Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Maal Hijrah. Show all posts

04 November 2013

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah 1434

Assalamualaikum kepada semua sahabat seagama. Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun Hijrah. Jadi jangan lupa nanti selepas solat asar bacalah doa di atas. Doa untuk menutup tahun hijrah yang lepas semoga Allah swt memelihara kita dari hasutan syaitan durjana. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa kita dalam tahun itu.


Selepas itu nanti sebaik sahaja selesai solat magrib, maka kita telah pun memasuki tahun baru Hijrah 1435. Mohon perlindungan dari Allah swt untuk memelihara kita daripada godaan dan pujukan syaitan yang dilaknat dalam tempoh setahun yang akan datang. Sebaik-baiknya berdoalah bersama-sama dengan ahli keluarga.

16 November 2012

Wasatiyah Tunggak Kesatuan Ummah

Ini adalah pandangan saya:

1.    Tema Maal Hijrah 1434 adalah Wasatiyah Tunggak Kesatuan Ummah. Tema ini memangnya baik jika ianya dapat dipraktikkan dan hasilnya penyatuan rakyat dapat dicapai, Namun begitu pada pandangan saya tema ini sedikit ringan dan akan menjadi mengelirukan jika ianya tersalah tafsir. Oleh yang demikian Kerajaan perlu mewarwarkan kepada semua rakyat secara jelas akan tema ini. Kesalahfahaman mungkin akan terjadi di kalangan orang Islam sendri apa tah lagi kepada mereka yang bukan Islam.

2.    Saya sangat bimbang jika tema ini nanti secara terang-terangan atau secara senyap-senyap dipergunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dalam memusnah dan merosakkan akidah umat Islam atau dunia Islam keseluruhannya. Apa yang lebih saya bimbang adakah kemungkinan tema ini menjadikan pergerakan Islam Liberal berkembang biak di Malaysia nanti.

3.    Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan wasitiyah? Wasitiyah adalah bahasa Arab yang boleh disama ertikan dengan pertengahan atau sederhana dalam bahasa kita. Di sinilah yang membimbangkan saya, telah menjadi fitrah manusia untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik tetapi dengan jalan yang termudah. Disebabkan itu maka telah lahirlah berbagai pergerakan yang mempermudahkan amalan dalam Islam seperti Islam Liberal, kefahaman pluralism dalam beragama dan yang paling ditakuti hasutan dan gerakan memurtadkan orang Islam.

4.    Wasatiyah mungkin akan diertikan juga sebagai bertoleransi dalam beragama, tetapi perlu diingat bahawa bertoleransi dalam beragama ini perlu didefinasikan kepada 2 perkara asas berikut:

a.    Bertoleransi dalam Islam. Tiada tolenrasi yang sebenarnya bagi orang Islam dalam menunaikan perkara-perkara fardu. Islam di Malaysia rata-rata dilihat terlalu bertolenrasi dalam mengamalkan Islam, ianya dapat dilihat dalam cara hidup keluarga Islam mulai dari percakapan, pakaian, kehidupan berkeluarga - hubungan ibubapa dan anak-anak sehinggalah pelaksanaan dalam urusan berkerajaan. Toleransi dalam Islam tidak termasuk hasrat seseorang untuk berkahwin dengan sesama jenis, berkahwin dengan pasangan yang berlaian agama, apa tah lagi untuk keluar daripada Islam. Dalam Islam sekiranya seseorang itu terkeluar dari Islam orang itu adalah seorang murtad. Mengikut hukum Islam seseorang yang murtad hukuman yang boleh dijatuhkan kepadanya adalah hukuman mati. Banyak perkara fardu yang perlu difahami orang orang Islam selain daripada Rukum Iman dan Rukum Islam. Carilah ilmu ini supaya kita tidak hanyut terus dalam kejahilan.

b.    Bertolenrasi bukan kepada Islam. Memang tiada paksaan dalam agama, orang Islam memangnya tidak boleh, tidak wajib memaksa mana-mana orang bukan Islam untuk menerima agama Islam sebagai agama anutan mereka. Memilih Islam secara cara hidup hendaklah datang dari diri sendiri dengan ikhlas. Apa yang boleh dan digalakkan dilakukan adalah menerangkan kepada mereka bahawa agama Islam adalah agama yang benar dari Allah dan kemudian berdoa agar Allah sahaja yang memberikan hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya.

