Showing posts with label Noor Sabrina. Show all posts
Showing posts with label Noor Sabrina. Show all posts

11 November 2013

Hari Persandingan Anak Bungsu Pn Hafisah dan Tn Haji Ibrahim

Pada 3 November 2013 iaitu hari Ahad, saya dan Lt Kol (B) Noor Sabrina telah dijemput oleh sahabat lama kami Pn Hafisah Haj Ahmad untuk meraikan persandingan anak bungsunya Nor Akmal Farahin binti Haji Ibrahim dengan suaminya Muslim. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Tinggi Setapak di mana suami Pn Hafisah bertugas sebagai guru. Saya mendoakan agar perkanwinan mereka akan sentiasa dirahmati oleh Allah swt seperti mana perkahwinan ayah dan ibu mereka. Pesanan saya kepada mereka semoga bertoleransi melayari kehidupan berumah tangga. Cari persamaan dan jurang perbezaan perlu dikecilkan dengan segera.

Kami tiba hampir jam 1 tengahari dan para jemputan sedang tiba,. Kami bernasib baik dapat tempat duduk walaupun berkongsi dengan keluarga yang lain. Sekejap tu tiba beberapa sahabat yang bertugas di HATTM. Antara PW En Aisyah, Pn Salmah dan suami. Kami bertemu dengan Zanita (Ita),  dan juga Suhaimi. Lama betul saya tak berjumpa dengan mereka semua.

Saya dan Lt Kol Noor Sabrina bergambar kenang-kenangan bersama dengan ibu pengantin perempuan dan tak tahu bila lagi nak berjumpa.
Terima kasih kerana menjemput kami.

13 December 2011

Buah Dokong Special

Ini adalah pokok dokong yang ditanam oleh keluarga sahabat baik saya Lt Kol Noor Sabrina di sebelah rumah mereka. Di KL ni mana kita boleh tanam banyak pokok, kerana kawasan yang kita adapun sangat terhad - umpamanya sekangkang kera je. Mereka menanam 2 batang sahaja pokok dokong ini. Tapi tak sangka buah pokok-pokok ini banyak juga, kalau nak menjamu saudara mara dan sahabat handai rasanya lebih dari cukup. Yang istimewanya kita boleh ambil sendiri dari pokok. Ini pun saya pengunjung akhir buah dah nak habis.

Rasa buahnya sangat manis, tak taulah mungkin sebab makan free kot. Tapi memang lain dari buah dokong yang saya pernah beli, kulitnya lebih tebal dan isinya lebih putih tak macam yang pernah saya beli, ianya lebih kekuning-kuningan dan kuningnya nipis - saya pernah bertengkar dengan penjual buah dengan mengatakan buah yang saya beli tu bukan buah dokong tetapi langsat dan dia beriya-iya mengatakan bahawa itu buah dokong - akhirnya saya mengalah dan kerana nak makan sangat belilah jugak. Tak taulah mungkin sebab saya pun kurang ilmu tentang buah ini - mana tau kalau buah yang saya beli tu dah lama dan yang ini dipetik dari pokok... memang ada bezanya.