Showing posts with label Seminar/ Kursus. Show all posts
Showing posts with label Seminar/ Kursus. Show all posts

14 December 2015

Bengkel Kerja dan Lab Hand On Aplikasi HRMIS Peringkat KPDNKK Negeri

Gambar kenang-kenangan beramai-ramai semasa kami sama-sama menghadiri bengkel HRMIS yang diusahakan oleh BPSM KPDNKK.

Saya bersama dengan rakan-rakan dari KPDNKK Negeri Sembilan semasa kami menghadiri jamuan makan malam sebelum esoknya kami menamatkan benkel ini.

Puan Hajjah Aiton bersama dengan stafnya masing-maisng dengan gaya tersendiri. Saya ersyukur kerana dapat mengenali mereka dan menambahkan bilangan sahabat dalam hidup ini.

Kami dalam kelas bersama dengan Nor Arlia rakan pejabat dan wakil KPDNKK Kuala Pilah.

Saya sedang menikmati sarapan pagi di hotel.

06 August 2015

Kursus SMART-Belanja di LPPKN Melaka

Saya berpeluang menghadiri kursus SMART-Belanja yang dianjurkan oleh LPPKN Melaka. Kursus diadakan pada 30 Julai 2015 yang lepas. Banyak juga munafaat yang saya dapat melalui kursus ini.

Daripada KPDNKK Melaka, kami seramai 5 orang  yang hadir. Kursus ini dilaksanakan secara interaktif, jadinya masa untuk mengantuk terhad. maklumlah dalam usia yang sebegini saya cepat mengantuk.

Kami diberikan dalam 7 kumpulan. Dan secara kebetulan saya dan 2 lagi pegawai KPDNKK dalam kumpulan yang sama. 

Yang utama dalam membelanjakan wang keluarga, kita kena tahu apa tu kehendak dan apa pula keperluan. Dalam analisis saya kebanyakan kita mengutamakan kehendak dari keperluan. Jika kita kaji dan rancang, in sya Allah kewangan ini mencukupi untuk keluarga. Jadi rancang sebelum keluar berbelanja dan jadilah seorang yang bijik dalam mengurus kewangan sendiri.

26 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race - Rahmat

Kumpulan saya dalam permainan kami yang terakhir semasa Kursus SMART Integriti yang dianjurkan oleh Bahagian Integriti KPDNKK. Walaupun ramai yang dah dewasa tapi kerana permainan ini rasa macam kembali jadi kanak-kanak.

Giliran saya untuk membuang dadu. Syarat permainan ditentukan oleh kumpulan. Untuk permulaan angka ganjil akan bergerak ke hadapan manakala angka genap bergerak ke belakang. Titik juara adalah di hadapan.

Doakan supaya kami dapat angkat genap yang banyak supaya langkah kami menpercepatkan kami menuju ke kemenangan. Tapi semuanya dah tersurat .. kami kalah juga.

Menang kalah bukan keutamanya, apa yang penting adalah pemuafakatan dalam mencapai persetujuan.. Kumpulan Al Amin ini memang boleh dibanggakan kerana kami memangnya bersatu dalam semua kerja dan keputusan. Kepada semua ahli kumpulan Al-Amin terima kasih kerana bersama-sama dan kepada semua peserta kursus selamat maju jaya.

21 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race: Rahmat (Main Pasir)

Teringat masa saya kanak-kanak dulu, apabila cuti sekolah ayah akan bawa kami sekeluarga ke pantai sama ada di Melaka atau PD. Kanak-kanak memang suka bermain pasir dan pasir menjadikan mereka sangat kreatif. Tapi dalam kursus ini juga kami didedahkan dengan pasir.

Kami disuruh mencari barang yang disembunyikan dalam pasir. Bertungkus lumus kami mengali, menyepak dan meraba-raba pasir yang panas dan hangat. Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai objektif tersebut. 

Ada kumpulan yang berjaya menjumpai semua barangan yang disembunyikan dan ada yang tidak. Di sinilah letaknya pengajaran buat kami. Permainan ini bukannya untuk mencari siapa yang menang tetapi melihat kepada kumpulan yang bekerjasama dalam kumpulan dan antara kumpulan.

Biasanya dalam explore race kemenangan menjadi hambatan semua peserta, jadi ramai yang terlupa akan sifat kemanusiaan. 

17 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race

Antara perkara yang terkandung dalam Kursus SMART Integriti yang saya hadiri pada bulan Mei 2015 yang lalu ialah Explore Rase yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz. Tercabar juga acara-acara yang diadakan seperti melesaikan puzzle di atas. Ianya menguji cara kita berfikir dan bertindak.

Acara tutup mata dan shli kumpulan lain memberikan arahan untuk mencari sesuatu. Yang tutup mata hanya perlu menggunakan kepakaran mengecam suara sahabatnya kerana pada masa yang sama ahli kumpulan lain juga memberikan arahan kepada peserta mereka. Lawak tapi mesejnya sangat jelas.

Saya terlibat dalam acara ini dan tanpa kita sedari rupanya kita boleh bertindak di luar kebiasaan hanya untuk memastikan kumpulan ita menang.

Satu lagi acara seakan puzzle yang memerlukan pemerhatian dan pemikirn yang tidak jumut. Apa agaknya arahanya???

12 June 2015

Kursus SMART Integriti: Senaman Pagi

Dah lama saya tak bersenam, kali terakhir adalah semasa saya di JPWPKL dan bertugas di program team building yang diadakan pada akhir tahun 2014.

Kali ini senaman pagi kami dibawa oleh ustaz-ustaz dari JAKIM. Dah lama tak bersenam rasanya banyak urat-urat yang dah keras. Diajak melompat . ..  saya dah tak boleh . .. tapi nasib baik masih boleh berlari.

Diajak merengankan badan alhamdulillah masih boleh lagi. Saya perhatikan ramai juga kawan-kawan yang lebih muda yang tak larat juga. Apa pun secara peribadi saya setuju dengan silibus kursus ini, setidak-tidaknya dapat juga saya meregangkan urat dan oto yang dah lama berehat dan keras. Terima kasih kepada bos saya yang arahkan saya hadiri kursus ini. Pergi dulu kemudian baru tau . . . .

30 May 2015

Kursus SMART Integriti: Kumpulan Al Amin

Saya menghadiri Kursus SMART Integriti anjuran bersama Bahagian Integriti KPDNKK dengan JAKIM. Kursus yang sangat bagus dan kursus ini lebih santai. Kursus bermula pada 26 hingga 28 Mei 2015. Seperti juga kursus yang lain kursus ini juga membentuk beberapa kumpulan. Kumpulan kami adalah kumpulan Al Amin.

Al Amin semasa menhadiri sama senaman lagi yang seterusnya meneruskan kepada Explore Race. Sungguh mencabar Explore Race ini apa lagi umur saya yang dah hampir menjelangnya masa bersara.

Namun alhamdulillah kami dapat menghabiskan semua cabaran dengan baik dan jayanya. Terima kasih semua sahabat-sahabatku...

28 March 2015

Dari Jendela Mahkota Hotel Melaka

Inilah antara kegemaran saya. Mengambail foto-foto dari mana-mana jendela sama ada dari hotel, dewan, bilik mesyuarat, atau mana-mana bangunan tinggi. Tujuannya adalah untuk berkongsi dengan anda permandangan yang dijadikan Allah swt.

Selain dari menikmati keindahan alam dan membesarkan keagungan Allah, kita juga dapat melihat permandangan sesuatu tempat itu dengan lebih jelas seperti dari mata seekor burung helang yang sedang terbang tinggi.

Foto-foto kali ini saya rakamkan dari Blok 1 Mahkota Hotel di Melaka. Tingkat tidak tinggi sangat iaitu dari tingkat 8 yang mengadap ke selat dan Pulau Melaka. Melaka adalah negeri kelahiran ayahanda dan bondaku yang seterusnya menjadi negariku juga.

Terbayang dalam minda ku, apa yang terjadi apabila alam menunjukkan kemarahannya? 

23 September 2014

Matahari Terbit di Ancasa PD

Tak sangka rupanya matahari terbit di luar tingkap bilik hotel saya di PD. Masa tu saya sedang menghadiri Kursus Perolehan anjuran LKS JPWPKL.

