Showing posts with label Ya'juj Ma'juj. Show all posts
Showing posts with label Ya'juj Ma'juj. Show all posts

28 May 2014

Betul Ke Ini Yakjud Makjud

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah/ atau apakah Yakjuj Makjuj (YM) ini? Seperti yang dipesankan oleh Rasulallah saw kemunculannya bakal menyebabkan dunia dan muka bumi menjadi kucar kacir. Tidak hairanlah jika ia digelar makhluk perosak. Walaubagaimanpun bilakah makhluk ini akan muncul menjadi tanda tanya kita semua.

Berita di bawah mengandaikan bahawa bangsa YM berada di bawah tanah menunggu saat untuk ‘keluar’. Sebelum ini, pihak NASA mendakwa menemui satu kaum berupa makhluk pelik dalam perut bumi. Persoalannya, siapakah mereka itu?

WASHINGTON Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif dan informasi mengenai kaum orang gua ini. Cerita ini harus diberitahu, kata sumber itu, Ia terlalu besar untuk disorok.

Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah, beliau berkata, tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu berbahasa English.

Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world), kata sumber itu. Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2,000 orang Mole tinggai di situ.

Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia dan juga sedikit perbezaan. Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole. Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi.

Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu, mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia. Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi, pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria, mengikut kata sumber.

Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka, apa yang mereka makan, bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia.

Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya? Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa“ telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran ungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole “satu inisiatif di mana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan teknologi bawah tanah.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington States Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

Persoalannya..

Mengikut apa yang saya baca, NASA telah menjumpai makhluk bawah tanah, point yang agak kurang jelas saya listkan di bawah…

-     mereka berkomunikasi dengan makhluk tu tanpa dicederakan, makhluk tu juga tak tahu bahasa Inggeris..
seorang ekspedisi menyalakan rokok, dan makhluk tu terasa diancam dan menerkam sehingga jatuh rokok dan orang tu.. mereka memberi buah anggur kepada makhluk tu dan mereka suka. tinggi makhluk tu adalah kira-kira 10 kaki bersamaan hampir 300 cm, dua kali ganda manusia normal..

-     rasa hairan juga kerana dia orang boleh berkomunikasi dengan makhluk yang tingginya memang sangat tinggi dan mana mungkin makhluk yang sebesar itu mampu bercakap dan seakan jinak dengan manusia. Cuba kita bayangkan makhluk yang kita tak pernah kenal dan dia pun tak kenal kita, berasa tak terancam dengan tindakan NASA.

-     Mereka dikatakan telah mengorek lubang bawah tanah untuk satu projek yang dinamakan sebagai ‘Operation Mole Hole’, mereka telah berjumpa dengan makhluk itu di bawah tanah yang agak dalam di Washington. Sedangkan jika kita menebang pokok yang didiami binatang, pasti binatang itu akan lari dan mengganas, bagaimana makhluk yang dikatakan NASA boleh berkomunikasi dengan baik tanpa mencederakan mereka.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ˜Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka. Berkata Zulkarnain: Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya (ayat 83 hingga 87)

Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu (ayat 89 dan 90).

Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ˜Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?.

Zulkarnain berkata: ˜Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.

Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: Tiuplah (api itu) Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu.

Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Kita tidak pernah menyangkal akan kewujudan yakjuj dan Makjuj yang telah dinyatakan dalam Al Quran, namun benarkah makhluk yang dijumpai NASA itu benar2 wujud, saya memang tidak dapat percaya 100% akan berita yang dikeluarkan puak kafir.. hanya Allah swt sahaja yang mengetahui berita sebenar disebalik dakwaan Amerika, adakah hanya mainan mereka untuk memporak perandakan umat manusia atau satu berita yang benar.. wallahu a’lam.

Sumber: http://i-malaysiakini.com/

19 December 2013

Dabatul Ard

Rasulullah saw telah bersabda : “Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman, maka ia akan membuat kekang di hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat wajah orang mu’min terang dengan cincin itu, sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang yang makan di suatu meja hidangan, maka salah seorang dari mereka akan berkata “makanlah wahai orang mu’min dan makanlah wahai orang kafir.”

Ciri-ciri Dabatul Ard

1. Seekor haiwan yang mempunyai bulu panjang dan sekaligus juga bulu yang pendek.

2. Seekor binatang yang sangat besar dikatakan semasa ia keluar dari sarangnya dengan kecepatan seperti seekor kuda yang berlari setelah 3 hari dan Dabatul Ard bisa mengeluarkan 1/3 badannya.

3. Mampu berkata-kata dengan manusia dengan pelbagai bahasa manusia di dunia ini.

4. Sebelah tangan kirinya memegang tongkat Nabi Musa dan di sebelah tangan kanannya pula memakai cincin Nabi Sulaiman.

5.Keluar dari kawasan di antara bukit Sofa dan Marwa

Misi dan tujuan Dabatul Ard

- Berbicara kepada manusia bahawa ”sesungguhnya manusia sudah tidak yakin dengan ayat-ayat Allah.”

