs Slamber II

28 October 2011

Minumlah Air Yang Cukup Setiap Hari

Artikel ini sangat berguna untuk dijadikan renungan kita bersama. Saya mendapat srtikel ini dari Atie sahabat saya dari Pero MinDef. Mungkin ramai di antara kita minum hanya untuk menghilangkan rasa dahaga, tetapi yang sebenarnya air yang cukup dalam badan sangat penting bagi memastikan badan kita terus beroperasi dengan baik dan cemerlang. Kadang-kala kita tidak minum langsung kerana tidak dahaga, ini mungkin disebabkan oleh cuaca yang sejuk tetapi yang sebenarnya badan kita terus kehilangan air menerusi kecing, peluh dan paling banyak diserap oleh haba yang tidak kita sedari. Oleh yang demikian, paksa diri untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air manis dan air bergas tidak diambil kira.

Jadi mulai hari ini bawalah bekalan air sepanjang masa.