Selepas subuh cahaya kemerahan menerjah dari balik-balik hujung pokok. Saya perhatikan matahari seperti malu-malu untuk menunjukkan wayahnya. Sekeliling bulatannya kelihatan merah kekuningan akibat dari pancarannya yang masih lemah.


Kecilnya matahari pagi muat-muat dalam lengkongan jari saya. Indahnya waktu pagi, inilah keadaan yang tidak didapati di KL.


18 July 2014

Kursus Team Building - Modul Air

Acara air merupakan salah 1 acara yang di kursus ini. Acara diadakan di kolam renang kem ini yang bersaiz kolam renang olimpik besar dan dalam.

Ada beberapa acara yang dilakukan dan hampir semua agak mengelikan hati... saya tidak terlibat dengan acara ini tetapi sungguh terhibur apabila melihat beberapa orang pegawai bersungguh-sungguh untuk menang. Tinggi betul semangat mereka untuk memastikan kumpulan masing-masing mengatasi kumpulan lain.

Yang paling tak disangka mantan Pengarah Pendidikan kami yang juga mantan Pengarah Pendidikan Selangor juga tidak ketinggalan turun menyertai acara ini. Beliau sungguh sporting dan tidak ada protokol apabila acara melibatkan peserta.

Saya bersama staf saya Hairani yang juga seorang urusetia kepada Kursus ini hanya mampu menonton sahaja. Teringin menyertai tapi saya takut air, takut tenggelam.

Cif Sazali juga salah seorang urusetia dan dalam kumpulannya dia menjadi anchor, nampak sangat letih.

17 July 2014

Catatan Perjalanan - RMIT Melbourne Australia

Bergambar kenang-kenangan di pintu belakang kelas kami semasa di RMIT. Rasanya sekarang ni mesti dah banyak berubah. Maklumlah kursus yang saya hadiri ni pada musim sejuk tahun 2000 dah 14 tahun berlalu. 

Malahan Melbourne pun mesti dah berubah sangat... tiba-tiba teringin pulak nak ke sana kembali untuk menyorot kenangan lama bersama kawan-kawan.

Memang benar kata-kata peminat berfoto bahawa the photographs are speaking on their own words. 

Bila musim sejum semua pokok-pokok hidup pada tahap minimum kerana semua daun gugur. Tetapi apabila musim bunga dan panas pokok-pokok ini akan kembali bertunas baru dan berdaun lebat.

RMIT bersebelahan dengan Old Gaol iaitu penjara lama dan rasanya ada bangunan gaol yang menjadi ruang utuliti RMIT. Bergambar ramai-ramai selepas konvo. Rasanya ada kawan-kawan saya ni yang dah meninggalkan kami buat selama-lamanya.

15 July 2014

Catatan Perjalanan - Dalam Kelas RMIT Melbourne Australia.

Kelmarin saya menonton rancangan Kembaran Ashraf di TV Al-Hijrah. Kali ini kembara yang dilakukan Ustaz di Melbourne Australia dan khususnya di RMIT. Tiba-tiba teringat pengalaman lama semasa saya berkursus pendek di RMIT dan mulalah tengok semula foto-foto lama yang saya rasa boleh dikongsi bersama.

Saya mewakili Kementerian Pertahanan bersama dengan beberapa pegawai dari beberapa Kementerian yang lain mengikuti Kursus Penilaian Program Awam di Universiti ini. Kami berada di Melbourne selama hampir 5 minggu. Foto di atas, saya dan rakan-rakan bersama kakitangan universiti tersebut. Kawan yang masih saya ingat Lijah atau Halijah. Di manakah dia sekarang????

Saya bersama dengan tenaga pengajar yang sangat sabara dengan telatah kami.

Saya dan kawan-kawan berfoto dengan pakaian kebangsaan negara semasa konvo. Sebelah kanan saya adalah sahabat baik saya Fabilah Ismail dari Kementerian Pertahanan.

Saya dan Fabilah bersama dengan tenaga pengajar dari RMIT.

Saya sedang berbincang dengan Mejar Ismail dari TUDM. Apa yang kami bincangkan???