- Membuat tanda di wajah orang Mu’min menjadi cerah dan wajah orang kafir menjadi gelap.

- Tidak menakutkan manusia tetapi ia akan menjerit / memekik di kawasan Makam Ibrahim dan Hajaratul Aswad sambil menebar-nebarkan tanah di atas kepalanya kemudian ia menghadap timur dan memekik kemudian menghadap ke barat dan memekik. Suaranya melampaui segala penjuru yang menyebabkan manusia berlarian karena takut. Dalam keadaan yang sama orang mu’min sudah mengetahui bahawa yang bersuara keras itu adalah Dabatul Ard bintang Allah dan mereka tetap di tempat mereka dan tidak mengalami ketakutan apapun.

- Dabatul Ard akan keluar selepas Ya’juj dan Ma’juj mati akibat virus yang diturunkan oleh Allah kepada mereka. Dabatul Ard akan keluar selepas terbitnya matahari seperti biasa yaitu pada waktu dhuha setelah matahari itu terbit sebelah barat . Dabatul Ard akan keluar jika bumi pulih setelah bencana Ya’juj dan Ma’juj.

Sumber: fb Islampos

24 April 2012

KISAH RASULULLAH BERBICARA TENTANG DAJJAL

Diriwayatkan dari sahabat Rasulallah saw, pada suatu pagi Rasullullah saw berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami (sahabat-sahabat) merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Pada petang hari, kami yang mendengar cerita Rasullullah saw telah pergi ke rumah baginda, sebaliknya baginda telah mengetahui soalan yang bermain dalam fikiran kami. Maka Rasullullah saw bertanya; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik ya Rasulallah", dan kami bertanya kepada baginda mengapa apabila baginda berbicara, kadang kala suara baginda tinggi dan kadang kala rendah?. Maka jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhuatirkan aku, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela dan menyelamatkan kamu daripadanya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengganti aku menjadi pembela dan penyelamat ke atas setiap orang muslim".

Rasulallah menjelaskan bahawa dajjal adalah seorang pemuda berambut kerinting dan matanya buta sebelah kanan. Rasulallah mengatakan ia serupa dengan ‘Abdul ‘Uzza bin Qathan. Dari Ibnu ‘Umar r.a. katanya Rasulullah SAW berbicara mengenai Dajjal di hadapan orang banyak. Sabda beliau, ”Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak buta matanya sebelah. Ketahuilah, sesungguhnya Al Masih Dajjal yang buta mata kanannya seperti sebuah anggur mengembung”. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat yang sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah oleh kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah saw: "Selama 40 hari, satu hari pertama sama seperti setahun, satu hari kedua seperti sebulan, satu hari seterusnya seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Baginda Rasulallah menceritakan bahawa:

Dari Hudzaifah r.a., dari Nabi SAW sabdanya,”Dajjal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Karena itu waspadalah kamu agar tidak celaka”. Apabila dajjal mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih banyak kerana cukup makan.

Kemudian dajjal mendatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi kaum itu menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Keesokan hari negeri tersebut menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seorang pemuda remaja lalu dibelahnya pemuda itu dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, maka tubuh pemuda itu datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosakkan, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat dengan menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, dan berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila baginda menundukkan kepala baginda, maka hujan akan turun, dan apabila baginda mengangkat kepala baginda, berjatuhanlah daripadanya biji-biji perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa a.s menghampiri kaum yang dipelihara oleh Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka akan kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj. Lalu Allah Ta’ala membangkitkan Ya'juj Ma'juj, bangsa ini turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, dan mereka berkata; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala lembu lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti dijangkiti haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"

Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang dengan memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk menampung kehidupan penduduk sekampung, susu sesekor lembu pula cukup untuk satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga termasuk saudara terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memyusupi ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggallah orang-orang jahat mereka bercampur baur seperti kaldai, maka terjadilah hari kiamat.

Walallahualam ..............

Peringatan dari Rasulallah SAW: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda,”Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara:

(1) Sebelum matahari terbit dari Barat,

(2) Keluar asap atau kabut,

(3) Keluar Dajjal,

(4) Keluar Dabbah (binatang melata),

(5) Peristiwa yang menimpa dirimu sendiri (maut),

(6) Peristiwa yang menimpa orang banyak (kiamat)”.

23 April 2012

DAJJAL, SIAPAKAH DIA?

