Showing posts with label Amir. Show all posts
Showing posts with label Amir. Show all posts

06 September 2012

Gotong Royong Di Laman Saga

Amir sibuk membantu saya menanam pokok keladi perhiasan dan mencabut rumput.

Laman Saga yang memerlukan selenggaraan lantai... tak tahu bila nak buat.. banyak sangat lumut yang tumbuh.

Tekun betul dia...

Tiba giliran untuk menyiram pokok bunga


31 August 2012

Kecewa Bila Tiada Bunga Api Kemerdekaan 2012

 Kerana ingin melihat bunga api yang biasa dimainkan pada setiap menjelangnya hari ulang tahun kemerdekaan atau menjelangnya thun baru, Amir anak saudara saya di Tampin bersama ibunya dan emak saya datang ke rumah saya.

 Apabila hampir  jam 11 malam jalan di depan rumah saya telah penuh dengan kenderaan dan orang ramai menunggu bunga api dilancarkan. Sedangkan Amir setia menunggu dengan berehat-rehat di halaman rumah.

 Kenderaan dan orang ramai berbibis di tepi bukit menunggu bunga api menerangi langit KL. Malangnya sehingga jam 12.20 malam tiada apa yang menerangi langit KL kerana tiada pancaran bunga api. Kenapa tiada bunga api malam tadi???? Menjadi tanda tanya dalam hati saya kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Yang paling saya kasihankan adalah anak saudara saya yang seorang ini. Hasratnya tidak tercapai, dia hanya dapat melihat bunga api kecil sahaja yang dilancarkan tetapi tidak semeriah yang sepatutnya. Tak apalah Amir, kalau ada umur, insyallah lain kali Amir ada peluang untuk menyaksikannya.

16 August 2012

Kad Raya Anak Saudara - Amir Azman 2009


Yang ini adalah kad raya yang dihantar oleh Amir Azman pada raya Aidil Fitri tahun 2009. Di bawah adalah ucapan yang ditulis oleh Amir:

"Salam Mak Long, semoga berada dalam keadaan sihat selalu. Amir nak ucapkan Selamat Hari Raya idil Fitri Maaf Zahir Batin. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki."