Showing posts with label Ayah Mak. Show all posts
Showing posts with label Ayah Mak. Show all posts

16 May 2015

Nostalgia Surat Azmee kepada Ayahanda Bonda 3

Surat Azmee kali ini agak panjang. Masa ni dia menuntut di Royal Military College (RMC) Kem Sungai Besi Kuala Lumpur. Dia mula belajar di RMC masa tingkatan 4 rasanya. Inilah kali pertama dia berpisah dengan kami dalam jarak yang jauh dan lama untuk bersua muka.

Itulah sebabnya banyak rasa hati yang hendak diceritakan. Melalui surat ini saya bleh katakan yang dia memang seorang anak yang baik masa dia kecik dulu, kini dia masih lagi menjadi anak yang baik. Tapi jika tiada surat ini mungkin saya tak dapat nak rasa dan bayangkan kebaikkannya. Maklumlah masa tu saya sendiripun masih muda.

Melihat Azmee yang dah menjangkau usia 50 tahun lebih sikit rasanya masa dia menulis surat ini dia juga tak jangkakan yang dia akan hidup dirahmati. Semoga dia dan kelaurganya sentiasa dirahmati dan bahagia. Ameen . . .

17 April 2015

Nostalgia : Surat Azmee kepada Ayahanda Bonda

Adik saya Azmee terjumpa dengan simpanan surat yang dia kirim pada ayah pada tahun 1977. Tak sangka ayah menyimpan surat tersebut dengan baik sekali. namun surat ini kelihatan lusuh kerana dimakan waktu.Kalau tidak silap masa ni Azmee dalam tingkatan 2 dan menginap di Asrama Putera Jasin (ASPUJA) bersama dengan adik-adik lelaki saya Adnan dan Azman.

Bila dah tua macam ni dan baca semula surat ini kenangan lama menyimbau semula. Bila saya tanyakan apa yang diadukan oleh dia kepada ayah, jawapannya di dah lupa.

08 June 2014

Aidil Fitri 2005

Selepas menghadiri Kursus Asas Penerbitan dan Pengeditan Video pada 5 Jun 2014 yang lalu, saya teringat akan beberapa foto lama yang telah diimbas. Antara foto-foto itu adalah foto kenang-kenangan menyambut Aidil Fitri tahun 2005 dulu semasa ayah kami masih ada lagi. 

Inilah percubaan pertama saya dan hasilnya bolehlah tahan. Tiba-tiba teringat jikalah dulu saya menyimpan foto-foto lama untuk dijadikan video untuk tatapan generasi selepas saya, setidak-tidaknya untuk mereka mengenal rumpun keluarga mereka.

17 October 2012

Labbaikalallah Humalabbai.....

Semakin hampir dengan hari wukuf di Arafah lebih kurang seminggu sahaja lagi. Perhimpunan di Arafah adalah kemuncak dalam ibadah ini, dan itu antara yang sangat saya suka. Selepas dari Arafah semua para haji akan ke Muzaliffah untuk bermabit kemudian mereka semua akan ke Mina pula - selesai melontar di ke3 jamrah mereka akan berduyun-duyun balik ke Mekah. Kemudian mereka akan mengerjakan tawaf, saie haji dan bertahalul... maka sempurnalah ibadah haji tahun ini. 

Tetapi bagi saya di sini (Malaysia) pula, semakin hari melangkah ke 10 Zulhijjah, saya pula semakin hiba... terigat semasa saya bersama ayah dan emak tercinta bersama-sama berkumpul di luar khemah di Arafah selepas kutbah, menadah tangan terus ke langit memohon pelbagai doa dan menyandarkan pelbagai harapan ke hadrat Illahi. Kini ayah sudah tiada, saya pula sepatutnya berada bersama-sama dengan jemaah lain di Mekah, tetapi undangan Allah kali ini belum sampai. Namun alhamdulillah adik saya Azmee dan isterinya pula menjadi tetamu Allah.

Setiap kali melihat Kaabah di kelilingi dengan kain putih, terimbau kenangan saya semasa haji saya yang lepas juga Kaabah dalam keadaan begitu.... dan tahun itu kami mengerjakan haji akbar. Dan rasanya tahun ini juga para jemaah beruntung kerana wukuf jatuh pada hari Jumaat maka insyallah mereka juga menerima pahala haji akbar yang bersamaan dengan pahala mengerjakan 70 haji.