Allah menjadikan alam dengan isi kandungannya dengan penuh rahsia, namun begitu rahsia-rahsia yang dijadikan Allah sebenarnya adalah ilmu pengetahuan kepada manusia terutamanya mereka yang ingin berfikir. Dunia ini dijadikan oleh Allah semata-mata untuk menguji manusia dan jin dalam menuju ke alam yang lebih hakiki. Bagi mengakhiri dunia, Allah telah memberi amaran kepada makhluknya berkenaan akan tibanya hari kiamat. Tarikh tepat kejadian hari kiamat tidak dapat ditentukan oleh sesiapa kerana ia termasuk dalam ilmu al-ghaib yang tersembunyi daripada manusia. Tiada siapa diberi pengetahuan/ mampu mengusahakan ilmu ini oleh Allah, sekalipun dia seorang nabi atau rasul utusan Allah.

Namun begitu tiada siapa pula yang sanggup menafikan bahawa kiamat tidak akan berlaku malahan ramai yang mengakui bahawa hari akhir zaman itu hampir tiba menemui waktunya. Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir menyatakan: "Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi." (Hadis riwayat Bukhari dalam kitab al-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950).

Allah maha adil, walaupun tiada makhluknya tahu bilakah datangnya hari akhir itu namun Allah menghantarkan tanda-tanda besar dan kecil kiamat. Tanda-tanda kecil telah berlaku di hadapan mata kita dan boleh dikatakan berlaku pada setiap hari. Manakala tanda-tanda besar ialah:
a. terbitnya matahari waktu pagi dari arah barat;

b. munculnya Dajjal;

c. kemunculan Imam Mahdi dan turun Nabi Isa a.s.;

d. keluar haiwan ganjil dari perut bumi;

e. munculnya Ya'juj dan Ma'juj.

Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal perlu diteliti dengan waras dan berilmu oleh semua muslim kerana sekarang ini terlalu ramai individu yang mengaku sebagai Iman Mahdi. Bukan setakat itu sahaja bahkan kini terdapat juga individu yang didakwa sebagai Dajjal, mungkin hanya kerana tabiatnya yang suka berdusta dan menipu. Rasulallah telah meninggalkan sifat-sifat dajjal yang jelas dan itu sahaja yang sepatutnya menjadi panduan kita.

Memang banyak hadis yang membicarakan akan kemunculan Dajjal. Ada hadis yang disifatkan sebagai sahih dan ada pula yang ragu-ragu/ tidak sahih, tetapi secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa amaran akan kemunculan dajjal bukan sesuatu yang dongeng atau tidak berasas. Kewujudan riwayat berhubung Dajjal daripada pelbagai sumber menunjukkan ia adalah suatu hakikat dan perlu perhatian dan ilmu.

Hadis yang paling sahih tentang kemunculan Dajjal ialah hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. selalu memohon doa agar Allah melindunginya daripada fitnah Dajjal. Doa dalam bahasa Arab itu membawa maksud: "Ya Allah! Aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahanam, aku mohon berlindung kepadamu dari azab kubur, aku mohon berlindung kepadamu dari ujian hidup dan mati dan aku mohon berlindung kepadamu dari fitnah Dajjal". Berpandukan riwayat ini, Ibn Hazm al-Zahiri memutuskan, doa di atas wajib dibaca selepas membaca tasyahhud akhir. Mengikutnya barang siapa yang tidak membaca, maka tidak sah solatnya (al-Muhalla 3/277). Ini bermakna, sesiapa yang tidak membaca doa ini dalam tasyahhudnya, nescaya batal solatnya, itu pandangan Ibn Hazm al-Zahiri.

Begitu juga dengan Tawwus Ibn Kaisan, seorang ulama terkemuka, akan menyuruh anaknya mengulangi solat apabila didapati anaknya tidak membaca doa itu. Justeru pentingnya doa ini agar Allah melindungi kita daripada fitnah Dajjal, maka seorang ulama besar, Abdul Rahman al-Muharibi menyarankan agar guru-guru kelas tadika mengajar doa itu kepada murid-murid mereka. Al-Safarini juga menyatakan, orang berilmu perlu mengajar doa ini kepada anak-anak, isteri dan keluarganya, bahkan kaum lelaki juga hendaklah membaca, kerana akhir-akhir ini ramai Dajjal yang suka menipu dan menyebarkan fitnah.

Kini kita tertanya-tanya, siapakah Dajjal itu?

Dalam post saya yang terdahulu, saya ada menulis bahawa dajjal adalah dari keturunan manusia, tetapi pendapat ini tidak dipersetujui oleh semua kerana ada yang berpendapat mungkin ia adalah dari keturunan jin atau syaitan. Di sini terdapat beberapa riwayat dan pendapat antaranya:

Dajjal ialah syaitan dari keturunan iblis. Ia kini dipenjarakan di sebuah pulau di negeri Yemen. Tidak diketahui siapakah memenjarakannya, mungkin Nabi Sulaiman atau lain-lain nabi pada suatu ketika dahulu. Diriwayatkan, mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu mata pada setiap tahun. Apabila tiba waktu kemunculannya, semua mata rantai itu akan terungkai dan tidak dapat disambung lagi.

