Showing posts with label Ribut. Show all posts
Showing posts with label Ribut. Show all posts

12 January 2014

Pusalan Angin Ribut Tropika Lingling (Agaton) atau Lekukan Tropika Agaton

Gambar menunjukkan Pusalan ribut tropika (Agaton) atau Lekukan tropika Agaton pada hari isnin ini iaitu 13.01.2014.

Radar angin menunjukkkan Pusalan angin Ribut tropika Lingling (Agaton) atau Lekukan tropika Agaton sangat dekat dengan Sandakan dan pitas pada hari isnin ini. Tempias ribut mungkin akan berlaku di pantai timur laut Sabah pada hari tersebut.

#Seberang perkembangan tentang ribut ini akan dimaklumkan oleh KCS sendiri dari masa ke semasa.

Edit picture By: KCS (Persendirian)

Sumber: Kaji Cuaca Sabah (KCS)

25 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Ribut Pasir

Pada hari kami semua akan berangkat kembali ke tanah air - maka berlakulah ribut pasir di ertengahan jalan. Kami bertolak dari Mekah menuju ke Jeddah pada sebelah tengahari.... selepas menyempurnakan tawaf wida' (tawaf selamat tinggal) dengan hati yang sapu kami meninggalkan kota Mekah.

Setelah memasuki daerah Jeddah, kami lihat kereta bergerak perlahan, rupa-rupanya ribut pasair sederhana sedang berlaku. Permandangan menjadi berkabur dan kurang jelas kerana jarak penglihatan menjadi terhad. Di atas jalan raya terutamanya di tepi-tepi/ bahu jalan pasir-pasir halus berkumpul, manakala di tengah jalan kelihatan pergerakan pasir halus.... bahaya juga rasanya kerana pasir bertiup sehingga ke cermin kenderan.

Melihatkan keadaan ini, saya teringat akan hadis Rasulallah saw bahawa nanti apabila menjelas hari kiamat amat berlaku asap yang tebal menyelubungi tanah Arab.... 

Sebaliknya melihat keadaan semasa ribut pasir seperti juga asap hitam yang menutupi matahari.... adakah ini petunjuk atau permulaan asap hitam yang dimaksudkan????

Jarak penglihatan yang semakin krurang...

Pancaran matahari di awal petang kelihatan seakan-akan menjelas waktu maghrib...

Pancaran matahari yang seakan ditutupi oleh asap hitam...

Semasa merentasi perjalanan ini membuatkan hati saya juga bimbang takut jika berlaku perkara yang tidak diingini. Alhamdulillah semuanya (7 buah bas kami) selamat akhirnya...
Terima kasih ya Rabbi...

20 April 2012

Bersyukur Kita Berbeza


Apabila melihat foto ini saya melahirkan rasa syukur yang amat sangat kerana negara kita berbeza dengan negara-negara yang biasa menjadi laluan dan tetamu kepada pelbagai tornado. Seperti yang kita lihat dalam media-media kehancuran yang disebabkan oleh tornado amat teruk dan ada kalanya tidak meninggalkan kesan. Kita patut memanjatkan syukur ke hadrat Illahi spaya negara ini terus aman dan selamat kerana ada juga masanya Allah mengirim peringatan dengan air yang sangat deras dan anak puting beliung seperti yang pernah berlaku di Pulau Penang dan Jasin, Melaka.

Saya juga ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semasa saya mengikuti kursus di South Carolina di Amerika Syarikat, pada masa itu memang musim tornado melanda. Saya dapat rasakan kerisauan dan ketidakselamatnya saya di negara tersebut. Walau bagaimanapun Kerajaan Amerika Syarikat menagmbil langkah dengan menyiarkan amaran sebelum tornado atau angin kuat melanda kawasan kediaman kita melalui siaran TV. TV akan menyiarkan peringatan bahawa dalam tempoh 20 atau 10 minit tornado akan tiba dan kita dan bersedia meniarap di atas lantai. Selepas itu gegaran bangunan, tingkap dan pintu berlaku dengan kuat. Saya hanya mampu berdoa agar tiada tornoado besar yang tersesat jalan. Alhamdulillah sehingga tamat kursus hanya angin kuat sahaja yang lalu.