Sekali ke tanah suci, maka akan teringatlah hati-hati manusia kepadanya, akan teringat-ingatlah hati itu untuk kembali kepadanya. Tapi apakan daya kerana pelagai kekangan, tanah suci itu dikunjungi setahun atau 2 tahun sekali sahaja.Semoga Allah swt selalu menjemput saya ke sana...... dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus mengerjakan ibadat. Ameen

12 July 2012

TruLove - My Parents


Sudah 3 tahun setengah ayah yang kami dikasihi kembali ke pangkuan Allah SWT. Selama itu jugalah emak saya kehilangan sahabat baiknya. Boleh dikatakan mereka tidak pernah berpisah selepas mereka berkahwin pada tahun 1957, dan kewafatan ayah saya pada hujung tahun 2008 adalah pemisah buat mereka. Apa lagi apabila ayah pergi secara tiba-tiba sahaja kerana ayah hanya sakit genap sebulan sebelum menemui Penciptanya. Kini hidup emak macam tak bermakna, tak banyak yang emak nak lakukan kini hanya melayan umur yang masih ada di badan.

Saya sangat kasihan melihatkan emak melalui hidupnya sendirian kerana kami masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Saya pernah berhasrat untuk berhenti kerja dan tinggal bersama dengan emak di kampong, tetapi emak tidak setuju dengan cadangan saya.... dan kini sudah 3 tahun lebih saya menunggu jawapan daripada JPA bagi pertukaran saya ke mana-mana Kementerian dan Jabatan Kerajaan di negara itu. Mungkin belum ada rezeki dan/ atau Allah mempunyai rancangan terbaik untuk keluarga kami.

Bagi saya semua foto ayah sangat berharga....

02 April 2012

Setem Kenangan-Kenangan Adnee


Setem kenanga-kenangan ayah dan emak semasa mereka muda, kalau tidak silap selepas 3 bulan mereka berkahwin.
Semasa saya menerima Ijazah Sarjana di Majlis Graduasi di UPM tahun 2001
Setem yang memaparkan gambar saya menerima Ijazah Pertama di Majlis Graduasi USM pada tahun 1998 kalau tidak silap

27 January 2011

Ayahanda dan Bondaku Semasa Muda

Ini adalah gambar ayahanda dan bonda saya. Mengikut emak, gambar ini diambil selepas 3 bulan mereka berkahwin. Emak dan ayah yang sebenarnya adalah bersaudara, kedua-dua mereka berasal dari Jasin Melaka, dari kampong yang sama iaitu Kampong Kesang Tua. Sudah ditakdirkan oleh Allah Taalah, mereka bertemu jodoh di Singapura, kerana pada masa itu emak tinggal semasa ibubapanya, datok saya (ayah kepada emak saya) bertugas sebagai polis di Singapura. Manakala ayah saya pula bertugas sebagai tentera British yang berpangkalan di Singapura juga. Datok saya sebelah ayah juga bertugas sebagai seorang polis. Dengan persetujuan kedua-dua keluarga, mereka melangsungkan perkahwinan di Singapura pada tahun 1957.









Yang ini pula adalah gambar emak saya semasa beliau muda remaja.

















Sayang gambar-gambar ini rosak kerana tidak berjaga.

03 November 2010

Masa dulu-dulu.............


Ini adalah foto aku dan keluarga. Semasa foto ini diambil, umurku lebih kurang 9 tahun. Yang aku ingat kami ambil foto ni, masa kami baru berpindah dari Kem Terendak ke Kem Sikamat Seremban.

Foto ini pulak diambil semasa Hari Raya Aidil Fitri, kami bersama keluarga yang besar termasuk, moyang, atuk, nenek, mak dan bapa saudara, kakak dan abang saudara dan sepupu. Masa ini aku hanya 3 beradik sahaja. Adikku Azmee dan Ainee masih belum lahir lagi. Kalau pandai agak-agak mana aku??????????? tentu yang paling comel... betul tak.


Foto di sebelah kiri diambil sempena Hari Raya Aidil Fitri, tak ingat tahun bila, bersama dengan keluarga Mak Lang saya, iaitu adik emak.




Gambar di bawah diambil di Pantai Port Dickson semasa perkelahan yang dianjurkan oleh Kem Tentera Tanjung Kling, Melaka. Banyak bas yang digunakan untuk membawa kami. Gambar ini dah rosak dan tak berapa jelas. Gambar saya dan adik-adik dengan emak tetapi Adnan tak ada, yang sihat sebelah kiri gambar adalah Dak Jas anak Pakcik Sulaiman dan Makcik Norliah - mereka orang Kampong Air Molek. Mana dia agaknya.