Sumber-sumber lain pula menyatakan, Dajjal adalah anak kacukan yang dilahirkan daripada ibunya jin dan bapanya manusia.

Tidak dapat dipastikan secara sahih apakah keturunan dajjal itu, mungkinkah benar sahawa dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhir zaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkan mungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti, ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalangan manusia. Pendapat ini diperkukuhkan juga dengan suatu peristiwa yang berlaku kepada Tamim Ibn Aus al-Dahri yang menceritakan tentang peristiwa al-Masih al-Dajjal seperti yang pernah saya postkan lebih awal di bawah tajuk Al Jassasah. Tak menjadi salah kalau kita ulang semua cerita Tamim. Tamim menceritakan pengalamannya kepada Rasulallah.

Mengikut Tamim ketika dia menaiki sebuah kapal bersama 30 orang penumpang lelaki dari suku Lakham dan Juzam, tiba-tiba mereka dipukul ribut, lalu hanyut dan memaksa mereka mendarat di sebuah pulau pada waktu matahari hampir terbenam. Mereka menemui suatu lembaga berbulu tebal sehingga tidak dapat dibezakan antara hadapan dan belakangnya. Mereka bertanya kepada lembaga itu: Siapa kamu? Jawabnya: saya ialah al-Jassasah. Dalam keadaan kebingungan dengan jawapan itu, lalu mereka bertanya lagi: Siapa al-Jassasah itu? Jawabnya: Jika kamu semua ingin tahu ceritanya, pergilah berjumpa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kecil di pulau ini. Lalu Tamim dan kumpulannya dengan segera menemui lelaki itu, mereka dapati ia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung ke lehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki ini ialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau di Yemen.


Bermuda Island (bukan di Yemen?)- ada kemungkinankah
ini pulau yang  mengurung lelaki itu??
Dengan kemajuan teknologi elektronik termasuk kecanggihan google-map saya berpendapat, setakat ini masih belum kedengaran lagi sesiapa yang menjumpai penjara tersebut. Walaupun kebanyakan pulau-pulau yang ada di dunia hari ini telahpun diterokai manusia dan dijadikan pusat-pusat peranginan. Tetapi Sang Pencipta lebih mengetahui dari makluk ciptaannya, tetapi sekiranya diizinkan Allah untuk dijumpai oleh manusia, kewujudan lelaki yang dipenjara itu, nescaya pasti ada orang yang akan menemuinya juga - insyallah.

Ada pula riwayat menyatakan Dajjal itu ialah Saf Ibn Sayyad. Beliau dilahirkan di Madinah pada zaman awal Islam, ibu dan bapanya keturunan Yahudi. Dia juga memiliki sifat-sifat yang disebut dalam hadis iaitu sebelah matanya buta, pendusta dan tertulis perkataan kafir di antara dua matanya. Hadis riwayat Muslim menyatakan, pada suatu hari Rasulullah saw bersama-sama Umar Ibn al-Khattab berjalan-jalan di pinggir Madinah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak remaja sedang bermain dengan kanak-kanak dalam sebuah bangunan kepunyaan Bani Maghalah. Kedatangan Rasulullah saw tidak disedari oleh budak itu hingga baginda menepuk belakangnya dan bertanya: Setujukah kamu mempercayai aku ialah Rasulullah. Jawabnya: "Aku setuju menyaksi bahawa kamu rasul orang ummi (buta huruf)", ia kemudian bertanya Rasulallah saw: Kamu pula bagaimana?: Setujukah mempercayai aku sebagai Rasulullah? Lalu nabi menolak pertanyaannya sambil bersabda: Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ramai yang menyatakan Ibn Sayyad yang ditemui nabi itu ialah Dajjal besar. Antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, Abdullah Ibn Umar, Ibn Mas'ud dan lain-lain. Jika benar Saf Ibn Sayyad itu Dajjal agung yang bakal muncul pada akhir zaman atau sebelum kiamat, maka ada kemungkinankah dia juga dari keturunan jin kerana Ibn Sayyad dilahirkan pada zaman awal Islam dan akan muncul pada akhir zaman. Kebiasaan umur manusia tidak ada yang panjang melaikan dengan izin Allah, makhluk jin dan syaitan adalah makluk yang diberi oleh Allah usia yang panjang dan tidak pada manusia, tetapi bagaimana punla dengan ibu dan bapanya yang berbangsa yahudi?????.

Dengan amaran yang diberikan oleh Rasulallah, kita tidak sepatutnya mempertikaikan akan kesahihan berita ini, apa yang penting kuatkan keimanan kerana dengan cara itu sahaja muslim sebenar akan terselamat dari fitnah dajjal.

Walallahualam.