5.    Jadi bolehlah dikatakan bahawa kesederhanaan dalam beragama sangat subjektif dan tidak boleh disapu sekali gus pada semua keadaan. Penjelasan perlu ada dalam diri semua Islam kerana dibimbangi gerakan wasatiyah bakal melemahan Islam secara holistik. Polimik ini harus ditangani oleh Kerajaan, ulama dan orang Islam dengan baik, memang jika dilihat dari sudut liberal tiada signifikan persoalan ini tetapi seperti yang saya nyatakan pengetahuan Islam yang holistik dan mendalam perlu ada dalam diri setiap insan yang beragama Islam.

Sekian... walallahualam

15 November 2012

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434

Assalamulaikum semua, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah ke 1434 semoga Allah mengampunkan segala dosa kita tahun lepasa dan diharapkan pada tahun ini Allah memberkati serta merahmati kita di sepanjang tahun.
Ambillah iktibar akan perjuangan Rasulallah saw bersama dengan sahabat-sahabatnya dalam mengembangkan agama tauhid ini sehingga tiba kepada kita... betapa syukurnya kita telah ada di dalamnya. Kalau dulu semasa permulaan baginda Rasulallah saw berhijrah dari Mekah ke sini masjid ini kecil sahaja tetapi kini ianya telah diluaskan berpuluh kali ganda, tetapi janganlah umat Islam ramai hanya seperti buih di gigi pantai. 

14 November 2012

Maal Hijrah: Doa Awal Tahun


Doa awal tahun ini dibaca selepas doa akhir tahun. Doa ini dibaca selepas solat sunat rawatib maghrib pada 1 Muharram (perlu diingat kedua-dua doa adalah berikutan dalam hari yang sama), seperti juga doa akhir tahun, doa ini juga dibacakan 3 kali. Fadilat doa ini di mana ianya dengan izin Allah ianya mampu membentengi kita dari gangguan syaitan. 


Sesiapa yang membaca doa ini maka Allah memerintahkan 2 malaikat untuk melindungi kita daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang akan datang. Marilah kita sama-sama amalkannya.... jangan lupa!!!

Maal Hijrah: Doa Akhir Tahun

Di atas adalah doa akhir tahun yang perlu di baca selepas solat Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun itu. Bacalah doa ini sebanyak 3 kali mudah-mudahan dengan izin Allah swt kita dikurniakan perlindungan olehNya dari fitnah dunia, kerosakan, tipu daya syaitan serta diampunkan oleh Allah akan segala dosa kita pada tahun itu. 

Sebaik-baiknya himpunkan semua ahli keluarga untuk solat berjemaah Asar bersama dan kepala keluarga boleh membacakan doa ini dan diameenkan oleh ahli keluarga yang lain.

Sempena Maal Hijrah tahun ini saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua kawan-kawan - dirikan semula azam yang perlu kita capai untuk tahun hadapan. Selepas ini ada doa awal tahun yang perlu di bacakan selepas solat rawatib maghrib atau solat maghrib pada 1 Muharram.

26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Kepada semua kawan-kawan saya ingin mengucapkan salam Maal Hijrah, sama-samalah kita memohon ampun dan maaf ke hadrat Allah Taalah serta mohon supaya semua dosa-dosa yang telah dita lakukan pada tahun-tahun terdahulu sama ada secara sengaja atau tidak diampunkan olehNya.

Kita buka buku baru bagi tahun Hijrah yang akan kita sambut sejam dari sekarang. Jangan lupa membaca doa khusus yang baru saja saya postkan di bawah ini. Semoga Allah pelihara kita dan sentiasa merahmati kita sehingga hujung nyawa kita. Amin